Tiger Hassan

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di luar sana dan juga father figures di merata dunia. Maklumlah, pembaca saya dari seluruh pelusuk dunia!

Seperti biasa, setiap Hari Bapa atau hari-hari yang lain, pasti Mediacorp Suria akan menerbitkan telemovie khas! Jika tahun lepas mereka mejemput Nasir Bilal Khan dari seberang tambak untuk menjayakan telemovie Bak, tahun ini, seratus peratus pelakon Singapura ya. Dibintangi  A. Mahady, Sufian Ahmad, Fizah Nizam serta Izyan Mellyna, para penonton dihiburkan dengan drama bertajuk Tiger Hassan pada Jumaat lalu. Seperti telemovie hari bapa sebelumnya, ia juga diarah oleh Seri Jaes! Baik Seri. Semakin serilah rezekinya ya.

Apa yang lain tentang telemovie ini adalah ia juga menjemput pelakon-pelakon bukan Melayu dari Saluran 8 dan Vasantham untuk sama-sama menjayakan telemovie ini. Saya rasa ia satu inisiatif yang mulia dari pihak Suria untuk mengeratkan lagi perhubungan antara kaum lain dan juga menyemarakkan lagi industri TV kita, tak kira bangsa.

Telemovie ini mengisahkan seorang bapa (Sufian Ahmad sebagai Izzat) yang amat menyayangi anaknya (Danial) tetapi dia sendiri lupakan bapanya (A. Mahady sebagai Hassan). Jalan cerita agak klisye la kan, akhirnya minta maaf yada yada.


IMG_5306

All the time Suria. ALL THE TIME. Baru start je ada orang mampui. Saya tahulah kematian merupakan permulaan kehidupan seseorang but still.

IMG_5307

Izzat meninggalkan bapanya bulat-bulat. Kenapa? Akan kita ketahui nanti sebab konsperm ada imbas kembali.

~15 tahun kemudian~

IMG_5309

Ok so si dektu (yang tengah on the phone) seorang bapa yang sedang menyanyikan Jannam Jannam kepada isterinya yang hamil.

IMG_5310

Tinggal sorang dalam rumah dua tingkat buang duit sak orang tua ni.

IMG_5312

Rumah cantik sak ada tingkap yang memisahkan ruang tamu dan dapur!!! Danial melukis family tree la nanti dia tanya bapak dia pasal bapak dia punya bapak ini semua standard.

Fizah Nizam ni semenjak dah keluar TV asyik keluar TV je. Kalau tak, senyap terus. Rezeki anak kot?

IMG_5314

Sigh, saya sudah ke foreign workers dorm banyak kali tapi tak pernah nampak dormitory manager ke apa yang buat macam gini? Betul-betul menjaga dorm. Hahaha. Semua orang panggil dia “Tiger Sir” sebab dulu ni dia pegawai polis yang berani dan fierce ah konon.

IMG_5316

Izzat bekerja sebagai pegawai keselamatan di tapak pembinaan or what la. Abeh anak dia tanya pasal atok.

IMG_5317

Pada hari lahir Izzat, Hassan selalu menulis ucapannya di buku kecil tersebut.

IMG_5318IMG_5320

Pekerja asing ini menolong Tuty untuk menghantar wang kepada ibunya. Kalau kenek tipu baru tau.

Setelah ditipu, Tuty melalui pembedahan plastik untuk menjadi Top Model.

IMG_5321

Lakonan budak ni comel ah. Tapi tak natural sebab macam mak dia paksa dia latih 50 kali sebelum dia ke set penggambaran. Saya nak lihat pelakon cilik yang bagus ah cos negara lain punya pelakon cilik 100.

IMG_5322

Asal tak ajak makan sekali??

IMG_5323

Si Danial tadi takna makan mestilah dah hypogly or what.

IMG_5324

Mana dia kutip pelakon jadi perempuan Bangladesh?

