Naluri Ayah

Salam sejahtera semua! Dan juga Selamat Hari Bapa serta Salam Bulan Bangga 🏳️‍🌈!

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini secara kerap. Maklumlah bulan Ramadan, lagi-lagi dah termasuk 10 hari terakhir! So, saya agak sibuk beribadah dan juga amal jariah! Mengejar pahala gitew. Bukan itu sahaja, baru-baru ini tiada bahan yang boleh saya kongsikan bersama di blog ini. Biasalah, Suria sebenarnya tidak terang pun, malap as ever.

Kali ini, saya akan menulis reviu kisah telemovie khas Hari Bapa yang ditayangkan pada 16 Jun lepas. Bertajuk Naluri Ayah, ia dibintangi Abdullah Ahmad, Shenty Feliziana, Daddy Fir Rahman, Syarif Sleeq, Fazlyna Aziz, Mariana Yati dan J.A. Halim dan diarah Faisal Ishak.

fullsizeoutput_f59

Telemovie ini bermula dengan adegan bunuh-membunuh (what’s new about Suria starting w death). Watak bernama Idris telah mencederakan anaknya Zahra dan membunuh suami baru bekas isterinya. 20 tahun kemudian, dia bebas dari penjara.

Idris yang baru keluar penjara amat kagum dengan perbezaan yang telah berlaku.

fullsizeoutput_f5c

Namun, dia masih bengap. Walaupun (hampir) kesemua flat HDB sudah menjalani pekerjaan naik taraf “lift upgrading”, Idris masih la nak naik lif sampai tingkat enam abeh turun sampai tingkat tiga. Padahal boleh naik lif terus ke tingkat tiga. Atau naik tangga 3 tingkat aje.

fullsizeoutput_f5d

Bapa Idris tidak ingat apa-apa lagi. Zahra ni rood sak panggil nyanyuk!!! It’s a derogatory term eh so pls. Kata je school counsellor??? Bapa Idris mencari Idris tetapi tidak mengenali Idris. Kasihan.

Atuk Zahra tinggal sendirian di rumah ini, Zahra cuma menjenguk sekali-sekala. Pembantu rumah mereka baru pulang kampung. Siapa yang menampung kos rumah ni semua eh? Kenapa tak pindah ke rumah yang kecil?

Zahra memberitahu ayahnya bahawa abang-abangnya berjaya. Zaidi bahagia bersama isteri yang sedang mengandung. Padahal Zaidi ada skandal. Zikri pula ada bisnes sendiri tetapi muflis.

Si Fatin Amira takde watak lain eh?

fullsizeoutput_f61

Zikri dibelasah ah long. What contact acting is this lol.

fullsizeoutput_f60

“Keluarga bahagia” la konon. Si Zaidi ni dia fikir dia jantan dalam keluarga ni dia boleh kawal adik bini dengan mak dia sekali ke? Mentang-mentang gaji besar. Zaidi dan Zikir hampir bergaduh tetapi ia dapat dielakkan kerana Zahra memberitahu bahawa ayah mereka sudah dibebaskan.

fullsizeoutput_f62

Zaidi tidak ingin menerima Idris sebagai ayahnya. Mereka menganggap arwah abah mereka (suami baru ibu mereka) sebagai ayah sebenar.

fullsizeoutput_f63

Masih ah nak carik Idris padahal Idris depan mata.

fullsizeoutput_f64

Zahra membuat kajian mengenai psychological memory loss apa la.

fullsizeoutput_f65

Idris ke rumah bekas isterinya!!! OH NO.

fullsizeoutput_f66

Zaidi agak kurang puas hati bahawa skandalnya bekerja di branch dia kerana Zaidi ingin tobat!!!

fullsizeoutput_f67

Loving this look.

fullsizeoutput_f68

Zikri terpaksa mengajak ayahnya makan bersama walaupun tidak suka melihat muka ayahnya.

fullsizeoutput_f69

Zikri berlagak.

