Picit: Dera

Salam Maulidur Rasul, pembaca setiaku!

Kali ini, kita akan sekali lagi melihat drama yang tiada logika, sama macam Agnes Monica. Sentiasa menunjuk-nunjuk yang dia berkolaborasi dengan penyanyi omputeh tapi album mana? Tak wujud pun. Seperti album Agnes yang tidak wujud, episod Dera drama Picit ini juga tidak wujud. Ini kerana seperti kisah yang lepas, unsur kebetulan juga off the charts dan semuanya tidak masuk akal. Bagaimana pun,tidak boleh dinafikan bahawa banyak yang boleh kita pelajari daripada drama ini. Ayuh kita lihat lakonan Izyan Mellyna, Izzat Yusof, Farisha Ishak, Fido Ahdross dan Jorah Ahmad.


Episod 5

img_0020

Siti seorang vlogger femes (tak tau apa dia punya faktor oomph yang membuat dia sungguh terkenal among vloggers Singapura yang meh) dan sering mengongsi kisah hidupnya melalui LIVE stream. Wtf kan? Agak-agak dia tulis skrip ke spontan eh? Hmm… Lagipun, siapa yang nak tahu akan kehidupannya yang medioker?

Siti memberitahu followersnya bahawa dia akan kahwin tapi tangguh ah.

img_0021

Siti berlari-lari anak di taman dengan rakan-rakannya. Mereka tidak berpeluh.

img_0022

Nama Twitter Siti adalah @MMT dan nama internet Siti adalah SITI LIVE. Wow. Bekas temanita boyfriend Siti ternampak tweetnya. Tweet itu tidak mendapat favourites atau retweets, hmm… Tak femes la tu.

img_0023

Wow. Lari-lari anak ke merangkak? 3km di bawah cuaca yang agak panas tapi tidak berpeluh? SYABAS.

Uh-oh, bf Siti ada di situ bersama bekas temanitanya!

img_0026

Siti tidak bersemuka, sebaliknya dia tidak buat apa-apa. ??? Boleh mintak keterangan on the spot tanak tau,nak tunggu lagi teruk la apa la, abeh konsperm nak frust kat internet. Kalau kau bersemuka, semua yang bakal terjadi dapat dielakkan.

Eh? Farisha Ishak berlakon? Finals dah habis semasa penggambaran ini? Anyway, adik Siti, Diah,ingin ke Ostrolia (Australia) untuk mengahwini mamat tua ni. Kalau ye pun, pilih la mamat Ostrolia yang muda dan hensem. Diah mata duitan sak. Mamat Ostrolia tu pula konsperm ada fetish perempuan Asia eksotik.

img_0030

Diah ingin meminta restu daripada ibunya untuk ke Ostrolia dan bernikah. Tapi ibunya merajuk.

img_0031

Ibunya hanya layankan Siti.

Diah bertekad untuk ke Ostrolia kerana ingin bebas daripada ibunya dan inginkan kebahagiaan.

img_0036

Siti memberitahu satu dunia tentang perhubungannya dan adiknya.

img_0037

Watak stalker anonymous yang menonton semua video Siti. Ini semua normal.

Asal gambar dia macam thumbnail untuk sebuah artikel? Kenapa gambar macam photoshop?

img_0040

Siti amat marah apabila mendapat tahu bahawa Amin dan minah tu dating bersama. Amin pun satu sak. Bekas temanita nak berdating segala. Post kat fb lagi.

img_0041

?? @whatsup? HAHAHAHA APA NI. Whatsup ada reply, retweet dan favourite? Bestnya. Dan ini semua berlaku pada 1 Januari.

img_0042

Siti pun block Amin menerusi MacBooknya hahahahahahahaha photoshop/editing gone wrong ke, Suria?

img_0043

Amin berjumpa Siti untuk meminta penjelasan kenapa Siti menjauhkan dirinya daripada Amin.

img_0044

Siti luahkan perasaan kepada adiknya.

img_0045

Diah cuba meminta restu buat kali terakhir.

img_0047

Dia nangis teresak-esak macam annoying sak.

img_0048

Dah halau anak abeh nak menangis? Pui.

img_0049

Mana nak pergi ni?

img_0052

Pekik la satu rumah, macam Mak kau akan muncul.

Sedang dia kejar Mak dia, dia terjatuh. Apa sak.

img_0055

Nasib ada orang tolong. Tu pun orang tu tolong sebab dikejar oleh dua lelaki samseng. Lelaki samseng itu tidak kejar orang tu sebab Mak Siti ada kuasa ilmu sihir. Samseng takut orang tua hahaha.

Orang tu pun ke rumah Siti, nama dia Husin. Dia pun mula berborak dan kenal Siti dan ibunya.

img_0059

Mengurat la tu.

img_0061

Suria pentingkan product placement sampai compromise skrip. “Hi. Air Purifier.” Apa sak. Dah la iklan Daikin menjengkelkan!!

img_0062

Eh, Amin kerja di Daikin?

Mengurat pt 2

Ibunya pula suruh dia mandi bunga sebab dia masih belum laku.

Husin cadangkan untuk memasang kamera agar Siti boleh memantau ibunya di mana jua dia berada.

Siti dibuang kerja kerana mutu kerjanya merosot apabila dia dibenarkan kerja di rumah.

Ibunya melenting apabila terdengar suara Diah di telefon.

img_0073

Ibunya melenting level up.

