Kisah Tok Kadi: Episod Terakhir

Aaaaaaduhai!

Begitulah tangisan hati kakak-kakak (dan juga makcik-makcik) di luar sana kerana drama 8 episod Kisah Tok Kadi telah pun sampai ke penghujungnya. Dah takde santapan mata mingguan lagi… Tapi takpe, masih boleh lihat watak Ustaz Shahrul di Toggle!

Siapakah yang berjaya menambat hati hearththrob drama ini? Adakah ia Humairah? Gadis yang menggoda Shahrul pertama kali Shahrul ternampaknya di tempat meletak kereta? Adakah Shahrul ingin mengeratkan lagi tali persahabatan antara dirinya dengan Isa? Daripada kawan kepada saudara? Can I hear all my #TeamHumairah??

Ataupun Siti? Seorang gadis bertudung yang mempunyai perasaan (namun tidak menunjukkan secara eksplisit) terhadap ustaz? Mungkin Shahrul ingin hidup bersama Siti untuk meringankan tanggungjawab Siti sebagai seorang anak yatim dan anak sulung? Di manakah penyokong kuat #TeamSiti?

Maria? Maria dah tersingkir pun!! Dalam episod ke 7 kita dapat tahu bahawa Maria seorang gadis yang wild. Maklumlah, pramugari katakan. Pramugari semua dah kenek main punya hahahahais. Masih wujud ke kelompok #TeamMaria?

Hmm, siapakah yang dapat menawan hati ustaz, ya?


 

Episod 8


Maria berjumpa Shahrul untuk meminta maaf atas insiden malam kelmarin. Maria menelefon Shahrul kerana tahu bahawa Shahrul masih ambil berat terhadapnya dan dia ingin menyemarakkan lagi “cinta” mereka. Namun ini semua cinta tepuk sebelah tangan kerana ustaz hanya menganggap Maria sebagai soerang rakan sahaja. Dan dari perbualan mereka ini, ia agak jelas bahawa mereka dahulu pernah mempunyai perhubungan lebih daripada kawan biasa. Malangnya, Maria belum move on, dia sangkakan Shahrul pun belum move on.

Tetapi, ustaz sudah move on. Dia pun mencipta analogy yang amat menarik sekali. Mereka ada di perhentian bas yang sama, di bangku yang sama tetapi bakal menaiki bas yang berlainan, menuju ke haluan masing-masing. Can I get an amen?!

amen975755843e9bf9901933f2be98f4d7c7

Shahrul terus menaiki bas yang tiba. Pada masa ini saya agak hairan kenapa Shahrul menaiki bas. Saya terus teringat bahawa keretanya rosak di tengah jalan.

Hahaha sempat dia bergurau dengan Mak dia eh!

Shahrul memberitahu bahawa Maria mencarinya. Maknya agak kurang puas hati.

Isa keliru kerana Shahrul menolong Maria kelmarin. Shahrul pun sempat memberi ceramah sentap. Katanya, sebagai manusia kita harus saling tolong.

Eh, Taufik? Merepek sak cara dia salam tengok tepi, tak tengok ustaz. Kalau macam tu lagi bagus tak salam sak. Plus, makcik-pakcik yang kalau kita nak cium tangan abeh tarik tangan dia??? APA KAU???

Taufik dijemput oleh saudara/pengantin untuk menjadi saksi pada saat-saat terakhir.

Tapi si Taufik buat kecoh je??? Nak amek gambar la, usik Siti la.

Korang tahu Taufik perangai macam sial tapi masih jemput jadi saksi???? So salah siapa?

Taufik memberi penumbuk dari Haji. Is he trying to be puny?????

Shahrul dibelasah habis-habisan oleh Taufik. Nasib Siti ada! Saya agak kecewa kerana Shahrul tak tau self defense!!!

Isa menyuruh Shahrul membuat laporan polis tetapi Shahrul enggan berbuat sedemikian. Ini kerana ia akan melibatkan Siti dan dia tidak mahu menimbulkan masalah dalam hidup Siti. Isa rasakan seolah-olah Shahrul sangat ambil prihatin terhadap Siti. Ada makna tu…

Siti berjumpa Humairah untuk memberi album kahwin Timah. Siti pun sempat korek sedikit tentang Humairah yang mungkin akan ke Hong Kong untuk bekerja. Humairah kata dia telah menolak tawaran atas sebab-sebab tertentu. Siti tanya adakah salah satu sebabnya “ehem-ehem”. Humairah agak bingung dengan “ehem-ehem” hahahaha.

