7 Hari: Sebelum ke Tali Gantung

Salam sejahtera, semua!

Waktunya untuk saya menulis tentang 7 Hari. Kali ini, drama antologi ini bertajuk “Sebelum ke Tali Gantung”.

Dibintangi Izzat Yusof, Najib Soiman, Joe Lazarie dan Lynn Nasir, kisah ini memaparkan kisah seorang pendakwa raya bernama Sazali yang akhirnya dapat merasa ubatnya sendiri. Kalau istilah omputeh, a taste of his own medicine gitu.

Rumusan:

So kisahnya begini, Sazali mengenakan hukuman penjara 6 minggu terhadap Matin, kerana mencuri roti dan sardin (lol). Namun, isteri Matin, Julia tidak puas hati dan seolah-olah mengugut Sazali. Julia mengekori Sazali hingga ke rumahnya. Dia merayu agar suaminya tidak dipenjarakan. Walaupun Sazali berada di dalam kereta dan ingin berjalan, Julia tetap berdegil. Disebabkan itu, Sazali (ter)langgar Julia sehinggakan Julia meninggal.

Undang-undang tidak boleh diubah, Sazali pun dipenjarakan. Sazali dikenakan hukuman gantung. Matin amat puas hati mendapat tahu bahawa pembunuh isterinya mendapat hukuman yang setimpal. Namun, beberapa hari sebelum hari gantung, pihak berkuasa mendapat bukti baharu dan ini menyebabkan Sazali bebas dari penjara.

Sazali berjumpa Matin untuk meminta maaf. Matin membelasah Sazali. Oleh kerana ini drama Suria, mereka pun bermaafan. Habis cerita.


Ok, secara terus terang saya kurang puas hati dengan jalan cerita ini kerana agak kurang masuk akal namun, saya amat kagum dengan isu-isu yang diketengahkan dalam drama ini.

Seumpamanya, jenis jenayah. Tidak kira sama ada kecil atau besar, si penjenayah yang telah melakukan jenayah akan tetap dihukum, tidak kira niat di sebalik jenayah itu murni atau tidak. Matin mencuri roti dan sardin untuk keluarganya dan dipenjarakan. Sazali melanggar Julia dan dipenjarakan. Dua-dua merupakan jenayah namun kesan dan impak jenayah-jenayah ini berbeza. Walauapapun, mereka tetap dipenjarakan. Kerana jenayah adalah jenayah. Mana tahu si Matin jinak-jinak dengan roti, esok lusa rompak bank pulak, kan? Bukan itu sahaja, pada zaman ini, ia agak kurang realistik untuk “mencuri” kerana terdapat banyak badan-badan organisasi yang ingin membantu. Jangan mencuri ya.

Kedua, undang-undang. Melalui drama ini, kita dapat melihat bahawa undang-undang tidak menyebelahi siapa-siapa. Tidak kira status, undang-undang merupakan sistem yang adil. Tiada siapa yang lebih daripada undang-undang.

Ketiga, hukum gantung. Adakah hukuman gantung ini masih relevan dalam zaman sekarang? #tbt to Apprentice. Siapakah kita untuk menamatkan nyawa seseorang? Bukankah ia ironik untuk menentukan kematian seorang individu yang telah membunuh seseorang lagi? Fikirkanlah.

Keempat, kematian yang justified/wajar dan bersebab. Dari perspektif Matin, hukuman gantung Sazali justified namun adakah ia benar-benar justified? Hmm…

Seterusnya, hukuman untuk jenayah remeh. Julia amat bingit kerana suaminya dipenjarakan 6 minggu akibat “jenayah” yang dilakukan. Menurut Julia, ia sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Namun, dari segi undang-undang, ia sesuatu yang wajar. Dan ia bukan salah Sazali kerana menjatuhkan hukuman tersebut.


Kini saya akan jelaskan the flaws of this drama.

Kenapa si Julia terus berjumpa pendakwa raya? Kenapa dia tak merayu kat MP ke apa ke? Dia sepatutnya rasa bersyukur kerana suaminya dipenjarakan selama 6 minggu dan bukan 6 tahun! Rileck la sis!!!! Kenapa dia tak nasihat suaminya untuk kerja keras dan tidak mencuri? So… Siapa salah?

Abestu pergi jumpa Sazali sampai ke rumah? LOL sis, dia tak boleh buat apa-apa pun!!! So memang kau yang menjemput kematian kau. I’m with Sazali on this. Bitch should have just stayed home and blackmail Sazali or something. Saya pasti Sazali ada rahsia kotor yang boleh dibongkar.

Saya kurang pasti mengapa Julia boleh mati on the spot tau. Padahal kereta bukannya laju sangat? Ni mesti ada penyakit so kemalangan tu merupakan pemangkin je.

Apakah bukti terbaru yang diperoleh oleh pihak berkuasa sehinggakan Sazali bebas dari penjara? Saya ingin tahu.

Anak-anak Matin dan Julia tidak membesar walaupun sudah 2 tahun.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s