Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Episod Bingit 4 kali ini agak menarik ya. Ini kerana watak utama seorang yang world. Saya pasti di antara rakan-rakan anda, pasti ada seekor yang berlagak macam nak rak. Semua benda dia nak menang. Setahu saya, kejadian ini hanya terjadi di sekolah rendah di mana semua orang ingin menunjuk-nunjuk. Tapi nampaknya ada orang terbawak-bawak kelakuan ini sehinggakan dewasa. Nak tahu apa terjadi kepada Hakim? Baca lah! Episod kali ini dibintangi oleh Izwan Ali, Ryan Sufian dan Lydia Izzati.
Episod 5
Hakim berlagak kepada rakannya dan berkata bahawa dia akan tukar kereta dalam masa 2 atau 3 bulan. Eh brader, rileck. COE 10 tahun. Kawan dia pun bodoh eh. Memang lah dia bawak kereta mewah, tapi dia pakai baju mewah tak? Jam tangan dia berjenama tak? Tali pinggang dia beli kat John Little ke? Please judge kekayaan seseorang daripada segala aspek orang tersebut. Pakaian, kereta, gaya hidup, rumah dan sebagainya. Kalau kereta sahaja buat apa. Mana tau dia sewa ke, pinjam ke, curi ke. Kalau saya kawan Hakim, saya dah kata “receipts or it didn’t happen”.
Minah ni cuba mengurat dengan Hakim tapi dia tak tau bahawa Hakim bakal tunang kawan kerjanya. Merepek pe? Mesti musuh dalam ofis.
Rupa-rupanya, Hakim tukang jual kereta. Tu pasal selalu tukar kereta. Aneh eh, rakan dia tak tau mana dia kerja. Rakan kerja Hakim agak marah apabila mendapat tahu bahawa Hakim menggunakan keretanya untuk keperluan peribadi.
Dia pun berkata bahawa dia boleh buat sales dengan senang sahaja. Tak usah risau. Menyampah. Kalau kau ketik jari boleh jual kereta, syarikat kau dah kaya.
Nenek Hakim memberi nasihat kepada Hakim yang bakal tunang.
Aisyah memberitahu ibu bapanya bahawa ibu bapa Hakim sibuk dengan bisnes di luar negara. Oleh itu, mereka tidak dapat hadir.
Perbualan mereka dalam babak ini seperti baru semalam Aisyah kenalkan Hakim kepada mereka. Takkan mereka tak tau perangai mamat yang bakal tunang dengan anak mereka?
Mereka juga tanak pisang berbuah dua kali. Ooh, pisang apa ni? Pernah putus tunang?
Logik Suria: orang-orang pakai coat = orang kaya yang mampu beli kereta mewah. Hahaha. Buruk la fesyen sense pasangan ni! Siapa yang bertanggungjawab?????
Hakim menjual kereta kepada pasangan ini yang berlakon kaku.
Pasangan dilamun cinta.
Hakim tiba di rumah Aisyah dengan kereta tiada bumbung. Fuh. Eh, ni majlis pertunangan kan? Kenapa dia sibuk datang rumah Aisyah?
Hakim mula berbual world pasal pelaburan, stok dan sebagainya.
Ni majlis tunang ke perjumpaan hari raya? Siapa mereka eh? Pemilik rumah ni ke?
Ibu dan ayah Aisyah tanya pasal ibu bapa Hakim dan mereka hanya senyap tak cakap apa-apa.
Hmm… Yelah tu. Betul ke mak bapak Hakim ada bisnes di luar negara? Mustahil si Aisyah ni tak pernah video call dengan mak bapak Hakim. Atau mintak gambar ke. Kalau drama ni disiarkan pada 1990 mungkin logik ah. Ni dah 2016, beb. Suria, up your game.
Ooooh… Siapa ni?
Mamat ni pun mengestalk Aisyah dan mendapat tahu bahawa Hakim dan Aisyah sudah bertunang. Pilihan gambar Lydia Izzati tidak sesuai dengan watak Aisyah.
WORLD. Rakan barunya seorang racer motor dan dia pun mula bercerita dongeng pasal dirinya yang dahulu jaguh pelumba motosikal jugak. Semua dia nak kebas.
Hahahaha. Wow, imaginasi dia bagus eh. Dia sepatutnya tulis novel dan bukan menipu orang! Kan boleh buat duit dengan daya imaginasi yang luar dunia itu. Agak-agak, berapa banyak Suria bayar mereka-mereka untuk memekik?
