Kupasan: Kecoh-Kecoh Ramadan

Salam Ramadan, wahai semua pemabacaku yang warak. Kepada yang kurang warak, ambil kesempatan bulan mulia lagi suci ini untuk mewarakkan lagi diri anda. Maklumlah, kita semua ni banyak dosa. Lagi-lagi kalau awak baca blog saya secara kerap. Memang neraqa jaha6 lah tempat kita berteduh bila dah mampui nanti!

Seperti biasa, setiap kali bulan puasa, pasti Suria akan menerbit drama khas untuk bulan penuh baraqah ini. Tahun ini bukan Bubur Masjid Air Kathira. Saya rasa benda tu dah expired kot, tu pasal takde musim baru.

IMG_5018

Kali ni, drama Kecoh-Kecoh Ramadan. Hmm… Macam pernah dengar eh tajuk tu… OH!

Sheila Rusly dah tak ketuk dah, dia terus jotos kepala dia kat kastam Singapore kau. Terus tembus kat Mediacorp.

Dibintangi Sufian Ahmad, Junaidi Sali, Endang Rahayu, Fizah Nizam, Shahril Wahid, Gloria Tan dan Husin Saaban, drama ini mengisahkan 4 serakan yang mempunyai personaliti unik mengharungi cabaran Ramadan 1437 hijriah. Apa yang berbeza tahun ini berbanding Ramadan lepas? Mereka seolah-olah ingin menjadi muslim yang lebih muslim ah. So macam lain sikit.

IMG_5020

Ini Muiz (lol), setiap kali Ramadan tiba, dia pasti akan buka perniagaannya sendiri. Jual Jubah Sado lah, inilah dan itulah. Macam abang-abang kat bazaar. Cuma dia takde gerai bazaar je haha.

IMG_5025

Bersama Lily Lee (I’ve heard that Chinese name in comedy shows so many times), mereka bergabung tenaga untuk menjual produk-produk mereka.

Bila masa Gloria Tan nak main watak utama dalam drama Melayu eh? Asyik jadi bahan sidekick je.

IMG_5022

Ini pula Shah. Dia merupakan seorang kasanova. Namun, setelah menunaikan umrah, dia telah berubah 180 darjah. Dia asyik memakai baju tradisional arab dan menggunakan istilah-istilah arab seolah-olah dia ni bukan orang Melayu.

IMG_5023

Adlina girlfriend Shah. Tetapi, semenjak Shah pulang dari Mecca, dia sedar bahawa Shah menjauhkan diri daripadanya. Dia juga suka memakai baju-baju seksi untuk meningkat nafsu Shah.

IMG_5026

Dan akhir sekali, Shida. Dia ni suka sangat berselfie dan mengikut trend semasa. Apabila ditanya tentang hijab, dia kata biarlah ia datang daripada hati. Tapi bila Marina K mula pakai tudung… Dia pun nak? So ikhlas ke tak ni?

Kepada anda yang tanya siapa Marina K…

marinak

Nurul Aini memainkan “watak” Marina K. Kononnya pelakon Mesyo meletop ah. Semua orang ikut dia. Tapi saya tak boleh deal sebab baju sama, pose sama abeh diphotoshopkan kepada dua gambar berlainan. Hahahaha. Dahulunya, Marina K tak bertudung. Setelah bertudung je, Shida nak ikut sama.


Secara keseluruhan, saya amat suka dengan watak dan perwatakan dalam drama ini. Setiap individu ada keperibadian masing-masing. Saya rasa saya boleh ramal apa yang bakal berlaku.

Shah akan sedar bahawa dia ni Melayu dan akan berhenti menggunakan istilah “ana”, “ente” dan “iftar”. Dia juga akan sedar bahawa dia tidak boleh menjadi ustaz hanya kerana dia telah menunaikan umrah.

Adlina akan cuba menjadi wanita solehah untuk memikat hati Shah tetapi akan rasa tidak selesa kerana dia minah havoc ah. Dia mungkin akan minta putus tetapi Shah tidak setuju dan akan membimbingnya ke jalan yang benar secara perlahan.

Shida pula akan mula bertudung tetapi ada konflik dalaman sebab dia ikut trend dan bukan naluri hati. Rakan-rakannya akan rasa curiga kerana dia tiba-tiba bertudung. Crushnya (Shahril Wahid) akan mula menjauhi dirinya (atau mendekati, it goes both ways).

Muiz dan Lily bakal berdepan dengan masalah bisnes tetapi setelah mengharungi masalah tersebut, bisnes mereka akan meletup macam pisang goreng panas.

Marina K akan membuat kemunculan khas pada akhir episod, beliau beli produk Muiz dan Lily. Ramadan Galeria eh nama dia?


Saya cuma agak hairan. Kenapa setiap Ramadan, drama Ramadan pasti drama kelakar. Ok, tidak boleh dinafikan bahawa drama sitkom ini banyak pengajaran. Mungkin, lebih berbanding drama Ramadan yang serius. Tetapi, saya pun nak tengok drama Ramadan yang tidak kelakar. Saya masih ingat beberapa tahun lepas, ada drama tentang ayah tunggal yang terpaksa menjalani bulan puasa bersama anak-anaknya kerana ibu mereka telah kembali ke jannah or what ah. Tu best.

But whatever it is, jangan lupa tonton drama ini di Toggle sebab ia disiarkan waktu terawih. Kerana kita negara sekular.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s