Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 11 & 12

Caaaaak! Salam sejahtera, wahai pembacaku yang setia. Oleh kerana jadual saya telah diubah sedikit, nampaknya saya ada masa untuk menulis entri ini. Tetapi ia hanya update yang pendek dan padat ya, bukan panjang lebar. Tambahan, anda tidak membayar si tukang penulis ni so jangan nak expect saya tulis apa yang kau nak baca. (Sebab ada seseorang yang memberi komen kata ni la tu la seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang telah saya karangkan. Kononnya blog ini merupakan sumber yang boleh dipercayai, satu servis yang harus dibayar untuk membaca kandungan dalam blog ini.  Sesuka hati dia aja nak luahkan ketidapuashatiannya seperti saya harus mematuhi kehendaknya. I do this out of my own free will for free so I don’t have to please everyone. Yang bestnya, dia berbual in third person. ???????)

Namun, saya masih sayang akan pembaca saya yang setia yang selalu membaca untuk menghiburkan hati anda ya. Terima kasih.


Episod 11

img_9062-1

Tema pakaian: tea.

img_9063-1

Topik minggu lepas, Malang Tidak Berbau. Kalau malang boleh dibau, agaknya bau apa eh? Dalam episod ini, Rudy dan Rilla bincangkan isu-isu jalan raya.

img_9064-1

Dalam VT ini, anak pasangan ini meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ibu bapa si arwah ingin meminta pampasan serta ingin si pihak lain tu dipenjarakan (or something). Namun, anak mereka yang menyebabkan kemalangan tersebut. Wow, komplikasi nampaknya.

img_9070-1

Encik Saktiandi Supaat merupakan tetamu undangan pada minggu itu. Beliau kongsi beberapa inisiatif serta isu-isu mengenai jalan raya.

Kasihan abang ni. Nak berbasikal di jalan raya tidak boleh, di tempat pejalan kaki pun tidak boleh. Jadi di manakah tempat sesuai untuk pengayuh basikal berbasikal?

Dalam situasi ini, saya rasa… Entahlah eh. Kadang-kadang ada laluan khas untuk basikal, pengayuh basikal tetap ingin berbasikal di pejalan kaki. Seperti apa tetamu undangan minggu ini berkata, pengayuh basikal harus turun dan tolak basikal sekiranya pejalan kaki itu penuh dengan orang. Saya rasa di jalan raya, harus ada sikap timbang rasa serta persefahaman antara pengayuh basikal dan pemandu kenderaan. Jalan raya, pejalan kaki milik kita semua. Walauapapun, keselamatan comes first.

Tip minggu ini: jangan tinggalkan tempat kejadian sekiranya berlaku kemalangan jalan raya. Kalau anda tinggalkan tempat kejadian, dah sama seperti hit and run!

Beberapa statistik. Abang-abang di luar sana, jangan nak modify-modify eh, nakal!

Wow, bagus 100% kata tidak. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang dikenali seperti adik-beradik sendiri? Adakah orang-orang ini akan masih katakan tidak? Adakah anda akan memikul tanggungjawab sekiranya pihak LTA/polis menghantar surat saman (or whatevs) dan pada masa itu, adik anda yang memandu kereta? Soalan bonus ni.

Bagus ya orang ramai tak nak sewakan kereta. Masih ingat kes ini?

Screen Shot 2016-11-13 at 9.33.00 PM.png

Betul atau tidak, ini namanya NGOK.

Baru-baru ini kita terbaca berita mengenai e-bike la ini la, so kepada anda semua yang ada e-bike, kenderaan, basikal harap hati-hati.

Sekiranya ada sesiapa yang buat anda panas darah semasa anda memandu, jangan gunakan bahasa kasar. Ikut cara Rudy!

img_9075-1

Pasti dapat leraikan ketegangan.

Natijahnya, go public sua. Kalau ada kemalangan, boleh mintak ganti rugi dari syarikat bas/teksi, tak usah risau jika kenderaan anda melanggar sesiapa, kerana bukan anda yang pandu! Jimat wang, jimat tenaga dan eco-friendly!


Episod 12

img_9277

Pada hari Rabu,  kita pakai merah jambu!

tumblr_lxym1fl2fe1qhbj39o1_500

img_9279

Topik minggu ini, Cakap Salah Tak Cakap Salah. Isu panas mengenai pembantu rumah!

img_9287

Puan Farah Fauziah Md Nordeen, kongsi pengalamannya sebagai seorang pengurus agensi pembantu rumah.

Dalam VT di atas, pembantu rumah dituduh tanpa bukti kukuh, diberi sukatan makanan sedikti, dimarah secara lisan. Terdapat beberapa insiden di mana pembantu rumah rela dihukum secara fizikal dan lisan kerana tidak mahu dilaporkan kepada pihak polis/ tidak mahu dihantar pulang. Namun, itu merupakan satu kesalahan besar kerana sebagai majikan, mereka tidak ada hak untuk menentukan hukuman!

Saya rasa isu-isu yang dibentangkan pada malam itu merupakan isu yang senantiasa wujud di kalangan mereka-mereka yang menggunakan khidmat pembantu rumah. Kes dera, tak cukup tidur, tiada cuti dan sebagainya so tak payah saya jelaskan. Pendek kata, kalau anda tidak rela bekerja lebih dari 13 jam tanpa rehat, bekerja setiap hari tanpa cuti, bekerja di suasana di mana majikan anda tidak suka anda, asyik dipantau, jangan harap ada orang akan lakukan sebegitu di rumah anda. Tambahan, ada mereka-mereka yang menggunakan khidmat pembantu rumah ni xenofobik. Macam contradicting gitu. Kau harapkan orang asing untuk urus benda rumah tapi tidak suka orang asing. Hmmm…

Kejamnya 89% orang ni! Kepada saya, tidak. Ini kerana jika saya harapkan seseorang untuk menjaga anak atau ibu bapa, saya harus percayanya 100%. Dengan memasang CCTV, ia tidak beretika! Saya harap kepada mereka yang ada CCTV, pembantu rumah anda diberitahu bahawa ada CCTV ya. Seperti Rudy kata, hanya di tempat awam di dalam rumah seperti ruang tamu.

90% puas hati. Saya pasti segelintir daripada 90% itu dipaksa untuk katakan sebegitu hahaha.

Natijahnya, kita harus ingat bahawa pembantu rumah juga manusia dan berhak untuk mempunyai kebebasan sendiri. Apa yang penting adalah komunikasi antara dua pihak. Kita tidak sepatutnya anggap mereka sebagai hamba abdi. Jika mereka yang buat salah, cari jalan penyelesaian sebelum ke agent atau pihak polis.

rr13.jpg

Jangan lupa untuk turut serta dalam tinjauan terakhir musim ini! Saya sudah merancang, derma sua.

Itu sahaja!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Fb and Toggle)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s