Farhana: Episod 4 & 5

Salam Hari Kekasih atau Valentine’s Day, wahai pembacaku yang amat berpegang teguh kepada agama. Janganlah kamu menyambut hari kekasih kerana ia haram macam kewujudan kau yang haram hahahahah bye. Macam drama merepek lagi tak masuk akal Farhana. Ia haram kerana dua pasangan bukan muhrim asyik memegang tangan. Astagha, Suria. Jadi, bagaimana dengan cerita ini? Adakah Fauzie, Hashim dan Noor tetap ingin menipu Farhana dengan mengguna-gunakan Fauzie? Jom kita lihat.

Kalau terlepas baca episod lepas, klik: Episod 1, 2&3.


 

Episod 4

IMG_9348

Farhana masih teringat kata-kata rakannya tadi. Ibunya yang baru nak mulakan night shift sebagai polong terpaksa lembutkan hati dia.

IMG_9350

LOL. Mak dia masih ah. Padahal tu katil Fauzie.

IMG_9351

Fauzie tidak ke kerja semata-mata untuk berdating dengan Farhana. Kasihan si Hannah Delisha ni.

IMG_9352

Chey, pergi berkhelah seh. Tapi cute sebab bawak tembikai satu biji besaq hahaha.

IMG_9353IMG_9354

Farhana pun memberitahu ‘Farid’ bahawa dia terjumpa Johan malam semalam. Mereka pun imbas kembali masa kat universitiak dulu. Johan selalu nak kan Farhana tapi Farid dah dapat. Si Fauzie tu macam budak cool ah konon.

Pelik, si Farid belajar kejuruteraan, Farhana belajar kulinari (?), Fauzie belajar fotografi, Johan pula belajar desain/arkitek/engineering ke apa. Tapi, masih boleh berjumpa di sekolah? Kawan-kawan aku kat uni satu fakulti pun tak jumpa satu sama lain sak. (Talking about uni, I can’t wait hehe)

IMG_9356IMG_9357

Chey. Padahal dia playboy.

IMG_9359

LOL @ babak ni?? Berita pasal Farid dah mampui kan dah lama. Tapi mak Johan masih simpan suratkhabar yang mengandungi artikel tersebut kat meja tamu? WHAT. Kalau mak saya, suratkhabar semalam je dah letak kat recycling korner. Abeh dia macam terkejut gitu?

IMG_9360IMG_9361

Siak si Hanafi ni. Dah beli keropok segala abeh takde duit nak bayar? Kesian Noor. Noor pun satu, asyik kata kali terakhir tapi tolong jugak.

IMG_9362

Hmm… Di manakah barang yang dibeli Hanafi tadi? Sudah hilang? Dicuri? Dimakan? Hmm… Si Hanafi betul ke cari kerja? Ke dikerjakan?

IMG_9364IMG_9365

WTF???? I already don’t like Lydia Izzati as a person now I have to hate her character? Terima kasih, tuan direktor HAHAHAHA. Haritu dia tanya kakak dia kalau dia anak angkat, kakak dia buat apa la apa merepek. Ni dia tau Farhana yang anak angkat dia nak jadi jahat pulak? Rude. Mata duitan sak. Bukannya mak dia dah mati pon.

IMG_9366

Wow, sungguh gembira ya nak cari kerja.

IMG_9367

Hahahaha bukan sakit, malas.

IMG_9368

Gila. Oh lihat, lelaki dua alam atau playboy?

IMG_9370

Eh eh si Johan ni. Dengan Siti pun nak? Eew. Famous actress? Apa yang dia ada? Gushcloud contract?

IMG_9371

Johan ingin korek kebenaran tapi Siti annoyed la sebab asyik pasal Farhana je. Dia pun angkat kaki.

IMG_9372

Hanafi mendapat panggilan telefon. Dia boleh mula kerja serta merta! Alhamdulillah.

IMG_9374IMG_9375

Eh eh si Aaliyah ni berangan pulak dapat bunga ros daripada Fauzie?

IMG_9376

Hahaha padahal bunga tu untuk Farhana. Kesian Aaliyah. Takpe, bila I kaya I belikan you satu Gardens By The Bay. Wow bagus eh Fauzie? All out untuk Farhana? So sekarang dia suka ke tak??

IMG_9378

Baru mula kerja je dah gaduh. Hahahahahahahahah. Tu pun sebab rakan kerja dia yang mulakan. Jadi dia rembat balik la. Dia taknak cari masalah lagi. Dah tobat katakan.

IMG_9381

Muka termenung tahap luar angkasa siak si Salmah ni. (her acting good tho maybe cos from real life experience?) Dia masak apa entah abeh tak tutup api? Terkejut si Hashim.

IMG_9382

I can’t @ the girls acting here.

IMG_9384

Farhana rasa amat terganggu dengan kehadiran Johan di dalam kelasnya.

