Salam Deepavali, wahai pembaca setiaku! Kalau ada sesiapa yang menggelapkan masa hadapan anda, harap bakar si polan tu sebab cahaya menerangi kegelapan!
Pengkritik Sandiwara kembali dengan reviu Kathy Gerenti episod 2 hingga 4. Maklumlah, tiada drama baru di Suria. Lagipun, drama ini agak padat dengan maklumat yang pada pendapat saya semua orang, tidak kira usia, harus tahu. Ini kerana pasti ramai orang ingin jual/sewakan rumah dan kepada anak muda yang membaca blog ini, pasti ingin beli rumah pada masa hadapan, bukan? Melainkan anda nak bermastautin di Eropah atau negara asing then, jangan lupa call saya.
Pada episod lepas aka episod pertama, kita dapat tahu bahawa Kathy akhirnya ternampak tunang/boyfriendnya, Johan bersama rakan kerja mereka, Netty. Mereka berdua nampak teramat mesra.
Episod 2
Hahahaha. Johan nak buat kelakar? Dia kata Kathy takda gaya, Netty ada style, sepadan dan secocok dengannya sebab mereka berdua ada gaya, mutu, keunggulan. EKSKIUS ME. Kau baju kemeja ni tak gosok, ronyok, tali leher tak centralised, tak secocok dengan warna baju nak labelkan diri sendiri sebagai “style”? Tersedak Coco!
Kathy mengadu kepada kakaknya, Zetty. Kathy bukan sekadar hilang boyfriend, Kathy juga hilang pelanggan-pelanggan kerana Johan telah “merampas” pelanggan mereka. Padahal kerja kertas semua Kathy yang bikin eh? Hmm… Diorang takde macam legal document ke? Kathy saman Johan ke apa ke sebab langgar perjanjian kontrak sebagai rakan kerja ke? Macam mana ni, Rudy & Rilla, sila jawab!
Eh, Farah masih nak rumah tu ah eh. Hais. Adi tidak mahu melanggan khidmat Netty kerana tidak ingin kecilkan hati kakaknya.
Syarikat besar MUNGKIN akan membeli aplikasi yang dia bikin, Afiq pun teringin nak beli kondo. Berangan la tu. Kawan dia pun suka hasut eh?
Zetty mengajak Kathy beli-belah dan menukar gayanya. Tengok tu, terdedah segala. Tetapi, Kathy tidak suka. Apabila Adi dan Farah tiba, Kathy memberitahu mereka bahawa ia tidak wajar untuk beli rumah di Ang Mo Kio dan mula jelaskan perkara-perkara yang patut kepada mereka. Seperti skim-skim yang ada, pinjaman dari bank, geran dari pemerintah/HDB dan sebagainya.
Apabila terdengar bahawa mereka mungkin tidak akan membeli rumah berdekatannya, ibu Farah pura-pura sakit dan buat muka kesian. Yang saya kesiankan adalah Adi dan Farah kerana terpaksa cekau duit semata-mata untuk membeli rumah berdekatan dengan rumah ibu Farah. Kenapa ibu Farah tidak boleh faham situasi mereka? Pasti dia tahu bahawa mereka berdua bukan orang berada sangat. Mereka cuma pasangan muda yang ingin rumah. Tambahan, saya tengok rumah ibu Farah ni besaw, takde orang melainkan Farah dan ibunya. Apa lagi… Tinggal sini sua. Lagi senang!
Mamat rock yang menyewa bilik Mak Long dan Pak Long Kathy buat bakar-bakar dalam biliknya. Risau orang tua ni dibuatnya setelah melihat kepulan asap dari bilik tersebut. Mak Long dengan segera menelefon Kathy untuk meminta tolong.
Episod 3
Ok, saya faham drama ini ada unsur jenaka tetapi… Mamat rock yang sewa bilik ni ada bisnes dadih????? Abeh nak buat dadih kat dalam bilik? Mamat rock mengikuti undang-undang NEA or nah? Nanti jiran buat aduan pasal asap-asap, siapa yang susah? Tuan rumah yang susah!
Zetty sarankan buat rakaman video untuk mempromosikan khidmat Kathy agar dia dapat pelanggan baharu!
Farah bercadang untuk membeli rumah di Bidadari…
Kenapa masyarakt kita atau warga Singapura secara amnya masih agak skeptikal atau ragu-ragu apabila ingin beli rumah di mana tapak pembinaan merupakan bekas kubur? Kata rumahku syurgaku, betul tak? Ini bukti bahawa orang Melayu masih berfikiran kolot dan masih percaya akan benda-benda TAHAYLOL yang tiada logik saintifik dan tidak berasaskan ajaran agama Islam!