Hakim pun berkata bahawa dia terpaksa menolak tawaran towkay kaya yang ingin taja kerjaya lumbanya kerana ibu bapa tidak bagi.HAHAHAH. Kenapa ibu bapa tak bagi eh? Is it harus fokus pada pelajaran? Pls, kau setakat salesman aja. Kawan dia semua bodoh eh, percaya bulat-bulat. Ataupun kawannya pura-pura percaya agar Hakim belanja makan?
Ibu bapa Hakim dipenjarakan (entah kenapa, mungkin dadah) dan dahulunya dia selalu dipinggirkan. Mungkin inilah yang menyebabkan dia berkelakuan agak aneh.
Nasihat daripada nenek.
Bos Hakim memberitahu mereka pasal sales yang tidak begitu memuaskan.
Sebelum Hakim berworldprak, dia sentiasa akan pegang telinganya. Saya rasa macam spider senses ah.
Hakim pun mengampu bosnya dengan kata-kata manis.
Semasa Hakim memberi kunci kereta kepada pelanggannya, seorang pemilik syarikat terdengar perbualannya.
Sekali lagi, logik Suria: coat yang longgar bermaksud orang itu lagi kaya.
Cempaka ke Puaka? Syarikatnya sedang mencari kereta-kereta mewah untuk sebuah majlis. Dia ingin Hakim uruskan.
Pelik eh. Bos yang risau hal sebegini? Suruh je la pekerja buat.Yang kau guna khidmat Hakim buat apa? Kau kenal ke Hakim? Tahu pasal syarikat dia?
Oh, rupa-rupanya Hakim dan Fariz kawan sekolah.
Fuh, gertak.
Fariz agak hairan bagaimana Encik Kamrul boleh deal dengan Fariz dengan begitu sahaja. Saya pun. Tak pernah dengar istilah Stranger Danger ke?
Eh? Tanpa bincang tiba-tiba nak buat kat hotel, nak beli kondo. Wow, Hakim. Kejutan buat Aisyah ke? Setakat salesman, kau mampu?
Aisyah rasa pelik sebab Hakim selalu free untuk jumpa lunch. Macam takde kerja gitu.
Episod 6
Encik Kamrul menelefon Hakim untuk bertanya pasal kereta mewah/vintage yang dia perlukan untuk majlis syarikatnya. Hakim tidak memberi jawapan yang meyakinkan.
Fariz secara sukarela ingin menyiasat hal ini.
Fariz ke tempat kerja Hakim. Bos Hakim menjelaskan bahawa syarikatnya tidak menyediakan kereta vintage dan tidak mampu memberi khidmat sebesar itu.
Bos Hakim amat marah.
Nenek ingin Hakim memberitahu Aisyah perkara sebenar tentang ibu bapanya. Mereka tidak harus berahsia. Hakim perlukan masa yang sesuai.
Bos memarahi Hakim kerana mengguna nama syarikat bosnya untuk memberi khidmat yang syarikat mereka tidak sediakan. Tapi, Hakim yakin bahawa dia boleh berikan apa yang Encik Kamrul inginkan. Bosnya pun menyuruh Hakim meninggalkan syarikatnya sebelum dia memburukkan nama syarikat bosnya itu.
Hakim bersemuka dengan Fariz. Dia cuma gertak aje. Lagipun, Fariz hanya melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja agar syarikatnya tidak akan ditipu.
Product placement. Wow nampaknya Aisyah kenal Amin dari Picit? Dia pun kerja Daikin kan? Wow Daikin betul-betul taja eh? (kawan dia merepek seri bakal pengantin hahaha tak islamik!) (or is it)
Kerja kat Daikin tapi set rambut, bersolek segala macam pramugari. Dah la iklan menjengkelkan.
Fariz menelefon Aisyah untuk berbual pasal Hakim. Eh, Fariz kenal Aisyah?
Oh… Rupa-rupanya Fariz merupakan pisang pertama Aisyah. Fariz tidak mahu berbuah dua kali la. Kirakan dia nak beri amaran kepada Aisyah. Tapi Aisyah macam nak taknak percaya gitu.
Jumpa depan mata tak pernah. Skype/tengok gambar pun tak pernah. Mereka kurang peka akan manfaat teknologi. Kalau ni drama Picit, mungkin Aisyah tidak akan menjadi mangsa Hakim sebab dah tanya “eh LIVE stream jom dengan parents u”.
