Adat Padat

Adat Padat. Sebuah rancangan yang mengajak penonton untuk berhibur bersama sambil belajar serba sedikit tentang adat dan tradisi orang Melayu.

IMG_6260

Secara peribadi, saya amat suka dengan rancangan ini kerana dalam kita berhibur dengan personaliti TV dan radio, kita dapat belajar fakta-fakta menarik mengenai tradisi Melayu yang mungkin kita tidak pernah dengar. Selain itu, ia juga satu wadah menarik untuk mengenalkan si kecil kepada budaya kita.

Rancangan ni macam ala-ala gameshow Running Man la konon. Di mana 2 kumpulan bertarung pada setiap episod untuk menangi wang tunai. Satu daripada 2 kumpulan ini merupakan kumpulan tetap manakala kumpulan lagi satu merupakan personailti-personaliti jemputan.

Shahril Wahid, Tammie Chew, Wan Haddad dan Kak Fid (Erra Farida) merupakan ahli kumpulan tetap. Kecoh lihat gelagat mereka setiap Selasa malam dalam rancangan ini!

(Saya pun tak tahu kenapa ayam jadi maskot rancangan ni. Seram tengok mereka.)

IMG_6259

Dan nama kumpulan mereka adalah… KUMPULAN IMPIAN.

Apa yang saya kurang senang adalah suara latar (Dzar Ismail, saya rasa) selalu berkata “kumpulan oren” dan bukan nama kumpulan itu. Macam pelik ah orang dah penat-penat namakan kumpulan IMPIAN seh. Tambahan, oren tu buah hahaha. Jingga, bro. Kan rancangan nak lestarikan budaya. Bahasa pun budaya.

IMG_6263

Pada setiap episod, 4 personaliti TV/radio akan dijemput untuk menjadi kumpulan lawan. Antara personaliti dijemput adalah seperti di atas, Kimberly Wang, Nity Baizura, Morniyati Tukimin dan KC. Di episod lain, Patricia Mok, Sofia Dendroff, Jeff Catz, Sarah Aqilah dll juga menyertai rancangan ini.

Apa yang unik adalah, pada setiap kumpulan, ia diwajibkan untuk ada seorang ahli yang bukan Melayu. Ini satu idea yang bagus untuk mengenalkan kepada bangsa lain tentang budaya Melayu. Dengan cara begini, peminat personaliti bukan Melayu pun boleh menonton rancangan ini dan belajar budaya Melayu!

IMG_6262

Setiap pusingan akan dimulakan dengan kuiz di mana soalan akan ditanyakan kepada kumpulan lawan. Soalan yang ditanya selalunya ada kena mengena dengan aktiviti yang bakal dilakukan.

Melalui kuiz inilah di mana saya belajar lebih tentang budaya Melayu kerana terdapat pelbagai fakta menarik yang boleh dipelajari!

IMG_6264

Terdapat 3 pusingan; permainan, persembahan dan masakan. Selalunya, permainan ada 2 rounds ah.

Seperti gambar di atas, permainan tradisional akan dimodenkan dan kadang kala dibesarkan. Ini agar permainan akan jadi lebih menarik dan mengasyikkan. Sebagai contoh, guli sebesar manusia ini. Di mana setiap ahli harus keluarkan ahli lawan dari gelanggang. Antara permainan lain adalah capteh dan sepak takraw.

IMG_6265

Ini pula segmen persembahan di mana kumpulan Impian melakukan Tarian Piring. Antara persembahan lain yang telah mereka lakukan adalah Bangsawan dan Kompang. Dedikasi dan kegigihan setiap kumpulan very the impressive.

IMG_6268IMG_6266

Segmen masakan pula merupakan segmen kegemaran saya kerana mereka harus mencari bahan-bahan makanan di merata kawasan penggambaran! Sungguh kelakar melihat setiap ahli bekerja sama untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Apatah lagi apabila mereka memasak! Sungguh kagum melihat personaliti-personaliti TV yang berbakat memasak makanan Melayu!


Di akhir rancangan ini, kumpulan dengan markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang. Mereka dihadiahkan dengan wang tunai yang akan disalurkan kepada badan kebajikan. Kumpulan lawan pun bergitu juga lah tetapi jumlah wang separuh sahaja. Duit ni semua ditaja oleh Doktor Kereta.

Saya berharap sangat Suria akan terus menerbitkan rancangan seperti ini kerana ia bukan sahaja menghiburkan tetapi penuh dengan ilmu. Ia sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Bukan itu sahaja, rancangan ini bakal mencetuskan perbualan kecil antara ahli keluarga semasa menonton rancangan ini. Ibu dan bapa boleh berkongsi pengalaman mengenai tradisi-tradisi Melayu yang kini semakin pudar kepada anak-anak mereka. Mungkin, ini akan menimbulkan rasa ingin tahu kepada anak-anak dan mereka akan rasa teringin untuk mencuba permainan tradisi tersebut. 

Rancangan ini juga live up to its name, ia sememangnya padat dengan adat.

Ayuh, sama-sama lestarikan budaya Melayu!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s