Reviu: Kelab J

Salam sejahtera, para pembaca setiaku.

Saya baru sahaja selesai menyaksikan episod-episod Kelab J yang saya belum tonton dan saya akan menulis pendapat saya mengenai drama yang sepatutnya empower women ini.

Pertama sekali, sebagai drama Suria, saya rasa ia agak menarik. Ini kerana ia membentangkan isu-isu seperti kesetiaan, hak-hak wanita, kejayaan, “kejandaan” dan lain-lain. Plot ceritanya juga menarik.

NAMUN, jikalau  dilihat dari perspektif yang lain; di mana ia seharusnya drama yang mementingkan feminisme, saya rasa drama ini perlu melakukan lebih banyak lagi… kot. Ini kerana watak-watak dalam drama ini bergantung kepada lelaki. Watak Halimah dan  Atiqa yang terhegeh-hegehkan mamat omputeh. Dan kenapa mamat omputeh? Sebab kalau mamat Melayu, drama ni macam takde normal sahaja. Mamat omputeh wujud kerana wanita berjaya berhak dan boleh berteman dengan seorang lelaki yang berasal dari kaum superior sebab WHITE SUPREMACY (disclaimer: I’m reaching).

Drama ini juga banyak menyentuh tentang “orang ketiga” dalam sesebuah hubungan tetapi watak Normah macam ok je dia jadi orang ketiga… Wataknya sungguh ironique. Seorang lagi watak ironik adalah Liyana kerana mendorong wanita-wanita lain untuk ikut serta Kelab J agar boleh bina keyakinan diri tetapi dia sendiri takut suami. Sehinggakan didera tetapi saya kasihan la eh but akhirnya dia selamat.

Saya harap musim kedua akan lebih baik dan lebih fokus kepada watak mereka sebagai wanita berjaya. Bukan sebagai watak-watak wanita-wanita yang bergantung kepada  jantan.

Pengkritik Sandiwara

p.s.

Anaknya Halimah (Lin) terdengar bapanya (Sani) berzina dengan perempuan simpanan. Dia tidak suka kerana “haram”. Kelakar sebab Lin ok sahaja bila Sani dan perempuan simpanan tinggal di bawah satu bumbung. What.

Dan this brings me to the issue of sex in the (Malay) media. Ok, tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat Melayu paling problematik when it comes to sex sebab anak luar nikah and stuff. Media is not helping because they don’t even talk about it openly?? Selalu abstinence aja??? Sampai bila sak. Wake up.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s