IMG_9385

Noor bersama tudung liberalnya memarahi Hanafi. Kenapa Noor sanggup buat ni semua? Noor kerja apa? Asyik kat rumah, tak buat kerja tapi ada duit berlambak nak bagi kat Hanafi? Hmm…

IMG_9386

Ha? Gosip? Bagus la tu. Gosip pasal Fauzie yang jadi pak sanggup ke? Atau Johan yang terkejar-kerjar kat dia?

IMG_9387

Go get it, tiger.

IMG_9390

… MANA SEJAMBAK BUNGA ROS TADI? DAH BAGI KAT AALIYAH? AALIYAH CURI? DAH MATI? Merepek. Bunga diberi kerana besday Farhana. OMG. Mana ros???

IMG_9391

LOL. Nasib baik bukan fisting.

IMG_9396

Malam itu, mereka ada makan-makan untuk menyambut harijadi Farhana. Si Siti pun ambil kesempatan untuk “tersembur” kebenaran kerana semua orang, termasuk keluarga Fauzie, ada di situ. Kurang ajar eh dia? Suka espose kakak sendiri. Bila Xiaxue expose dia, Twitter terus private. Merepek.

IMG_9397

Hmm… Jadi siapa ibu dan bapa kandung Farhana?

IMG_9398

Adakah ini jawapannya? Astagha. Blow apa ni? INCEST ke hahaha. Chey tiup lilin la.

tumblr_mxzmj6suy01qzladeo1_r2_500
when will #Formation be on iTunes?

Episod 5

IMG_9554

Tu la, apa kau buat? Expose kakak kau. Aku expose kau baru tau!

IMG_9555

??? Kat rumah pun nak berlilin segala??? Tak bayar bil api air ke, wahai Cik Noor?

IMG_9556

Diorang masih ah nak teruskan skim penipuan ni. Benda ni boleh dibawa ke mahkamah sak kalau si Farhana dapat tau dan ingin menyaman mereka!!

IMG_9557IMG_9558

Farhana cuba mencari jawapan.

IMG_9559IMG_9560

Farhana berteriak. Dia amat marah terhadap Noor dan Hanafi.

IMG_9561IMG_9562

RUDE. Eh kalau aku Hakim, tinggalkan sudah pompan macam gini. Apa punya pompan ni???

IMG_9565

Farhana lari rumah dan mencari Farid. Kesian Fauzie terpaksa tinggalkan kerja dia. Fauzie dibayar untuk lakukan ni semua, or nah?

IMG_9566

Fauzie menelefon Noor untuk memberitahu bahawa Farhana selamat dengannya.

IMG_9567

Hanafi amat terkejut bahawa Siti tahu akan rahsia mereka.

IMG_9568IMG_9569

??? Eew? WTH even? Mereka pun mengimbas kembali apa yang berlaku seolah-olah mereka dah lupa hahahais.

IMG_9571IMG_9572

IMG_9573
hi Aisiqa baby

IMG_9575IMG_9576

 

Dahulunya, Noor dan isteri Hanafi merupakan rakan kerja. Mereka juga rakan rapat. Malang sekali, Hanafi mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami setelah kahwin. Sehinggakan terjebak dalam gejala isap dadah semua. Pada hari kelahiran Farhana, Hanafi diberkas pihak polis. Begitu la kisahnya. Si Noor ceritakan ni macam cerita dongeng? Pelik aku tengok. Memanglah kau nak beritahu penonton tapi kau sedang berbual dengan Hanafi pe? Lek ah.

IMG_9588

Wow, Hannah Delisha anak 5 ni. Farhana menumpang di rumah Aaliyah buat sementara waktu kerana merajuk dengan ibunya. Eh, bukan ke ni rumah Airbnb untuk drama Lion Moms?

IMG_9578

Mereka memekik untuk lepaskan stres. Korang ingat korang atas gunung ke? Tak dapat dengar echo la.

IMG_9579

Hahahaha kesian Fauzie. Adakah anda juga menyimpan rahsia?

IMG_9580

Kesian Johan dah beli bunga tapi Farhana tak masuk kerja?

IMG_9581

Yuck??? Macam paddlepop ice-cream sak. Abeh puji diri sendiri??

tumblr_o1el0casn21tungzio1_500

IMG_9583

Hahaha anak original. Abeh Farhana cetak rompak????? Siapa nak kesiankan kau? Perangai macam sial. FYI, takde orang kesiankan Fauzie pun.

IMG_9584
para peserta Anugerah Skrin yang tidak berjaya ke top 20

IMG_9585IMG_9586

 

OH NO. Bagus, Hakim. Mintak putus sudah! Perempuan yang mementingkan diri sendiri boleh puaskan nafsu sendiri.

IMG_9589

Eh eh Johan sampai ke rumah Farhana? Stalker sak.

