Salam Sabtu para pembaca setiaku.
Yes, pasti ramai yang agak terpinga-pinga membaca tajuk entri kali ini, bukan. Selama ini, saya telah memerhatikan akaun media sosial Ria 89.7FM dan rasa seperti ada yang tak kena dengan Instagram serta Fesbuk mereka. Seperti tidak kelihatan profesional dan kebudak-budakan. Oleh itu, saya dengan sebulat suara membuat kesimpulan bahawa akaun Ria sebenarnya DIGODAM. Mengapa? Di bawah saya akan menjelaskan faktor-faktor mengapa saya berpendapat sedemikian.
1. Gambar-gambar obit.
Setuju tak gambar-gambar seperti ini macam memberi suasana ala-ala 90an atau awal 2000 di mana photoshop belum begitu popular atau diciptakan even??? Colour scheme dan fontnya juga agak old school. Sungguh tidak kena dengan citarasa zaman sekarang di mana warna-warna tenang (pastel/skima warna menarik) atau imej-imej hipster digemari ramai.
Bukan itu sahaja, gambar-gambar juga digunakan untuk perkara yang kurang sesuai…
Apa kena mengena Winnie The Pooh dengan kes jenayah? Kasihan beruang yang tidak bersalah itu!!
2. Mutu gambar-gambar kolaj
Kualiti gambar yang dipetik untuk menjadikan kolaj juga agak buruk. Dan nilai estetika kolaj ini juga amat buruk. Bukan itu sahaja, kapsyen juga salah! Dan si polan tidak ingin memperbetulkan kapsyen walaupun telah ditegur!!
3. Tatabahasa
Walaupun Ria merupakan satu-satunya radio Melayu yang memutarkan lagu Melayu dan bukan Melayu, mereka seolah-olah tidak hiraukan aspek bahasa apabila mengongsi maklumat!
LOL font buruk dan gambar buruk bersama kapsyen buruk. “Dimanakah” erm..? It’s “Di manakah”.
Setelah diperbetulkan,
“dibawah” SIGH. Nampaknya individu misteri ini tidak tahu undang-undang imbuhan!
Tambahan pula, pengunaan “..”, huruf besar, “u” (untuk menggantikan you), struktur ayat danshort form atau contractions seperti “lain2” juga kelihatan seperti tidak konsisten atau digunakan secara kurang tepat. Untuk memburukkan lagi keadaan, kapsyen instagram mereka juga tiada paragraphing untuk membolehkan pembaca membaca dengan lebih senang!
4. Seksisme
Selain itu, Ria juga sebuah radio stesen yang anti-feminist!!!!!!
Lihat sahaja gambar-gambar di bawah.
Selebriti lelaki disuruh undi siapa sado dan sweet (btw ini bukan soalan mencabar minda). Kononnya semua lelaki bersifat maskulin dan penyayang lah kan? Pui.
Selebriti wanita pula disuruh memasak… Adakah kita masih hidup di dalam patriarchal society? Kenapa kita ingin sangat wanita untuk mempunyai kebolehan seorang suri rumah tradisional? Kenapa kita merendahkan status selebriti-selebriti wanita berjaya ini? MISOGYNY!!! #SJWTRIGGERED
Aura Shai, seorang pengacara rancangan AH! yang mengetengahkan isu-isu antara adam dan hawa tak cakap apa-apa ke?
In other news, MJ12 masih wujud lol.
Saya masih ingat di satu acara di mana Aura Shai berkata Ria akan membawa kelainan (or something) tapi adakah ini kelainan? Bagus ya Ria, teruskan memesongkan (??) akidah masyarakat Melayu/Islam.
Dan disebabkan faktor-faktor di atas, saya benar-benar berpendapat bahawa akaun media sosial Ria digodam. Sebab tak profesional langsung dan tidak konsisten! Ia mencerminkan Ria sebagai stesen radio yang tidak mementingkan imej mereka dan tidak hiraukan kepentingan media sosial! Jadi siapakah yang penggodam yang dimaksudkan ini???
But ok takde siapa nak godam Ria kan.
Saya sangat harap bahawa orang di belakang akaun ini adalah seorang intern sebab ia sesungguhya TRASH. Salah tatabahasa, gambar-gambar yang ketinggalan zaman dan kapsyen yang merepek. Mungkin dia melakukan ini dengan sengaja sebab Ria tak bayar dengan cukup lol. Kalau bukan intern, I tak tau apa nak cakap.
Dan lihat ini:
Macam sungguh kreatif kan kapsyen?
Mestilah… Tengok siapa bagi idea.
Lihat tu siapa komen di akaun Instagram Suria. Tak credit ke?
