Singapore Theatre Festival: Geylang, Hawa & Riders

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Sebagai mana anda semua (segelintir sahaja) tahu, Pesta Teater Singapura atau Singapore Theatre Festival sedang berlangsung bulan ini! Dan bagi anda yang mengikuti blog ini (dan juga Fesbuk serta Twitter saya), saya pasti anda tahu bahawa saya telah menonton dua (3 ah) daripada pementasan-pementasan yang ada pada 3 Julai. Antaranya adalah Geylang, Hawa dan Rider.

Pada mulanya, saya ingin sangat menonton Hotel kerana ia memenangi beberapa anugerah dan saya dengar-dengar ia betul-betul bagus dan menyentuh jiwa. Apakan daya, saya tidak mampu beli tiket mahal sebab saya tidak ada sugarmummy. Saya dan rakan saya pun memilih untuk menonton Geylang dan Hawa/Riders Know When It’s Gonna Rain (double bill ah so bayar 1 harga untuk 2 persembahan). Saya tonton Geylang pada jam 3 manakala yang lagi dua tu selepas buka, jam 8.

Oleh itu, saya akan tulis pasal Geylang dahulu, baru Riders diikuti dengan Hawa.


Geylang

stf-website-geylang-banner

(photo from Singapore Theatre Festival website)

Sebelum menonton pementasan ini, saya ada baca sedikit sinopsis lah. So, saya fikir ia sebuah cerita yang mengisahkan pelacur-pelacur yang mungkin ada perhubungan istimewa dengan para penghuni kedai-kedai (yang kat non red district area) dan mereka bersama-sama ingin melestarikan keunikan budaya Geylang or what.

Tapi alangkah terkejutnya saya apabila permulaan cerita ini adalah adaptasi dari Romeo dan Juliet ala Singapura. Saya amat keliru sebab ia macam 15th century SG ke apa tapi ada iPhone. Saya amat keliru. Fast forward ke tahun 80/90an di mana semua pekerja di pejabat bertutur Bahasa Inggeris dengan sempurna kerana kempen “Speak Good English” begitu berjaya. Saya amat tidak selesa mendengar kesempurnaan tuturan Bahasa Inggeris, saya ingin menangis.

Dalam pejabat itu, saya dapati bahawa mereka bekerja untuk pemerintah. Mereka ingin semua penghuni Geylang beralih ke kawasan lain agar kerja naik taraf boleh dilakukan di kawasan Geylang. Dalam proses itu, mereka ke sketsa-sketsa kecil untuk mengenalkan kepelbagaian Geylang kepada para penonton. Salah satu cara ini dilakukan adalah menerusi seorang watak yang saya tak suka sebab lakonan dia kaku. I’m talking about you, Faith Sim. WHAT IS HER CHARACTER(S) EVEN???? Seorang yang ditugaskan untuk membukukan warisan Geylang tetapi idea-ideanya tidak disukai lol. Fav part was bila dia nak interviu ni makcik yang kehilangan anak dia (Julia or Juli apa la), abeh makcik tu nangis sebab anak dia diculik abeh si Faith ni takde reaksi!!!! Like flat sak muka dia. Selain itu, si Faith pun jadi narrator di mana dia duduk di tepi dan berkata “LIGHTS OUT”,”REWIND”,”SPOTLIGHT”. Erm… Hello? Kau rasa kau relevan ke???? Kau tau tak sebenarnya dalam sketsa ni, kau tak wujud pun best. Kalau kau duduk lagi korner sikit belakang langsir hitam tu lagi dahsyat. I bagi 5 bintang sak. idky but whenever she narrated I wanted to shoot an arrow into her head.

IMG_5712
Kenapa kau spesial ah, ada gambar berwarna lagi?
Substory Geylang ni pun macam merata. Pasal bomoh Cina yang gila seks abeh terus ke Thailand bersama budak yang diculik tu. And… That’s it??? Abeh pasal gangster/pelacur yang keterlaluan ah. Like entah apa motif aku tak tau ah. I’m sorry Rooney Oliverio, aku tak faham apa kau nak buat.The only story that I can fathom is the makcik Mi Rebus. Mereka terpaksa jual kedai mereka kerana pemerintah ingin naik taraf kawasan itu.

Cerita ini tamat dengan cara paling klisye dan ia mengingatkan saya tentang sketsa Racial Harmony Day yang saya tulis semasa saya sekolah menengah. Di mana semua kaum boleh hidup bersama. Tetapi, dalam sketsa Geylang, yang lama dan yang baru boleh co-exist. LAME SAK. I didn’t pay $34.50 to watch something students watch during assembly period.

