Previu: Being Haresh Sharma

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Kali ini saya akan tuliskan tentang sebuah pementasan yang akan datang bertajuk Being Haresh Sharma. Ye la Cultural Medallion Recipient Haresh Sharma siapa lagi?

Being Haresh Sharma bakal menengahkan tulisan-tulisan beliau dari dulu hingga kini. Pementasan yang lalu yang pernah anda saksikan juga mungkin akan muncul! Ini seiring dengan sambutan ulang tahun The Necessary’s Stage yang ke 30.

Seperti apa yang tertera di video di atas, penonton bakal disajikan dengan pelbagai watak dalam pementasan yang menggabungkan kerja-kerja seni Haresh Sharma. Pementasan ini akan dibintagi Jean Ng, Julius Foo, Karen Tan, Siti Khalijah Zainal dan Ghafir Akbar.

Tambahan pula, pementasan ini diarah oleh Natalie Hennedige, Pengarah Artistic CAKE. Dan menurut Siti K, magic akan berlaku kerana kerja-kerja Hennedige adalah unik, berbeza dan ganjil. (jengjengjeng)

Dan seperti apa yang Siti K katakan dalam wawancara eksklusip bersama saya, pementasan ini amat relevan kepada masyarakat Melayu kerana menerusi watak-watak Melayu dalam pementasan ini, keMelayuan Haresh Sharma amat terserlah!

Kepada yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan karya Haresh Sharma, usah risau! Menurut Ghafir Akbar, Being Haresh Sharma boleh dianggap sebagai pementasan pengenalan kepada mereka-mereka yang baru sahaja mengenali Haresh Sharma untuk melihat hasil tulisan beliau selama 30 tahun bersama The Necessary Stage.

Dan apabila ditanya mengapa orang ramai harus menonton Being Haresh Sharma, Ghafir Akbar mengatakan bahawa ia bukan sahaja celebration untuk The Necessary Stage dan Haresh Sharma tetapi juga hasil karya sastera Singapura dari segi teater.

Kesimpulannya, kalau takda orang datang rumah awak pada hari raya nanti, apa kata jenguk-jenguk la pementasan tempatan ini? Ia akan berlangsung dari 29 Jun hingga 2 Julai di Drama Centre Theatre. Tiket-tiket boleh didapati di Sistic!

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s