Best of (His Story)

Salam November dan juga Salam Safar, wahai para pembaca setiaku yang mungkin sedang makan angin negara Eropah pada waktu ini. Best? Mestilah best kan? Sama macam tajuk pementasan yang baru sahaja saya tonton malam semalam (2/11/16), Best of (His Story). Jika diterjemahkan dalam Bahasa Ibunda, Antara Terbaik (Cerita Dia[lelaki]) Hahaha bad move.

(Can I just say I only realised this was at Marine Parade CC when I was in the toilet before my tutorial… Cos mati-mati ingatkan Esplanade sak (cos I saw the pamphlet there). West to East sak perjalananku dalam MRT)

Sebuah monodrama The Necessary Stage yang ditulis Haresh Sharma dan diarah Alvin Tan (sama juga untuk Rosnah!), ia boleh dianggap sebagai sebuah respons bagi monodrama Best Of yang dipentaskan pada tahun 2013 dan 2104. Namun, monodrama ini tidak tersangkut paut kepada monodrama itu secara menyeluruh, bahkan boleh ditonton tanpa menonton monodrama yang dilakonkan Siti K itu. For example me yang tidak pernah menonton monodrama tersebut dan go je dengan menonton monodrama yang dilakonkan pelakon dan penggiat seni tidak asing lagi, Sani Hussin!!! Secara jujur, ia merupakan satu mimpi-jadi-kenyataan untuk menonton Sani Hussin berlakon secara LIVE gitew. Kalau boleh tengok Rozita Hussin berlakon LIVE pun agak meletop ya!

BOHS-04.jpgPhoto credit: Gin Tay / SURROUND

Pendek kata, Best of (His Story) mengisahkan cerita pihak lelaki. Kalau dalam Best Of dah dengar keluhan si isteri, Best of (His Story) pula ingin menimbulkan kisah-kisah dari perspektif lelaki. Maklumlah, dalam masyarakat Melayu ni, kalau ada kes cerai-berai je lelaki dipersalahkan! Padahal kita tak tahu apa punca penceraian itu pun. Harap tonton Rudy Rilla untuk get educated.

Kisah Best of (His Story) bermula apabila watak Sani Hussin menceritakan peristiwa di mana beliau ternampak ada beberapa orang membahagikan kitab bible dan beliau rasa agak kurang puas hati dan membuat aduan di balai polis. Alangkah terperanjatnya apabila jawapan yang diberi adalah aduan ini boleh dibuat melalui internet. Pada pendapat saya, ini menunjukkan bahawa watak Sani Hussin ini merupakan seorang lelaki Melayu Islam yang ingin kesaksamaan dan tidak bergantung kepada teknologi (lelaman sesawang FB) untuk menegakkan pendiriannya la kan. Bukan macam sesetengah daripada kita aka me yang sekadar berbual banyak di Fesbuk/internet tanpa melakukan sebarang tindakan. Beliau juga menimbulkan isu jumlah orang Melayu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dalam penjara dan dalam masalah rumit dan seolah-olah menyalahkan bangsa yang berkuasa kerana mereka merupakan orang atasan dan penyebab ini semua. #ChinesePrivilege Dalam monodrama ini, terselit juga isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat Melayu/Islam but not gonna talk about that sebab that is not the main point kan.

Monodrama ini mengisahkan dilemma yang terpaksa diharungi hampir semua suami-suami abad ke-21. Ini kerana dengan peredaran zaman, suami-suami bukan lagi suami-suami ala-ala diktator. Mereka bukan lagi satu-satunya sumber rezeki dan oleh kerana itu, tidak boleh menjadi suami seperti bapa mereka. Di mana sebelum ke kerja, sarapan sudah disiapkan, bila balik, makanan terhidang di atas meja, rumah bersih, tidak satu habuk dilihat. Pada zaman sekarang, suami-suami harus bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga rumah. Jadi soalannya… Di manakah batasannya? Haruskah suami bersifat tegas agar isteri tetap ada rasa hormat dan tidak akan dilabel sebagai jantan dayus atau haruskah suami diamkan diri dan biarkan kepalanya dipijak? Bagaimanakah suami-suami zaman sekarang harus memainkan perana sebagai suami contoh padahal bapa mereka bukan contoh yang baik untuk dicontohi? Kalau terlalu tegas (sampai guna fizikal), isteri akan mengadu. Kalau tak tegas, dilabel jantan dayus. So… Macam mana? Jangan fikir wanita sahaja ada Dilema Wanita ya (rmb that iconic Malaysian talkshow abeh ada jingle “dilema wanita…”)