IMG_5326

Imbuhan awalan “mer” tidak wujud. Harap maklum. Hassan kerja sampai pukul berapa? Nampak macam dah malam. Abeh marah pekerja sebab bola mungkin terkena orang awam. HUH. Bukan ke dorm selalu jauh dari estet perumahan? Dan kalau nak masuk kenek ada pas. Apa Hassan merepek!! Abeh marah lagi sebab tak pakai kasut. Sejak bila pemerintah bayar orang untuk jenguk-jenguk pekerja asing sewaktu hari off mereka?

IMG_5327

Tuty rasa kurang selesa kerana ada kamera litar tertutup yang memerhatikan gerak gerinya. Tetapi majikannya, Aishah, telah berbual dengan dia. Ini semua pencegahan je. Lek.

IMG_5329IMG_5328

Pekerja asing ni baru kat sini. Handphone dia hilang abeh dia salahkan orang lain. Entah macam mana phone dia boleh jatuh abeh stuck kat pipe????? Ini sudah melanggar undang-undang fizik.

IMG_5330

Secara kebetulan, Izzat mengambil alih sebagai pegawai keselamatan untuk pekerja di dorm yang bapak dia kerja tu.

IMG_5331

Ye lah tu.

IMG_5332

Setelah ceramah keselamatan, si mamat rindu bini jatuh pulak.

IMG_5333

Mereka berdua bertembung. Setahu saya, cuma majikan sahaja yang akan risau tentang pekerja. Ni dorm manager pun? What is dorm manager even???

IMG_5334

Rude!!!!

IMG_5335

Gila sak. Dia tak rasa dosa? Tapi kenapa dia tak berbual dengan bapak dia? Jom kita imbas kembali.

IMG_5336IMG_5337

Oh, bapak dia suruh sign on polis tapi dia taknak. Eh eh bapak dia? Memaksa pulak. Oh ya, saya tak perasan yang Hassan ada parut. Tak obvious sak. Exaggerate la sikit. Dia dapat parut tu semasa satu misi la ke apa. Konon dia berani. Sampai dapat pingat. Tu pasal dipanggil Tiger. Setakat.

IMG_5339

Flashback diganggu sebab Danial pengsan.

IMG_5340

Izzat ni gila ke? Salahkan bibik dia. Apa sak!!!

IMG_5341

Hassan memberitahu Lim bahawa dia terjumpa anaknya. Tetapi mereka tidak saling menegur. Masa untuk imbas kembali.

IMG_5342

Pada ulang tahun Izzat ke 21, mereka laki bini menunggu Izzat di rumah.

IMG_5343

Izzat terpaksa balik awal sebab bapanya strict ah. Kesian dia kene ejek.

IMG_5344

Aishah sempat nak hantar Izzat pulang.

IMG_5345

Mereka menunggu Izzat hingga ke larut malam. Tu la, asal tak sambut sebelum dia keluar?? Bodoh sendiri. Dia keluar petang kan? Bukannya satu hari suntuk dia keluar!

IMG_5350

Pulang saja dari makan, Izzat dimarahi oleh bapanya. Izzat, feeling 21 tahun, menjawab balik. Tapi jawapan yang benar ah.

IMG_5351

Mak dia terdengar kekecohan yang berlaku.

IMG_5352

Bapak dia tak betul ke? Nak rotan anak. Hahaha 21 tahun sak. Nama je polis tapi suka dera orang.

IMG_5353

Jengjengjeng. Mampui.

IMG_5354

Oleh kerana terlalu marah, Izzat meninggalkan bapaknya dan lari rumah.

IMG_5355

Danial menghidap barah.

IMG_5358

Apabila di balai polis untuk membuat laporan polis mengenai handphone yang “hilang”, Hassan berjumpa dengan mamat cute ni. Dulu dia sama batch dengan Izzat. Dia pun tanya pasal Izzat.

