Selamat Hari Natal, Selamat Hari Kwanza, Selamat Hari Hanukah, Selamat Hari Bertumbuk dan salam sejahtera.
Sekali lagi, kita bakal saksikan isu-isu yang berkaitan dengan media sosial dan juga kecanggihan internet dalam drama bertajuk Picit ini. Cuma Suria agak ketinggalan zaman, seolah-olah drama ini diterbitkan untuk tahun 2000. Ini kerana kemudahan internet dan gajet semakin meningkat dan Suria seperti tidak hiraukan bahawa ini semua sedang berlaku. Siri terakhir ini dibintangi oleh Shahrin Azhar, Haslinna Jaaman, Fatin Amira dan Den Sabari.
Episod 7
Aman tetiba tidur di bilik anaknya, Azhar. Ini kerana bilik master bedroom tiada ruang. Penuh dengan produk-produk milik isterinya.
Azhar seorang YouTuber yang memuatnaikkan video puisi. Wow, bagus. Lestarikan bahasa. Semoga dicalonkan sebagai duta bahasa. Hmm, ada ke YouTuber Singapore yang buat puisi segala?
Benar. Reciprocity. Aman memuat naik gambar bersama klien agar dia boleh dapat lebih klien.
Ibunya, Lina, tidak suka apabila Azhar buat puisi. Ini kerana dia fikir bahawa anaknya buang masa dan tidak melakukan perkara yang berfaedah.
Aman dinaikkan pangket menjadi Kepala Jabatan.
Rakannya, Sani, yang sudah lama kerja di sini agak cemburu. Dia kata dia gurau tapi kita semua tahu Melayu macam mana. Kalau ini drama Dimensi Ke 4, kau dah kenek buatan orang.
Wow, pemenang Ratu, Fatin Amira. Dia memainkan watak apa eh? Oh, watak pencuri suami. DUH SEBAB ITU JE WATAK YANG DIA BOLEH PEGANG. Can I just say rambut watak dia macam erm ekor kuda. Like, what was the image Suria nak atau memang tu rambut dia?
Nafisah mengurat dengan Aman, memberi sehelai tali leher. Baru naik pangkat katakan. Panggil Naf. Nafsu ke Enaf?
Enjoy the tie? Nak makan tie tu ke?? Ke buat untuk sesi BDSM?
Lina berjumpa rakan bisnesnya untuk berbual tentang bisnes la duh. Dia sempat mengadu tentang Azhar yang selalu pulang lewat. Rakannya pun cadangkan untuk letakkan aplikasi SuperSpy ke dalam telefon Azhar.
Nenekku SuperSpy????
Dia amat marah kerana anaknya lambat pulang.
Dia pun kenalkan aplikasi SupeSpy. “It allows you to stay connected to your family” HAHAHAHAHAHAHAH WHOT.
Lina menyuruh suaminya untuk letakkan aplikasi tersebut dalam telefon Azhar.
Setelah itu, mereka bertengkar melalui whatsapp. Ape je.
Sani cemburu ke? Maklumlah, dalam drama Menantu International, watak Fatin Amira mengurat dengan watak Den Sabari. Hahahaha Suria.
Aman cuba meningkatkan nafsu isterinya tetapi gagal. Isterinya sibuk dengan produk-produknya.
Azhar bohong. Padahal ibunya tahu dia kat bawah blok. All thx to app.
Aman cuba memberitahu Lina bahawa anak mereka sedang membesar dan perlukan kebebasan.
Ni la mak sekarang. Bergantung kepada aplikasi untuk tahu whereabouts anak-anak. Kalau mak-mak zaman dulu, anak balik je boleh bagi report mana anak tu dah pergi. Tak perlu aplikasi. Hanya bergantung kepada naluri dan firasat.
Firasat 2 akan datang.
Adiknya memberitahu tentnang aplikasi SuperSpy. Azhar ingin padamkan aplikasi itu tetapi adiknya kata jangan. Dia suruh abangnya tukar setting location je.
“How does this feels?” – Fatin Amira aka Naf
Aman ni setakat urut je dah tergugat iman dia? Kesian la eh tak boleh pergi Thai Massage cheep cheep.
Adegan tak penting aka adegan PRODUCT PLACEMENT.
Oooo…
Hahaha isterinya kata bahawa tie tak kena.
Oleh kerana dipaksa isteri, Aman recommend produk isterinya kepada Sani. Tetapi, Aman tidak memberitahu bahawa produk itu milik isterinya. Dia kata “kawan” kerana dia takut kene cap “takut bini”.
Sani pun ke seminar syarikat Lina. MLM ke ni?
Adegan seks Suria hahahahahha.