Bukan itu sahaja, unsur/adegan seks yang wujud dalam sketsa ini keterlaluan dan seolah-olah 5 jantan berumur 18 tahun berbincang untuk menulis aksi seks ah. Macam semalam diorang discover porno so macam excited. Sebagai contoh “big dicks” abeh semua orang got so excited.

So berapa bintang I bagi?

 

Kepala bingung/5.

Mungkin ia kelakar kot. Like a bit only. Walauapapun, tahniah kepada seluruh barisan pelakon, Jane Chia, Matthew Fam (cutie), Farez Najid, Gabriele Goh, Lim Jun Jie Jey, Loh Ah Lin, Elizabeth Loh, Nur Hamidah, Perry (say it like how you would hear it in Phineas and Ferb) Felix Shen, Faith Sim, Siti Zuraida, Leonard Tan dan Yazid Jalil. Ramai pelakon kan? That’s why saya bingung. Mungkin next time saya tidak akan tonton sketsa Rodney Oliveiro. Zzzzzzzzz.


Riders Know When It’s Gonna Rain

stf-website-riders-banner

(photo from Singapore Theatre Festival website)

Tajuk dia takde panjang lagi ke?

(I’ve edited this cos I just realised I got the characters mixed up l, sorry ily)

Yang ni saya tak baca sinopsis ah saya cuma teka apa plotnya. So tekaan saya adalah empat sekawan yang suka naik motor abeh kongsi masalah peribadi, dan isu-isu masyarakat Melayu akan timbul dan salah satu mereka bakal mampui sebab motor. Duh.

Tekaan saya ok kot. Hampir. Ia mengisahkan empat sekawan yang baru sahaja dapat lesen motor. Setiap seorang mempunyai motif sendiri mengapa mereka memerlukan sebuah motosikal (eg motosikal sebagai sumber rezeki). As they grow up, diorang ada masalah sendiri ah yadayada you know like how we all grow up. I’m not gonna go in depth the plot.

Saya amat suka watak Risha yang dimainkan Anak Met kita aka Nessa sebab wow dia scholar la sak. Dia merupakan pelajar NUS yang rugged ah konon so I macam wow. (Tapi saya kecewa part monolog dia sebab as a scholar, her arguments should be mendalam dan lebih substantial or what ah tapi macam minah je… Unless dia major in design or engin/science then ok)

At the end of the day, Nizam (Riduan Zalani) mati ah sebab dia watak yang baik dan insignificant. So diorang like kata “tuhan selalu amek diorang yang baik” something along that line. Saya agak suka “plot twist” eventho saya dah agak ah cos now kan the “in thing” di mana watak insignificant yang menjadi plot utama pada akhir cerita so para penonton actually macam fikir balik what happened and kenapa kita left out that watak.

Saya juga agak suka dengan deskripsi kecedaraan fizikal yang diberi menerusi monolog Risha dan Alep (Norisham Osman) sebab I’ve seen enough accidents (kepada anda yang mengenali saya secara peribadi you know what I’m talking about) that I can actually picture it in my head ah.

Sketsa ini juga go against stereotypes ah. Seperti watak Risha, seorang minah motor yang belajar di NUS. Remy, seorang anak kaya yang tidak terlalu bergantung kepada harta bapanya. Apa yang boleh diperbaiki adalah kerelevanan kerja mat motor zaman sekarang Ah. Kerana wujudnya Deliveroo dan Food Panda, lebih ramai mat motor kerja tempat lain dan bukan McDonald’s sahaja.

Persembahan ini membawa mesej yang agak penting sekali, iaitu kepada riders untuk menunggang dengan selamat kerana kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Untuk penonton secara amnya, ia mengajak kita untuk sama-sama fikir dan tukar persepsi kita terhadap bikers Melayu yang sering lepak di kolong blok untuk cuci motor mereka. Ia juga serba sedikit menyentuh isu pergaulan antara dua “darjat” (NUS Scholar/ITE dropout), kepayahan seseorang rider dispatch/mcdelivery guy yang terpaksa bekerja beberapa kerja untuk menampung kos hidup keluarga, dan isu anak orang kaya (watak Remy yang dimainkan oleh abang Kopi Bujang aka Raimi Safari) yang tiada/sedang mencari identiti sendiri. Kan saya dah bilang isu masyarakat Melayu mesti muncul lel. And yes, penonton tidak diberitahu backstory Nizam! Yang saya tahu dia suka ramalkan kehidupan mereka-mereka yang dia ternampak di jalan raya.

Berapa bintang? Hmm… 3.25/5 kot. Sebab saya tak boleh relate sangat. Ia juga seperti drama Melayu di Suria so… Macam takde the theatre feels. Sorry Aidli Mosbit.

