Reviu: Tango

Salam sejahtera, para pembacaku yang setia lagi taat!

Malam semalam (23/5/17), saya berpeluang untuk menonton sebuah pementasan tempatan yang bertajuk “Tango” oleh Joel Tan.

Sesungguhnya, sebagai masyarakat Melayu/Islam konservatif, saya pasti ramai daripada kita yang sudah terlupa tentang kontroversi mengenai senaskah buku perpustakaan awam yang bertajuk “And Tango Makes Three” kerana kita menepikan berita yang tiada kaitan dengan kehidupan kita.

Pementasan oleh Bangdemonium Pangdemonium ini dibintangi Koh Boon Pin, Emil Marwa. Lim Kay Siu, Lok Meng Chue, Benjamin Chow, Ruzaini Mazani dan pelakon cilik Dylan Jenkins ini diarah oleh Tracie Pang.

Setelah menonton pementasan ini, saya tertanya-tanya. Mengapakah ia bertajuk “Tango”? Setelah berfikir, saya sedar bahawa it takes two to tango!

Segala konflik atau masalah yang muncul dalam pementasan ini semua tidak akan berlaku sekiranya salah daripada satu pihak tidak memberi reaksi.

Sebagai contoh, jikalau watak Kenneth tidak memberontak apabila watak Poh Lin tidak mahu melayannya di restoran kerana mendapat tahu bahawa Kenneth seorang homoseksual, orang ramai tidak akan merakam kekecohan mereka dan tiada apa-apa untuk di#mohonviralkan!

Kedua, tiada rusuhan sekiranya penyokong LGBTQ+ tidak mengapi-apikan situasi ini. Ini hanya menjemput reaksi yang setimpal daripada penyokong “Wear White”.

Selain konflik antara pro-LGBT dan anti-LGBT, terdapat juga konflik dalaman. Watak Benmin, seorang homoseksual tidak ingin menganggap dirinya sebagai seorang homoseksual kerana dia menyayangi makciknya tetapi makciknya seorang homophobe! Tambahan pula, teman lelakinya, Zul merupakan seorang homoseksual yang agak aktif dalam activism ni ah sedangkan Benmin nak hidup secara peribadi sahaja dan tidak suka ni semua kecoh-kecoh. So you can really see the 2 ends of the spectrum gitu.

Saya juga kagum dengan gambaran pasangan homoseksual yang dipaparkan melalui pementasan ini. Ini kerana ia tidak menggambarkan sebagai mereka-mereka yang either a) feminine tahap bapok binte pondan ataupun b) masculine aka pergi gym hari-hari hahaha lol @ ch5FAILCULTY.

Saya berpendapat bahawa satu pengajaran penting yang boleh penonton membawa pulang adalah agar supaya kita tidak cepat melatah. Apatah lagi di dalam zaman internet ini, orang ramai dengan senang memberi reaksi melalui komen ataupun memuatnaikkan video tanpa berfikir tentang implikasinya (OH LOOK I AM A HYPOCRITE HAHAHA). Saya rasa ia amat penting untuk kita beristighfar dan berfikir sebelum memberi reaksi. Walaupun pendapat seseorang bertentangan dengan nilai-nilai yang kita hargai dan junjungi, kita harus sentiasa menghormati mereka kerana mereka tidak susahkan hidup kita pe???? Tio bo? Lagipun, manusia memang ada pendapat yang berbeza so what’s the big deal? (insert surah here about differing opinions) Sekurang-kurangnya, ada sedikit toleransi.

NMpFZS0c

Saya sarankan anda semua menonton pementasan ini sempena bulan Ramadan (lol) ini kerana ia sebuah pementasan yang akan membuka minda anda. Lagipun, musim cuti sekolah kan? Ada diskaun untuk pelajar! Kepada anda yang agak beremosi, kalau tak nak batal puasa, harap tonton jam 8 ya. Saya menitiskan airmata kerana ia amat menyentuh jiwa, tak kira la awak gay ke tak, ia menyentuh isu cinta dan cinta tiada batasan. ;(

– Pengkritik Sandiwara

p.s.

You know how uncomfortable I feel when writing this sebab there isn’t any Malay equivalent of gay/homosexual? Memanglah ada bapok kedi pondan kewat but those can be considered discriminatory pe. What a mess community we are.

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s