Semakin rapat nampak. Dia pun sign deal.
Lust ke love??? Ini semua nafsu semata. Kalau love, kau akan siapkan asam pedas untuk lunch, bukan quickie untuk lunch.
Kesiannya kenek sembunyi bawah meja. Tapi confirm dah biasa kan bawah meja ni semua ahahahha.
Dia pun merajuk la sebab kenek sembunyi. Eh padahal kau yang nak suami orang. Gila.
WE HAVE THE NEW DAIKIN
Lina marah kerana suaminya tiada masa untuk membeli alat hawa dingin bersamanya.
YES, NGOK.
Astagha. Ni drama Suria ke drama Channel 8?
Sani pun cadangkan dia untuk berphotoshop agar dia boleh beryoohoo dengan Naf tanpa waswas. Honestly, you don’t have to bring in Zilla Van Den Born kalau setakat nak photoshop gambar. Semua orang tahu pasal photoshop. Do not trivialise Zilla’s work. She put in effort and more than just photoshop.
Aman memberitahu keluarganya bahawa dia akan ke Thailand untuk berbisnes.
Abeh???? Setakat berpuisi pe. Bukan bermotek.
Tak tau apa si Naf tengok satu bilik.
LOL. Ni zaman apa nak tipu orang gunakan photoshop yang takde mutu?
Mengurat latew. Kenapa Lina tanak beritahu bahawa dia isteri Aman? Kenapa harus senyap? Kenapa dia ok je Sani nak mengurat dengan dia?
Episod 8
Wow, Lina curahkan masalah kepada Sani ke?
Aman dan Naf sedang berseronok beryoohoo di Thailand. Hahahaha adegan seks di Suria.
Sesi MLM Sani bermula secara rasmi. Yay HerbaLife!
Fuh. Bunga setakat sak dia bagi. Kononnya sebagai tanda terima kasih la apa la. Hmm… Nasib Lina tanak terima bunga tu. Tapi si Sani nak berlagak buang konon. Menyampah lelaki macam ni sak, nak reverse psychology segala. Lina pun ambil bunga itu daripada dibuang begitu sahaja.
WE HAVE THE NEW DAIKIN
Rahsia anak dia terbongkar. Hahahaha. Kawan dia rileck je main gitar.
Azhar tidak suka bahawa ibunya selalu periksa di mana dia berada kerana rimas. Dia pun tanya jika ibunya suka jika dia selalu dipantau.
Wow Suria, kemukakan isu etika dan hak privacy. Saya suka.
Azhar pun memuat naik apliksi SuperSpy ke dalam telefon ibunya. Keluarga ni tak pernah dengar pasal password eh?
Masih gian? So dia nak love ke lust? Kalau asyik berzina je kan lust? Aku tak nampak yang dia tunjuk love pun.
Aman memberitahu isterinya bahawa dia terpaksa melayan klien dari luar negara pada hujung minggu. Padahal hari tersebut hari jadi Lina. Sedihnya.
Kesian Lina keseorangan pada harijadinya. Anaknya asyik melekat kat telefon. Inilah realiti 2017!!!
Sani mendapat tahu daripada FB ke apa bahawa ia hari jadi Lina. Dia pun menelefon Lina dan menyanyikan lagu Happy Birthday. Sweet la tu konon.
Ni skrip merepek gunakan kata ganti nama “anda”??? HUH??? “Anda menunggu Encik Sani?” ke apa. YUCK LA SIAPA GUNAKAN ANDA SAK???
Anda digunakan dalam acara rasmi/fakta sahaja kan? Dan formal speech? No?
Contoh:
Sudahkah anda mengundi untuk APS 2016?
Like there’s a formal, serious tone to it, kan?
Adakah mereka berada di hotel yang sama?
Wow, Sani romantik pe? Is it dia recommend Aman hotel ni dan dia pun pergi hotel ni?
Tell me in my face that budak zaman sekarang rosak dan melibatkan diri dalam seks rambang/seks luar nikah padahal benda ni dah berterusan semenjak zaman atok-atok kita??? *coughs* BATAM SEXCAPADE *coughs*
ASTAGHA SANI NAK PERKOSA LINA
Azhar ingin tahu di mana ibunya berada.
Ibunya berada di hotel dan bukan pejabat!
Azhar menghantar lokasi ibunya kepada group chat keluarganya. OH NO. Terbeliak mata Aman mendapat tahu bahawa isterinya berada di hotel yang sama.