Apabila memberitahu Kathy tentang peracangan mereka untuk membeli rumah di Bidadari, Kathy nasihat mereka untuk tidak beli rumah di situ kerana sebab-sebab tertentu (kewangan). Ini membingitkan Farah kerana apa yang dia nak Kathy bantah. Mungkin Farah sedang PMS dan tidak sedar bahawa kata-kata Kathy merupakan nasihat agar mereka berdua tidak akan rugi dan bebas dari hutang dan masalah pada masa hadapan. Inilah sesetengah orang kita, bila ditegur/dinasihati, cepat melenting. Tak fikir dulu tau, terus bagi reaksi.
Zetty merakam adiknya dalam iklan terbaru Kathy dengan tagline “Kathy Gerenti”
Kathy masih ah nak berbual dengan Johan???? Kalau saya, campak dengan kertas peguam!!!
Zetty sudah sunting rakaman tadi dan ia agak cringe-worthy. Semua ahli keluarga dalam video tersebut, termasuk Mak Longnya. Ibunya sempat carikan jodoh lagi. Kathy amat malu dan tidak mahu video ini disiarkan di mana-mana.
Namun, ibu Kathy “terpicit” butang kongsi…
Kathy sekali lagi jelaskan kepada adiknya, Adi mengenai selok-belok beli rumah, siap dengan gambar rajah/peta minda lagi! #postergirlmaterial tu…
Adi cuba jelaskan kepada Farah tetapi Farah merajuk tak tentu arah, naik darah, pasrah, Adi tidak boleh ghairah, kekal dara. Seperti batinnya didera.
Wow. Tepuk sikit 👏🏽
Setelah mengusir mamat rock dari rumahnya, Mak Long masih mencari orang untuk menyewa bilik agar boleh dapat wang tambahan. Kathy sarankan untuk jual rumah mereka dan beli rumah yang lebih kecil untuk mendapat wang tambahan gitu. Ke apa la eh all these HDB terms. Senior Citizen Housing Bonus la, Silver Housing Bonus lah.
Suami Zetty memberitahu bahawa dia telah membayar wang untuk kondo!!! WHOT. Abeh guna duit simpanan lagi!! Padahal mereka sudah berbincang untuk tidak membeli kondo!
Video iklan Kathy tersebar luas di internet. Viral lah konon. Eleh ejen hartanah ni semua. Ketawakan orang. Padahal SEMUA iklan serta tagline ejen hartanah bahan ketawa dan cringe-worthy sak!!!! Adi mesti jadi, Jangan pandang belakang, XXX kan ada. ERMZ… Abeh iklan di TV tunjuk muka diri sendir, tak boleh berlakon segala.
Aisiqa lawa tapi boleh mainkan watak yang evil je eh? Aka Nadia dari Interns dan watak dari Bunga Tanjong tu.
Bukannye video lucah pun. Rilek.
Zetty hamil… AAAAAAAHHHHHH Nampaknya mereka harus merancang kewangan mereka dengan teliti! Selamat tinggal kondo!
Episod 4
Kathy dengan segera ke rumah Zetty dan Afiq untuk tenangkan kakaknya dan jelaskan apa yang mereka boleh lakukan agar tidak rasa “tersepit” dari segi kewangan dalam situasi ini. Maklumlah, nak beli kondom kondo abeh ada zuriat nombor 2 dalam perjalanan!
Kathy juga agak marah dengan kakanya yang telah memuatnaikkan video ke halaman fesbuknya. Tetapi, bukan Zetty yang kongsi video tersebut. Mereka berdua terkejut. Pada masa yang sama, Zetty sarankan Kathy untuk berjumpa seorang pakar video ni semua ah untuk bikin promo ad.
Kathy ke pejabat produser tersebut dan bakal go through makeover sekali lagi.
Masa untuk #ProductPlacement. Pastikan ejen hartanah anda betul-betul bertauliah. Pastikan mereka didaftar di bawah Public Register of Estate Agents and Salespersons, Council for Estate Agencies.
Kathy mendapat tahu bahawa ada BTO launch di Punggol. Kathy memberitahu Farah dan Adi bahawa mereka hanya harus membayar $134 setiap bulan jika mereka beli rumah di sana kerana mereka layak menerima pelbagai geran. Farah masih tidak mahu rumah di luar kawasan rumah ibunya.
