Kecoh-kecoh Ramadan 2: Episod 1

Salam Ramadan, wahai pembaca-pembaca munafikku!

Drama Kecoh-kecoh Ramadan kembali tahun ini dengan musim kedua. Tetapi, ia bukan kesinambungan dari musim yang lalu. Takda kena mengena pun!

Dalam musim ini, Kecoh-kecoh Ramadan 2 dibintangi oleh Atyy Malek, Norman Ishak, Sahfuddin Mahfudz, Aminah Ahmad dan Junaidah Eksan.

18768402_10154806955267893_3531927552355834055_o

Ia mengisahkan sepasang tunang Hakim dan Sabrina yang harus bernikah dalam masa 6 bulan kerana BTO mereka sudah siap. Cabarannya adalah, Sabrina mesti ditransfromkan menjadi seorang wanita Melayu muslimah gitu sebab sekarang dia agak liberal ah. Pakai baju seksi semua macam ni:

Keluarga Hakim daripada keluarga yang warak la so Sabrina harus “taubat” gitu. Padahal pakaian dia bukan la menjolok mata pun? Mak si Hakim yang dengar kata-kata kawan dia sangat. Suka hati la????? Asalkan tak tinggal 5 waktu dah ok pe.

Abeh si Sabrina ni umur dah >21 nak kahwin abeh masih nak jadi top model??? Huh modelling career starts at 16 sak so kau wake up sua.

Keluarga Sabrina pula merupakan keluarga sederhana tetapi ibu Sabrina ingin merancang majlis yang gah kerana bakal menantunya seorang graduate. Ni la media nak sangat kita bandingkan pelajaran dengan kegahan sesebuah majlis. Kenapa? Budak ITE tak mampu majlis gah ke? Please.

Ok la but it’s a good entertaining drama for those yang skip terawih.

Saya rasa dalam episod-episod akan datang, kita bakal lihat bagaimana Hakim akan menukar imej Sabrina. Sama ada berjaya atau tidak. Dan pada masa yang sama, mereka merancang majlis mereka dan ada pertelingkahan berlaku antara bakal besan. It’s a Suria drama, don’t get your hopes high.

Tapi kan. Drama ni ingatkan saya tentang 2 x 5 Dol. Watak Sabrina seperti watak yang dimainkan Norfasarie. Banyak persamaan!

Ok tu je.

Selamat berbuka!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s