Apprentice 

Salam petang raya, wahai pembacaku yang tak pernah tinggal puasa! Syabas! Hari ini saya akan kupaskan filem tempatan, Apprentice!

donald-trump-apprentice-nbc

Eh bukan. Bukan yang tu. Yang tu bukan Apprentice, tu Apocalypse sak!

Apprentice merupakan filem tempatan yang diarah oleh Boo Junfeng dan dibintangi Daddy Fir Rahman, Mummy Mastura Ahmad dan pelakon veteran dari Malaysia, Wan Hanasifu. Jika anda belum tahu, filem ini berjaya menempah nama di Festival Filem di Cannes! Kau mampu? Tak kan. Dan sememangnya masyarakat Melayu tumpang gembira lah kan. Kudos to all who are involved! Kalau awak antara mereka yang like halaman We Are Agaisnt PinkDot dan perangai macam Bryan Lim nak open fire, saya syorkan awak jangan tonton filem ini sebab Boo Junfeng juga mengarah video-video PinkDot sebelum ini.

Apprentice1
photo from Apprentice fb

Kepada anda yang ingin baca entri ini sehingga habis, sedikit amaran ya.

*~SPOILERS ALERT DUH~*

Apprentice mengisahkan seorang lelaki bernama Aiman (Fir Rahman) yang bertukar kerjaya kepada pegawai di penjara Larangan daripada seorang Army Regular (macam watak dia dalam drama Lion Moms gitu). Dia tukar kerja kerana sudah bosan dengan orang atasan di army sebab mereka scholar (every Singaporean male can understand this cos NS hahaha). Namun, ia tidak begitu mudah. Sebenarnya, ada udang di sebalik batu. Dia membuat keputusan untuk bekerja di penjara kerana ingin tahu “Hangman”.

Siapakah “Hangman” ini? Hangman ini merupakan pegawai yang tanggungjawabnya adalah untuk melaksanakan hukuman gantung. Yes. Aiman ingin mengenal Rahim ataupun Chief (aka Hangman yang dimainkan oleh Wan Hanasifu) dengan lebih dekat. Ini kerana dahulunya, Rahim telah melakukan hukuman gantung kepada ayah Aiman. Dalam perjalanan Aiman untuk mengenali chiefnya dengan lebih dekat, dan mungkin membalas dendam dan ingin menukar perspektif chiefnya terhadap hukuman gantung, chiefnya telah memilihnya untuk menjadi penggantinya. Hence, apprentice. Aiman tidak mahu mengambil alih tempat chiefnya tetapi, chief ditimpa kemalangan jalan raya dan Aiman terpaksa mengganti tempat chiefnya. Malang sekali, hanya setelah satu kali melihat chiefnya melakukan hukuman gantung, Aiman terpaksa melakukan tanggungjawab yang amat berat itu kerana tiada orang lain yang lebih layak. Or did he pull the lever? Nobody knows cos the screen went BLANK and I immediately took out my middle finger walaupun saya puasa.

I HATE THIS KIND OF ENDING LA WTH. Nak suruh orang interpret konon. Kalau kau nak aku interpret the ending or what, might as well aku tak tengok kan. And interpret the whole plot sekali. Siak je.

apprentice3.png
photo from apprentice fb

Namun secara keseluruhan, saya suka dengan filem ini kerana ia membuat saya fikir. Apa yang saya fikirkan?

Apakah tujuan sebenar Aiman untuk mendekati chief? Adakah dia benar-benar fikir bahawa dia boleh menukar fikiran chief untuk tidak melakukan hukuman gantung? Adakah Aiman menyalahkan chief atas kematian bapanya sedangkan undang-undang yang menentukan ajal bapanya? Selain itu, adakah Aiman berfikir bahawa dia boleh merahsiakan identiti bapa kandungnya untuk selamanya? Singapore kalau part korek-korek ni best tau. Dia nak tipu siapa?

