Selamat Hari Raya, wahai pembaca setiaku!!!
Pertama sekali, saya ingin meminta ampun sekiranya bahan bacaan di blog saya menyinggung perasaan anda. Sesungguhnya, itulah matlamat dan visi blog ini. Sila tonton video yang telah saya penat edit khas buat anda semua.
Pada malam raya, penonton Suria disajikan dengan telemovie khas bertajuk Menantu International Nak Raya! Ala, drama meletop yang pasal menantu asing tu. Macam youalls tak tahu. Kali ini, mereka ingin beraya. Agak-agak, apa gelagat keluarga ni eh? Lagi-lagi si Happy tu!
Bryan amat khuatir kerana Mel ingin berpuasa walaupun mengandung. Bryan tidak suka dengan idea ini. Namun, oleh kerana Mel seorang feminist, her body is hers. Tapi dia lupa semua di dunia kepunyaan Allah swt.
Mereka sekeluarga memberitahu Happy mengenai puasa.
Rakan-rakan Hani bingit kerana tidak memenangi Sports Day, mereka menyalahkan Hani.
Rileck, ini bukan olimpik. Setakat Hari Sukan.
Tetapi, isu utama yang harus diberi perhatian adalah bagaimana ketiadaan kehadiran bapa dalam hidup Hani boleh menjejas perhatian Hani dalam melakukan sesuatu kegiatan.
Fir pun sempat menjadi adiwira.
Happy terkejut kerana harus terawih 20 rakaat. Dia masih merangkak nak belajar bahasa Melayu dan Arab.
Bryan bertanya dengan Abah untuk memastikan bahawa ia selamat untuk Mel berpuasa. Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama.
Hani menceritakan tentang kejadian di sekolah.
!!!! DIA TRIGGERED
Hana merajuk di dalam tandas.
Dia hanya keluar apabila ternampak lipas berkaki cacat.
Tiada siapa ingin berdepan dengan lipas.
Ayah Happy bertanya tentang puasa. Ayah Happy ada painting gunung China di belakang sebab nak perpetuate stereotype. Shrey, where you at?
Happy masih belum mahir lagi. Ibunya memarahinya sebab asyik terpijak telekung.
Abah pun menegur ibunya kerana Happy mualaf baru belajar gitew.
Mereka tidak ingin beraya kerana tidak mahu disoal oleh saudara-mara.
Adegan kejutkan sahur yang berlaku di setiap rumah.
Happy tidak boleh makan kerana terlalu awal.
Si intern ni nak makan depan Happy? Lu intern pergi makan kat store sua.
HAHAHAHAHAHAH
Oh tidak!
Happy tidak memberitahu mereka bahawa dia sudah batal puasa…
Sahur kedua, Happy makan dan minum lebih. Akibatnya, masuk tandas pun berkali-kali.
Happy tekad berpuasa.
Oh tidak pt 2!!!!
Ibu mereka terdengar perbualan antara Fir dan Happy.
Abah cuba terangkan bahawa Happy budak baru belajar so bagi chance la.
Kawan-kawan Mel semua boleh puasa semasa hamil. So dia fikir dia pun boleh.
Tak faham tau ni tiba-tiba nak timbulkan isu curang. Hmm… Plot untuk Menantu International 2?
Tak habis-habis. Satu rindu, yang lagi dua tak kisah pun.
Cina memang macam gitu kot.
Fir meminjamkan wang kepada Lisa untuk selesaikan bil. Pada masa yang sama, Fir juga ingin menaja pakej percutian ke Bangkok!!!!
Mereka akan beraya di Bangkok!
LOL kakak dia #truth
Siapa ni?
Tu la puasa lagi. Gi minum la!
Plot musim kedua, confirmed?
Eh?
Degil tau ni feminist.
Happy belajar tentang zakat. Dia ingin bersedekah kepada Kak Lisa.
Sayang jugak menantu.
Happy ingin mengajak keluarga Lisa ke bazaar untuk membeli baju raya. Tetapi, Fir tidak mahu. Ye lah, dah taja pakej cuti.
Mel dan Bryan berjumpa doktor. Doktor sarankan supaya puasa selang hari kerana Mel anaemic.
Namun, feminist merupakan individu-individu yang keras kepala!
Mel tidak ingin ponteng puasa sebab ia lebih sukar untuk berpuasa apabila orang di sekeliling tidak berpuasa. Bryan berjanji akan berpuasa bersama Mel selepas Ramadan.
Happy dapat tahu tentang percutian mereka.
Happy rasa serba salah menyimpan rahsia Lisa.
Keluarkan emas agar tidak bayar zakat ekstra.
Happy gembira dapat bersukarela di masjid.
Apabila dipuji, mak mertua dia yang claim eh? Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Saya tak sangka Happy dan ibu mertuanya begitu rapat sehinggakan kongsi tudung!
Happy memberitahu abah mengenai Bangkok dan mereka sekeluarga menyoal siasat.
Lisa pun memberitahu mengapa dia ingin bercuti semasa raya.
Fifi tidak mahu Happy masuk campur urusan Kak Lisa.
Ibu mereka mogok dan Happy menyediakan sahur.
Dan juga buka tapi mereka lebih rela order makanan.
Sesi pujuk-memujuk.
Hani menelefon Happy untuk memberitahu bahawa dia sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tahun ini.
Happy pun bercadang untuk mempercepatkan Raya demi Hana dan Hani. Raya in advance gitew.
Dah macam plot Modern Family di mana mereka bring Christmas forward.
Mereka gembira dapat “beraya”.
Siap dengan baju raya lagi.
Eh??? Kan rahsia terbongkar.
!!!!!!
Surat daripada Daddy mereka.
Feminist termelayang. Nasib Happy ada nak pekik chio ming ah.
This is what feminism does to you.
Happy mengandung ke??????
Yek eleh. Setakat gastrik.
Klasik air oren.
Ye ke? Fir pun tak tahu apa-apa seh.
Kesian mak dia rindu Lisa dan cucu-cucunya.
SURPRISE.
Ni sengaja nak buat drama. Padahal tiket pulang pada hari pertama raya. Eksyen.
Lisa tidak mahu lari dari masalah dan ingin menjadi contoh baik kepada anak-anak.
Bagi-bagi emas untuk dipakai bukan untuk disimpan. Ye la tak nak bayar zakat.
Banyak dosa.
Ni lagi banyak dosa HAHAHAHA
Oh no!!!
Tapi semua selamat. Ni cerita komedi so tak boleh sedih sangat.
Hari raya dah dua minggu masih makan longtong?
KELUARGA BAHAGIA.
Menantu International tidak pernah menghampakan!!!
Sebuah telemovie yang amat sesuai untuk ditonton pada malam raya. Sebuah telemovie mengenai kepentingan keluarga, kongsi-mengonsi, kemaafan, bertimbang rasa, saling memahami dan lain-lain.
Cuma… Sampai bila Suria nak siarkan drama di mana isteri/suami yang baru peluk islam betul-betul ikut ajaran islam? I need real drama hahaha.
So, Menantu International 2 bila?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)