PLOT TWIST /CLIMAX SURIA OF THE YEAR
Aman terkejut melihat Lina bersama Sani. Sani tahu bahawa Lina isteri Aman. Aman agak marah kerana Lina bersama Sani. Naf dengan bangga memberitahu Lina bahawa dia temanita Aman. Sani ingin Lina mempunyai hubungan sulit dengannya agar Lina boleh mendapatkan perhatian yang dia inginkan. Sani ingin membalas dendam kerana Aman dinaikkan pangkat dahulu.
Aku dah bilang kau, kalau Melayu dah cemburu pasal naik pangkat, pasti dia akan lakukan sesuatu!
Paparazzi.
Si dekni marah pulak? Lelaki sial namanya. Dia boleh berasmaradana dengan Naf tapi marah bila nampak isterinya bersama lelaki lain? Abeh isteri kau tu takde perasaan? SIAL!
Salahkan bisnes Lina yang semakin maju. Sepatutnya korang berdua harus berbincang!
PREACH IT SISTAAAAH.
Video tersebar. Anak-anak mereka malu dengan kelakuan ayahnya.
Aman terpaksa berhenti kerja agar nama baik syarikat tidak tercemar.
Sebenarnya saya tidak faham tau. Orang selalu kata asingkan isu peribadi dengan kerja. Harus bersikap profesional. Tapi kenapa bila benda peribadi menjadi “viral”, pekerja itu terpaksa berhenti kerja? Padahal kelakuannya tidak mencerminkan atau melibatkan syarikatnya. Kan? Kenapa tak boleh sikap profesional? Adakah ini double standard?
HUH… Dia dalam dunia fantasi?
YA SETAKAT SKANDAL SEBAB KAU BAGI SEKS SAHAJA. Wake up. Kau nak cinta? Then jangan bagi seks la, ngok. Abeh nak mengamuk tak tentu pasal, padahal kau yang mulakan benda seks ni semua. #perempuan
Weakest slap of the century.
Lina lari rumah.
Hahaha padahal mereka dalam satu rumah eh. Tengok tu dinding. Sama warna.
Ni skrip apa ni? “Mak apa saya” HUH?
Kak Sya pun memberitahu pasal perkahwinannya yang hampir runtuh dahulu.
Azhar merakam puisi. Muzik latar tak perlu.
Tersentuh gitu.
Ni edit gunakan apa?
Yay, keluarga bahagia.
Ok so, apa yang kita pelajari? JAUHI ZINA kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah. Bila di kerja, cari kerja halal sahaja. Jangan nak mengurat. Dan kepada ibu bapa, berikan sedikit kebebasan kepada anak anda. Jangan nak kongkong. Nanti dia wild mode, kau menyesal. Jangan percaya kawan sangat sebab nanti kawan makan kawan yum. Kita boleh elakkan masalah jika kita berkomunikasi ya.
Saya agak kecewa Suria ada product placement Daikin merepek.
Secara terus terang, saya rasa drama ini agak luar daripada realiti. Memang tidak boleh dinafikan bahawa banyak isu-isu yang berkenaan dunia alam maya yang dikemukakan dan harus diambil iktibar ye, para pembacaku? Seperti video-video lucah atau kurang sopan yang tersebar dalam episod Video X. Melalui episod tersebut, penonton lebih peka tentang isu “blackmail” bertemakan seks. Janganlah kita ambil gambar atau video yang kurang senonoh ya. Kalau tak, tersebar luas. Walaupun pasangan anda janji “only for my eyes”. PUI. Cuma, kalau boleh, video yang tersebar luas tu digunakan untuk mempopularkan lagi watak XXX tu. Konsperm laku. Bak kat orang, ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Episod seterusnya, Tolong Like SayaTolong Like Saya. Episod ini agak ganjil kerana mamat tu viral/popular sebab video skateboarding. Hahaha Suria, get out. Abeh kes dera dia tidak disiasiat dengan betul. Sampai ada penunjuk perasaan kat luar rumah. Get out x2. Tapi, dalam lawak jenaka, ada pengajaran. Ibu bapa harus memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak terutama sekali remaja. Mereka perlukan ibu bapa masa-masa nak baligh ni. Dan, kita sebagai pengguna media sosial, tidak harus terikut-ikut sangat trend internet yang songsang dan tidak islamik.
Episod lepas, Dera. Ok, ni pun merepek sebab dia popular setakat upload LIVE stream? Dia punya content macam mendak je. Meh. Tapi ini menunjukkan kelebihan media sosial ah eh boleh rakam bukti dan sebarkannya serta merta. Dan kita tidak harus percaya orang luar dengan begitu sahaja.
Selamat bercuti!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] mereka dirakam oleh seseorang. Adakah adegan ini mengingatkan anda terhadap drama Picit? Yes? Sama […]
LikeLike