IMG_5359

Danial memerlukan sumsum. Tapi siapa yang akan mendermanya? YOU KNOWS IT.

IMG_5360

Babak ni perlu ke????

IMG_5363

Tuty kasi balik duit yang dipinjam. Pada waktu yang sama, dia menyuruh sebarkan gambar Danial untuk meminta bantuan derma sumsum tu.

IMG_5365

Handphone sudah ditemui. Hairan,pekerja lain handphone murah. Si mamat rindu bini ada iPhone sak. Dah berapa lama dia kerja? Obvsly <9 bulan kan?

IMG_5374IMG_5375

Hassan mendapat tahu tentang Danial dan cuba menderma mainan. LOL.

IMG_5376

Izzat pun marah la sebab ingatkan Tuty ni menggatal dengan mamat bangla. Dan dia fikir Tuty sesuka hati bilang orang pasal masalah rumahtangganya.

IMG_5377IMG_5378

Eh, dia tanak masuk? Tengok dari jauh je. Green scrub doktor ke nurse?

IMG_5380

Mereka berjaya jumpa penderma. Iaitu HASSAN duh. Tapi si Izzat ni merepek sak! Pentingkan ego.

IMG_5381

Boleh la.

IMG_5382

Tuty pun memberitahu majikannya bahawa dia tolong sebarkan gambar whatsapp tu.

IMG_5384

Mamat rindu bini sekali lagi nyanyikan Jannam Jannam sebab bininya merajuk. Walaupun dah beranak, dia tak dapat tengok baby.

IMG_5385

Doktor menggesa mereka supaya bersetuju untuk menerima Hassan sebagai penderma.

IMG_5386

Aishah cuba menginsafkan suaminya.

IMG_5387

GEDABAK PE ANAK DIA HAHAHA WTH.

IMG_5388

Aishah dan Izzat ke rumah Hassan. Entah kenapa ada kasut perempuan di rumah Hassan. Dia ada scandal???? Or dia ada…SANDAL HAHAHAHAHAH.

IMG_5389

Kenapa selalu Awad Salim yang memainkan watak bapak flashback?

IMG_5392

Hassan tidak pindah kerana amat menyayangi rumah ini.

IMG_5393

Hahaha padan muka.

IMG_5394

Hassam memberi pingatnya kepada Danial kerana Danial berani. Sweet.

IMG_5395

Setelah 15 tahun, baru Hassan bagi hadiah hari jadi ke 21 kepada Izzat. Lama sak.

IMG_5396

Mereka baru sedar bahawa Izzat anak Hassan.

IMG_5398

Izzat meminta maaf kepada Tuty kerana sangka yang buruk.

IMG_5399

Malangnya, pembedahan itu tidak berjaya. Dua-dua Hassan dan Danial maut semasa pembedahan sebab doktor itu sebenarnya lanun.

IMG_5401

Chey tak la diorang ziarah kubur mak Izzat.


Secara jujur saya tak suka sangat dengan telemovie ini sebab macam dah pernah tengok ah. Jalan cerita macam dah pernah dengar gitu. Tiada yang baru. Mungkin dari perspektif mamat rindu bini tu sesuatu yang fresh ah. Seorang pekerja asing yang baru sahaja menjadi seorang ayah tetapi tidak boleh menjenguk anaknya sendiri.

Tetapi saya agak musykil. Kenapa telemovie ini bertajuk Tiger Hassan? Macam tak kena ah. Saya tahulah Hassan polis yada yada. Apabila terbaca tajuk ini, saya fikir ia bakal mengisahkan seorang bapa yang tegas di kerja dan juga di rumah. Entah apa yang tiger sangat.

Saya juga suka isu maid yang ditimbulkan ye. Kadang kala orang layan orang gaji seperti subhuman ah which is rude af.

Kalau boleh saya ingin tahu bagaimana Izzat mampu hidup sendirian setelah lari dari rumah.

Aiya it’s a very typical father’s day drama la.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s