Anugerah 2017: Kumpulan A

Salam sejahtera, semua!

Saya pasti ramai yang menanti-nanti reviu Anugerah 2017 oleh Pengkritik Sandiwara, bukan? Because why? I’m all about spilling the tea and realness. Takde nak sugarcoat pls. Kalau terguris hati, harap bedah ventricular folds anda supaya suara lebih lunak. TBH, kepada anda-anda yang membaca dan akan membenci/tidak setuju dengan pandangan saya then… OK?????????? Sesungguhnya manusia dicipta berlainan hahaha merepz.

suriaall

Inilah Top 16 Anugerah 2017. Dalam tahun-tahun akan datang, lebih daripada separuh akan kembali ke kehidupan medioker mereka, segelintir akan menjadi penyanyi aktif di kelab masyarakat, dua/tiga akan menjadi hos/pelakon, seorang akan berjaya dalam bidang nyanyian dan seorang akan meleTOP dan flop tahun seterusnya.

(I’m trying a reverse pyschology effect so pls prove me wrong)

Seperti biasa, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan untuk pusingan pertama. Kumpulan A dan Kumpulan B.

anugerah group .jpg

Saya sentiasa bingung kenapa poster pertandingan realiti selalunya dalam Bahasa Inggeris? Anywho, inilah mereka-mereka yang telah menyanyi Selasa kelmarin. (apa konsep gambar ini kenapa tetiba ada boya unikorn?)

Musim ini, Anugerah dihoskan oleh Huda Ali dan Suzairhe Sumari. #throwback to where Suzairhe was the host for Anugerah when Huda Ali was the contestant.

Anugerah 2017 dimulakan dengan lagu tema yang dibawa oleh alumni-alumni Anugerah. Fauzie Laily, Hyrul Anuar, Rahayu Ridwan dan Hariani Hassan Bakri (who?).

tumblr_oh1qkylnyp1tq4of6o1_500

Pengadil tetap: Najip Ali (yas thx we need him), Taufik Batisah (YAAAAS DADDY ajar mereka semua bagaimana nak jadi seperti anda!!!) dan Indra Shahrir (token judge cos musically inclined).

Apa yang saya suka sangat tentang musim ini adalah semua juri diberi masa untuk memberikan komen kepada setiap peserta. Bukan macam rancangan realiti lalu di mana hanya seorang pengadil yang diberi masa untuk berbual. SO YAY, penonton dan peserta dapat mendengar pandangan yang berbeza.

Minggu ini, peserta disuruh menyanyi lagu pilihan mereka sendiri. Adakah mereka akan membuat pilihan yang baik yang akan memberi kelebihan kepada mereka?

Saya tidak akan menilai dari segi suara ke pitching ke note ke tu semua ah but dari segi persembahan dan benda-benda lain yang saya rasa boleh diperbaiki dan penonton di rumah pun boleh pick out ah. Jangan nak kata “eleh si Pengkritik Sandiwara tu kalau dia banyak cakap pergi masuk Anugerah la!” Hmmm pernah dengar Simon Cowell nyanyi? Tak kan? Case closed.

giphy6


Peserta pertama yang membuka tirai pada malam itu: Fatihah Izyan (klik nama untuk ke Instagramnya) yang berumur 16 tahun menyanyikan lagu Sesibu Sesalan yang…dinyanyikan oleh 3 diva – Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor. ERM??????????????? Salah pilihan lagu, sis!!! Kenapa menyanyikan lagu yang dibawa oleh tiga orang diva? Secara jujur, saya tidak menonton Anugerah apabila ia ditayangkan kerana sibuk dengan kerja sekolah tetapi bila saya keluar bilik untuk mengambil segelas air, saya terus “HUH” apabila terdengar dia menyanyi. Dia fikir dia Beyoncé ke boleh buat macam ni

large1

setiap satu individu menyanyikan bahagian yang lain hahahaha sigh. Agak dia kesal seribu kali ke sejuta kali kerana membawakan lagu ini?

Saya juga suka konsep Anugerah kali ini di mana juri boleh menempatkan di tangga 1-8. 1 paling baik dan 8 burukz la kan.

Oleh kerana Anugerah tiada di Toggle, saya tak ingat kedudukan mereka semua. Maaf.

Peserta kedua, Shafie Syed menyanyikan lagu Seribu Tahun. Muka macam Taufik Batisah! Ada feels. Tapi asal dia kat satu spot je eh?

Ini membawa saya ke satu isu. Saya rasa rancangan realiti tempatan kurang memberi perhatian kepada aspek persembahan. Jika dibandingkan dengan rancangan realiti dari seberang Tambak, peserta dilatih secara menyeluruh. Dalam Anugerajh pula, kita cuma dapat lihat aspek nyanyian sahaja. Mungkin untuk melahirkan bintang yang benar-benar akan berjaya, Suria boleh pertimbangkan isu ini?

