Kelab J: Episod 2 & 3

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Drama Kelab J semakin hari semakin drama ye.

Sejauh ini, kita telah melihat watak Liyana, Halimah dan Atiqa. Ada dua orang watak yang belum muncul. Dalam episod 2, kedua-dua watak ini akan dikenalkan. Adakah mereka juga janda berjaya atau janda kurang berjaya atau bukan janda?

Daripada episod 1, kakak-kakak berjaya tiba-tiba muncul di acara pelancaran Kelab J VIP dan mencari Halimah macam nak pungut hutang. Apakah tujuan mereka? Nak buat kacau ke?


Episod 2

img_1265

Huh??? Merepek pe kakak-kakak berjaya ni???

img_1266

Suria plot twist semakin merepek. Sekumpulan wanita janda tiba di acara seperti ingin mengutip hutang tetapi sebenarnya ingin menyokong Halimah. HUH?????? Kononnya drama ah. Ada unsur terkejut konon. Lame sak.

img_1267

Adegan tak perlu. Kalau nak cari calon, di sini bukan tempatnya. Ini tempat orang nak berspa. Kemungkinan besar mereka wanita-wanita bersuami yang ingin menjaga kecantikan atau janda-janda yang benci lelaki. Dan mungkin awak bukan lelaki tulen jika awak berada di acara spa-menyepa ni. Bye.

img_1268

Halimah pun memulakan sesi pelancaranna dengan penuh konfiden.

img_1269

Di sekolah, Linda masih dibuli oleh rakan-rakannya yang cetek fikiran. Nampaknya, di sekolah itu, hanya ibu bapa Linda sahaja tidak bersama. Ibu bapa murid-murid lain masih bersama. Perempuan tu better pick a kid her own size sak.

Linda mengadu kepada ibunya kerana asyik diejek di sekolah. Linda menyalahkan ibunya atas segala kejadian yang berlaku terhadapnya. Merepek eh Linda??? Ni hal orang tua, jangan masuk campur. Kau fikir tomahan tak terkena @ mak kau???

img_1274

Kamariah merupakan seorang ibu yang terpaksa menjaga 2 anak sendirian kerana suaminya melarikan diri. Kamariah cemburu melihat Halimah berjaya sebagai seorang janda.

img_1275

Seorang feminist, Kamariah mengadu nasib kepada anaknya tentang sial yang menimpa hampir setiap janda. Pada realitinya, bukan semua janda bernasib baik seperti Halimah.

Anak sulung Kamariah bakal nikah dan ingin mencari bapanya. Kamariah membantah. Tambahan, anaknya akan tinggal bersama bakal suami dan duit bulanan yang diberi akan berkurangan.

img_1278

Liyana tidak mahu menerima jawatan baharu yang diberi.

Halimah cuba meyakinkan Liyana untuk menerima jawatan itu. Liyana memberitahu Halimah bahawa dia takut dia terlalu sibuk sehingga lalai akan tanggungjawab sebagai isteri dan menjadi janda. WTF? Liyana takut suami tahap gitu eh? Ambil je jawatan ni dan cerai. Takde maknanya bersuamikan jantan yang tidak menyokong kerjaya awak!!!

HUH? Adakah saya menonton drama tahun 90an?

img_1283

Kesian sak asyik dibuli.

img_1285

Linda pun mengadu kepada ayahnya dan menggesa ayahnya pulang ke rumah.

img_1286

Ayahnya cuba mendamaikan segalanya…

Tapi sepertinya mereka ditarik ke dalam pergaduhan yang tiada titik.

img_1289

YAS.

img_1290

Kamariah ingin bekerja supaya dapat menyara hidupnya dan anak bongsunya setelah anak sulungnya kahwin.

Sekali lagi, Kamariah menyalahkan bapa mereka yang menghilang.

img_1295

Setelah menerima beberapa e-mel perangsang dan sebagainya. Halimah sedar bahawa bukan semua janda bernasib baik di mana mereka ada rumah sendiri dan sebagainya untuk meneruskan hidup. Oleh itu, Halimah inginmenubuhkan sebuah kelab untuk wanita-wanita tak kira status agar mereka berjaya.