apprentice5.jpg
ss of video from Apprentice fb

Saya agak tidak faham apakah tujuan kehadiran watak Suhaila (Mastura Ahmad, ya dalam interns pun Suhaila) dalam filem ini. Saya faham bahawa Suhaila merupakan kakak Aiman dan cuba memberitahu Aiman bahawa Hangman tidak patut disalahkan atas kematian ayahnya kerana ayahnya telah melakukan jenayah membunuh dan hukuman yang dijatuhkan kepada ayah mereka setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Tetapi apakah signifikasi Suhaila yang pindah ke Australia dan kahwin dengan John? Ia hanya mengosongkan hati Aiman yang sememangnya sudah kosong. Mungkin Suhaila dengan rela hati ke Australia bersama boyfriendnya kerana hukuman gantung sudah tiada lagi di Australia? Dengan cara itu, dia boleh serba sedikit lupakan memori hitam ini? Saya agak kecewa kerana unsur agama tidak muncul. Saya fikirkan bahawa dua adik-beradik ini akan duduk bersama dan berbincang tentang tugas baru Aiman dan menimbulkan hal agama. Tetapi tidak.

apprentice4
ss of video from Apprentice fb

Melalui watak chief pula, kita boleh belajar bahawa pegawai yang ditanggungjawabkan untuk melaksanakan gantung ni sebenarnya berperikemanusaiaan dan hanya melakukan tugas yang telah diarah oleh undang-undang. Beliau tidak mempunyai kuasa untuk kata tidak. Mungkin beliau tidak ingin lakukan ini tetapi mempunyai harapan bahawa undang-undang dan hukuman akan tukar semoga dia tidak lagi buat kerja yang mengerikan ini. Dan disebabkan itu, chief tidak memilih penggantinya walaupun sudah 30 tahun melakukan kerja ini. Ini kerana dia berharap sangat bahawa Singapura akan menghapuskan hukuman gantung pada masa hadapan. Beliau tidak mahu pegawai lain merasakan keperitan melakukan tugas yang amat berat ini.

Semasa menonton filem ini, saya dapati beberapa adegan tak betul. Aiman dan Suhaila memang tak kunci pintu eh? Dah la si Aiman bogel dalam tandas, tengah berak si Suhaila masuk je nak amek spray lipas. Abeh si Suhaila tengah berzina dengan John tak kunci pintu sak!! Aiman ingatkan kakak dia tengah nangis so dia bukak pintu je HAHAHAHA. Trauma si Aiman dibuatnya. Juga, ada babak di mana chief dan Aiman makan Nasi Padang di sebuah kedai kopi. Si chief hulur 20 ketol. Siak ah makcik Nasi Padang tu cekik pe? Mentang-mentang artis yang beli. Dan semasa Aiman ingin kejutkan banduan yang bakal dia pancung, saya perhatikan bahawa banduan itu bangun dan tangannya digari. Adakah banduan tidur dengan tangan mereka digari? Pelik. And is Awad Salim everyone’s father in the past? Dia selalu main watak bapa bila watak utama flashback tau. Naik jelak saya tengok!! Kepada kakak-kakak, jangan khuatir ya. Anda boleh lihat Daddy Fir punya badan sasa. Merecik. Berpeluh-pelah lagi.

Lakonan Mastura Ahmad sememangnya mantap ah. Tak boleh dinafikan. Rindu lah tengok dia kat Suria!!! Fir Rahman pula kekok semasa adegan menghisap rokok. Kelakar. Ini menimbulkan soalan, para pegawai dibenarkan merokok semasa bertugas? Si Aiman ni aku tengok kerja syif sebelah pagi je.

Filem ini bertujuan untuk menukar persepsi warga Singapura terhadap hukum gantung di negara kita ini. Sebelum ini saya memang FOR hukuman gantung ah. Even during GP lesson I agree torture is like the best punishment. But, as I grow up, I become more humane ah. So setelah menonton filem ini, otak saya berkecamuk. Sebab, kalau kita meniadakan hukuman gantung, adakah kita akan penjarahkan si penjenayah seumur hidup? Bukankah itu hukuman yang seakan? Kerana undang-undang tidak menentukan ajalnya, undang-undang hanya menunggu ajalnya. You get me?

Maybe this film is a big pun ah sebab ending hanging lel. I told my mom about it abeh dia dengan konfiden “Agak ada nombor 2?!” Oh cmon, it’s your typical artsy local film. Kenek ada babak mandi dalam tandas punya. Kan? All artsy local films must have bathing scene sak.

Kepada anda yang ingin menonton, filem Apprentice ditayangkan di pawagam seluruh Singapura!

Pengkritik Sandiwara 

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s