Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016

Selamat datang ke blog nombor satu yang mendorong online bullying di Singapura! Pasti anda sedang berkobar-kobar menunggu keputusan untuk Anugerah Pengkritik Sandiwara, bukan? Hari yang anda nanti-nantikan sudah tiba. Tapi sebelum itu, ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah mengundi! Dan juga kata-kata perangsang yang saya terima daripada pembaca setia saya. Terima kasih sekali lagi! Akan saya terus perjuangkan blog ini dan menaiktarafkan lagi mutu blog ini, ya. Amin.

Dan… Pemenang-pemenang bagi APS 2016 adalah seperti berikut:

Pelakon Satu Dimensi

Kita semua boleh setuju bahawa watak-watak yang dibawa oleh Sheiryn Aisiqa semuanya agak sama, kan? Wanita jahat dan mungkin ingin mencuri boyfriend orang! Harap-harap Suria akan memberi watak yang lebih mencabar buat Sheiryn Aisiqa. Seperti dalam episod terkini Bingit!

Pelakon Tak Perlu

HUNTY. Dengan 51.1% undian, Sofia Dendroff merupakan pelakon tak perlu 2016! C’mon, wataknya sebagai Tasya dalam Interns 2 sungguh tak perlu! Apakah impak watak Tasya dalam drama tersebut? Asyik skip kerja aja sebab harus ke sekolah. Hmm… Dengar-dengar, wataknya dan watak Lisa White adalah salah satu “strategi” untuk kenalkan wanita-wanita yang punyai darah kacukan dalam industri TV. NEXT.

And somebody can’t take the #realness in this blog, it seems.

rs7llf

Pelakon Perlukan Upgrade

YAAAAS. Suria, tolong berikan Endang Rahayu watak yang penting,  mungkin watak utama? Dah jelak tonton dia main watak sampingan/pembantu rumah. Dia ada potensi.

Hos Paling Fefeeling

Nurul Aini merangkul gelaran ini dengan 61.7% undian!

Pasangan Paling Ship

YAAAAAAS. Tidak boleh dinafikan bahawa kemistree Sharon Ismail dan Khairudin Saharom bermula semenjak (atau sebelum) Selamat Pagi Singapura, kan? Ship diorang sangat-sangat la! Hais, kenapa Khairudin Saharom ni masih single eh?

Pasangan Paling Meluat

Jijik kan melihat watak Danial Ashriq dan Yuslina Yusof bersama melakukan benda-benda yang tidak islamique! Astagha Suria! Nasib perhubungan mereka tidak kekal.

Drama Paling Belit

Daripada drama yang ala-ala Mean Girls, kepada drama bunuh-bunuh. Pusing kepala gue melihat 11 Oktober.

Drama Paling Klisye

Wanita buruk pakai braces patah hati kerana ditinggalkan boyfriend, melalui makeover, berjaya, boyfriend merangkak balik tetapi wanita itu ada mamat lain. KLISYE SANGAT KATHY GERENTI NI. (walaupun inti cerita ini padat)

Drama Paling Flopz

Dicalonkan dalam Asian Television Awards 2016 tetapi, plot drama Bunga Tanjong macam WHOT? Setakat terjumpa di stesen keretapi terus boleh jadi wanita joget eh? Abeh nak jaga anak la apa la.

Drama Paling Liberal

Nampaknya, semakin hari, semakin banyak drama yang menggalakkan seks di luar nikah! Dan juga aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan ajaran islam! Bukan episod Picit: Video X sahaja, malah episod Skandal juga! Harap-harap MUIS akan mula menapis rancangan-rancangan yang bakal disiarkan di saluran Mediacorp Suria.

Drama Luar Dunia

TBH, drama PIZ ni tak masuk akal langsung sak. Seorang peguam yang terlalu melibatkan dirinya dalam kes-kesnya. Ending si pembunuh jadi tukang sapu sampah. HUH??????

Rancangan Paling Emosi

Nampaknya ramai yang menangis menonton telemovie yang mengisahkan dua beradik ini, Impian Haji Malik. Secara peribadi, saya tidak menangis ah cuma tersentuh kerana perasaan prajudis terhadap bekas banduan itu wujud dalam diri abangnya. Dan abangnya seorang peguam! IRONIQUE. Tangga kedua: Kasih Tiana. Tu I menangis rabak.