Secara jujur, saya tak faham apa ni dua perempuan nak sak. Nak Shahrul ke tak??? Tengok muka Siti. Macam “YES AH DIA TAKDE EHEM EHEM” abeh si Humairah “KAU NAK EHEM EHEM AKU???”

Ni perbualan paling merepek ah!!! Ustaz Yasin bertanya sama ada Shahrul tidak lagi aktif di media sosial kerana tersinggung hati sebab Ustaz Yasin menegurnya. What sak??? Ok ah, pengajarannya is kita harus ambil kritikan/pandangan orang dengan hati yang terbuka. Kalau tak kita tidak akan belajar/sedar dari kesilapan.

PRODUCT PLACEMENT TIME. Malangnya Air Anugerah tak cukup dana untuk episod terakhir hahahaha FYL. Air paip lagi AFDOL.

HAHAHAHAHAHAHAH ISA.

Shahrul ingin membeli buku bertajuk “Hijrah”. Si Isa ni kepo dan kata hati berhijrah la hahaha smoooooooth.
  

Eh? Siti menjadi jurugambar bagi acara dana ini. Free eh dia, tak kerja untuk cari duit ke hhahaha.


Ustaz memberi Siti duit penat tetapi Siti menolak kerana dia juga ingin beramal. Dia terus melenting kerana dia fikir bahawa Shahrul bersimpati dengan dia kerana dia anak yatim, senasib dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Saya agak kecewa dengan Shahrul la!! WTH. Saya tahu niat dia murni tetapi ni kan acara amal!! It’s like a “in her face kinda thing.

Nasihat sentap oleh Isa.

Shahrul berjumpa Siti untuk “melamar” Siti. Dia ingin meringankan beban di bahu Siti.

Siti pun bertanya, siapa yang akan syiokkan dia? Si ustaz dengan muka kambingnya, tersengih syiok sendiri.

Adakah ini bermaksud #TeamSiti akan rejoice?

Oh tidak!!! Siti belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga kerana ingin menjaga ibunya dan menyekolahkan adiknya. Siti menimbulkan satu isu yang amat real sekali!! Yang saya setuju 1000%. Ramai orang kahwin untuk “mengongsi” masalah bersama suami/isteri which is selfish kerana masalah itu timbul sebelum seseorang itu kahwin. Pendek kata, Siti ingin memikul segala beban seorang diri kerana ia tanggungjawabnya sebagai seorang anak sulung dan juga kakak. Saya tabik sangat dengan Siti kerana kecekalannya yang tidak luput walaupun dihimpit pelbagai cabaran! Go #TeamSiti!!

anigif_optimized-14701-1421186916-5
The bike I’m riding, I bought it.

Hahahaha. Part ni saya tak setuju dengan kekolotan arwah bapak dia ah. Masuk universiti bermaksud berjaya ke?? Hais.

Shahrul mengadu kepada ibunya.

Shahrul berasa tawar hati kerana Siti telah menolak hatinya. Dia ingin menyerahkan misi mencari jodoh kepada ibunya. Tetapi ibunya tidak mahu mencarikan jodoh kerana ini hal kahwin, bukan hal main-main.

Shahrul solat istikarah untuk meminta petunjuk daripada-Nya.

Eh? Shahrul nak book Ustaz Yasin? Tapi dia nak nikah siapa eh?

Dah tua pun masih gatal nak makan nasi minyak. Makan la brown rice. Nasi minyak Lydia Izzati mana?

Wow, watak kartun mana ni yang melamar Humairah? Siap dengan berpantun lagi!

Pantun yang dijual pun dibeli.

Tetapi mereka tak pandai jawab hahahahahahaha. Sebenarnya ini adalal refleksi masyarakat kita sekarang. Ada yang ingin melestarikan budaya berpantun apabila merisik namun tidak tahu berpantun!! Memang bagus jika nak lestarikan budaya tapi anda juga harus mahir ya.