fullsizeoutput_f6a

Skandal Zaidi menelefonnya dan isterinya bingit. Isterinya ingatkan perkara skandal ini sudah berlalu.

fullsizeoutput_f6b

Ayahnya masih mencari Idris dan berkata Idris mungkin sebaik dia sekarang. Sungguh menyentuh jiwa.

fullsizeoutput_f6c

Mimpi ngeri yang amat trippy.

fullsizeoutput_f6d

Sebelum dikeluarkan penjara, Idris diberitahu bahawa dia harus belajar banyak perkara untuk sesuaikan diri di dunia kerana banyak pembaharuan yang telah berlaku.

fullsizeoutput_f6e

Idris mencari kerja sebagai pencuci kereta tetapi didiskriminasi kerana dia seorang bekas banduan. Mujur bos di kedai ini tidak mengeji individu-individu seperti Idris. Idris pun diberi peluang untuk mencuba pekerjaan ini.

fullsizeoutput_f6f

Zikri ingin meminjam wang daripada ibunya untuk membayar hutang/melabur dalam bisnes. Entahlah dia belit kepada mak dia apa entah.

fullsizeoutput_f70

Cute sak.

fullsizeoutput_f71

Zahra teringat masa lalu semasa melukis di kertas pelajar. Zahra sebenarnya telah hilang ingatan kerana terhentak kepala semasa ayahnya dan Abah bergelut. Dia tidak ingat apa-apa yang terjadi. Apabila ayahnya sudah dibebaskan, ingatan ini mula menjelma sekali lagi.

fullsizeoutput_f73

Zikri menggunakan wang yang dipinjam itu untuk berjudi. Kononnya nak gandakan $20,000 tu la. Mula-mula menang, lama-kelamaan dia on the losing end.

Mak dia pula terbatuk-batuk semasa sembahyang.

Unsur kebetulan! Zaidi ke kedai di mana ayahnya bekerja untuk mencuci kereta. Keretanya belum habis dicuci dan dia lesap terus.

fullsizeoutput_f76

Zikri dalam keadaan mabuk pulang ke rumah datuknya. Mujur Idris ada untuk menolongnya.

Hmm… kau benci bapak kau pun dia jugak yang tolong.

Sebenarnya saya tidak faham kenapa mereka membenci ayah mereka tau. Ayah dia dipenjara bukan hilangkan diri. Kalau ayah dia hilangkan diri dan tidak memberi nafkah atau menjenguk, yes, hate him. Kasi lah dia peluang kedua untuk tembuskan kesalahan. Lagipun, dia dah dihukum dalam penjara pun!

fullsizeoutput_f77

Ibu mereka tiada lagi.

Zaidi tidak mahu melihat wajah ayahnya kerana ayahnya sudah menyusahkan kehidupan arwah ibunya. Melampau sangat si Zaidi ni. Perangai Zed Zaidi!

Si Zaidi ni kata Idris lebih kejam dari iblis??????? Gila sak.

fullsizeoutput_f7d

Zahra seolah-olah teringat sesuatu…

fullsizeoutput_f7e

Eh eh? Cari bapak kau lagi? Dalam susah cari eh?

Idris mendapat tahu bahawa Ah Hock (sp??) yang membelasah anaknya. Dia pun berjumpa dengan (anak) Ah Hock untuk selesaikan masalah ini. Dahulunya, Idris telah menyelamatkan nyawa Ah Hock! So kirakan, budi dibalas dengan budi, geng Ah Hock tak akan kacau Zikri lagi lah.

fullsizeoutput_f81

Zikri memberitahu Zahra perkara yang sebenar tentang wang $20,000 yang telah dia judikan!

fullsizeoutput_f83

Zaidi berjaya melawan nafsu.

fullsizeoutput_f84

Oleh kerana tidak mahu melayan kerenah perempuan skandal itu, dia pun berhenti kerja.

fullsizeoutput_f85

Zahra terjumpa mainan lama dan lukisan lama yang mencetuskan ingatannya untuk kembali balik.

fullsizeoutput_f86

Dahulu, Abah MEROGOL Zahra apabila tiada orang di rumah!!! PLOT TWIST AAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH SHOOKETH.

tenor

Suria kini obses dengan drama daddy issues ke? Masih ingat lagi akan Tentang Cinta?

fullsizeoutput_f87

Zaidi menuduh pembantu rumahnya atas wang $20,000 itu. Kesian bibik ni!

fullsizeoutput_f88

Ah Hock memberitahu bahawa mereka kosong-kosong.