Cakap pasal kata-kata perangsang, tahukah anda, anda kini boleh memberi maklum balas kepada Pengkritik Sandiwara secara anonymous. So, go! Hantarkan maklum balas, kata-kata perangsang atau hatemail.

img_1296

Wow. Eureka. I’m sure she’s hated when she was in school. Coming up with pathetic names. 

Sama tak? #ohtakeh

img_1297

Normah seorang andartu yang keseorangan kerana rakan-rakannya sibuk dengan anak/suami. Dia sajalah yang belum bersuami dan tiada pakwe. Oleh kerana itu, dia sering menghabiskan masa lapangnya seorang diri.

img_1301

Normah juga masih mengingatkan kekasih lamanya. Kakaknya tahu akan setiap stalking yang dia lakukan.

img_1302

Normah kakak Coco kerana OUF. Dan tak faham kenapa watak ini megeja OUT sebegini.

Halimah menerangkan Kelab J kepada Atiqa. Dia ingin Atiqa menolong menubuhkan Kelab J kerana Atiqa merupakan contoh terbaik untuk kelab ini. Seorang wanita single yang berjaya!

Or is it?

img_1307

Atiqa bercerai kerana suaminya mandol… #plottwist

img_1308

Halimah dan Atiqa merasmikan Kelab J.

img_1309

Liyana menerima jawatan tanpa memberitahu suaminya. Dia ingin membuktikan bahawa dia boleh.

img_1311

Liyana ingin memasuki Kelab J kerana ingin menjadi janda. Chey tak la.

img_1312

Erm…? Ok. Abeh? Biarlah. Kau komen pun tak akan mengubah apa-apa. Memang benar seseorang itu boleh berjaya tanpa kelab seperti Kelab J tapi dengan adanya Kelab J, ia seperti pemangkin untuk mencapai kejayaan. Sebaik-baiknya, mereka ingin berjaya. Yang kau tu? Taknak berjaya pun! Hanya mengutuk. Dan takut isteri bawa balik gaji lebih. Sebab dalam minda kau, suami harus bawa balik lebih fulus kan? Fikiran zaman jurasik.

Linda semakin menyampah dengan kelakuan ibunya.

img_1315

Huh again. Dia mengadu pasal kes buli lagi.

img_1316

Normah diajak memasuki Kelab J bersama kakaknya. Ini agar dia boleh jumpa kawan baru!

img_1317

Mereka ingin ibu mereka memasuki kelab ini.

Linda dan Halimah cuba berbincang.

img_1320

Tapi perbincangan mereka tersekat kerana…

img_1321

Orang datang untuk ambil gambar dengan Halimah kerana dia janda.

img_1323

Rude but kelakar.

Ni sekolah mana eh? Dinding klasik.

img_1324

Padan muka! Badan je besar tapi bila ditolak senang jatuh.

img_1326

Atiqah memakai rambut palsu pada waktu malam untuk mengunjung kelab malam dan memikat anak ikan? Is it Atiqa ke Aticca?


Episod 3

img_1454

Halimah disuruh datang ke sekolah dan berbual tentang kelakuan Linda. Linda cuba terangkan bahawa dia menolak perempuan gendut itu kerana dia telah dibuli. Kalau saya, saya akan salahkan law of gravity.

Pada masa yang sama, Sani sedang menunggu Halimah di sesi kaunseling/penceraian. Terpaksalah sesi itu ditunda.

img_1457

Linda cuba jelaskan mengapa dia kelakuannya. Dia melakukan sebegitu kerana perempuan gendut itu memburukkan nama Kelab J. Tetapi Halimah tidak hiraukan itu semua. Dia tidak mahu Linda bertindak secara agresif. Kononnya kill them with kindness ah.

giphy8

img_1458

Linda dikurung dan tidak dibenarkan keluar dari rumah.

img_1459

Apabila diberitahu bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam Kelab J, Kamariah tiba-tiba melenting kerana anak-anaknya membuat keputusan tanpa merujuk kepadanya.

img_1460

Tambahan pula, Kamariah berpendapat bahawa Kelab J merupakan kelab yang hanya memalukan kaum wanita.