Cakap pasal pantun…

pesta pantun

Ayuh sama-sama menyaksikan Peringkat Akhir Pesta Pantun yang dianjurkan oleh PBMUKS pada 2 April!

This is so cute!!! Pakcik Shahrul merakam pantun ibu Humairah dan menghantarnya ke Shahrul. Shahrul ingin hantar kepada maknya tetapi terhantar kepada Mai hahaha.

Tanpa membuang masa, cincin disarung.

Ni kelakar!!! Ustaz tanya kenapa Humairah senyap, mungkin tak sedap badan ke apa. Humairah jawab SEDAP???? Hahahahaha tergelak tergolek sekali.

Panggil Ustaz sudah jangan nak step. Belum halal.

Hehe. Shahrul memberi sepucuk surat yang ditulis Humairah semasa di bangku sekolah dahulu. Peliknya, kertas itu masih garing. Saya hampir terlupa bahawa mereka dahulu sama sekolah dan Humairah ada crush kat Shahrul dahulu. Ini kerana ia hanya disebut sekali dalam episod 1.

Shahrul memberi lagi sepucuk surat. Kali ini, Shahrul tulis apa yang di dalam hatinya. So sweet gitu lhö.

Eh. Bukan main lagi senyum dia eh.

Ada seseorang mamat ni datang kepada ustaz dan berbual pasal mas kahwin Quran apa entah.Ustaz pun memberi syarahan sentap mini.

Episod terakhir is just product placement time la.

Lol. Tu la nak makan nasi minyak sangat kan!!

Totally loving the deco!!

Si Isa ni degil sak!! Shahrul dah kata Masjid Al-Islah dia tetap nak pergi Istighfar????

Kan Shahrul dah mengamuk + marah!!!  Dia selalu tak lambat tau!! First time nak kahwin ni.

Hahahaahais kesian si dekni.

Goodbye. And your character is forgotten.

Watak Ustaz Yasin terpaksa sakit kerana mereka nak ada kemunculan khas Ustaz Muhammad Zahid Zain.

Sungguh sedap mendengar ceramah pendek. Dengan suara yang amat lunak suara-suara ustaz autentik katakan.

Yay!!!! 3 sorakan untuk #TeamHumairah!!! Marha marha marha!

Saya baru nak tanya siapa jurugambar untuk majlis ini dan dia muncul!!! Hahahahaha. Dia macam step “ini semua suratan takdir”.


 

Adakah anda puas hati dengan jalan cerita Kisah Tok Kadi? Saya amat gembira kerana Humairah bersama Shahrul akhirnya. Saya rasa it’s justified kerana Shahrul memang sukakan Humairah semenjak episod 1 kan!! Dan dia selalu senyum silu apabila Humairah muncul. Apabila Siti muncul, tahap gurauan is friend level. Dan dia tidak pernah tunjuk perasaan cinta terhadap Siti, cuma belas kasihan sebagai rakan. Maria… Si dektu episod 4 baru masuk so, whatever.

Walaupun begitu, saya agak keliru kerana episod ini menunjukkan bahawa Shahrul sebenarnya inginkan Siti. Namun kerana Siti belum bersedia untuk membina masjid bersama, Shahrul terus tukar fikiran eh? Macam sekelip mata gitu! And he settled for the next best which is Humairah. Kenapa ustaz tak tunggu sampai Siti bersedia? Aku rasa dia gian! Tapi ini dapat diterima kerana ia realistik. So yay to unsur realisme. Kalau ni telenovela, mungkin Shahrul akan tunggu Siti.

Tahniah kepada Beto Kusyairy kerana berjaya menghidupkan watak Ustaz Shahrul dengan sungguh meyakinkan sekali! Walaupun beliau seorang pelakon dari seberang tambak, beliau berjaya melakonkan watak seorang lelaki muda Singapura! Tidak lupa juga barisan pelakon yang lain yang menjayakan drama ini! Norsiah Ramly, watak seorang ibu yang penyayang dan memahami sangat kehendak anaknya. Lydia Asyiqin, yang mampu mencairkan hati-hati abang-abang yang menonton. Nurul Nabilah, Fazlyna Aziz, Sufian Ahmad dan juga Jasmani Basri! Ustaz Yasin tak kahwin dengan Rahmah ke?

