Salam Syawal, pembacaku! Bagaimana hari raya anda so far? Masih dapat duit raya tak? Masih ada makcik-pakcik tanya bila nak kahwin? Kalau diorang masih tanya, tanya balik “bila nak mati?” Sama kan. Jodoh dan ajal ditentukan Allah. Biar diorang sentap.
Hari ini, saya akan kupaskan telemovie khas hari raya iaitu Suara Takbir. Seperti biasa, setiap tahun, Suria akan terbitkan sebuah drama yang menyentuh jiwa dan lebih baik daripada tahun lepas. Mampukah Suria outdo tahun lepas punya, Anak Bulan?
Wow, bestnya mandi laut.
Mak dia ni bodoh ke? Dah tau anak-anak dia tanggalkan baju dan biarkan kat lantai abeh masih nak bau. Gila. Abeh sendiri menyesal cos busuk.
Hahahaha. Hidup dengan adik-adik memang macam gini ah boleh mandi bersama hahahaha.
Si angah (Adam) ni mengadu sebab takde baju baru. Along pula taknak menyusahkan bapanya dan menyuruh angah memakai bajunya. Si Amin pula tak kisah sangat sebab dia anak istimewa so masih innocent decent.
Yati suruh suaminya pergi ke kursus untuk pertingkatkan diri tapi Sulaiman taknak pulak. Ego sak. Kata nak bilang orang yang dia buta huruf. Huh. Dah lah bodoh, sombong pulak tu! Tak ke mana, cik bang oi.
Wow, Shida Lestaluhu dah jadi cikgu.
Saya tak pernah lihat sebuah kelas yang menghadap ke tingkap. Mana papan tulis?
Ni dua perempuan kerek tak suka ke cikgu dia puji Alif? Nasib baik kawan dia defend dia. Tambahan, babak ini berlaku dalam seminit. Kasihan dua perempuan membuli Alif padahal cikgu kat depan kelas. Hmm? Cikgu pekak ke? Buta ke?
Ini Nurul, social worker. Dia menggesa Yati untuk menghantar Amin ke sekolah istimewa. Dalam babak ini, baru saya tau bahawa Amin pekak dan juga ada masalah memahami sesuatu seperti orang biasa. In short, he’s slow ah. Dan dia memainkan watak ini dengan sempurna sekali!
Fizah Nizam ni semenjak di TV, asyik di TV sahaja. So typical of Suria!
Babak ini tidak masuk akal. Ini kerana Yati dan Amin selalu ke rumah ini untuk bersihkan rumah ini. Takkan anjing tu tak cam muka/bau diorang? Sampai nak gong-gong tak henti-henti? LEL.
Anw the dog is so comel!
Penghuni rumah ni kaya sangat sehinggakan kipas tak matikan.
Oh, siapakah watak ini dan kenapa mereka marah?
Sulaiman dibuang kerja.
Saya boleh relate dengan Zainal sangat-sangat ah. Sebab dia merupakan seseorang yang cuba menolong seorang rakan tetapi tidak boleh terima jika seseorang (Sulaiman) yang memerlukan pertolongan tidak mahu membantu dirinya sendiri/menolak cadangan. Kalau gitu, sampai bila nak game, kan?
Oh… Atok kaya, tinggal rumah besaq lagi.
Atok cuba menolong Yati.
Sulaiman tidak memberitahu Yati bahawa dia diberhentikan. Dia cuma kata dia amek MC sebab tak sedap badan + nak bersihkan rumah. Wow.
Kenapa Sulaiman ada sifat ego yang amat besar? Kenapa dia degil? Kenapa dia tidak mahu belajar? Padahal kursus-kursus di luar sana kebanyakannya mementingkan aspek praktikal bukan teori.
Eh eh si princess Yasmin ni. Dah cikgu nak rejek idea kau. Sebab haprak.
Sulaiman akhirnya memberitahu Yati tentang kerjanya. Yati terpaksa bersihkan rumah dan meminta CASH kerana mereka memerlukan wang. Maklumlah nak dekat puasa.
Hahaha ni best. Entah macam mana mak dia tau timing terbaik nak terjah anak dia ni. Macam Ketuk-ketuk Ramadan! Dia pun tanya masalah Yati yadayada. Pada masa yang sama, mengutuk menantunya, Sulaiman. Hais. Berlagak sak mak dia ni.
Sulaiman terdengar perbualan tadi dan sungguh rasa tersinggung.
Saya rasa babak senyap ni mampu menyentuh jiwa saya. Ini kerana dalam kesunyian antara watak Sulaiman dan Yati, mereka sebenarnya sedang berbicara dan self-reflect. Like, I can feel it, you know?
