Menantu Internasional 2: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Haaa… Pasti ramai yang menantikan reviu Menantu International 2 episod 1, bukan? Mestilah, drama bersiri popular youalls! Sampai ada telemovie raya sendiri dan kini musim kedua!

fullsizeoutput_131e

Eh, baru beberapa minggu yang lepas si Mel baru beranak dan kini anak dia dah besar? Dan watak Hana dan Hani pun diganti oleh pelakon-pelakon lain! Dan kenapa Jamaliah tak tengok kamera? Adakah ini lambang di mana dia akan mati dalam musim ini? Chey.

fullsizeoutput_131f

Penonton menunggu >1 tahun untuk telemovie raya, timeline telemovie dipercepatkan 4 bulan. Beberapa minggu kemudian, musim kedua muncul dan masa dipercepatkan kepada 4 tahun kemudian. Dan inilah antara faktor mengapa ramai orang menganggap masyarakat Melayu sebagai individu-individu yang lemah dalam mata pelajaran matematik. This time warp is confusing me.

clock-animated-gif-18

Dalam babak di atas ini, Happy disuruh periksa sama ada dia hamil atau tidak.

fullsizeoutput_1320

Suaminya serta kededua mertuanya sedang ghairah menunggu di luar. Mereka seolah-olah tidak memberi Happy ruang peribadi semasa ingin membuang air kecil membuatkan Happy tidak boleh buat apa yang harus dia lakukan! Mereka juga tidak sabar untuk melihat keputusannya.

Sebagai seorang yang memakai tudung labuh, Jamaliah merupakan seorang wanita muslimah yang hipokrit. Ini kerana dia tidak percaya akan kuasa Allah SWT. Bukankah ini semua ketentuan Ilahi? Nasib baik Aman ada untuk ceramah sikit. #sentap

fullsizeoutput_1323

Walaupun sudah lebih kurang 5 tahun berinteraksi dengan keluarga yang biasanya berbual Melayu sahaja, penguasaan Bahasa Melayu Happy masih agak teruk. Dia masih terkial-kial berbahasa Melayu. Fifi tak ajar dia ke?

fullsizeoutput_1325

fullsizeoutput_1327

Happy kurang selesa dengan cara-cara mak mertuanya menolongnya untuk mendapatkan zuriat. Dia disuruh memakan pil yang menyebabkan cirit-birit, pergi ke bomoh dan juga mencuri senduk (lihatlah bagaimana kemunafikan Jamaliah amat terserlah dengan penglibatannya dengan Tok Bomoh). Happy juga kurang puas hati kerana Jamaliah tidak memberitahu sebab-sebab mengapa dia harus lakukan perkara-perkara yang pelik ini.

Bryan pula macam khuatir akan mid-life crisis dia. Dalam episod ni, baru saya mendapat tahu bahawa umur watak Bryan lewat 40-an. Tuanya dia! Ini bermaksud, dia bernikah dengan Mel pada usia awal 40-an? Gross! Kenapa watak Bryan tua sangat ni? Padahal dia nampak muda tau? Motif apa eh? Agak-agak watak Mel umur berapa eh? Lewat 30-an?

fullsizeoutput_132b

Eliza masih diberi mainan babybaby walaupun dia sudah 4 tahun. Nenek dan atoknya juga masih “baby talk“. Bukan itu sahaja, menurut Mel, Eliza “special“. Kenapa eh?

fullsizeoutput_132c

Hantar je la. Sampai bila nak suruh nenek dan atok dia jaga???

fullsizeoutput_132d

???? Bukan ke trend sekarang hantar anak masuk tajaka seawal mungkin? Baik untuk anak dari segi sosial, akademik, fizikal dan lain-lain. Ataupun drama ini menunjukkan trend masa hadapan di mana anak-anak dihantar terus masuk K1? Kesian anak tu ketinggalan.

fullsizeoutput_132e

Happy mengadu kepada rakan Chinanya tentang ibu mertuanya yang keterlaluan.