Mereka ke Mount Faber (or wherever this is) semata-mata untuk berbual.
Hakim berjaya membelit fakta. Dia konsperm tulis essay 2000 perkataan dalam 1 jam.
Aisyah ke rumah Hakim dan menanyakan tentang ibu bapa Hakim. Neneknya memberitahu perkara sebenar dan punca serta sebab mengapa Hakim terpaksa menipu.
Ini kerana dahulu Hakim sering diejek rakan-rakannya (cipnya Fariz) kerana Hakim anak penagih dadah. Padahal Hakim tak bersalah seh. Prejudice level upz budak-budak ni. Mulai itu, Hakim akan berbohong pasal ibu bapanya agar dia ada kawan dan dari satu bohong tumbuh ke bohong besar sampai his whole life bohong ah.
Aisyah pun bersemuka dengan Hakim dan memberitahunya bahawa kucing telah keluar dari bagasi. Hakim pun dengan sebab-sebabnya cuba merasionalkan kelakuannya. Aisyah tidak boleh terima.
Hakim pasrah. Dia kehilangan Aisyah aka satu-satunya kawan di dunia hahaha loner.
Love triangle. Kenapa Hakim pakai jacket? Sejuk ke? Sakit ke?
Oh, so mereka putus sebab Fariz nak seks sebelum nikah? Astagha!!! Konon nak lindung Aisyah daripada penipuan Hakim padahal ada udang disebalik batu!
Jerit je lah bodoh! Takde orang pun mana tau pekik boleh mengakibatkan malaikat turun dan tolong ke.
Oh, jacket untuk tutup lengan Aisyah sebab lengan terkoyak. Tapi pakai macam gitu tak tutup pun!!!
Tu la! Kesian mak bapak Aisyah! Tengok Hakim pun kesian eh dia loner takde kawan cuma harapkan Aisyah untuk kebahagiaan. Siapa suruh bohong??? Kalau Aisyah cintakan kau dia akan terima kau seadanya pe.
Nenek Hakim ke rumah Aisyah untuk menjelaskan kepada keluarga Aisyah. Sampai teresak-esak dia nangis.
Ni calefare baju tak tuck in betul!!
Hakim ke kaunselling (saya rasa). Alhamdulillah, pisang tidak berbuah dua kali. Mereka sama-sama selesaikan masalah ini. BAGUS.
Aisyah setakat saleswoman kat Daikin tapi pakaian macam bisneswoman. Mereka pun hidup bahagia.
Saya rasa puas hati (lol) menonton episod ini berbanding episod lepas. Ini kerana walaupun akhir jalan cerita ini ideal, ia agak realistik dan amat positif. Iaitu, sebagai pasangan yang bakal menjalani hidup bersama sebagai suami isteri, kita seharusnya bersama-sama mencari jalan untuk selesaikan masalah yang kita hadapi. Ini boleh dibuktikan dengan sokongan yang diberi Aisyah kepada Hakim untuk menjalani kaunselling. Pasangan tidak seharusnya mencari jalan keluar ekspres iaitu putus. Kerana, kalau masih boleh selamatkan hubungan/mencegah masjid daripada runtuh, best to cari jalan penyelesaian kan? Perhubungan mereka juga serba sedikit menunjukkan bahawa love conquers all ah sebab walaupun Hakim perangai macam gitu, Aisyah terima seadanya so macam unconditional love gitu. Kalau ni realiti, mereka akan last long sebab mereka akan selalu bersama pahit manis gitew. Lagipun, Aisyah dah tunang buat kali kedua, takkan nak putus lagi kan? Adakah itu sebab utama mengapa Aisyah sanggup buat ni semua untuk Hakim? Sebab taknak malu?!?!?! 😱  Kalaulah Aisyah gesa Hakim untuk Skype dengan ibu bapa Hakim, semua insiden ini tak akan berlaku.
Jika dibandingkan dengan musim-musim lalu, musim kali ini tak jelaskan keadaan/penyakit mental yang dihidapi watak utama. Saya tertanya-tanya apakah mental condition Hakim? Ada kajian saintifik yang menjelaskan kelakuan buih Hakim ke tidak? Sebagai contoh, episod lepas. DICKtator tu sakit mental ke memang tak boleh kawal kemarahan? Hmm…
Wow! Episod akan datang ada Bae Sheiryn Aisiqa!
-Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
P.S.