Terbaru: Cakap-cakap

Salam sejahtera, para pembaca setiaku! Pertama sekali, saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada mereka-mereka yang mara ke peringkat Top 16 Anugerah 2017! Semoga perjuangan anda akan diberkati dan kerjaya anda tidak akan flopz seperti pemenang musim sebelum ini. What’s her name again?

Tapi… Motif blog post ini bukan untuk cakap pasal Anugerah, malah saya ingin ketengahkan rancangan bual bicara terbaru iaitu CAKAP-CAKAP. Semasa sesi brainstorm untuk kenalkan tajuk rancangan ini, team cakap-cakap buntu kerana kekurangan idea. “Kita ada rancangan bertajuk JUS, walaupun ia bukan rancangan membuat air jus. Kita pernah ada rancangan TGIF, hmmm… Tajuk apa yang sesuai untuk rancangan di mana hos kita cakap-cakap pasal benda irrelevant eh?” *bisikan syaitonne* CAKAP-CAKAP. “OH YA CAKAP-CAKAP” frasa itu dipekik secara serentak oleh satu team tersebut.

img_0270

Berapa banyak cakap yang tertera di atas?

img_0271

Dihoskan oleh AB Shaik dan Farhana M Noor, rancangan ini disiarkan pada jam 1030 malam pada hari Rabu. Slot masa yang agak pelik kerana Suria tiada rancangan tempatan pada weekends pada masa perdana, kenapa tak siarkan pada masa perdana je? Hmm… Kenapa rancangan ini diberi masa siaran yang agak lewat ya? Oleh kerana masa yang lewat ini, ia kononnya rancangan ini dikhaskan untuk dewasa sahaja, feel yang saya dapat semasa menonton rancangan ini pada 1030 malam juga agak lain. Padahal rancangan ini agak family friendly!

Gandingan 2 hos ini juga mengingatkan saya akan Hos!pektakular. Seperti biasa, pemenang rancangan realiti Suria selalu tak akan buat apa-apa. Selalunya, si bukan pemenang yang dapat rancangan sendiri dan sebagainya (Where Yaya Hamid @ 11 Oktober?). Ataupun, semuanya senyap sahaja. (I’m waiting for your album, Nana Karia)

img_0272

Pada setiap episod, mereka akan jemput 2 selebriti dan bual pasal bidang kerjaya mereka lah. Episod 1 – DJ, episod 2 – Bangsawan. Episod akan datang saya dengar-dengar pasal pantun/rap?

img_0273

Dalam segmen Lepas Cakap, penonton disajikan dengan parodi yang bertemakan topik perbualan episod itu. Parodi dikendalikan oleh pasangan YouTube yang tak asing lagi, Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris atau masing-masing lebih dikenali sebagai Bonda Bedah dan Mak Temah dari Lepak One Korner.

Tidak boleh dinafikan bahawa lawak jenaka mereka berdua amat kelakar dan mencuit hati, sungguh menghiburkan. Tapi, secara peribadi, saya lebih suka mereka di Facebook/YouTube di mana skrip mereka tidak ditapis. Dan saya juga amat lega kerana mereka diberi peranan kecil iaitu buat parodi sahaja. Kerana jika mereka diberi peluang untuk buat drama komedi, mungkin artistic integrity mereka akan dikompromi kerana banyak kenek tapis. Lihat sahaja keflopopan rancangan Suria Munah Hirzi. It was trash.

Saya benar-benar rasa YouTubers should stick to Internet eventho TV is good exposure for them. Just takmu expose banyak sangat kat TV. Saya rasa kalau saya diberi peluang untuk menulis untuk Manja (FOR INSTANCE HAHAHA LAME) I’d have a QR code which says “scan sini untuk membaca artikel yang tidak ditapis” agar semua orang boleh baca apa yang saya rasa secara REALNESS.

img_0268

Maaf, saya terpaksa insert QR code Twitter Pengkritik Sandiwara kerana saya budak jakun.

img_0275

Dalam segmen Cakap Jangan Tak Cakap, selebriti diajak sertai face-off gitu ah untuk lihat siapa lebih terror dalam bidang kerjaya mereka.

img_0277

Saya suka segmen ini kerana comel dan penonton dapat pelajari serba sedikit tentang bidang kerjaya selebriti jemputan!

Itu sahaja update saya. Takde pape la sangat. Cuma hairan dengan slot masa yang diberi. Saya juga agak ketagih dengan lagu Hindustan ni.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s