Salam sejahtera, para pembaca setiaku. Kali ini, saya bakal tulis pasal drama terbaru Suria – PICIT. Apabila mendapat tahu bahawa drama ini mengisahkan cerita-cerita yang ada kena mengena dengan alam maya, saya terus tersentak. Adakah Suria akan terbitkan drama mengenai blog saya? Seorang penulis yang suka berbual merepek tentang Suria? Oh tidak!!!!!!! Chey merepz. Suria will never acknowledge me walaupun saya melakukan ini kerana saya ingin melihat improvement dalam mutu drama tempatan but whatevvs.

Saya terpinga-pinga. Kenapa tajuk drama ini PICIT? Adakah kita selalu memicit papan kekunci komputer atau telefon bijak sebelum memuatnaikkan apa-apa ke alam maya? Megapa Suria tidak menggunakan istilah Inggerisnya? TAIP hahhahaha macam PAIP, ataupun… KLIK HAHAHAHA. Masih ingat rancangan kanak-kanak itu?
Tanpa berlengah masa lagi, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam episod pertama PICIT yang dibintangi Nadiah M Din, Ikah Jamil, Fadhlur Rahman, Nurulhuda, Haizad Imran dan Izwan Ali.
Episod 1

Bedek.

Make art????? Bukan make love ke? Suka hati la. Adegan seks Suria = tangan menggenggam cadar katil.

Beberapa bulan kemudian, Syima berjaya ke peringkat akhir pertandingan nyanyian ala-ala Anugerah. Kita bakal melihat kerjayanya flop seperti Rahayu Ridwan dalam masa 3,2,1…

Saya masih ingat kata-kata Sarah Aqilah bahawa dia ingin berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza. Ok, sis.

Pakwe Syima, Adi, tiba-tiba muncul dan memberinya bunga. Maklumlah, dah gian. Dia gian pun tak bertempat sak. Syima sedang sibuk mempersiapkan diri untuk peringkat akhir, dia nak ajak beryoohoo. Hello??? Hormat sikit. Please jadi pakwe yang memahami dan menghormati masa makwe anda.
Dan Suria harus hentikan istilah “Bae”. Ia sekadar untuk ditulis dan bukan disebut.

Huh??? Kurang ajar pe nak exclude kawan dari selfie??? Padahal Linda dah tolong banyak.

Ok… Abeh? Your point is? Walaupun dia takde media sosial yang aktif, tidak semestinya harus mengecualikan Linda dari selfie pe. Linda, harap cari kawan baru.

Syima mulakan sesi nyanyian.

Ni boyfriend apa ni tak sokong? Tengok dari rumah pulak.

Hahahahaha wow tak sangka Syima akan menang.

Ramainya orang!

Wow Syima. Dah habis pertandingan je terus ke rumah pakwe? Gian ke?

Wow, bagaimanakah ibu bapa ingin terangkan konsep satu malam bertegak (ONS) kepada anak-anak mereka yang bertonton bersama? Syima dan pakwe dia ada hubungan eksklusif ke? Mustahil pakwe dia tak pernah mintak “open relationship”. Sudah terang mamat ni horny bin ketagih. Syima memberi tamparan dan meninggalkan pakwe dia.
Pakwe dia kerja apa eh duduk seorang? Kaya.

Populariti Syima semakin melonjak. Saya tidak pasti sama ada sesi temu duga ini LIVE di TV atau sekadar wawancara dengan penulis akhbar. Si tutsy tu berbual seolah-olah ada kamera di depan mereka tapi sebenarnya menulis nota. So kau wartawan ke hos????

Syima berbohong mengenai sejarah perhubungannya. Kawannya, Nadia, menyampah.

Linda mempunyai klien yang amat minat dengan Syima. Wow, seorang datuk tahu pasal Syima eh? Tapi Syima bukan je popular di Malaysia. Hmm…

Syima dan Mazlan ada hubungan sulit rupanya…

Ceritanya begini,Syima dan Mazlan dahulu kekasih tetapi tak kesampaian, so Mazlan kahwin dengan Nadia. Wow belit sak. Pelik eh, macam mana korang semua masih boleh berkawan sebagai satu clique?

Adi berasa amat marah apabila Syima menafikan hubungan mereka dalam wawancara tersebut.

ARE YOU FORREALZ. Dia memakai topi semata-mata untuk edit video seks mereka. GET OUT SAK. Adakah fungsi topi untuk mengelakkan diri adia daripada beronani apabila melihat video itu? Sigh Suria. Adakah dia akan menjadi lebih kreatif dengan topi di atas kepalanya?

