Salam sejahtera, pembaca setiaku! Kali ini saya akan kupaskan episod akhir Demi Cinta. Cepat kan cerita doku-drama itu tamat? Dan seperti ramalan saya, watak Wan akan bersama watak Natasha.
Adakah saya benar? Kalau ye, saya nak jadi Pak Belalang.
Oh no. Pertelingkahan antara Lisa dan mamat ni aka Pakwe dia kerana mamat ini fikirkan bahawa Lisa ada hubungan sulit dengan Wan. Padahal tidak.
Kan saya dah kata pasti ada masalah perhubungan antara Wan dan Natasha! Pasti ada saja yang akan menambahkan perasa kepada cerita ini.
Wan cuba meyakinkan Lisa untuk berbaik semula dengan Pakwenya kerana Wan sudahpun jelaskan keadaan sebenar.
This is so comel! Mereka menemuramah Shah Iskandar dan Isterinya.
Abang Moe menyuruh Wan kejarkan cintanya namun Abang Moe sendiri masih single.
Natasha berada di Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan. Dia sudah tidak bekerja di syarikat itu lagi dan kini berbalik kepada menulis tentang pelancongan. Hairannya, dia tetap menulis pasal cinta eh? Nampaknya dia sudah membuka hatinya kepada topik penulisan yang lain juga. Kan bagus, boleh widen market!
Oh no! Mereka tidak akan bersama… Ramalan saya tidak tepat. Tapi… Ada juga perjalinan cinta antara mereka ya. Kita juga lihat bahawa ada perbezaan fizikal dalam watak Natasha. Natasha kini lebih manis kerana menggayakan baju kurung dan tidak memakai topi. Mungkin ini yang menyebabkan Wan terjatuh cinta?
Telinga saya agak irritated mendengar suara latar oleh Azian Pasiran. Macam ada kahak kat tekak dan dia cuba tahan berak. Dan tahniah kepada pelakon lain yang menjayakan doku-drama ini ya aka Fir Rahman, Haslinna Jamaan dan Tasha Mahfar!
Storyline yang biasa-biasa sahaja. Drama ini sesuai untuk bakal mempelai yang akan merancang perkahwinan mereka dan inginkan idea menarik. Dengan storyline yang boleh tahan, saya rasa cerita ini ok la untuk segelintir orang di luar sana.
Saya agak terkejut dengan episod akhir kerana saya sangkakan Wan dan Natasha akan bersama. Tetapi tidak! Lisa sudah mula bekerja di syarikat majalah kahwin-kahwin dan bakal kahwin. Natasha pula mula bekerja sebagai penulis pelancongan, itulah minatnya. Bagus ye watak wanita bahagia dengan apa yang mereka ada. Kasihan Wan tidak dapat menambat hati Natasha kerana dia belum bersedia. Tetapi saya yakin, Wan akan terus kejar.
Kepada Abang Moe… Hahahais. Mediacorp selalu ambil watak bapok semata-mata untuk fill in?? Lepastu biarkan watak tu terbengkalai je. Takde tamat kepada watak itu. Such disrespect!!! Kesian Abang Moe tak migrate pergi Canada ke apa untuk kahwin. Tapi nasib baik ni bukan Indonesia, eh?
FYLIndonesia.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)