Tetapi kenapa? Adakah kerana ia Kelab J. Dan J selalu disifatkan dengan janda. Dan apabila perkataan janda didengar, ia sinonim dengan perkara negatif? Kenapa janda negatif tetapi duda tak negatif eh? Kalau ye pun kelab itu untuk janda-janda, apa salahnya? Sekurang-kurangnya, ia satu kelab yang ingin melihat janda-janda berjaya dan bukan merana dan hanya bergantung kepada wang nafkah suami yang diberi kepada anak untuk hidup!

img_1461

Huh… 50 orang je yang ingin memasuki Kelab J? This coming from a woman who has a VIP branch? Sikitnya…

Oh no feminazi. Yang ini saya kurang setuju ah sebab tidak salah jika si dekni nak selam sambil minum air pe. Dan saya ingatkan watak dia ni swing that way.

Kamariah teringat hari di mana suaminya menghilang.

img_1468

Anak-anaknya ingin melaporkan kehilangan bapa mereka ke pihak polis tetapi Kamariah tahu bahawa suaminya melarikan diri dan meninggalkan keluarganya bulat-bulat.

Hmm… Lari daripada tanggungjawab ke?

img_1469

Ini babak yang agak DEEP ah saya rasa sebab Kamariah tidak mahu menangis di depan anak-anaknya. Dia mahu anaknya melihatnya sebagai seorang ibu yang kuat yang akan menjalani kehidupan baru ini tanpa masalah dan anak-anaknya tidak perlu risau kerana Kamariah akan sentiasa berada di samping mereka. Namun di dalam hatinya, remuk berkecai hanya Allah saja yang tahu.

Linda tidak kena apa-apa hukuman kerana kedua-dua pihak bersalah.

img_1472

Linda terpaksa makan sorang lagi kerana Halimah sibuk. Dia pun menelefon bapanya untuk makan malam bersama.

Halimah buntu kerana cawangan VIPnya tidak membawa hasil. Liyana pun mencadangkan iklan TV. Tetapi Halimah segan untuk melakukan iklan TV kerana tua. Tersembur penaja.

Terbeliak mata Linda nampak wanita simpanan bapa kesayangannya.

img_1478

Kenapa dia tak syarahan kat bapak dia eh pasal dua orang bukan muhrim dalam satu bilik ke apa. Biar tersentak.

img_1479

Walaupun dihadiahkan sebuah beg MRM, muka masih tetap busuk.

img_1480

Hmm…

img_1481

Oh ye ke?

img_1482

Dah agak punya. Apa yang dia akan lakukan? Menjadi seorang mak tiri jahat? Apa yang dia dapat eh?

img_1483

Linda amat marah kerana ibunya menyuruhnya meminta maaf kepada si gendut.

img_1484

Oleh kerana ego besar dan tidak mahu meminta maaf, Linda cabut sekolah. Sedang dia berjalan-jalan, dia ternampak sebuah keluarga memotong kek di bawah blok? kafe? tempat awam? ENTAH LA SIAPA SAMBUT HARI JADI ANAK DIA PADAHAL WAKTU SEKOLAH TAU BODOH

Danny Clark, khidmatnya sebagai seorang bos di syarikat video ke apa dilanggan oleh Indah Beauty Spa. Dia cuba mengurat dengan Halimah tetapi Halimah tak nak layan.

img_1488

Fikiran Liyana terganggu kerana tidak suaminya asyik menghantar mesej. Dia hilang fokus di kerja.

img_1489

Di luar spa, Danny dan Atiqa terlanggar dan mereka mula mengurat. Atiqa meminta belanja kopi sebagai denda kerana sudah melanggarnya dan Danny memuji Atiqa kerana namanya sedap. Padahal nama kelab malam yang kau selalu kunjungi eh.