Tidak. Bibir awak kering bak padang pasir Sahara.

Datuk Hamid ingin Syima menjadi duta produknya.

Eh eh. Dia tengok Datuk Hamid lain macam je. Terpikat ke?

Tetapi oleh kerana tahap keyakinan dirinya yang lemah, dia rela bagikan Datuk Hamid kepada Syima. Lagipun, dia kata Datuk Hamid sekadar klien sahaja.

Syima dan Datuk Hamid mula berdating.

Syima menghantar selfie kepada Linda padahal Linda sedang menunggu dia di restoran lain. Rude.

Di party hari lahir Syima, Datuk Hamid melamar Syima. Erm… Adakah kita semua orang barat???????? Pergi rumah dia la mintak pinangan. Nama je datuk.

Cemburu lattew.

Rakan-rakan Syima ghetto ke? Takde standard seh.

Oh no. Mazlan tidak mahu Syima bernikah, dia sanggup ceraikan isterinya untuk bersama Syima. Gila sak!!! Hancur lebur!
Syabas Suria kerana go against stereotype! Lelaki lebih emotionally attached daripada wanita dalam sesi benefit ini!

Rude pe Syima. Padahal kau yang “curi” Datuk Hamid daripada dia!

Si dekni ada kuasa ajaib. Mampu berfikir dengan lebih kreatif apabila memakai topi dan mampu mendengar radio tanpa memasukkan alat earpiece ke lubang telinga. SYABAS.

Jangan nak mentel eh. Remuk hati Linda.
Mereka berempat mempunyai nada dering yang sama. Sextape Syima dimuatnaikkan ke halaman fanpage Syima, tetapi privet. Kenapa Syima terkejut beruk eh? Bukannya dia tidak tahu dia dirakam. Malang sekali, mereka baru sedar bahawa mereka rupanya orang timur, bukan barat. Kerana kalau ini dunia barat, pasti Syima akan lebih popular daripada Kim Kardashian.
(wow semua ada lamp berwarna kuning, bff selamanya)
Adakah Syima akan terus bertaubat? Adakah jualan albumnya akan meningkat? Adakah Syima akan menafikan video itu dan salahkan photoshop? Ataupun Syima akan berdiam diri dan senyapkan diri daripada dunia hiburan, mengikut jejak langkah setengah pemenang-pemenang Anugerah sebelum ini?
Episod 2

Mereka berempat mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka cuba mencari jalan penyelesaian. Nadia bercadang untuk laporkan kepada polis tetapi Syima tak tau nak letak muka kat mana. Kat rumah la, lupakan sahaja kerjaya kau tu. Si Mazlan cemburu la tu tak nak beri pendapat bernas. Agak-agak dia tegang tak melihat video seks itu?

Syima tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur bersama Datuk Hamid untuk berjumpa keluarga Datuk Hamid kerana…

Dia ingin selesaikan masalah skandalnya. “I’m coming over now, Adi!” 😏

Ya Allah. Topi tergantung kat lampu meja tu hahahaha. Agak-agak apa yang topi tu sudah lihat eh…

Adi akan memadam video itu sekiranya mereka beryoohoo buat kali terakhir. Jijik la!!!! Bagus eh dia tak mintak duit? Kalau saya, seks + duit sebab dia bakal kahwin seorang datuk.

Apabila ditanya desain mana yang lebih sesuai untuk Syima, Mazlan terus melenting dan kata kahwin semua hal perempuan, jadi Linda harus buat keputusan sendiri. Coming from someone who owns a bridal boutique. Gila.

Linda merampas telefon suaminya dan membaca mesej-mesej. Mazlan bodoh pe tak tau padamkan segala mesej??? Siak la siap dengan smiley 😀 lagi… Takde emoji 🍆 ke?
Mazlan cuba meminta maaf tetapi Nadia tidak dapat menerima perbuatan suaminya. Dia rasa seolah-olah dipermainkan dan ditipu.

Linda menyarankan Syima agar memberitahu Datuk Hamid perkara sebenar tetapi Syima tidak telah menipu Datuk Hamid dan berkata bahawa dia suci. Suci ke harus dicuci???

Nadia tiba bak angin kencang dan tanpa berfikir dua kali, menampar muka Syima hingga mengakibatkan puting beliung.