Rancangan Paling Flopz

Di manakah pemenang Kolej Komedi? Di manakah pemenang SG Mania dan Hos!pektakular? Di manakah Yaya Hamid?

Selebriti Kerap Muncul

Ini standard. 80.9% undian, you! Tetapi secara jujur, Nurul Aini je lah yang boleh saya panggil Muka Suria. Yang lain semua menghilang. Tak terkejut kalau dia menang Personaliti Paling Popular di Pesta Perdana tahun hadapan. Suria harus melatih lebih selebriti untuk menggantikan tempat Nurul Aini pls.

Selebriti Tetiba Muncul

Dah lama tak muncul TV, tetiba ada. Mungkin kita akan melihat Haizad Imran dengan lebih kerap tahun hadapan? Siapa tahu eh? Tetapi, saya rasa Izwan Ali yang akan membuat kemunculan lebih kerap!

Selebriti Henti

Fakkah Fuzz seharusnya memberi lebih fokus terhadap kerjayanya yang semakin berjaya dan menolak segala tawaran sebagai pengacara di Suria. Pengacaraannya dalam Bahasa Melayu pun agak kekok!

DRAMA OF THE YEAR

Ok, ini tidak dicalonkan kerana it was a clear winner ah. Tiada pertandingan. Hanya drama ini sahaja yang layak memegang gelaran ini!

Kita semua setuju? Sah? Kisah Tok Kadi merupakan drama yang paling best sekali sehinggakan menyebabkan hits di blog saya melonjak! Lakonan Beto Kusyairy sungguh karismatik sekali, wataknya dibawa dengan baik sekali! Jalan ceritanya juga amat menarik. Bukan itu sahaja, melalui drama ini, kita tahu bahawa penonton Suria mahukan lebih drama yang menerapkan unsur-unsur dakwah dalam drama-drama Suria! Sebab kita semua ISLAMIQUE! Ia drama yang amat popular sehinggakan orang seberang tambak pun tonton! So Suria… This is the direction you should go towards. Bukan drama pasal seks dan curang, ya?


Sekali lagi, terima kasih kerana mengundi. Tak sabar nak adakan APS 2017 pulak! Tak sangka responsnya amat tinggi. Lebih daripada apa yang saya jangkakan. Dan kata-kata semangat yang saya baca juga amat encouraging ya. Kalau tak keberatan, selalu-selalu lah hantar saya email ke DM ke agar saya dapat tahu bagaimana nak improve blog ini! Hate mails pun boleh, kulit saya agak tebal.

2016 merupakan satu tahun yang penuh keceriaan bagi Suria kerana kita lihat bintang-bintang baru tercipta melalui rancangan Anugerah Skrin. Tetapi, mungkinkah mereka terus menjadi bintang yang menyerlah atau tahi bintang? Setakat terbang buat seketika? Ia juga tahun yang agak panas untuk Mediacorp. Ingat tak dengan Toggle Fashion Police dan insiden Black Face? Hahahahah siak la korang.

Tak sabar untuk 2017 kerana ada Anugerah! Dan juga Pesta Perdana!

Malang sekali, malam ini tiada drama khas seperti tahun lepas. It was a flop. #31Disember

Itu sahaja daripada saya. Saya harap awak semua enjoice tulisan saya pada 2016 ini. Dan insyaAllah, blog ini akan bertambah baik pada 2017. Agar Suria akan menerbitkan drama yang lebih bermutu dan penuh logik supaya saya tidak perlu kritik dengan pedas. Mari kita sama-sama doa untuk Suria. (dan juga saya for the 6.0 GPA)

Jangan lupa untuk ikut Pengkritik Sandiwara di media sosial! Cepat, picit!

Jika ada terkasar bahasa (haha banyak siak), harap maafkan! Kalau taknak maafkan then kau punya pasal pls all I know is I ikhlas. C u in neraqa jaha6.

Selamat menyambut sisa-sisa 2016 dan Selamat Tahun Baru!

(quite bummed that wordpress is not doing the annual review this year)

Pengkritik Sandiwara

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s