Ibu Kathy ingin Kathy cepat-cepat carikan orang sewa untuk Mak Longnya kerana Mak Long sudah minta pinjam wang dari ibunya. Tapi tak tau kenapa mak dia berbisik di dapur untuk cakap pasal hal ini. Apa yang dia nak sembunyikan?
Hilang fokus ke? Wow bagus eh. Braces terus dah gone dalam masa beberapa hari sahaja! Rambut diwarnakan, stail ditukar. Wow! Mr Produser pun merakam promo ad Kathy hanya dengan menanyakan beberapa soalan. Tiada skrip. Kathy menjawab dengan seikhlasnya.
Saya agak hampa kerana makeover reveal Kathy tidak begitu DRAMATIK ah. Seperti masuk pejabat abeh Johan tersedak ke apa.
macam ni ke
Kathy membawa Mak Long dan Pak Long untuk melihat rumah flexi ke apa (I panggil rumah studio). Mak Long nampaknya inginkan sangat rumah dua bilik ini kerana dapat wang $20,000 apabila menjual flat lama!
Namun, setelah melihat betapa sempitnya rumah studio ni, Mak Long menukar fikiran. HAIS MAK LONG! Mana nak cekik wang untuk menampung pembelanjaan harian? Korang berdua dah pencen, kan?
Mereka sekeluarga melihat video promosi Kathy. Mereka amat bangga dengan video ini. Pada masa yang sama, ibu Kathy akui bahawa dialah yang mengongsi video sebelumnya.
Semua pekerja lelaki terpegun melihat video promosi Kathy, termasuk Johan.
Hahaha kesian sak kenek marah dengan Netty. Ni mesti putus hubungan dan Netty abeh merangkak balik kepada Kathy tetapi Kathy dan tunang dengan Abang Produser. Konsperm punya!
Bos Afiq memberitahu bahawa spekulasi mengenai syarikat besar membeli syarikat mereka benar dan oleh kerana itu, beberapa kakitangan akan diberhentikan.
KWUA KWUA! Jadi, siapa yang akan diberhentikan?
Ok sejauh ini, saya rasa jalan ceritanya agak predictable la kan. Seorang wanita buruk yang ditinggalkan oleh pakwe, pergi makeover abeh jadi lawa, pakwe dengan matair baru gaduh, pakwe bakal merangkak ke Kathy. Zzzzz. Pasal kes Afiq dan Zetty pula, saya amat marah dengan Afiq kerana tidak berbincang dengan Zetty sebelum membuat keputusan untuk membeli kondo!!! Padahal bonus belum pasti sak dah konfiden beli kondo! Kalau saya, dah cerai sak. Takkan nak beli rumah tak bincang dengan orang rumah sak. Kes Farah dan Adi pula… Farah harus sedar bahawa dia tu bukan kaya ah so pls tobat. Isu Mak Long dan Pak Long pula… Harap sedar yang korang takde duit dan Mak Long pls jangan cerewet!
Saya cuma harap ada plot twist kerana sejauh ini amat predictable ah. So, surprise me!
Terima kasih kepada peminat Pengkritik Sandiwara yang menyukai halaman Fesbuk Pengkritik Sandiwara! Ia telah mencapai 100 sukaan!
Sayang korang semua! Sebarkanlah kewujudan blog ini kepada orang ramai!
Pada hujung minggu ini, kalau takde benda nak buat sebab Suria mendak af tiada cerita untuk ditonton, apa kata anda keluar rumah dan meluangkan masa bersama orang yang tersayang? Saya sarankan, anda saksikan MUARA di Esplanade!

Bukan sahaja kita dapat dihiburkan oleh para penggiat seni tarian Melayu, bahkan,kita boleh belajar sedikit sebanyak mengenai budaya kita! Acara tahunan yang berlangsung selama 3 hari ini PERCUMA dan harus ditonton! Terutama sekali pada hari terkahir! *hint hint* Klik gambar di atas untuk ketahui lebih lanjut mengenai Muara 2016!
Itu sahaja daripada saya! धन्यवाद!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle, gifs are not mine also, I google je)
best drama ni. Harap kat malaysia ada 1 drama camni sekurang-kurangnya ada info yang berguna. Asik novel cerita cinta pon xbest juga.
LikeLike
Drama-drama di Singapura memang penuh dengan informasi. Pihak pemerintah ingin mendidik sambil menghiburkan hati rakyat di sini.
LikeLike
[…] Salam sejahtera wahai pembaca setiaku! Saya harap anda semua sihat dan masih ada nafsu untuk membaca blog saya. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam Kathy Gerenti episod 5-7. Bagi anda yang belum membaca entri sebelumnya, klik di sini. […]
LikeLike