Liwani Izzati dengan beraninya mendendangkan lagu oleh Diva Siti Nurhaliza! Saya rasa nyanyiannya agak kekurangan feels? (Jika dibandingkan dengan diri saya apabila menyanyikan lagu ini, macam tak cukup passion aka garau) but whistle baik, sis.

Peserta seterusnya, Mohd Shahfiq menyanyikan lagu Harus Terpisah. Nampak macam gelisah gitu sebab matanya melihat merata-rata! Tengah hafal skrip ke? Dan apa yang awak cuba tangkap dengan tangan tu? Tone down ya. Tiada apa-apa yang istimewa atau distinct apabila mendengar suaranya.

Shalyza Rosly mendendangkan Tanpa Kekasihku. Hmm @ Agnezmo where in the world is your International album???

Saya seperti boleh merasakan sengsaraannya! YAS. I suka sangat!

Hakim Halim menunjukkan personalitinya dengan menyanyikan Memburu Impian. Saya tabik pilihannya untuk mengambil risiko dan menyanyikan lagu rock pada pusingan ini! Saya rasa dia mengambil kesempatan ini untuk kenalkan dirinya kepada umum! Dia ingin memberitahu semua orang bahawa dia bangga jadi Mat Rok! (or is it) He has style!

Giliran adik Didicazli pula untuk menyanyi. Diorang orang apa eh? Nama Roziana Cindy! Fuh. Tapi menyanyi… meh. Tiada feel, macam nak taknak gitu. Hidup segan, mati tak mahu. Dia seperti tidak mahu berada di sini. Does she want this? I don’t think so, I couldn’t see it in her. Dan lazy eyes eh???? Macam on drugs ngantuk or what.

Dan peserta terakhir! Azhar Aziz. Wow ada feels, ada perwatakan, main-main mata dengan kamera semua. Bagus! Dia bukan sahaja menyanyikan tetapi menghidupkan watak ya. Dia juga adik kepada penyanyi Khalisa????

giphy7


Ramalan saya: Roziana Cindy la cos sungguh takde feel dan macam dia tak nak berada di sini. Ataupun Fatihah Izyan.

Tetapi… PENONTON DI  RUMAH SEMUA SHOOK SEBAB BUKAN SATU PENYINGKIRAN SAHAJA AAAAHHHHHHHHH.

tenor1

AAAAAHHHHH. Peserta dengan undian terendah dan peserta di tangga terbawah disingkirkan. So, satu pilihan juri dan satu pilihan penonton. Malang sekali, pilihan penonton dan pilihan pengadil lain so DUA PENYINGKIRAN AAAAHHHHHHHHHH. Nampaknya Suria sudah up the game! Saya sokong!

Saya fikirkan bahawa undian adalah secara online tapi SMS sak??? SMS eew zaman batu ke???? Nak cekau duit orang je. Padahal Google form pun boleh buat benda sama. Percuma lagi.

Namun, ini juga bermakna bahawa ada pusingan wildcard.

screen-shot-2016-11-12-at-11-10-03-pm

I have the receipts.

Kepada anda yang tertanya-tanya siapa tersingkir, pls rujuk balik kepada ramalan saya.

Jawapan kepada soalan ini: NO. Siapa yang akan ingat “oh ni lagu peserta Anugerah yang tersingkir pada pusingan pertama”. “She was suppose to play the guitar today but it’s ok.” Hmmm EXCUSES. Adakah alat muzik akan membuat apa-apa perubahan?  Anyway this is Anugerah bukan talentime. (and again I’m trying to bring out the reverse psychology effect so prove me wrong, go drop your single)

Make sure mencapai kejayaan sehingga dijemput untuk membuat persembahan ya. (kepada semua peserta) Ini kerana perjalanan anda belum tamat! So what if you are eliminated???? Teruskan menyanyi!

https://twitter.com/Hydiridris/status/814501428072853507

Undian tertinggi: Shafie Syed. Ni mesti banyak chickies yang undi. Dan peserta di tangga pertama:

Beliau memenangi $500 wow dan juga immuniti!!!!!!

Lumayan la kalau setiap minggu di tangga pertama! Boleh buat kahwin.


Kepada peserta Kumpulan B, saya harap kesilapan yang dilakukan oleh peserta Kumpulan A tidak akan berlaku dan anda mempunyai masa lebih ya so jangan hampakan penonton.

Saya tidak akan mereviu setiap minggu. Hanya minggu ini dan minggu hadapan ya. Dan mungkin beberapa hari sebelum pusingan terakhir.

Itu sahaja! Tak sabar nak melihat peserta minggu hadapan!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s