Syabas kepada team Kisah Tok Kadi juga!!! Kepada Seri Wahyuni Jaes, Izzat Yusof, Siti Hajar Gani dan Aishah Ahmad, YAAAAS. I like how it’s dominated by women dan watak-watak dalam drama ini juga kebanyakan wanita!! Good job! And guess which akan datang movie has a woman lead and directed by a woman too..?

galgadot-wonderwoman-1448123610

Yes!!!! Kalau drama Kisah Tok Kadi begitu baik, filem Wonder Woman ini akan lagi baik ah, sis!!!

girls

Saya juga perasan bahawa hashtag #KisahTokKadi di Twitter dan Fesbuk dibanjiri oleh penonton!! Which is good la. Bilakah kali terakhir penonton Suria aktif tweet secara langsung tentang sesebuah drama. Saya rasa ratings juga agak tinggi. Kalau drama Menantu International capai ratings tinggi tahun depan, tahun ini drama ni eh? Or is it too early to say? Jika dibandingkan drama yang dihebohkan aka Bunga Tanjong, drama ini mendapat lebih perhatian di media sosial. Hahahahaha $500,000 oi drama wanita berjoget tu…

Drama ini juga berjaya menambat hati penonton di Malaysia sebab Beto la duh. Kepada peminat Malaysia, tonton sahaja di Toggle. Jangan nak muat naik secara haram ya. And menurut Twitter Beto, ramai yang Toggle It First!! Wow!!!

toggleitfirst

And yes. Terima kasih sebab tak bagi spoiler!! Dan saya tak sangka ada yang sanggup bayar untuk tonton drama tempatan hahaha but drama ni exception ah.
Tambahan pula, drama ini berjaya ke segmen “What’s Hot” di Toggle!

whatshot

Ini adalah satu kejayaan besar kerana tak banyak drama Melayu yang dikategorikan dalam segmen “What’s Hot”. Tahniah!! 5 bintang you!!1

Selain itu, saya rasa penonton Singapura masih ingin menyaksikan drama yang mempunyai pengajaran agama. Dalam kita berhibur, kita juga boleh mempelajari sesuatu. Dakwah katakan. Mungkin pihak Suria boleh pertimbangkan? Memanglah this is a secular state tapi kita masih berpegang teguh pada agama. Namun, ia menimbulkan satu persoalan. Sekiranya Kisah Tok Kadi ni drama agama yang hardcore seperti sinetron Indonesia, jenis yang kalau watak baik doa, abeh watak jahat kemalangan dan mati, agak-agak orang akan tonton ke?

Bintang kerelevanan: 4.25/5

(and I’m so happy people are using the hashtag #TeamHumairah, #TeamSiti & #TeamMaria because I blogged about it first [or so I think]!! But anyone can come up w that so I won’t take the credit la)

Kepada anda yang masih akan merindui drama ini walaupun boleh tonton tiap hari di Toggle, usah risau!! Anda boleh berjumpa Ustaz Shahrul secara LIVE!!

expoustaz
photo from Beto’s fb

Pasti expo akan jam!!!! Hahaha. Jumpa anda di sana!

Bagi anda yang tidak sempat untuk ke expo, usah risau!

anugerahbeto

Beto akan menemui anda di kaca TV sewaktu Peringkat Akhir Anugerah Skrin! Bersama Sheila Rusly, Faisal Ishak dan abang Khairudin Saharom. Saya rasa mereka merupakan juri undangan!! WOWOWOWOW.

Kepada abang-abang yang belum puas melihat keayuan Lydia Asyiqin… Yes, she will be back as Sarah Yusoff pada 5 April dalam drama Interns musim kedua!!

lydiainterns
fiercely cute! (photo from Interns fb)

Itu sahaja daripada saya. Kalau nak baca entri saya pasal Tok Kadi ni klik di sini. (scroll ke bawah untuk episod pertama)

Bertungkus lumus di sawah padi

Itulah kerja setiap pagi

Sudah tamat Kisah Tok Kadi

Semoga kita berjumpa lagi

Soalan Bonus: Siapakah pelakon lelaki tempatan yang mampu menghidupkan watak Ustaz Shahrul sekiranya Beto tidak diundang untuk memainkan watak tersebut?

Sungguh comel ya Beto makan Takoyaki.

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)

 

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s