IMG_5692

I kinda liked the set ah tapi ada ni pekerja yang menegur saya apabila saya mengambil gambar ini. Rude. Dia rude. Chey no I am rude.


Hawa

banner-hawa

(photo from Singapore Theatre Festival website)

Akhirnya, a play that is worth the money!!!!

Saya amat suka sangat Hawa (tajuk je dah deep ah) kerana ia mengemukakan isu-isu kontroversi lagi sensitif. Sebenarnya, masyarakat Melayu “konservatif” je la yang akan fikir bahawa isu ini kontroversial.

Ia mengisahkan seorang mualaf lesbianita (watak Siti oleh Koh Wan Ching) yang ingin menguruskan jenazah pasangannya. Dalam proses itu, beliau terperangkap dalam beberapa masalah. Ini kerana keluarga si arwah telang buang si arwah tu. So, Siti nak rahsiakan kematiannya. Namun apakan daya, pengurus jenazah (Saiful Amri) yang diupah tidak boleh mandikan mayat arwahnya kerana tiada wanita yang ingin mandikan mayat tersebut. Tiba-tiba ada mamat (Zaki HBK oleh Al-Matin Yatim) datang dari mana entah kononnya nak tunaikan fardhu. I AM SO CONFUSED. Ada ke mamat sesat yang datang ke kematian untuk cari pahala? Entah la eh. Tapi mamat tu sebenarnya ada fetish tudung and bila dia berbual dan jelaskan motif dia kepada Siti, I got so worked up ah cos I’m a feminist lol. Kononnya dia nak stregthen hijabis despite being discriminated by general public. HAHAHA GET OUT SAK. Anyway HBK = Heart Break Kid.

Mereka berdua berbual lagi abeh all secrets out ah. Isu-isu seperti “Allah memberi seksaan kepada mereka di bumi atas dosa yang telah mereka buat” amat membuka mata. Ini kerana orang Melayu/Islam sering berkata seksaan yang ditimpa seseorang adalah akibat dosa yang dia lakukan. Tapi betul ke dosa tersebut? Mana tau dosa lain? Atau memang tuhan nak bagi dia dugaan dan bukan seksaan? Lagu satu is ketidakikhlasan pengurus jenazah tersebut. Kenapa dia terkejar-kejarkan wang, klien dan masa? Seolah-olah tiada rasa simpati dan hormat terhadap si mati. Sesungguhnya inilah lumrahnya orang kita apabila menceburi bisnes berunsurkan agama.

Saya amat suka dengan set di mana belakang langsir pun boleh nampak pelakonnya ah bila ada lampu like wow, very banyak dimensi.

Akhirnya, Siti bersetuju untuk madikan mayat. Tu je. Actually aku tak tau kenapa at first dia gila-gila taknak. Like pengurus jenazah tu kata “if you love her then the more you should do it” something like that. Kenapa dia taknak mandikan sak. Like I kept thinking… Takkan dia rasa ghairah bila pegang pasangan dia yang dah tak bernyawa???? GROSS ah kalau gitu.

Adegan kegemaran saya apabila pengurus jenazah buat demo. Dia pergi ikat mayat kat mamat gila tu betul-betul, like wth. It was 1045pm at night w such scary music background. Seram sejuk dibuatnya! Watak pengurus jenazah buat macam dia dah banyak kali buat. It felt so real. Agak dia part time kerja mandikan mayat kot?

Ada beberapa moments yang buat saya konpius. Macam mana Zaki HBK dapat tahu ada kematian? Padahal Siti rahsiakan tau. Kenapa pengurus jenazah assume si mati lelaki? Kenapa dia tak tanya dengan teliti sebelum ke rumah Siti? Cerita ini dalam tahun apa? Ini kerana isteri pengurus jenazah seorang bidan. Hmm… Ada bidan lagi ke pada zaman HDB ni? Selain itu, kalau boleh saya ingin tahu dengan lebih terperinci mengapa Siti boleh tergerak hati untuk memeluk Islam.

4/5 bintang sebab lain daripada yang lain ah. Syabas kepada Johnny Jon Jon dan Faizal Abdullah!!


Secara keseluruhan, saya enjoice ah. Cuma haritu saya makan popiah basah $4 tak sedap untuk buka. YUCK.

Itu sahaja, oh wait.

IMG_5707

“which he conceived together with Artistic Director Ivan Heng”

I see what you did there.

Kepada anda yang ingin menyaksikan teater-teater lain aka Geng Rebut Cabinet  (GRC), go buy the tickets now! Selling fast. Go google it. Not gonna link it lol. Malas.

I know some of you might be reading this and think that my writing also merata kan. Cos I’m just writing whatever that is in my head lel.

Pengkritik Sandiwara

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s