Bila Astro nak saman Suria?

maxresdefault

fullsizeoutput_f89

Zahra memberitahu perkara sebenar. Dia telah mengigati segalanya!!!!

Idris mencederakan Abah kerana ingin melindungi Zahra!!!!!!!! Setelah menghantar abang-abang Zahra ke sekolah, Idris rasa macam tak sedap hati sebab Zahra “sakit”. Dia pun pulang ke rumah. Pada masa itu, Zahra tahu bahawa Abah akan mengambil peluang ini untuk puaskan nafsunya. Zahra pun bersembunyi di dalam almari dan menerkam Abah dari belakang. Abah tersentak dan tidak sedarkan diri. Ayah Zahra muncul di depan pintu. Ayah dan Abah mula bergelut sehinggakan Zahra dilanggar oleh ayah dan cedera yang menyebabkan dia hilang ingatan. Manakala Abah dipukul oleh Idris w a stone ke apa???? Abeh Mak dia cuma nampak adegan di mana Abah dihentak.

fullsizeoutput_f8b

Saya menangis mengalir air mata tak  kehabisan sak.

fullsizeoutput_f8c

And if the previous scene wasn’t enough, Fizah Nizam decided to add a “kalau apa-apa terjadi, selamatkan baby ni” kind of scene. OI CUKUPLAH QUOTA AIRMATAKU BUAT SEHARI!!!!

fullsizeoutput_f8d

Mereka dua beradik bermaaf-maafan.

fullsizeoutput_f8f

Yay, keluarga bahagia!!!


Tahniah kepada Suria kerana AKHIRNYA menyiarkan drama berkualiti!!!!! Sebuah telemovie yang amat padat dari segi isi cerita, dan juga nilai-nilai murni. Saya berharap sangat penonton bakal disajikan dengan lebih kisah seperti ini, ya? Love the plot twist.

Saya juga rasa watak dan perwatakan dalam drama ini sungguh berkesan sekali. Watak Zaidi dan Zikri yang membenci ayahnya kerana sebagai seorang lelaki dan juga bakal bapa, mereka tidak mahu mengkaitkan diri mereka dengan seorang lelaki seperti Idris. Namun, watak Zahra, seorang wanita yang pelembut, dapat melihat kebaikan dalam diri ayah mereka. Watak datuk tu pun memberi kesan dan meyakinkan penonton bahawa watak Idris bukanlah seorang yang jahat. Walaupun dia dahulunya kaki judi, dia sudah berubah!

Syabas kepada pelakon-pelakon dan juga mereka-mereka yang terlibat dalam telemovie ini. Go snatch some awards @ Pesta Perdana!

Peliknya, takkan pihak polis tidak selidik dengan betul kenapa Idris bertujuan nak cederakan abah????? HELLO?????? Abeh takkan Idris tidak membela dirinya?

Great song tapi si Huda ni bergerak tak tentu pasal kenapa? Is this professionally choreographed?

Kepada yang belum tonton, saya sarankan awak tonton di Togel ya? 5/5 bintang I bagi.

Tahukah anda bahawa sudah genap 2 tahun saya menulis di blog ini? Kepada pembaca setia saya, TERIMA KASIH!!!!! Saya akan terus menulis!!!!

– Pengkritik Sandiwara 

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

p.s.

Semasa menonton rancangan ini di Toggle, saya asyik terlihat iklan Gunting The Movie.

The last time we had Taufik Batisah and Hisyam Hamid together, the telemovie was quite a flop. Mari berdoa sama-sama kali ini rancangan ini akan meletop.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s