Salam Jamadilawal, wahai pembaca setiaku yang selalu menjamu selera pada waktu awal. Macam peserta Anugerah Skrin 2016, awal-awal dah terkeluar hahahalol. Ok lah, let’s start the ball rolling kita tengok apa yang terjadi pada minggu/episod ketiga!
Adakah Kumpulan A kini semakin bertambah baik? Atau mereka tak pedulikan kata-kata para pengadil kita? Lakonan mereka masih kaku? Pengacaraan mereka tetap ala-ala sekolah menengah? Ayuh kita lihat!
Dan jika anda terlepas membaca entri mengenai Anugerah Skrin, klik di sini.
Shah Iskandar memakai kot berwarna hijo gelap, sedondon dengan blaus Huda Ali yang berwarna hijau hulk gelap.
Bukan itu sahaja, kita dapat lihat bahawa Huda Ahli mengenakan lengan yang bersayap bak murung merpati seolah-olah ingin berterbangan sambil mengacarakan rancangan Anugerah Skrin. Rantainya yang berat ak Batu Cave tidak membenarkannya untuk buat sedemikian.
Sharon Ismail memakai rantai yang dicuri dari Pinacothèque de Paris, pameran zaman purba Mesir, era kegemilangan Cleopatra. Ia dipercayai bahawa sesiapa yang memakainya dapat memikir dengan lebih mendalam, supaya Sharon dapat memberi komen bernas, macam bagaimana Cleopatra bertekad untuk membunuh diri dengan membiarkan seekor ular meracuni beliau.
Khairudin Samsudin pula memakai jaket yang ditaja oleh Deadpool sempena tayangan khasnya hari ini. #ProductPlacement
Siti Hajar Gani merupakan juri undangan pada minggu 3. Kelihatan manis dan ayu. Beliau mengenakan rantai ala-ala Frozen sempena Disney On Ice yang bakal tiba pada musim sekolah kelak.
Minggu ini, ada sedikit kelainan. Para peserta akan melakonkan babak singkat selepas sesi pengacaraan mereka. Dengan cara begini, kita dapat lihat skills mereka secara serentak la eh. Selain itu, mereka juga dicabar untuk mengacara di luar studio. So kirakan ada pelbagai cabaran la konon aka ketidaktentuan cuaca di luar, panas terik, mata-mata yang melihat. Untuk menambah kepayahan cabaran ini, mereka hanya diberi 3 takes sahaja! Jadi… Bolehkah mereka lakukan dengan baik?
Urgh @ Danish Ashraf? Ye, saya tau awak ni bubbly dan segala tapi saya dah jelak la eh zzzz. Next! Kesian Nabihah Zainodin tersasul waktu pengacaraan? Cara mereka mengacara pun agak ganjal. Ini kerana mereka memberitahu kita fakta-fakta yang sudah kita pelajari di sekolah. Melainkan target audience mereka budak kecik ah. Lakonan mereka pula agak mengelirukan? Mereka berdua rakan tapi si mamat ni beriya-iya sangat nak kan kat minah tu? Aku tengok betul konpius ah sebab watak mereka ni macam dah masuk uni (sebab mereka menggunakan perkataan “faci”) tapi takde kematangan langsung? Si Nabihah pulak rambut dia asyik tutup muka je. Dia perasan tak? Diorang rehearse tak record video ke?? Diksi dan cara penyampaian Danish belum there lagi ah. Masih tak bukak mulut bila bercakap! Urgh. “Jangan cakap Abang tak payung”??? ASTAGHA MDA MANA?!
Seterusnya, Shida Lestaluhu dan Yamin Yusof. Shida punya pengacaraan is ngetop ah antara peserta-peserta. Tapi si Yamin ni?? Apa??? “aha aha ok” apabila Shida sedang mengacara. Saya tahu la kau sedang bagi tanda yang kau sedang dengar tapi… Janggal???? Selain itu, dia tak bukak mulut apabila berbual? Cuma bukak horizontal?? Urgh, go for phonics classes all of you. Saya takde masalah dengan lakonan mereka, saya rasa bagus ah. Cuma babak ni tak realistik ah? Baru 1st date nak kahwin la abeh si pompan dah tinggal New York tak makan makanan Melayu? 5 tahun tinggal sana takde accent pulak. Pelik eh, Shida?