Saya juga suka akan watak Luk/qman dan Clifford kerana perwatakan mereka berbeza amat sangat. Lukman merupakan stereotaip Mat Melayu. Seorang yang ke ITE, terlibat dalam dadah, samseng sehinggakan diheret ke lokap. Clifford pula seorang homoseksual yang sentiasa di sisi watak Sani Hussin apabila diperlukan. Melalui watak-watak ini, tafsiran saya adalah, watak utama merupakan watak yang berfikiran terbuka. Beliau juga tidak senang dipengaruh oleh rakan-rakan kerana pendiriannya yang amat teguh. Walaupun asyik bersama Lukman di sekolah menengah dan ITE, beliau tidak pernah terlibat dalan masalah bersama Lukman. Beliau tidak hiraukan ejekan yang dilemparkan kepadanya apabila rakan-rakan di Civil Defence (CD) mengganggunya bersama Clifford. Watak datuk dan bapanya pula membentuk dirinya sebagais seorang suami. Datuknya mengajarnya hal agama, datuknya seorang pemimpin agama yang contoh (agama-wise) namun tidak pernah menolong neneknya di rumah. Bapanya pula saya rasa the typical father kot sebab dia tidak ceritakan bapanya sangat. Watak ibunya yang amat sayang isterinya tetapi terus rasa benci apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal bercerai. Biasalah kan.

Apabila di babak mahkamah untuk proses penceraian, beliau asyik terfikir balik pasal cintanya dengan isteri. Walaupun digesa untuk berfikir keputusan beberapa kali, mereka tetap cerai. Pada pendapat saya, punca penceraian mereka adalah kurangnya komunikasi. Ini merupakan masalah yang besar kerana beliau tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi secara efektif dengan isterinya. Beliau tidak mahu dilihat sebagai seorang suami yang tidak memahami kehendak isteri oleh itu, beliau berdiam diri sahaja. Walaubagaimanapun, saya rasa penceraian mereka dilakukan secara damai dan ia untuk kebahagiaan jangka masa panjang. Babak di mana beliau solat istikharah amat bulu-meremang-ish ye kerana beliau inginkan jawapan daripada Allah, sebab mengapa harus cerai/haruskah dia cerai.

Bagi diri saya, the main takeaway daripada monodrama ini adalah jika penceraian bukan pilihan, pasti pasangan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Ni macam tersentak bin terbangun ah eh. Memang penceraian dibolehkan dalam agama namun alangkah baiknya jika dapat dielakkan?

hfjf.jpeg

Pada akhir cerita, “He too is not a stereotype. But after today, he may well be a statistic.”

Jadi soalannya… Adakah watak Sani Hussin ini boleh dilabelkan “typical mat”? Seorang mat yang membaca short stories dan tahu tarian?

Tetapi, ada satu kriteria yang saya rasa boleh mengatasi kriteria-kriteria lain dan kita semua boleh labelkan watak ini sebagai mat. Beliau menjalani perkhidmatan negara di CD. Duh. Kalau kau tak serve NS kat HomeTeam I have every rights to question your Malayness sak. Mesti ada sebab-sebab yang tersembunyi sehinggakan pihak pemerintah percaya seorang Melayu untuk melindungi tanah air tercinta ini (jk) (or am I). Anyway CD is BRT not BMT cos R is rescue and M is military. (but maybe back then they use BMT for all idk)

Saya sungguh enjoice the show dan sungguh lucu melihat gelagat Sani Hussin memainkan watak-watak yang berlainan! Ini kerana ia pertama sekali saya menyaksikannya di luar TV dan wow he’s so good ya.

Saya syorkan pementasan ini kepada bakal suami dan juga para suami di luar sana! Sila klik link ini untuk membuat penempahan. Hopefully ada tiket lagi ya!

Oh yes. Saya tidak perasan bahawa Oon Shu An sebenarnya sebelah saya selama pementasan ini. And yes I selfie-d w her and she’s so cute. HIIII if you are reading this!

Terima kasih kepada The Necessary Stage kerana sudi menjemput saya menonton pementasan ini! 🙂

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s