Ni skrip paling merepek. “Dia ada hubungan sulit dengan laki/suami aku, Mazlan!”
Duh, kita semua tahu laki kau Mazlan unless kau ada laki lain.

Boleh ke Syima menanggung segalanya tanpa Nadia? Saya rasa Nadia membuat keputusan yang salah kerana tidak akan menaja Syima untuk perkahwinannya! Syima = potensi besar untuk bisnesnya meleTOP.

Wow, Syima betul-betul tak pedulikan orang lain eh? Dia kata masalah dia lebih penting daripada rumahtangga Nadia?

Dia ni tak boleh hidup sendiri ke?

Si Syima nak apa????? Tak boleh settle masalah Adi sendiri ke? Dia bayar Linda sebagai PA dia ke?

Hmm… Belum jadi suami dah kata benda macam ni.

Linda ke rumah Adi untuk selesaikan masalah Syima. Alangkah terperanjatnya Linda apabila Syima sendiri sudah bereskan segalanya. Mestilah Linda terperanjat kerana buat pertama kali Syima berjaya leraikan masalah tanpa pertolongan sesiapa.
Eh eh Syima ni. Linda beri nasihat, dia terus cakap pasal perkahwinan dia eh? Tak jijik ke? Kau tu baru habis berzina nak cakap pasal kahwin. Abeh suruh Linda cari bridal baru, tak boleh cari sendiri? Kalau ada masa untuk beryoohoo, ada masa untuk buat benda lain.
Linda ni terlalu free ke nak selesaikan masalah peribadi rakan-rakannya sehinggakan dia tiada masa untuk diri sendiri aka dia tidak ada matair. Mazlan meminta pertolongan Linda agar dia dapat berbaik semula dengan Nadia.
Adakah Syima seorang serigala?????? Jengjengjeng.

Kenapa muka Datuk Hamid bengis saja? Ok kenapa Datuk Hamid harus menaiki lif untuk ke bilik Syima? Mereka book bilik jauh-jauh ke??? Merepek.
Datuk Hamid mendapat tahu tentang video lucah Syima. Ia tersebar di halaman fesbuk Syima. Mustahil Syima tidak tahu mengenai perkara tersebut. Ini kerana, sebelum ini, Syima memegang telefonnya dan menyuruh Linda memuatnaikkan gambar-gambar untuk LIVE update. Mustahil Syima tidak melihat kandungan fbnya. Takkan dia tidak menerima sebarang notifikasi dari peminat? Sehinggakan dia harus tunggu tengahari dan Datuk Hamid sendiri yang memberitahu bahawa video sudah tersebar?

ALL MEN ARE LIARS. The pornography industry is for men created by men so jangan nak step jijik.

Pada masa ini saya harap-harap sangat Linda akan kata “saya akan menggantikan tempat Syima” tapi Linda bodoh.
Erm… Ok? Hikmah la sangat. Best Linda dapat ucapan terima kasih daripada Datuk Hamid?

Cinta yang tidak kesampaian. Nice shot btw.

Syima kemurungan dan ingin membuat laporan polis.
Pihak polis mengadakan sesi soal jawab dengan Adi. Tetapi mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Adi. Ini kerana Adi benar-benar sudah memadam video tersebut. Man of his words katakan.

NO SHIT SHERLOCK. Abang-abang detektif ni mendapat tahu bahawa video tersebut merupakan scheduled post dan dimuatnaikkan melalui Wi-Fi butik Nadia.

Abang detektif pun bertanya Syima samada Nadia atau Mazlan mempunyai niat untuk memburukkan nama Syima.
Mereka disoal.

Oh, ye ke…?

Di sekolah menengah, Syima mencuri loket Linda dan pulangkan balik kerana takut diberkas polis. Atas sebab kasihan, mereka berkawan dengan Linda dan mulai hari itu, memperguna-gunakan Linda.
Ni diorang sekolah menengah tau tapi berbual macam budak sekolah rendah sak.

Hello sarikata pls gunakan tense yang betul. Syima memberitahu perkara yang benar.

Is it saya sedang menonton drama PIZ?

Oh ye ke????

Dengan konfiden dan tanpa bukti kukuh, mereka meneka kejadian jenayah dengan tepat.

Bangunan mana tiada CCTV? Mustahil. Mujur kedai ini ada CCTV.

Kalau korang ada HIV/AIDS amacam? Mazlan yang harus disalahkan!!!

Tak la, mereka ingin anda jelaskan gambar rajah di papan tulis tu.

