Selamat Hari Lahir!

Salam sejahtera, pembaca setiaku yang telah membaca blogku ini semenjak setahun yang lalu. Tak sangka, pada tarikh ini pada tahun 2015, tercetus sebuah idea untuk memulakan idea yang gila ini.

Tapi secara jujurnya, saya rasa takde orang yang taat kepada blog saya ni kot. Kecuali rakan-rakan saya yang tak betul dan sanggup melayan karenah saya. Sungguh cepat ya masa berlalu. Sudah setahun saya mulakan blog merepek ini (yang ada sesetengah orang take this seriously HAHAHHA) dan saya telah tulis sebanyak 128 buah reviu sepanjang setahun ini! (Penjodoh bilangan for reviu adalah????)

Sempena ulang tahun blog ini yang pertama, saya harap saya dapat mengekalkan kerelevanan saya. Semoga blog ini kekal menjadi wadah alternatif untuk anda-anda meluahkan ketidakpuashatian anda apabila menonton drama tempatan di Suria. Ataupun sahaja nak kritik sebab free sangat la kan? Saya juga ingin ramai penonton lebih vokal mengenai isu-isu yang dibentangkan dalam drama tempatan kita. Ini kerana saya berpendapat bahawa drama tempatan Mediacorp Suria bukan hanya untuk hiburan. Ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu setempat. Kalau boleh, saya ingin melihat penonton berbincang dan berdebat tentang isu-isu semasa yang dikemukakan dalam drama tempatan.

Selain isu-isu besar, isu-isu kecil juga tidak harus dipinggirkan. Kadang kala, pakaian, pemikiran watak, lokasi dll aspek dalam drama membuat babak tersebut janggal atau kurang realistik. Saya harap para penonton dapat menimbulkan perkara seperti ini supaya drama kita tak jadi sitkom. Dan mungkin akan bertaraf antarabangsa. (Chey)

Dalam perjalanan saya menjadi blogger terkenal (lol merepz), saya menerima beberapa mesej (email, fb, twitter) daripada pembaca. Ia sungguh membakar semangat saya apabila mendapat tahu bahawa ada orang awam (selain rakan-rakan saya) yang menghargai karya (LOL) saya. Saya sungguh terharu tak terkata, awak. Tapi maaf, saya tidak akan mendedahkan identiti saya kerana saya tidak berasal dari bumi.

klavvnxnnk0nhuwrxwtd

Kalau saya ada pembaca setia, saya juga ada orang yang gila dan kutuk blog saya. Ada yang kata blog saya lucah. Memang lucah la, bodoh. Aku dah bilang kan?

Screenshot (34)

Saya telah memberi amaran pada entri pertama saya, halaman pengenalan saya dan juga di sidebar tu. NAMPAK TAK, WAHAI ORANG YANG CELIK TAPI BUTA. Atau kau buta huruf? Tapi boleh kenal bahasa kesat? Allah Knows Best la eh.

Ada pulak yang kata saya HARUS buat kajian (research) mengenai sesebuah drama sebelum menulis reviu. HEY. Kau fikir ni http://www.pengkritiksandiwara.edu.gov.sg ke???? Nak research segala. Bangun dari tidurmu, wahai kafir lakhnat hamba Allah. Rilek sua. Suka hati sayalah saya nak tulis apa. Ini blog saya. Tak suka jangan baca. Tapi kalau awak masih lungsuri blog saya, saya ucapkan terima kasih. Ramai yang lupa bahawa blog saya juga blog peribadi di mana saya menulis pendapat saya mengenai sebuah drama. Adakah salah jika saya mencurahkan perasaan saya? Adakah saya melanggar undang-undang? Oh tidak. Kau je yang merepek. Blog setakat tulis reviu pun kau nak singgung hati. Gila punya olang.

Tapi tak apa. Saya tidak akan biarkan aura negatif ini menjejas diri saya sebab saya individu yang positif. Lagipun puasa. Kita beristighfar.

Tapi jangan salah faham ya. Anda bebas untuk mengutuk blog saya. Mungkin dengan komen negatif (or constructive), saya mampu meningkatkan mutu isi blog saya. Saya taknak sekat kebebasan bersuara ya. Cuma harus sabar je bila nampak komen yang sakit hati.

Cakap pasal kesabaran. Saya agak kurang senang dan annoyed apabila mendapat tahu bahawa gambar-gambar di blog saya (from 1st post to Tok Kadi/Bunga Tanjong) telah dipadam buat SELAMA-LAMANYA. Ini kerana Media Library saya waktu tu dah hampir 100%, jadi saya terpaksalah padamkan beberapa gambar. Saya test dulu dengan beberapa gambar. Saya lihat, ia tidak menjejas entri saya yang sebelumnya. Saya pun apa lagi, padamkan hampir semua untuk cipta ruang bagi gambar baharu. Alangkah terperanjatnya, gambar-gambar yang saya padam di Media Library juga dipadamkan daripada entri saya??? WHOT. Saya ni dah la bodoh IT HHAHAHAHA.

Screenshot (35).png

Sekarang, saya dah gunakan 19.8% ruang. So kirakan ada kurang-kurang setahun sebelum saya padamkan gambar-gambar yang baharu ini sebelum memberi ruang kepada gambar-gambar akan datang LOL. Ataupun, sugardaddy/mummy di luar sana nak bayarkan langganan bulanan bagi WordPress? Hmm… Sila emel saya.

Sebenarnya, saya menulis entri ini dengan hasrat yang agak berat sekali. Saya ada pengumuman yang harus saya beritahu. Mungkin saya akan berhenti menulis blog ini buat seketika. Ini kerana saya bakal memulakan pengajian saya di salah sebuah universiti (cos I’m educatedz Malay unlike u/ CHEY TAK LA KIDZ ILY) tempatan. Doakan terbaik ya.

Saya tak tahu jika saya ada masa ah sebab saya tengah aim double major + first class honours (dream big yaaas). Mungkin saya akan tetap tulis di sini tetapi tidak begitu kerap. Atau mungkin saya akan tukar cara saya mengupas drama. Entah ada masa nak tengok drama ke tak eh? LOL.

Walauapapun, jangan risau. Jangan rindu. Saya akan cuba aktif di Fesbuk dan Twitter. InsyaAllah saya akan mengadakan sesi tweet secara langsung atau menulis reviu mini di FB.

Semoga saya akan tetap menjadi pilihan nombor satu anda bagi blog hiburan Melayu agar dapat mendedahkan Realiti Drama Melayu Singapura.

MEREPZ

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca blog saya yang tak seberapa ini. Really appreciate it!! 

Soalan Bonus: Saya ingin tahu bagaimana blog ini telah memberi kesan kepada diri anda? (mungkin dari segi kosa kata hahaha)

Pengkritik Sandiwara

(A year older, a year wiser)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s