fullsizeoutput_132f

Aman tidak mahu melepak bersama rakan-rakannya kerana ada granddad duties tetapi kawan punya pasal, terpaksa dia main catur.

fullsizeoutput_1330

????? Kalau mati baru tau.

fullsizeoutput_1331

Hahahahana.

fullsizeoutput_1332

Hais Hana, kenapa la kau mengurat dengan mamat motor muka rempeyek basi ni? You can do better! Tengok gigi dia berlapis, misai janggut tak terurus, kening setebal Frida Kahlo. Dia tak nampak konfiden pun. Dia macam tak minat dengan kau pun Hana.

619ebea67ff38862d74a69aed5752146
disclaimer: FRIDA KAHLO IS A BEAUTY AND A GODDESS 

fullsizeoutput_1333

Aman ternampak cucunya menumpang motor seorang jantan buruk.

fullsizeoutput_1334

Remedial? Pui. Sesungguhnya I lebih rela menghadiri remedial daripada menunggang motosikal abang H. Go figure what’s H.

fullsizeoutput_1335

Aman memberitahu Lisa tentang Hana.

fullsizeoutput_1336

Mak dia betul-betul melampau! Cuba bayangkan, mak kau tau bila kau subur, dan duduk sebumbung. “Ha, bilik kunci, tengah buat anak lattew!”

Kenapa Mak dia seperti salahkan Happy? Mak dia suruh dia makan pil, curi senduk, jumpa bomoh dan kini tulis tarikh haid. Kenapa tak suruh Fir tu makan pil atau minum tongkat ali? Kenapa wanita sering dipersalahkan apabila “masalah” mendapatkan zuriat ini timbul? Tidak pernah tercetus dalam fikiran orang-orang bahawa kesalahan terletak kepada kaum Adam ke? Kenapa Suria masih menayangkan kisah-kisah yang berbaurkan seksisme? Ini harus dihentikan supaya masyarakat kita tidak akan pandang serong terhadap wanita-wanita yang tidak boleh hamil dan memanggil mereka “mandul”. Sesungguhnya ini semua rezeki masing-masing ya.

fullsizeoutput_1337

Sesi konfrontasi.

fullsizeoutput_1338

ITULAH STRAW TERAKHIR SIS

giphy-downsized-large

fullsizeoutput_1339

Mel masih manjakan Eliza. Tidur sekatil segala. Manakala Bryan ingin Eliza berdikari.

fullsizeoutput_133a

Kesian Bryan tidur di lantai. Si Mel tidur dengan tudung apahal?

fullsizeoutput_133b

Hanya rich ass people yang tak boleh masuk sekolah tempatan yang elite mengatakan begini.

fullsizeoutput_133c

Mel ingin menghantar Eliza ke sekolah antarabangsa.

fullsizeoutput_133d

HUH? Bukan ke semua anak Singapura fasih dalam Bahasa Inggeris? It’s our lingua franca, for goodness sake!

fullsizeoutput_133e

Si Eliza ni, walaupun meluangkan Isnin – Jumaat bersama nenek dan atoknya yang berbahasa Melayu dengannya, dia tidak berbahasa Melayu pun. LMAO can this drama get a linguist to determine all the characters’ linguistic ability? Mustahil seorang anak yang baru berusia 4 tahun yang dijaga nenek dan atoknya tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lancar. She has to be a balanced bilingual the very least!

fullsizeoutput_133f

Mel is impossible. No Singlish? IMPOSSIBLE.

fullsizeoutput_1340

Kesian nenek dia terbelit lidah berbual Inggeris.

fullsizeoutput_1341

Happy agak sedih kerana rakannya yang kahwin kemudian sudah hamil anak ketiga.

Mengambil kesempatan nampak, mentang-mentang takde One Child Policy. Ekcili memang dah takde pun lol.

fullsizeoutput_1343

Lelaki mana yang akan katakan tidak kepada beryoohoo setiap malam, kan?

fullsizeoutput_1344

Kepada Islamophobes, this is how Muslims have sex.

fullsizeoutput_1345

Dua minggu kemudian, Fifi sudah rasa penat manakala Happy masih ghairah untuk mencuba hari-hari! GO CHINA.