LOL JK mungkin kebetulan.
Ok, kesimpulannya, si polan atau mungkin orang-orang yang bertanggungjawab atas akaun media sosial Ria harus wake up dan kerja lebih keras dan prihatin tentang mutu isi kandungan serta perkara-perkara yang kecil seperti tatabahasa dan sebagainya. Saya berdoa dia seorang intern. Seriously, akaun Ria is trash right now.
Bintang Trashishitty:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PULAU SEMAKAU
Saya juga berharap Dzar Ismail bukanlah individu yang mengendalikan akaun Ria sebab gaya penulisannya agak seakan!!
“diconty” “disini” Do you even O level Malay?
“bahan2/cara2” #dead
Padahal 140 abjad muat tau nak letak dalam ayat penuh.
Malangnya, bukan akaun Ria sahaja digodam. Akaun Suria juga!!!!
Ayuh sama-sama kita meniliti gambar dan kapsyen di atas dan memperbetulkan kesalahan yang tertera.
1) “Simple ‘LIKE’ this photo!”
Sepatutnya: “Simply ‘LIKE’ this photo!”
2) “The personality photo with the highest number ‘LIKES'”
Huh? Apakah maksud personality photo???
Sepatutnya: “The personality/photo with the highest number of ‘LIKES'”
3) “insagram”
Sepatutnya: Instagram (ni kesalahan paling merepek dan unforgivable)
4) “‘LIKE’ tertinggi”
Sepatutnya: “jumlah ‘LIKE’ tertinggi” atau “‘LIKE’ terbanyak”
Inilah akibatnya apabila anda mengharapkan Google Translate, oi.
“Dapatkan tiket-tiket secara PERCUMA”
Sepatutnya: “Dapatkan tiket-tiket PERCUMA”
Ok, penjelasan ini agak sukar sebab perkataan “secara” itu menerangkan proses “dapatkan”. So, adakah proses dapatkan itu percuma atau tiket percuma. Faham tak? Saya pun rasa macam payah sedikit nak terangkan but ya.
First things first, TAKDE ORANG VET GAMBAR TU KE KESALAHAN AMAT JELAS wtf???? How can those photo(s) even get through omg!!!!
Kedua, bagaimana boleh buat kesalahan ejaan? Adakah ini hasil kerja yang dibuat secara terburu-buru? Hasil seorang intern?
Tetapi… mujurlah, gambar-gambar yang dimuatnaikkan untuk episod Teraseh akan datang hampir tiada kesalahan.
https://www.instagram.com/p/BSnlgm0lZju/?hl=en
Saya agak disturbed dengan istilah “amount” tho sebab agak kurang sesuai but it’s correct so I tutup mata sebelah la eh.
Bintang Trashishitty:
Kecewa macam Oscar The Grouch.
Kepada individu-individu yang mengendalikan akaun-akaun media sosial, harap jangan melakukan kesalahan bahasa yang jelas dan ketara. Dan sebagai sebuah stesen TV dan radio Melayu, anda memikul tanggungjawab besar untuk menggunakan Bahasa Ibunda dan Bahasa Nasional dengan betul. Justeru itu, upahlah orang-orang yang betul-betul peka dan mahir, ya?
Insiden ini mungkin tidak serius atau dianggap sebagai remeh tapi ia amat menghampakan.
– Pengkritik Sandiwara
Plot twist: ini semua konspirasi sahaja sebab Suria dan Ria berkomplot bersama saya untuk mempromosikan rancangan-rancangan mereka jengjengjeng haha merepek stay trashy
p.s.
Pada zaman Anugerah di mana Hyrul Anuar memenangi tempat juara, ramai orang awam yang ingin ketahui sama ada dia gay atau tidak kerana orang ramai berpendapat bahawa dia bersifat seperti wanita atau lembut (feminine). Saya lihat pemenang tahun ini, Mohd Shahfiq pun agak lembut, takde desas-desus pun… Ke orang Melayu dah accept semua orientasi seksual. Wooo yay masyarakat progressive! 😉
[…] Ok, mungkin cara saya tegur tidak sesopan Erwin but HOEnestly idc sebab kesilapan seperti ini tidak sepatutnya terjadi pun!!! Dan juga saya dah serik melihat kesilapan bahasa dilakukan oleh Suria!!! Read. […]
LikeLike
[…] saya terbaca sinopsis kisah ini di Fesbuk Suria, saya fikirkan ada typo la eh sebab Suria is always having typos ha ha ha. Saya sangkakan bahawa watak Suhaillah Salam seorang ibu yang mempunyai anak autistik […]
LikeLike