Female as subordinate character hahaha.
Mereka tunjukkan rakaman CCTV kepada Linda.

Linda diberkas. Ceritanya begini, Linda membeli sebuah telefon 2nd hand dan memuat turun video lucah itu. Dia ke kedai Nadia dan memuatnaikkan video tersebut di halaman fb Syima beberapa hari sebelum hari perkahwinan Syima. Post video itu merupakan scheduled post. Dia buang handphone tersebut di tong sampah.
Bodoh pe tak tau plan betul-betul???? Kalau saya, saya akan muat naikkan video tersebut dengan menggunakan wifi di pusat membeli-belah dan kisar telefon itu sehingga hancur dan taburkan sisa-sisa di merata Singapura.

KAN????? Tak worth it la Linda!!!! Tak payah nak muat naik ke fb, hantar kepada Datuk Hamid je cukup!!!! LOL. Cakap pasal FB, sudahkah anda LIKE fb saya?

Memang benar. Syima selalu pentingkan diri dan mempunyai banyak alasan. Hubungan sulitnya dengan Mazlan lah, Datuk Hamid, Adi semua alasan!!!

Bagaimana pula dengan kerjayanya? Meletop seperti KimK ke tidak? Si Linda ni suka hati dia ja cakap orang alone padahal dia yang takde kawan hahahaha bodoh. Kalau tidak kerana Syima, kau yang hidup seorang diri!
I hope my petty level can reach as high as Linda sak!! PETTY af sak nak ungkit benda yang terjadi 11 tahun dahulu.
Saya rasa drama ini amat menarik. Ia mengajar orang ramai mengenai dunia alam maya. Suria bijak memilih Ikah Jamil sebagai pelakon. Ingat post viralnya pasal keluarganya itu? Hahahahaha k whatevs. Ia amat penting untuk Suria mengadakan cerita sebegini kerana generasi yang lebih tua tidak begitu mahir dengan teknologi. Oleh kerana itu, mereka suka sebarkan apa sahaja yang dilihat di fb, tanpa memeriksa kesahihan berita itu. So, harap selepas menonton rancangan seperti ini, makcik pakcik yang tidak pernah menghadiri kelas cyber wellness akan lebih peka.
Bagi drama ini pula, saya rasa plotnya boleh tahan. Syima seorang liberal yang tak kisahkan apa-apa. Suka gunakan rakannya dan tak kisah kalau rakannya tinggalkannya sebab world revolves around her. Dia hanya sedar akan kepentingan rakannya apabila dia memerlukan kawan. Watak Linda pula macam too good to be true ah. Dalam realiti, mungkin ini tidak akan berlaku. Mungkin…
HOW IT SHOUD HAVE ENDED
Setelah menyiasat, pihak polis memberkas Mazlan kerana dialah yang memuatnaikkan video itu. Ini kerana dia rasa amat cemburu dan ingin mengahwini Syima.

Tetapi, pada malam sebelum dia diberkas, dia menceraikan Nadia kerana tidak mahu anak dalam kandungan itu. Dia rasa dirinya kotor dan mahu Nadia gugurkan anak “kotor” itu. Dia juga mengaku bahawa dia dan Syima sudah merancang perkahwinan mereka yang bakal berlangsung di Batam.
Nadia mahu menyimpan bayi dalam kandungannya. Linda pula tidak mahu berkawan dengan Syima kerana perbuatan Syima yang jijik; masih mempunyai skandal dengan Mazlan. Mazlan meringkuk di penjara dan Syima menjadi porn star di Amerika Syarikat. Nadia rasa hampa dan hilang harapan dan tidak percaya lelaki lagi. Linda pula berkata bahawa selama ini dia memendam perasaan lesbianitanya terhadap Nadia. Linda dan Nadia pun secara tidak rasmi bernikah dan menjaga anak mereka bersama.
Hmm… Suria ada cerita pasal ONS dan seks rambang, bila pulak nak ada cerita pasal LGBT?
Bintang kerelevanan: 0/5 kerana kita semua umat Islam yang akan menjauhi ZINA!!!!
Itu sahaja daripada saya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Facebook and Toggle)



[…] youalls perasan, kali ini macam takde drama bersiri. Pada hari Selasa ada Bingit. Hari Rabu ada Picit pulak. Tu pun drama cerita […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike
[…] Begitulah sikap watak dalam kisah Picit kali ini. Seorang belia bernama Irfan yang begitu tergila-gilakan kepopularitian (is it populariti […]
LikeLike