Tiba-tiba, Siti mula memukul ibunya!!!! WHOT.

img_0076

Siti meluahkan perasaan kepada Husin.

Dahulu, ibunya sering memukul bapa mereka. Oleh kerana itu, mereka mempunyai perasaan benci terhadap ibunya. Kelakuan Siti tu macam balas dendam ah. Tapi Husin tidak mahu Siti laporkan diri kerana ini bermaksud tiada orang akan menjaga ibu Siti.

img_0078

Siti dapat kerja baru.

img_0080

Husin ingin “meminjam” barang kemas.

img_0081

Husin memukul ibu Siti!!!!


Episod 6


Amin terdengar pekikan ibu Siti tapi Husin tutup pintu.

Husin ingin ibu Siti rahsiahkan perkara ini. Jika tidak, Husin akan memukul Siti. Ugut sak.

img_0204

Mereka berLIVE.

img_0205

Mereka berbual pasal porno di tumblr. Chey tak la, LIVE STREAM. Siti mengajar ibunya pasal LIVE streaming. Pasti ini akan membantu bocorkan rahsia Husin, kan? That’s how predictable Suria is.

img_0206

Syarahan mini sentap. Orang zaman sekarang ingin kongsi segalanya kepada dunia tetapi mengadu pasal privacy. #ironik

Amin memberitahu Siti tentang kejadian haritu tetapi Siti tidak percaya.

Amin merakam Husin menolong seorang makcik tua. Siti sangkakan itu ibunya. Atau Husin suka makcik tua jadi mangsanya?

img_0211

Husin mengekori hingga mereka ke rumah.

Siti berbual dengan tahi telinga Amin.

Amin cuba mendapatkan kebenaran daripada ibu Siti tetapi ibu Siti kata haritu dia sedang menonton drama Korea.

img_0217

Hmm…

img_0218

Siti vlogger ke blogger ke dua-dua?

img_0219

Apabila Siti ingin ke kerja (padahal kerja baru dia benarkan dia kerja di rumah), dia menyuruh Husin menjada ibunya. Ibunya rasa takut.

img_0220

Siti terlupa bahawa dia boleh kerja dari rumah HAHAHA. Aku rasa dia terlupa botol air.

Amin masih ingin cuba nasib. Dan product placement sebab dia pakai baju Daikin.

img_0223

Husin membantai ibu Siti dan meminta barang kemas.

img_0224

Akhirnya, Siti tahu kisah sebenar.

img_0225

Ibunya meminta maaf kerana tidak memberitahu perkara sebenar.

Siti menelefon Amin dan ingin melaporkan kepada polis.

img_0228

Siti menerima video daripada Husin.Video di mana dia mendera ibunya. Husin blackmail dia!!!

img_0229

???? Setelah mengugut, dia nak melamar pulak.Gila ke? Kau fikir Siti nak ke? Pui.

img_0230

Dia memberitahu mengapa dia memukul ibu Siti. Aka the same story yang Siti memberitahunya. Dan Siti bodoh ni percaya.

img_0231

Apabila Amin sampai, Siti tukar fikiran dan tidak mahu membuat laporan polis.

img_0232

Eh? Rumah kau??

img_0233img_0234

Dahulunya, ibu Siti mendera bapa Siti sehingga mengakibat kematian.

img_0235

Mereka berdua meminta maaf dan menangis.

img_0236

Amin ke rumah Husin. Makcik Husin dengan relanya biarkan Amin ke dalam bilik Husin. Apa ni???? Kalau kawan kau datang rumah kau dan terus periksa rumah, kau suka?

img_0237

Kotak yang berisikan segala maklumat tentang Siti. Dan Daikin sempat buat product placement.

Ibu Siti mulakan Live stream. Orang ramai melihat kekerasan Husin. Saya tak tahu aplikasi apakah ini. Macam Twitter kahiwn dengan Skype.

img_0240

LOL.

img_0242

Abang pakai kain pun sanggup kejar Husin. Pelik, mereka tinggal satu blok tapi panggil Siti sebagai SITI LIVE hahaha.

img_0243

Wow, cepat polis datang. Abeh Husin bodoh sak. Bila polis tanya “Husin Bin Hasan?” dia jawab ya hahahahahhahaha.

img_0244

No. Saya nampak 1 saja.

img_0245

Ok. Siti tidak dipenjarakan, hanya harus pergi kaunselling.

img_0246

Yay, happy ending.


Kenapa eh Suria drama bukan pro laporan polis? Kisah Bingit yang sebelumnya pun tidak laporkan kes mereka kepada polis. Whatever it is, kisah ni macam ada banyak tanda tanya. Apa terjadi kepada Diah. Saya berharap sangat dia jadi mangsa penipuan dan jadi pelacur di Ostrolia hhahaha. Dan siapa samseng yang mengejar Husin haritu? Adakah itu orang suruhan Husin agar Husin boleh bertemu Siti atau kebetulan? Berapa femeskah Siti? Sehinggakan orang-orang di bloknya melihat LIVE streamnya? Bagaimana pula dengan bekas temanita Amin? Apakah motif sebenar Amin? Setakat nak curi barang kemas? Kenapa dia stalk Siti untuk curi barang kemas? Buang effort je. Stalk lah vlogger yang lebih kaya! Siti vlogger terkenal tapi ada kerja tetap? Kesian. Ataupun dia yang merancang ini semua agar vlognya mendapat lebih views? Jengjengjeng… #konspirasi

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

P.S.

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s