Reviu: Hope

Salam sejahtera para pembaca setiaku! Malam semalam, saya sempat menonton pementasan Hope (Harapan) terbitan Teater Ekamatra dan Esplanade walaupun sibuk dengan assignment dan deadline yang tidak habis-habis.

Sejurus terpandang poster Hope di Esplanade, saya tidak berfikir dua kali untuk menontonnya. Ini kerana pementasan yang ditulis Haresh Sharma, diadaptasikan oleh Zulfadli Rashid dan diarah Mohd Fared Jainal dibintangi oleh pelakon-pelakon yang bukan calang-calang orangnya! Siapa boleh resist menonton Sani Hussin? Nobody. Siapa yang tidak ingin menonton Daddy Fir Rahman secara live, kan? Walaupun pementasan Prism agak mengecewakan, kali ini saya harap tak la eh. Dan sebagai salah seorang peminat awal MunahHirzi, ia menjadi satu kemestian untuk menonton Hirzi Zulkiflie secara LIVE. Dan akhir sekali Siti Hajar Gani, pertama kali saya menonton beliau live!

hope2

photo from Teater Ekamatra fb

Hope mengisahkan kehidupan lima orang individu yang mengharapkan sesuatu yang tidak boleh mereka kecapi ataupun perkara yang agak mustahil. Setiap individu berharap hidup mereka seolah-olah berubah atau menginginkan perubahan di dalam hidup mereka.

Spoilers Alert!!

Watak Hadi berharap untuk menjadi seorang journalist sebaik Azman. Dia ditugaskan untuk menulis artikel mengenai insiden Sungai Singapura. Dia sering menjenguk Azman di hospital untuk mengongsi perkembangannya mengenai artikelnya dan juga menghiburkan hati Azman. Dia tidak tahu nak tulis apa dan hampir memberi peluang ini kepada rakan kerjanya.

Watak Azman, seorang mangsa drink driving (kot?)  yang terlantar di katil hospital kerana koma berharap untuk kembali kepada hidupnya yang asal. Dia ingin melakukan kerja-kerja yang belum dia selesaikan. Dia rasakan bahawa koma ini seperti “balasan” yang ditimpa walaupun dia seorang anak Melayu yang berjaya dan sering meluangkan masa kepada badan-badan kebajikan.

Quick question: adakah Hadi dan Azman pasangan homoseksual yang closeted..?

Watak Hairul yang dimainkan oleh Sani Hussin berharap dia akan boleh melangsaikan segala hutang keliling pinggang. Dia ingin melihat isteri dan anaknya gembira. Tetapi cara dia melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami agak terpesong. Dia seorang kaki judi, kaki minum dan asyik berhutang. Walaupun begitu, dia tidak putus harapan. Dia tetap berusaha walaupun syirik aka pergi makam dan memperduakan tuhan tapi dia anggap itu tuhan #dead. (Really love adegan di mana Sani Hussin berdepan dengan tailong sebab he’s doing all the actions alone??)

Watak Izzati pula mencerminkan seorang isteri dan ibu yang senantiasa tidak pernah berhenti berharap untuk kesejahteraan anak, suami dan keluarga. Seseorang yang tidak boleh putus harapan kerana #vibesnya mampu mempengaruh anaknya yang kecil.

Watak si adik kecil, Ninin (Nur Zakiah) pula berharap keluarganya tidak menjalani ini semua dan inginkan kebahagiaan. Pada waktu malam, dia menangis dalam diam. Dia tidak ingin memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia sedang merana di dalam. Ini kerana hati kecilnya itu mengharapkan perkara yang besar.

Hadi dan Hairul berjumpa di Sungai Singapura apabila Hadi sedang mencari seorang individu untuk menemuramah mengenai insiden Sungai Singapura. Pada masa itu,Hairul pula ingin mencari makam di Chinatown dan tersesat sehingga ke daerah Boat Quay. Mereka berbual dan menyentuh isu erti kehidupan. Dan di sini lah di mana kita lihat bahawa there’s always 2 types of people in the world. Hadi menulis feature artikelnya manakala Hairul commit suicide dengan keluarganya wow. Hadi juga “membunuh” Azman dengan menutup mukanya dengan chlorine ke apa. So, adakah kematian jalan keluar untuk kesengsaraan???? Jengjengjeng.

kalaulah saya boleh mampos dan tak fikirkan kerja sekolah SIGH

Izzati dan Azman pula berjumpa di dalam mimpi di mana mereka berdua berbincang tentang hidup mereka yang tiada jalan keluar. Pada pendapat saya, mereka boleh berhubung kerana mereka mengongsi satu perkara yang sama. Iaitu, mereka diopress. Izzati seorang suri rumah yang tidak boleh melakukan apa-apa untuk menyelamatkan keluaganya oleh masalah suaminya. Manakala Azman pula diopress sebab dia tidak boleh melakukan apa-apa secara fizikal. Hidupnya terperangkap kerana tidak boleh melakukan apa-apa melainkan menggunakan imaginasinya dan meneroka dunia yang telah dia ciptakan dalam mindanya.

IMG_2136

Saya amat menyukai pementasan ini sebab #deep la eh like what is the meaning of life gitu. Tahniah kepada semua yang terlibat! Love the Mi Birthday. Cuma what’s with the audio playback going on behind the audience??? Apa sak!!

Kepada anda yang ingin membeli tiket, you can try your luck sebab mereka baru sahaja add more seats! Klik di sini.

Dengarkan lagu ini!!! Saya suka.

– Pengkritik Sandiwara

p.s. kepada budak sekolah menengah yang ghairah apabila mendegar bahasa kesat, anda sungguh menjengkelkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s