Samsudin Tukang Kasut

Salam Aidilfitri semua! Kali ini, sekali lagi saya ingin kupas telemovie khas Hari Raya. Kalau malam raya ada Sinar Lebaran, keesokan paginya pasti ada Raya Oh Yeah! Kalau malam raya ada Suara Takbir, keesokan harinya pasti ada telemovie untuk si cilik, Samsudin Tukang Kasut!

Sungguh geram saya tengok pelakon cilik tu. Haritu nampak dia berlakon di telemovie hari bapa Tiger Hassan, kali ini telemovie ini pula.

Telemovie yang dibintangi Trisno Ishak, Rilla Melati dan Joe Lazarie ini mengisahkan seorang tukang kasut (capal to be precise) bernama Samsudin. Dia sebenarnya ingin melestarikan kedai bapanya yang menjual capal. Capal yang dibuatnya menggunakan tangan dan bukan mesin, so macam autentik gitu. Malangnya, bisnes capalnya baru-baru ini tidak mendatangkan hasil. Kenapa ya?

Apabila terdengar tajuk ini, saya ingatkan Suria nak tayangkan cerita 60an seh.

Tapi bukan. Mungkin inspirasi or what.


IMG_5945IMG_5946IMG_5947

Samsudin ternampak salah seorang pekerja mencuri capal bapanya. Apa lagi, dia terus bilang bapak dia lah.

IMG_5948IMG_5949

Si Ahmad Labu ni pun dibuang kerja serta merta.

Terus flashforward kepada tahun 2016.

IMG_5950

Walaupun sudah bertahun berlalu (mungkin 20), kedainya tetap sama. Kotak sama, rak-rak sama. Bagus dia lestarikan eh?

IMG_5951IMG_5952

Pekerja Samsudin tidak mahu bekerja dengan Samsudin lagi kerana kedainya tidak membuat hasil lagi.

IMG_5953

Anak-anaknya datang ke kedainya kerana Samsudin telah berjanji untuk bawa mereka jalan-jalan di Geylang. Namun, Faiz dan Emma dikecewakan. Kerana bapanya tiada hasil.

Saya agak keliru dengan watak Samsudin. Saya faham bahawa telemovie ini khas untuk si cilik. Tetapi, kenapa watak Samsudin macam kebudak-budakan? Padahal dia bapak budak? Konpius.

IMG_5954

Dengan pengemis pun dia bersuara macam kartun. Si dektu selalu jadi pengemis/orang miskin ke? Dalam drama Kemelut pun, Farhana pun. Memang sajak.

Samsudin menghalau pengemis itu kerana buat kacau. Padahal pengemis tu setakat rileck kat situ.

IMG_5957IMG_5958

Faiz dan Emma bercadang untuk membuat sesuatu untuk bapanya. Mereka berbisik. Dalam rumah yang takde orang pun nak berbisik?

Saya hairan. Samsudin tidak ada wang untuk beli baju raya tetapi rumah dia saya tengok… Serba lengkap je. Ni rumah upper middle class punya.

IMG_5959IMG_5961

Entah kenapa pelanggan tu marah-marah sangat? Padahal desain sama, cuma warna je lain. Apa sak, tak betul!!!

IMG_5962

Isterinya ternampak cara Samsudin melayan orang susah itu. Dia pun dimarahi isterinya haha. Hmm… Mungkin dia kebudak-budakan sebab takut bini?

Wow, best eh nampak Rilla Melati berlakon!

IMG_5964

Si pengemis mengambil sampah yang dibuang Samsudin. Sampah apa eh?

IMG_5965

Oh… Kulit lembu, leather ah. Apa dia nak buat?

IMG_5966IMG_5967

Oh, dia buat keychain. Pelik, dia cuma ada kulit lembu tu je. Mana dia dapat yang besi-besi tu? Walauapapun, bagus la dia kreatif dan tidak bergantung kepada sesiapa untuk mendapatkan hasil.

IMG_5968

Emma dan Faiz membuat kuih dan menjual kuih-kuih untuk menggunakan wang yang diraih untuk beli baju raya.

IMG_5969

Kenapa tak downgrade 1 bilik 1 hall?

IMG_5970

Samsudin ternampak pengemis itu menjual keychain capal.

IMG_5971

Dia mendapat tahu bahawa kulit capal itu sebenarnya daripada kedainya kerana logo kedainya tertera di keychain tersebut.

IMG_5973

Samsudin mengugut si pengemis itu. Dia akan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mencuri kulit lembunya dan berdagang tanpa lesen. Namun, oleh kerana bulan puasa yang penuh barakah, Samsudin mengajak pengemis itu ke kedainya.