Pasangan ketiga, Kamarul Arifin dan Syafiqah Shahlan. Saya rasa Syafiqah berbual macam seorang guru? Hahaha. Tampak natural dan tenang apabila berbual. Saya suka! Kamarul pula, opposite. Masih kelihatan agak kaku dan seolah-olah sedang menunggu giliran untuk berbual. Tak nampak semula jadi. Watak Joji yang Kamarul mainkan agak meyakinkan tapi saya rasa boleh lagi best ah sebab watak bapoque semua lentik kenek keluar, broken wrist, go je. It’s either you go for straight acting bapoque atau bapoque mak nyah pecah nak mampos so kau pilih. And watak bapok kalau kat tv selalu bahan ketawa so kau go je. Watak yang Syafiqah mainkan… Keliru? Seorang wanita yang tidak mahu ada majlis persandingan tapi marah-marah apabila wedding planner menyarankan sesuatu?? So, kau nak majlis or nah???
Seperti apa juri undangan Siti Hajar kata, tiada reaksi kepada setiap aksi. Mereka hanya sekadar ingin melafazkan skrip tanpa berfikir apa reaksi semula jadi kepada skrip sebelumnya yang dikatakan oleh co-actor mereka. Backstory pun macam takde je?
Kalau tengok gambar di atas, diorang nak joget Melayu tu… Zaidi is so stiff la wth? Nak tengok dia mengacara pun tak senang hahaha. Nurul macam takde komen ah eh sebab bagus? (lol pusingan A1 pun saya kata begitu) Adakah watak Nurul Lesbianita? Astagha, tema minggu ni #LGBT ke? Hahahaha. Saya berpendapat bahawa babak ni macam pelik? Seorang abang yang terhegeh-hegeh mencarikan jodoh untuk si adik. Padahal si abang pun belum berpunya? HUH????? Tak faham sak. Anyway kalau watak Nurul boleh tunjukkan annoyance atau amarah dengan cara dia duduk/berbual akan lebih bagus ya.
Keputusan bakal diumumkan di skrin belakang. Siapa yang bakal jalan keluar dari studio ini?
NAMUN! Usah risau. Mereka yang tersingkir pun masih boleh menang hadiah!
Senang sahaja! Pergilah undi! Klik di sini.
Saya dah agak si Zaidi akan keluar la! Dia macam awkward turtle je. Si Nabihah pula, saya rasa markah pengacaraannya yang menyebabkan dia tersingkir! Ini kerana dia seorang sahaja yang tersasul. Peserta lain semua smooth af ah.
Walaupun mereka sudah tersingkir, anda masih boleh undi mereka ya. Kasihannya, untuk Top 16 sahaja. So, Aidi, Murysid Amalina dan Yasmin tak boleh.
Sejauh ini, saya masih belum ada favourite. Saya pun tak boleh ramalkan siapa bakal ke peringkat separuh akhir. Ini kerana mereka semua tak begitu bagus lagi!
Semoga Kumpulan B akan buat lebih baik minggu hadapan ya!!!
EKSTRA
Dear Mediacorp Toggle,
I went to the website http://tv.toggle.sg/en/suria/shows/anugerah-skrin-2016/info to vote for my favourite contestant. Unfortunately, I am very annoyed at this.
Why is it that there are Chinese translations on Suria’s Anugerah Skrin voting page? I am confident that 90% of the voters can’t decipher what the characters are. Why is there a need to do this for a Malay programme? I feel ignored as a minority because Toggle don’t bother to translate it to Bahasa Melayu! I am sure makciks be flocking on this website to vote for their favourite contestant(s). What would they feel when they see this language instead of the language they speak? And what is Suria doing? Fix this. Stop the ignorance.
Don’t we have 4 Official Languages? If Toggle wants to translate it, translate in ALL 4 languages. Stop Chinese Privilege.
Fikirkanlah, wahai pembacaku.
Follow me on Twitter and Like me on Facebook.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)
[…] Saya selalu berpendapat bahawa Kumpulan B mempunyai kelebihan kerana mereka sudah menonton Kumpulan A bertanding sebelum ini. Sesuatu yang kurang adil. Ini kerana mereka tahu apa yang para pengadil […]
LikeLike