200

fullsizeoutput_1346

Soalan bodoh.

fullsizeoutput_1347

Kesian Fir sampai tertidur dalam pejabat!

fullsizeoutput_1348

Dia berbohong kepada Happy dan katakan dia kerja OT. Padahal nak elak booty call.

bootycall_v1

Bukan main pretentious lagi si Mel ni. Siap dengan loghat dan grammar yang tepat! Bryan pun terpinga-pinga melihat Mel berkelakuan aneh di bakal sekolah baru Eliza.

fullsizeoutput_134b

Terkejut beruk satu keluarga bila mendapat tahu bahawa yuran bagi satu penggal berjumlah $9000! Bryan hampir putus asa, macam dah tak kuasa nak layan Mel.

fullsizeoutput_134c

Mel katakan bahawa di sekolah antarabangsa, selain akademik, ada sukan, muzik dan lukisan. Eleh, sekolah tadika bawah blok pun ada!

fullsizeoutput_134d

Tu ah, baru nak tanya! Padahal Sinar Kasih setakat syarikat yang memberi khidmat ajar-ajar bagi pasangan international kan? Laku sangat ke?

Oh yes, adakah kita akan melihat pasangan-pasangan baru setiap minggu seperti musim lalu? Atau musim ini hanya akan fokus kepada jalan cerita yang berlaku dalam keluarga antarabangsa ini?

fullsizeoutput_134e

PREACH, SYARAHAN!

fullsizeoutput_134f

REALNESS.

fullsizeoutput_1350

Rumah nampak besar bagi 3 orang je.

fullsizeoutput_1351

Hmm…

fullsizeoutput_1352

Eh? Masukkan jugak?

Mel menandatangani borang pendaftaran tanpa pengetahuan Bryan. Dia pun step nangis ah, pull the “kita hampir-hampir kehilangannya” card. APA KAITAN BODOH, DIA DAH BESAR DAN SIHAT. Jangan nak buat muka kesian! Kesian aku tengok Bryan terpaksa layan karenah kau yang tak berdasarkan sebab-sebab rasional.

fullsizeoutput_1355

Fir pun ke acupuncture agar dia boleh dapat zuriat.

fullsizeoutput_1356

Tetapi dia tidak lakukannya kerana berbahaya. Lihat tu, lelaki boleh lari dari segala benda-benda pelik untuk dapatkan zuriat. Tetapi wanita… Hmmm…

Fir dan Happy pun memberitahu syarat-syarat untuk ibunya sekiranya dia ingin menolong mereka mendapatkan zuriat. Jamaliah dan Aman bersetuju dengan syarat mereka. Namun…

fullsizeoutput_1359

HUH? HUH? ZAMAN APA NI? Ok, mereka tiada cucu lelaki tapi ini permintaan yang tidak munasabah! Macamlah diorang boleh pilih jantina bayi yang akan mereka bikin!!!! Can Suria stop perpuating male superiority? Apa salahnya cucu perempuan? LOL @ Happy dia ingatkan di luar China dia boleh lupakan semua male child preference tapi sekarang dia kat SG pun stres.


Ok, saya tahu ia sebuah drama komedi tapi ia tidak kelakar apabila unsur-unsur seksisme begitu ketara dalam satu episod sahaja. NEXT!

Walauapapun, saya begitu ghairah untuk melihat episod-episod yang akan datang! Adakah Jamaliah akan memberi lebih petua agar Fir dan Happy dikurniakan seorang bayi lelaki? Bagaimana pula dengan watak Hana? Adakah dia akan mendapat lebih perhatian dalam musim ini sebagai seorang gadis remaja yang rebellious? Adakah Eliza akan tetap dihantar ke sekolah antarabangsa? Bagaimana mereka akan tanggung kos yuran sekolah Eliza?

– Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s