Yati lepaskan geram kepada Along dan Angah yang baru sahaja balik dari mengumpul batu-batu di pantai.
Sulaiman sedar bahawa dia suami tak guna, dia pun berambus.
Mereka tunggu ayah mereka untuk makan malam bersama. Sehinggakan semua tertidur.
Saya juga suka di mana watak Adam got so fed up sebab dia lapar dan nak makan. Saya rasa ia sangat appropriate sebab dia middle child. Middle child yang selalu terperangkap ah. Dan juga berfikir secara rasional.
Entah kenapa Sulaiman tidak suka kepada Nurul yang ingin menolong keluarganya. Saya rasa Sulaiman tidak suka “dipandang serong” ah. Sebab dia nak berdikari dan tanggung keluarganya tanpa pertolongan sesiapa. Tapi dia tidak sedar bahawa tujuan social worker adalah memberi sokongan dan pertolongan supaya mereka hidup senang.
Siak? Bapak dia dah tak boleh tahan hahaha. Tapi adegan ini tidak masuk akal. Kenapa awak tanya? Ok, saya terangkan.
Pertama, Sulaiman sepatutnya beritahu Amin bahawa pada waktu malam dah takde kartun.
Kedua, mereka keluarga yang lower income, so mustahil mereka ada CableTV kan? Tapi alangkah terkejutnya saya. Mereka ada! Terus Adam tukar saluran kartun.
Amin pun mengadu kepada abang-abangnya.
Mereka bersahur bersama. Tapi saya tak nampak apa-apa pun!! Cuma air teh.
Bazaar di sekolah sudah mula. Alif mahu menjual kraf tangan/perhiasan pasirnya dan hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli baju raya.
Sial ah Yasmin ni.
Mereka cuma dapat $70. Rakannya pun bercadang untuk muat naik gambar ke internet agar dapat jual perhiasan tersebut.
Rakan kerja bengis Sulaiman telah mengajar Sulaiman tentang sabun apa untuk digunakan untuk cuci lantai, jamban dll. Dia kata kalau tak tau tanya. Tapi si Sulaiman ni tak tanya??? Dia apa hal. Menjemput kesusahan terhadap dirinya sahaja.
Kan!!! Dah kenek marah.
Wow, lebih bagus jika dibandingkan dengan blog saya.
Mereka bertekad untuk buat lebih banyak perhiasan.
Mereka pun memanggil rakan-rakan mereka untuk menolong mereka.
Kita cuma tunggu pihak UN untuk tahu tentang perkara ini dan hentikan projek ini sebab ini child labour.
Bapak Yasmin seorang doktor. Dia ternampak assistantnya memiliki sebuah hiasan pasir tu. Dia pun tanya lah mana dapat kerana nak belikan untuk Yasmin. Si assistant dengan muka mnl dia jawab Dr Harun ni.
Mereka bertiga ke rumah Dr Harun untuk menghantar perhiasan itu. Dr Harun bertanya tentang kondisi Amin.
Alif pun menceritakan bahawa dahulunya, Amin trauma apabila melakukan ujian untuk mendapatkan hearing aid. Semenjak itu, bapa Amin tidak benarkan sesiapa menyakitkan Amin.
Sombong gila sak budak ni. Bapak dia biarkan aja?? Kalau aku dah marah sak.
Tapi tak boleh ah takut Yasmin mengadu kat mak dia abeh Harun takde hak nak jaga lagi.
Dia anak doktor pakar telinga tetapi pergi neighbourhood school? HAHAHAHAHA.
Mereka bertiga ke klinik Dr Harun untuk melakukan pemeriksaan.
Dr Harun menyuruh mereka membawa ibu bapa untuk isi borang subsidi agar Amin dapat hearing aid. Kenapa Dr tu tak kasi je? Perrrrr.
Yati terkejut melihat video promosi perhiasan itu. Ini kerana Yati beranggap bahawa Amin dipergunakan.
Semasa berbuka, Yati bertanya tentang video tersebut. Yati amat marah kerana kini semua orang tahu bahawa Amin bukan seperti anak biasa. Alif cuba terangkan keadaan sebenar dan matlamatnya. Iaitu membeli baju raya dan hearing aid. Mujur Sulaiman setuju dengan idea mereka dan lembutkan kemarahan Yati.
Sebelum ini, Yati suruh diorang makan kurma tapi dia sendiri tak makan.
Eh? Mak dia kenal Dr Harun? Nak kenalkan dengan seseorang… Saya rasa tak sedap hati.