IMG_5974IMG_5975

Pengemis tu tak berubah dan ingin mencuri tukul pusaka Samsudin yang diberi oleh bapa Samsudin.

IMG_5976

Di saat itu, baru Samsudin perasan bahawa si pegemis ini sebenarnya Ahmad Labu!!! Kenapa Ahmad Labu ni dengki sangat dan tak berubah perangainya?

IMG_5977

Oleh kerana Samsudin amat suka dengan keychain buatan Ahmad, Samsudin pun memberi “kontrak” kerja kepada Ahmad. Ini juga supaya Ahmad tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

IMG_5979

Kedai Samsudin semakin laku dengan adanya keychain.

IMG_5980

Kasihan Labu terpaksa buat banyak keychain.

IMG_5981

Salah seorang pelanggannya mahukan desain capal seperti keychain.

Kasihan. It took Samsudin a while to realise yang dia sepatutnya bikin capal serupa dengan keychain. Patutlah perniagaannya merosot.

IMG_5983

Dia pun suruh Ahmad buat capal warna-warni itu. Dah macam Mak Nyah punya selipar aku tengok. Mungkin ada warna yang kena, ada yang terlalu keterlaluan.

IMG_5984

Samsudin pun menggantikan namanya kepada Capal Sam’s.

IMG_5985

Halaman Fesbuk Capal Sam’s ditubuhkan oleh Emma dan Faiz agar jualan capal bapanya akan meningkat.

IMG_5986

Mereka berdua ke kedai bapanya untuk berbuka bersama namun bapanya merahsiakan kehadiran Ahmad. Kenapa eh?

IMG_5988

Isterinya pun bertanya kenapa dia berkelakuan aneh kepada Emma dan Faiz. Is it ada pekerja wanita?

IMG_5989IMG_5990

Oleh kerana kedai bapanya semakin maju, mereka bercadang untuk memberi kuih-kuih itu kepada Masjid Gafoor.

IMG_5991

Semasa perjalanan pulang, mereka bertembung dengan seekor anjing.

Yek eleh anjing ni? Bukan anjing liar pun.

IMG_5992IMG_5993

Mereka bertiga terkejut melihat Ahmad di dalam kedai bapanya.

IMG_5994IMG_5995

Saya agak keliru. Kenapa Samsudin ingin rahsiakan kerja Ahmad? Kenapa dia nak ambil credits untuk capal yang dia tak buat? Di mana letaknya maruah dan kejujurannya? Kenapa dia begini? Tu pasal tak maju dulu. Padan muka kenek lecture dengan isteri.

IMG_5996IMG_5997

Setelah mendapat tahu bahawa Ahmad telah menyelamatkan anak-anak mereka daripada anjing tadi, mereka amat bersyukur dan Samsudin mengambil Ahmad sebagai pekerja tetap.

IMG_5998

Akhirnya, Samsudin give the credits to Ahmad Labu.

IMG_5999IMG_6001

Yay.

IMG_6002

Mereka beralih ke kedai di pusat beli-belah dan happy ending!!!


Untuk drama cilik, saya rasa ok la kot. Tapi saya lebih suka telemovie raya tahun lepas, Cahaya Lebaran kerana lebih menyentuh jiwa dan lebih isu.

Drama ini mengajar anak kecil kita bahawa orang dewasa juga tidak lari daripada kesalahan. Ini kerana watak Samsudin tidak berkelakuan jujur dan menggunakan/mengambil kesempatan terhadap Ahmad Labu. Ia mengajar kita bahawa sebagai manusia, kita harus melayan manusia lain seperti bagaimana kita hendak dilayan, tidak kira status, agama atau bangsa.

Selain itu, drama ini juga mengajar kita untuk bekerja keras dan melakukan apa yang kita mampu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Ini terbukti melalui watak Emma dan Faiz yang gigih membuat kuih untuk mendapatkan hasil untuk beli baju raya.

Bukan itu sahaja, ia juga mengajar kita untuk berfikir secara kreatif dan sentiasa kekal relevan kepada masyarakat. Walaupun kita ditanggungjawabkan untuk melestarikan budaya, tidak salah jika kita memodenkan atau melainkan budaya kita agar ia akan diminati setiap lapisan masyarakat! Ini boleh dilihat oleh desain baharu capal-capal yang dicipta Ahmad Labu. Kita sepatutnya terbuka kepada pembaharuan dan perubahan. Asalkan budaya asal itu tidak luput.

Sebagai seorang feminist, saya rasa kejayaan Samsudin tidak akan terjadi sekiranya isteri Samsudin tidak menyokongnya. So yeah!

Itu sahaja daripada saya! Selamat bermakan-makan di Open House kakak awak tu!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s