Solo, so right!

Salam sejahtera, semua!

Baru-baru ini, Suria ada rancangan baru yang bertajuk Solo. Dihoskan oleh Atyy Malek, rancangan ini mengajak para penonton untuk meneroka negara Asia bersama hos yang comel ini.

Apa yang berbeza tentang rancangan melancong ini adalah, Atyy akan bersama-sama membawa anda ke tempat-tempat menarik di Asia dan pada masa yang sama memberi tips untuk pelancongan solo anda! Dia juga mendorong wanita-wanita di luar sana untuk mencuba melancong secara solo. Pada pendapat saya, Suria is FINALLY doing something right kerana rancangan ini mungkin akan mengubah pemikiran generasi tua tentang solo trips la. Lagi-lagi terhadap anak perempuan yang ingin sangat solo travel tetapi hanya boleh melihat abang/adik lelakinya melakukan solo travel. Sesungguhnya agama pun mendorong kita untuk menjelajahi dunia. CHEY. So, syabas Suria!

Tidak boleh dinafikan bahawa melancong secara sendirian itu lebih berisiko tetapi apakah erti hidup jika tidak mengambil risiko, bukan? Lagipun, banyak manfaat positif boleh diraih daripada melancong secara sendirian. Seseorang individu itu boleh menghargai nilai diri sendiri dengan mendalam, mencari erti kehidupan, mengenali diri sendiri, berdikari, mencari kebahagiaan(?), lebih matang dan lain-lain!

Cuma apa yang saya rasa pelik tetang rancangan ini adalah…pengunaan Bahasa Baku! Sesungguhnya, pengunaan Bahasa Baku dalam rancangan-rancangan Suria tidak begitu konsisten. Rancangan Ole-ole Temasaya, sebah rancangan pelancongan juga tidak menggunakan Bahasa Baku. Tetapi, untuk rancangan Solo, Atyy Malek menggunakan Bahasa Baku. Hmm..?

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s