Si Atiqa ni nak step image consultant tapi baju diri sendiri tak gosok.

Anyway, ni spa ke pejabat Halimah? Sebab kalau ia spa, spa dia kat mana sak. Kalau babak ni merupakan luar spa… Then memang patut takde hasil. Entah mana aje bawang kolong flat kot.

img_1490

Halimah bertanya kenapa dia tidak fokus. Liyana pun jelaskan bahawa dia sebenarnya setengah hari dan ingin pulang. EXCUSES.

img_1491

Halimah tanya kenapa Atiqa lambat. Is it dating? Atiqa pun berceramah. Kalau dating pun, kenapa?

img_1492

Justeru itu, Atiqa pun mengajak Halimah untuk keluar agar boleh jumpa orang baru aka bermentel.

img_1493

Eh??? Kalau lapar beli la dari kedai mamak. Dia gila pe? Dia fikir isteri dia butler????? Bodoh.

img_1494

Ceramah sentap daripada ibunya. Padahal dia belum minta maaf pun.

img_1495

Linda menulis surat kepada sekolah kerana tidak hadir. Sebab: nak mengatasi perpisahan ibubapa? HUH.

img_1496

Cerai je lah.

img_1497

Boleh ke Halimah dapat hak penuh? Jom tanya Rudy Rilla.

img_1498

Sani tidak mahu Linda merana atas kesilapannya.

img_1499

Kesian dia kenek tolong Kelab J padahal Kelab J bukan tanggungjawab dia kan? It’s something outside work kan?????

Abeh Halimah pakai kimono buruk sak lose the belt pls.

img_1500

Normah dan kakaknya juga berada di Kelab J.

img_1501

Kamariah agak malu tetapi akhirnya dipujuk Halimah.

img_1502

Memang acara yang dianjurkan Halimah selalu ada uninvited guests eh? Kali ini, janda-janda yang memakai baju hobo ingin meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap pembentukan Kelab J ini.

Hmm… Lihat saja perbezaan janda-janda yang serbu acara haritu dengan acara ini. Yang kelmarin, semua nampak berjaya dan penuh keyakinan. Yang ini, hobo dan penuh negatif vibes! So, buat bodoh sudah.

img_1503

Huh? Kelab ni tak memangsakan sesiapa pun. Korang yang datang ke sini dan play the victim card. Kononnya kelab ini telah memalukan kaum janda padahal kelab ini belum diisytiharkan lagi.

img_1504

???? HUHH????? Padahal tu masalah peribadi sak. Nak balas dendam buat apa???? Itu cara kuno bodoh. Cara sekarang is kau berjaya so boleh feeling macam ni:

tumblr_modzwcvvi21su7eexo1_500

img_1505

Tanpa membuang masa, Atiqa menghalau mereka berempat sebab MENYEMAK.

Sekuriti pun macam budak-budak penagih dadah je… Entah-entah kalau ditolak terus melayang.


Ok. Nampaknya kelima-lima watak penting dalam drama ini sudah pun berjumpa atau lebih tepat lagi berada dalam satu bilik. Apakah cerita atau kisah yang akan diselongkar? Adakah mereka berlima akan menjadi sahabat atau kerja bersama atau tidak akan berbual antara satu sama lain? Apa agaknya yang boleh kita jangkakan dalam episod-episod akan datang? Kisah cinta? Kisah konflik antara wanita? Kisah kejayaan? Hmmm… Tak sabar nak tonton episod-episod akan datang!

Apa tujuannya memanggil Fido Ahdross untuk menyanyikan lagu yang sebenarnya bertujuan untuk empower women? Lirik yang dinyanyikan Fido juga boleh dinyanyikan oleh Ikah Jamil pe. Tak faham. URGH.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s