IMG_9590

FARHANA IS NOT UNWELL DIA SIHAT JE AKU TENGOK, BODOH. Dia masih memanggil Fauzie ‘Farid’ sebab korang yang suruh kan bodoh.

IMG_9592

Si Farhana guru masak belajar masak dari pesakit dementia? Dia betul tak?

IMG_9593IMG_9594IMG_9595

KAN KAN KAN KAN. Ia tidak menolong situasi Salmah yang berpenyakit ni!!! Si Hashim kata kalau Fauzie dah jatuh cinta, lebih baik kahwinkan betul-betul daripada buat olok-olok. Best mainkan perasaan orang? BEST?

IMG_9597

Si Johan ni nak stalk Fauzie pulak.

IMG_9598

‘Farid’ meyakinkan Farhana untuk pulang rumah dan terima hakikat dengan hati terbuka. Kebenaran tidak boleh diubah. Noor tetap ibunya dan Farhana harus menerima Hanafi sebagai ayahnya.

IMG_9599

Lek ah, baru 2/3 hari tak jumpa??? Ni adalah antara sebab mengapa kaum wanita juga harus menjalani perkhidmatan negara supaya ibu bapa mereka dapat merasakan kekosongan ibu bapa yang mempunyai anak jantan.

IMG_9602IMG_9603

NI DOKTOR YANG TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG YANG PERNAH WUJUD DALAM TV WTF. Dia kata dia dapat selamatkan Farhana tapi tak dapat selamatkan ibu Farhana kerana ada komplikasi sewaktu beranak. Dah kasi berita terus jalan. BEST BAGUS SYABAS. Doktor sial.

IMG_9604

Noor dan Farhana walk down memory lane dengan album foto yang akan menjelaskan segalanya.

IMG_9605

Setelah Hanafi dibebaskan dari penjara, Noor tetap menjaga Farhana sebagai anak sendiri. Lagipun, Hanafi tak dapat cari kerja and asyik keluar masuk??? LOL.

IMG_9606

Farhana cuba mendekati Hanafi. Best eh Hanafi, takde kerja tapi masih ada rumah sendiri? Hmm… Bukan sewa satu bilik ke apa. Rumah dia sendiri.

IMG_9607

FARHANA TAK BOLEH TERIMA KE KAU TAK BOLEH TERIMA BODOH. I’m so mad at this stupid idea??? Hashim dengan Noor kahwin sudah. Aku rasa Salmah kata ok je sebab dia pun tak betul kan? Nak kahwinkan Farhana dengan Fauzie? Tapi Farhana tak tau tu Fauzie. Abeh diorang kata Farhana belum pulih sebab masih panggil Fauzie Farid??? Erm… DUH BODOH. KORANG LA PENYEBAB TU. Tak masuk akal langsung.

IMG_9608IMG_9609

Eh si dekni sparks fly??

IMG_9610IMG_9611

LOL.

IMG_9612

Dah siap masak ke belum? Masih potong segala. What even.

IMG_9613

Chey, dah dipanggil Ayah seh. Sebab Mi Rebus.

IMG_9615IMG_9616

Johan memberi peluang kerja di Dubai tapi dia terpaksa putus hubungan dengan Farhana. Apa motif si Johan??? Akankah Fauzie melakukan sedemikian? Kecuali… Fauzie ada perasaan terhadap Farhana. Atau mungkin Fauzie tidak akan lakukan begitu kerana tahu Johan ada niat buruk?


 

Sesungguhnya, saya tidak faham drama ini. Kenapa Fauzie harus korbankan kebahagiaannya serta kebebasannya semata-mata untuk memberi harapan kosong kepada Farhana? Kenapa mengetepikan keperluan seseorang semata-mata untuk menyedapkan hati seseorang lagi? Diorang tak takut kenek saman ke? Kalau saya Farhana, saya dapat tahu kebenaran, terus saman je. Saya ni mata duitan 50%. Dan kenapa si Fauzie masih mahu lakukan perkara sebenar. Lama-kelamaan, dia mengorek lubang semakin dalam dan semakin sukar untuk keluar dari penipuan tersebut. Apa kesudahan drama ini yang lebih belit dari filem Dilwale ni? Semoga kewujudan Johan dapat memudahkan kebenaran untuk muncul. Bukan macam Siti yang terus sembur tak tentu masa dan tempat. Memang saya agak suka dengan sifat “tersembur” dia tapi pls la rileck sis. Saya sebenarnya nak give up dengan drama ni tapi cerita Suria macam ni 8 episod je so why not? Atau mungkin Hanafi akan memberitahu kisah benar? Jengjengjeng? Dan kesian aku tengok si Salmah. Dia lah mangsa yang terpinggir hahahais. Hashim pun bodoh tak hiraukan isteri??

Dah la stres dan marah aku tengok drama ni. GILA. Pls Suria jangan terbit drama macam gini. Aku terbenamkan suria baru tau.

Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s