Salam semua!
Ok, 7 Hari episod akhir. Saya akan cuba membuat entri ini pendek sebab sesungguhnya episod ini tidak berhak mengambil waktu saya banyak sangat lol. Episod terakhir ini bertajuk “Kabut Cinta”.
Dibintangi Hatta Said, Nina Halim, Den Sabari dan Hermie Latiff, ia mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Adam yang ingin mengahwini isteri teman rapatnya yang sepatutnya sudah meninggal dalam kemalangan nahas pesawat.
Adam dan Kamilah bersama anak mereka (iaitu anak Shahril) sedang membuat persiapan perkahwinan mereka apabila Adam terserempak dengan Shahril. Tetapi, Shahril seperti lupa ingatan dan tidak ingat apa-apa. Memori terakhirnya adalah apabila dia terlantar di hospital. Adam merahsiakan perkara ini daripada Kamilah kerana ingin sangat mengahwini Kamilah. Kamilah mendapat tahu bahawa Shahril masih hidup dan ingin hidup bersama Shahril seperti dahulu. Namun, apabila Shahril dan Kamilah bertemu, Shahril sangkakan bahawa Kamilah isteri Adam. Lagipun, Shahril sudah bernikah dengan wanita lain.
Ok wait a minute.
Shahril yang dijumpai di pulau terpencil dibawa ke Singapura? BITCH, HOW? OK, pesawat itu berada di udara mana apabila berlakunya kemalangan? Adakah ia berada di udara Kanada atau Bermudas Triangle atau Asia? Kenapa pihak tertentu menghantar Shahril pulang ke Singapura? Adakah kerana mereka dapat mengenal pasti Shahril? Kenapa Shahril tahu namanya tetapi tidak sedikit pun ingin mencari keluarganya? Bye, this drama is flawed.
– Pengkritik Sandiwara