Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Semalam malam, kita semua menyaksikan tayanagan episod terakhir musim keenam Rudy & Rilla. Rancangan bual bicara yang paling relevan di Suria dan mungkin di seluruh rantau ini.
Sempena episod terkahir, Rudy dan Rilla memakai baju warna hitam untuk menonjolkan kesedihan di dalam hati mereka.
Get a man who look at you like how Rudy looks at Rilla. #rsgoals
Topik malam semalam merupakan topik yang terhangat di dunia ini. Tak kira di mana anda berada, di pelusuk dunia mana pun, pasti isu ini akan kejutkan anda! Isu FARAID. Atau istilah Melayunya, bantuan jauh. Far aid, geddit?
Dalam situasi di atas, dua adik beradik hampir bergaduh di pusara abadi. Bak kata pepatah, “kubur arwah masih merah lagi”. Si abang ingin menjual rumah arwah dan bahagikan harta atas dasar “hal agama jangan ambil endah”. Kononnya nak selesaikan isu harta sebab agama suruh la, padahal nak bahagian dia aja. Tak boleh tunggu ke? Takde rasa hormat langsung! Dia fikirkan diri dia sahaja, kalau dia jual rumah arwah, adik dia nak duduk mana? Merempat? Seperti apa yang Rudy kata, “Hak awak, hak awak”.Ini bermaksud jika harta tersebut betul-betul hak milik kita,kita pasti akan mendapat harta tersebut, harta itu tidak akan lari kerana ia tidak mempunyai kaki. So… Bersabar sahaja, jangan nak merebut. Seelok-eloknya, act cool walaupun anda sebenarnya gelojoh babi.
Satu lagi isu yang timbul adalah kemunculan asatizah-asatizah home-made apabila berlaku kematian. Pasti ramai saudara-mara yang tetiba jadi pakar agama dan cuba terangkan isu pembahagian harta ni. Pekakkan telinga sudah.
Situasi di atas pula si anak tidak setuju dengan keputusan bapanya untuk wasiatkan harta kepada anak lelaki dan anak perempuan sama rata. Tambahan, anak perempuan tu anak angkat manakala anak lelaki tu anak kandung. Jadi, dia rasa dia lebih berhak mendapatkan wang. Tetapi, anak wanita yang menjaga bapa, bukan anak lelaki.
Secara terus terang, anak-anak atau sesiapa tiada hak untuk menentukan bagaimana ibu/bapa ingin membahagikan harta. Selagi dia hidup dan waras, dia nak buat wasiat sesuka hati, lantak lah. Kita sebagai anak hanya tengok sahaja. Lagipun, takkan nak tunggu ibu/bapa mati untuk dapatkan wang tambahan? Secara peribadi, saya tidak mahu menerima sebarang harta daripada ibu bapa apabila mereka sudah tiada lagi kelak. Saya lebih rela mereka menggunakan wang itu selagi mereka hidup atau berikan sahaja kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Dalam sketsa pendek ini, bapa telah membuat pilihan bijak untuk mewasiatkan harta kepada anak angkat. Ini kerana, anak angkat tidak menerima sebarang bahagian jika harta dibahagikan secara faraid (or what don’t quote me on this). Dengan cara begini, anak angkat tidak rasa dipinggirkan.
Sedang ramai yang menuntut harta, ada yang tidak menuntut atau tiada siapa yang harus diwariskan.
Encik Suhaimi Salleh, ketua pegawai eksekutif pun berkata jika harta dibahagikan kepada anak kandung sahaja tetapi bukan anak angkat, mereka yang waras dan punyai perasaan belas kasihan mungkin akan berikan sebahagian kepada anak angkat itu. Tetapi, realitinya… Rudy pula kata jika mereka cuba membuat tuntutan di mahkamah, kirim salam.
Beliau juga berkata ada kes di mana seorang adik beradik lelaki berdegil dan inginkan dua bahagian. Oleh kerana itu, dua bahagian diberi kepada si polan ni, manakala 9 adik beradik lain (4 lelaki, 5 wanita) membahagikan harta secara sama rata. WOW Saya tidak tahu perkara begitu boleh. Bagus.
Lelaki ni memang. Bila pasal 2 bahagian, kahwin 4, ketua keluarga semua mata terbeliak. Tetapi bila suruh pikul tanggungjawab sebagai seorang jantan???? MANA. (segelintir lelaki sahaja ya bukan secara am)
Tiada respons. Saya rasa mereka semua miskin.
Ustaz Azmi Abdul Samad, ketua pegawai eksekutif pula berkata faraid tidak semestinya diharuskan. Ia satu pilihan.
Natijahnya, kepada anda yang tidak mahu melihat keluarga anda berpecah belah apabila anda berada dalam kubur, buat wasiat. Dermakan segalanya kepada organisasi yang anda rasa layak. Jangan menjangkakan apa-apa daripada harta peninggalan si arwah. Nanti kecewa. Seronok ke dapat harta yang bukan kerja keras anda? Seronok ke dapat wang apabila jalinan keluarga tidak begitu baik? Oleh itu, jangan tamak harta.
Frasa mingguan:
“mengeratkan bukan merenggangkan”
#rsgoals
Selama 13 episod, Rudy Marican dan Rilla Melati berjaya kupaskan isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat Melayu setempat. Ia mampu memberi kesan kerana Rudy dan Rilla mengajar kita melalui perbualan mereka yang secara selamba tetapi tetap serius. Dengan cara begini, para penonton terhibur tetapi pada masa yang sama, mempelajari serba sedikit tentang isu-isu sosial. Rancangan ini merupakan satu landasan di mana masyarakat kita boleh menaiktarafkan diri mereka dan menjadi manusia yang lebih peka akan isu-isu hangat yang sering membelenggu masyarakat kita. Saya harap tiada masalah-masalah sosial yang sinonim dengan orang kita pada masa hadapan. Semoga masyarakat Melayu akan terus maju dan sukses.
Itu sahaja! Semoga jumpa lagi dalam musim ketujuh.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)