Sulaiman pulangkan dompet dan jam tangan Dr Harun. Mereka berkenalan.
Sulaiman tidak tahan dengan bahasa kasar rakannya dan bersilat.
Oh, kalau takde CCTV boleh bunuh ah? Nasib manager dia datang sak.
Yasmin ingin taubat kerana sedar bahawa dia berkelakuan kejam.
She is me.
Apabila Zainal mendapat tahu bahawa Sulaiman membuat kerja cuci kereta, dia memberi Zainal duit modal. Me??? Sebab kalau diorang dah tolong diri sendiri baru saya tolong.
Mereka menjadi kekasih. Chey tak la. Dr Harun mendapat tahu bahawa Sulaiman bapa kepada Alif, Adam dan Amin. Dr Harun pun memberitahu pasal hearing aid.
Yasmin dah taubat dan mahu menolong Alif dan adik-adiknya.
Mereka buat kira-kira.
Mak dia gila ke? Nak robohkan masjid yang sudah dibina? URGH!!!! Kekayaan tidak akan menjaminkan kebahagiaan!!!
Can’t deal?????? Kenapa perompak nak rompak rumah ni? Rumah kawasan ni yang sememangnya estet ghetto. And rumah satu bilik, satu hall. Kau dapat berapa? $300? Kan lebih bagus rompak Standard Chartered kat Holland Village!
Kesian Amin, tinggal $2 je.
😦
Speechless.
Dahulunya, Dr Harun tunang si Yati. Tapi putus sebab Harun curang. Jantan katakan. Mak dia gila ke!!!!!!
Yasmin dan Alif berbaik. Kawan dia mnl.
Bapanya dapat beli baju raya baru setelah menjual bontot kepada Dr Harun. Takkan kerja cuci kereta boleh beli 5 pasang baju kan? Dengan hearing aid lagi. Ni mesti si Dr Harun cerai dengan isteri sebab dia gay. Abeh si Sulaiman pun dah terdesak so jual bontot.
Dan melalui babak ini, kita dapat tahu mengapa tajuk cerita ini “Suara Takbir”.
Ini kerana Amin mendengar suara takbir buat kali pertama dengan hearing aid! Wow, Suria! Syabas.
Dengan hearing aid pun mak dia kenek berbual secara perlahan. Hahahaha.
Nurul Aini on TV. Kenapa mereka semua ke rumah Sulaiman? Kenapa bapak dia yang ke rumah anak? Huh??? Abeh mak dia taknak datang? Perangai setan.
Kenapa hari raya bawak Nasi Ambeng?
COMEL!!!!!!!!
Pada pendapat saya, telemovie ini amat bermakna, menyentuh jiwa dan memberi penonton beberapa pengajaran tentang hidup.
Keinsafan: Melalui watak Yasmin, kita belajar erti keinsafan dan tidak sepatutnya mengejui seseorang tanpa sebab. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan.
Kegigihan: Watak Yati yang bekerja sambilan untuk mencari wang. Dia juga menghadiri kursus untuk pertingkatkan dirinya. Watak Alif juga begitu. Dia cuba sedaya upaya untuk mencari wang lebih.
Rendah diri: Watak bapak Yati mengajar kita bahawa kekayaan bukan semuanya dan kita tidak sepatutnya bergantung kepada harta.
Watak Sulaiman pula mengajar kita bahawa kita tidak sepatutnya berperangai bodoh sombong. Ini kerana ia tidak akan mendatangkan hasil dan hanya akan menyusahkan kita.
Watak Zainal pula seorang yang fikri secara rasional dan ingin sangat orang susah untuk mencari penyelesaian dengan cara sendiri sebelum memutus asa/meminta tolong orang lain. Begitu juga dengan Dr Harun yang suka menolong orang walaupun status sosialnya amat berbeza dengan keluarga Sulaiman.
Watak ibu Yati harus mampus.
Namun saya hairan. Kenapa Amin tidak dihantarkan ke sekolah semata-mata dia tidak ada hearing aid? Kenapa? Bapak dia nak Amin buta huruf jugak ke?
Lagu temanya juga memainkan peranan penting agar penonton dapat feels.
Selamat Hari Raya sekali lagi dan sambutlah, sambut hari kemenangan ni. Nantikan reviu saya lagi esok (insyaAllah). Drama cilik pula!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Kalau malam raya ada Sinar Lebaran, keesokan paginya pasti ada Raya Oh Yeah! Kalau malam raya ada Suara Takbir, keesokan harinya pasti ada telemovie untuk si cilik, Samsudin Tukang […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike