Salam Rejab, semua! Sudahkah anda menonton Interns episod 2? Jika belum, sila ke Toggle untuk menonton sebelum anda membaca reviu saya di bawah ini! Pendek kata, episod 2 takde feel ah.
Ayuh kita kenali interns baru RCV dan apakah kerja-kerja yang diberikan oleh pekerja tetap RCV kepada interns baru tu. Kepada anda yang belum membaca episod 1, sila klik di sini.
Agak-agak, apa yang akan berlaku pada episod ini ya? Adakah interns baharu akan menimbulkan masalah dan merumitkan keadaan seperti mana Nadya lakukan tahun lalu sehinggakan RCV tidak dapat ke Fashion Week? Mungkinkah Eddy akan drop more hints kepada Coco? Atau Hilmi akan pulang?
Episod 2
Nadya dan Azree amat tidak puas hati kerana Coco mengambil dua orang interns tanpa pemberitahuan mereka. Mereka terkejut dengan kehadiran interns baharu dan seolah-olah rasa tergugat dengan kehadiran mereka di tempat kerja.
Pada masa itu, Sarah menerima request Sani di Fesbuk. Intern baharu tu… Sempat.
Tak kenal maka tak benci. Saya amat setuju.
Azree dan Nadya mahu interns baharu melakukan kerja remeh-temeh dan kerja bodoh yang telah mereka lakukan sewaktu mereka menjalankan internship mereka. Nadya ingin mereka membeli kopi setiap jam. Setahu saya, cuma Sarah je beli kopi dulu…Kan? Diorang ni memang suka buli eh?
Hahahahahahahaha. (Yes, I tengah belajar buat GIF)
Kenapa Sarah masih keliru lihat kebodohan Nadya?
Mereka berdua berkomplot untuk menjatuhkan interns baharu (tanpa sebab-sebab kukuh) namun Sarah nampaknya macam dipaksa!
Wow. Mereka sampai di kerja sebelum full-timers.
Kesian. Mereka nak mengampu Coco tapi tak jadi sebab interns dah belikan kopi.
Kelakar.
Mereka sedang melungsuri halaman Fesbuk RCV dan Azree memberi tugasan untuk mendapatkan 50,000 likes di Instagram.
Sarah rasa bersimpati terhadap interns baharu kerana dia dahulu pernah berada di tempat Sani dan Tasya.
Seriously diorang merepek ke??
Padan muka. And that was #SlayronIsmail!! Kesian sak diorang masih dilayani seperti interns hahaha.
Mereka mencari-cari tempat duduk kerana Azree dan Nadya tidak mahu mereka duduk di sofa.
Sani ditugaskan untuk membantu Nadya untuk buat akaun resit-resit sebab audit akan tiba. OMG I hate audits!!!
Tidakkah kamu rasa bahawa ada terlalu banyak watak dalam satu babak? Dahulu, mereka cuma fokus kepada interns, namun kali ini, fokus kepada interns dan juga pekerja sepenuh masa. Sigh.
Hahahahahahahahaha bodoh sak panggil Ma’am???
Tasya pula akan menolong Azree untuk mengatur semula baju-baju di Vault kerana tema Fashion Week kali ini “Classic Couture”, jadi mereka ingin lihat balik desain-desain sebelum ini. Hmm… Roxanne & Coco Vintages in Classic Couture? Kena sangat la tu…
Pujian untuk Azree kerana selalu up to date tapi pada masa yang sama homo joke on him.
Asal Sani pakai seluar pendek!!!!
Saya rasa ini forced pun.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Saya nak dengar Nadya berbual Indon lebih please!!!
No. You call the female regulars “ma’am”. Kita takde female seniors back in NS. Sebab pemerintah tidak menghargai wanita.
Oh ye ke? Patutlah pakai baju warna coklat. Boleh berkamoflaj dalam tanah. Daddy awak infantry ke?
Hahahahahaha.
Mereka pun berbincang pasal konsep Fashion Week mereka.
Dalam episod lepas, Coco kata mereka rakan sekolah. Kini rakan sekelas. Minggu depan rakan sekatil. Auuhmmmm.
Mereka pun berbual sedikit pasal masalah peribadi mereka. Sarah tanya tentang keadaan Coco dan Coco pula tanya pasal mak Sarah.
No!!! Sarah bercadang untuk menggunakan warna Navy Blue untuk Fashion Week. Tahun lepas pun korang buat warna biru pe. Lihat sahaja gambar di bawah blog post ini.
Azree buat kacau apabila Tasya sedang bekerja.
Ni la Nadya yang I suka!
Kerja interns adalah untuk menolong mereka. Tapi saya lihat Nadya dengan Azree macam takde kerja nak buat je? Takkan diorang kasi 100% tugas kepada interns? Kalau ye pun, mereka buat kerja merepek seh untuk seorang pekerja tetap!
Oh, adakah Sani homo?
Mereka ingin Sani membeli kopi dari Tiong Bahru. Jahat.
Inilah perempuan yang tak pernah ke NS. Maaf lah eh, kadang-kadang abang-abang kita pergi ke NS nak jadi officer lah, polis lah, firefighter lah tapi tak boleh sebab mereka didiskriminasi dll, so, diorang end up jadi storeman. So… Selamat datang ke dunia pekerjaan!
Dan baju Strawberry Shortcake apa kau pakai? And that rantai… Kau fikir kau keturunan Queen Elizabeth? Tali pinggang biru tu tak sesuai langsung!
Mereka sudah penat mengira stok jadi mereka buat spreadsheet untuk mencatat segala stok-stok yang ada. Buat RFID sekali lah.
Another gay joke.
Chey tak lah, Sarah cuma memberitahu Sani tentang karenah Azree dan Nadya.
Sungguh janggal ya.
Saya pasti semua orang setuju dengan saya apabila rakan-rakan yang kita tak kenal sangat berbual pasal benda-benda yang berlaku di media sosial kita depan muka kita, kan??
Tak pernah saya lihat orang bagi flyer begitu ceria sekali. Selalunya muka ronyok macam belum mandi.
#ProductPlacement Sarah membeli sebatang(?) gincu untuk ibunya. Ruby Rendezvous you…
Kan kenek tangkap basah ni!
Sarah macam merajuk gitu dan terus belah.
Padan muka.
Ok so simpan? Apa akan terjadi eh.
Kesian mak dia. Sarah kunci bilik sak! Anyway, adik dia kan PSLE tetap boleh main game eh? And wow, musim lalu takde duit nak naik bas, musim ni boleh beli PS4. Gaji Sarah berapa sak?
Hahahaa. And baju tu macam baju raya mak saya. Eksklusif sangat ke RCV?
Hahaha Nadya mengejek mereka.
Sorry, you’re not sorry sebab korang bukan Adele.
Inilah panel Fashion Week. Minah gothic yang ada anjing wiener di kepalanya, memakai rambut hijau The Joker sebagai rantai. Dan wanita di belakangnya memakai sayap Batman di lengan kanannya dan logo Batman terpapar di dadanya. Sungguh obit. Dan lelaki Cina (Robin cos insignificant) di belakang, hanya untuk menunjukkan bahawa mereka orang atasan sebab internalised racism.
Saya rasa mereka dari Gotham.
Oh tidak. Itu telefon Windows, bukan Nokia.
IS THAT SELMA ALKAF HAIS LAWANYA.
Hahaha yes, imej itu penting ya. Pergi boros.
Klik di sini untuk stalk Selma Alkaf.
Kesiannya dia naik bas! Masalah kewangan dia teruk sangat ke?
Buku Interior Design w Feng Shui??? Apa rancangan mereka? Astagaha sungguh bercanggah dengan ajaran Islam ya ini Feng Shui!
Hahahha. Mereka ditugaskan untuk mengubah elok ofis ini.
Ok, so kini kita tahu mereka pernah bersekolah bersama. Namun, si Sani sudah ke NS. Kenapa si Tasya tunggu 2 tahun sebelum mula internship?
Anting-anting apa dia pakai??? Dream catcher??
Nampaknya Azree dan Nadya tidak tahu masalah keluarga Sarah. Sarah tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan ibunya yang sedang berjumpa lelaki lain.
Mereka melihat interns bekerja keras. Kalau kita lihat foto pertama, Nadya sandar pada dinding, bila tukar shot je dia berdiri tegak. Dia Flash ke?
Is Azree wearing scarf underneath?
Awww… Tapi dia tak send pun. Dia cuma jawab “I’m fine thank you.” Apa sak!!
Kalau perlukan duit sangat… Pergi Carousell je lah! Apa susah?
Sepanjang episod ini, benda besi kat lengan Nadya terletak di tangan kanannya. Tapi babak ni… Di tangan kirinya.
Dia ternampak gunci tersebut di dalam tong sampah…
Sani meletakkan batu-bata di atas meja Coco manakala Tasya piara ikan emas.
LOL.
Setelah membunuh Joker dan Batman untuk menjadikan mangsa mereka aksesori mereka, Mr Freeze membalas dendam dengan menurunkan suhu badan mereka. Itulah sebab mereka memakai kot dalam cuaca yang panas bak neraqa level -6587 ini.
Mereka suka akan ubahan yang dilakukan kepada ofis RCV.
Betul tu. Bukannye dia boleh cari pengganti pun.
LOL.
Kenapa si Sani tukar baju eh?
Aww… Bunga yang Hilmi bagi!!
Yay. Mereka layak ke Fashion Week.
Hahahahaha #SlayronIsmail
Ouch… Rancangan mereka gagal sekali lagi!
Smug face. Kenapa Sani butang sampai ke atas eh? Dia dulu mat ke? Kenapa Tasya pakai baju laboh macam langsir? Dia nak seludup anak ke?
Kan. Muka sememeh.
Countdown la ye. Kita lihat berapa lama kau countdown.
Tasya pakai gelang zaman Firaun ke?
Sarah masih merajuk.
Nak naik bas pun takde tambang?? How bad is her financial problem(s)?
Hahahaha. Eh episod ni takde Eddy eh!!
Sekali lagi, saya agak kecewa dengan episod kali ini. Saya amat menunggu kemunculan Hilmi tetapi dia tak menjelma pun. Selain itu, watak Eddy yang amat daddy dan hensem pun takda di skrin TV saya malam semalam! Kenapa eh?
Saya rasa episod dua ini kita dapat kenali siapa intern-intern baharu tu. Mereka cekal walaupun dilayan seperti hamba oleh Nadya dan Azree. Saya ingatkan mereka akan buat hal tapi sebaliknya. Mereka berjaya menawan hati Coco! Syabas. Mungkin Azree dan Nadya boleh berhenti membuli mereka? Takde hasil buli mereka, kau ajar diorang buat kerja supaya workload kau kurang! Bukannya interns nak ambil alih jawatan diorang pun!
And yes, mari kita ucapkan Selamat Datang kepada Danial Ashriq dan Sofia Dandruff Dendroff (saya pasti keluarga dia dapat that joke all the time) kepada RCV!! Adakah mereka akan menjadi interns paling best pernah RCV ada? Technically, mereka interns pertama RCV sebab dulu kan Roxanne’s Vintages je.
Saya masih tak tahu kenapa Azree dan Nadya benci sangat dengan interns baharu. Mereka dulu pun interns pe… Bukannya dibuli oleh full-timers pun. But yea, that’s how they are.
Episod ni macam takde feel ah sebab… What’s the plot? Macam takde klimaks. Kita cuma tahu bahawa perhubungan antara Sarah dan ibunya tidak seperti dahulu kerana ibunya ada seorang pakwe. Kenapa Sarah tak suka? Dia harus faham bahawa ibunya juga memerlukan belaian seorang suami dalam masa-masa sebegini!
Selain itu, kita juga dapat tahu tentang masalah kewangan Nadya. Dia seolah-olah terkena peer pressure dan masih menjalani gaya hidup orang kaya walaupun ada masalah wang. Adakah kerana dia tidak duduk bersama daddynya lagi?
Kita juga pelajari bahawa interns kali ini pula lebih cekap dan bijak. Itu je. Dan RCV layak ke Fashion Week. Tiada masalah ataupun benda yang menarik sangat untuk menyemarakkan episod malam semalam.
Nampaknya, pihak penerbit masih mahu memekatkan plot musim ini so… Kita tunggu ya! Oleh kerana kita sudah kenali semua watak-watak dalam drama ini, saya harap minggu hadapan akan lebih oomph ya!!
Kalau awak suka apa yang awak baca, ikuti saya di Twitter dan juga Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Sudahkah anda bersedia untuk membaca kupasan saya mengenai episod 3 Interns musim kedua ini? Adakah Azree dan Nadya akan meneruskan misi mereka untuk menjatuhkan interns baharu? Siapakah Wan Dragon? Adakah hubungan Sarah dan ibunya akan kembali seperti biasa? Masalah kewangan Nadya? Akankah Azree dinaikkan pangkat/diberi jawatan lebih baik? Hilmi? Hmm… Jom baca! Terlepas episod lepas? Baca di sini. […]
LikeLike