Ha? Hawa & Adam

Salam sejahtera, wahai pembacaku yang merupakan keturunan Adam dan Hawa. Saya yakin ramai antara kamu orang islam dan merupakan anak cucu Adam dan Hawa. Kalau awak dah murtad, mungkin awak percaya bahawa awak anak cucu mikroorganisma yang bertukar menjadi beruk dan akhirnya bertukar wajah kepada manusia.

IMG_8281

Kali ini, saya ingin mengupas rancangan bicara baharu iaitu Adam & Hawa yang disiarkan pada setiap hari Ahad di Suria. Rancangan ini mengajak para penonton berbual isu-isu yang berkaitan dengan jantina seseorang. Sama ada ia satu stereotaip ataupun fakta. Dan juga masalah yang dihadapi setiap jantina. Pasti ramai pembaca saya tahu bahawa saya ni seorang feminist. Jadi, saya memang tak suka rancangan yang memperbezakan atau memperdebatkan kelemahan serta kekuatan setiap jantina. Tidak boleh dinafikan bahawa wanita dan lelaki dicipta berlainan namun pada zaman serba moden ini, tak perlulah kita bincang hal ini dengan cara eksplisit.

IMG_8282IMG_8294

Dan seperti biasa, Suria dengan strateginya untuk mengadakan seramai pengacara dalam satu rancangan. Seperti talk show yang dahulu macam Jus, Suria Segar dan lain-lain. Namun kali ini, kita lihat 2 orang pengacara baharu.

Dua-dua mereka jantan. Fuzz dan Didicazli. Fuzz sekarang dah popular dalam industri Melayu eh? Didi…? Dia boleh mengacara? Nadiah M. Din tu memang takde hal ah dia berbakat gila. Aura Shai pula dah tak shy in this hosting scene pun.

IMG_8296IMG_8297

Pada setiap episod, mereka berempat akan bertanya 7 soalan secara bergilir-gilir. Soalan-soalan ini bakal dibahaskan dengan panel sebentar nanti. Antara soalan adalah seperti di atas. Para penonton di studio diajak untuk mengundi jawapan mereka dengan flashcard yang diberikan.

Sini saya ingin kemukakan kesalahan yang selalu dilakukan ye. Meh, saya bagi kelas Bahasa Melayu. Jika anda perasan, soalan yang di atas, perkataan yang digunakan adalah “dari”, namun soalan di bawah, perkataan “daripada” digunakan. Jadi, soalan saya… Perkataan mana yang lebih tepat?

Jawapannya

Istilah “dari” digunakan untuk arah, tempat, masa.

Contoh: Tan berasal dari China.

Istilah “daripada” digunakan untuk sumber, orang dan perbandingan.

Contoh: Saya menerima Babi Guling ini daripada Tan.

Faham?

Harap maklum, Suria.

IMG_8286

Segmen pertama bertajuk B&D, Bujang & Dara. Di sini, Nadiah dan Fuzz, seorang bujang dan seorang dara, mengajak mereka-mereka yang masih suci untuk berbincang setengah daripada soalan-soalan tadi. Fuzz dan Nadiah merupakan gandingan hos yang hebat namun ia amat jelas bahawa Fuzz kelihatan kekok dan janggal!

IMG_8298IMG_8285

Soalan bonus: adakah mereka semua ni dara dan bujang tulen?

Soalan bonus cepumas: siapakah mereka? (kecuali Suzairhe, Ryan, Endang dan Fatin [lol])

Secara terus terang, saya tak tau Suria pungut diorang yang lain dari mana. Saya tonton segmen ni, saya stres. Sebab fikiran mereka semua cetek dan semua sweeping statement. Dalam dunia di mana para feminist cuba menegakkan kesaksamaan jantina, di Suria, mereka seolah-olah tak peduli pasal tu langsung. Salah satu soalan adalah “otak saya 8% lebih kecil, siapakah saya?” Wanita yang duduk sebelah Fatin kata lelaki kerana lelaki tidak berfikir jauh. Oleh itu, mereka ada otak kecil. Hmm.. Gajah tu ada otak lebih besar, kenapa ia tidak evolve dan kawal manusia eh? Dalam sebuah video, Fuzz menjelaskan bahawa oleh kerana fizikal lelaki yang lebih besar, secara logik, lelaki mempunyai otak yang lebih besar. Namun, otak besar tidak semestinya lebih pintar. So tak kisah lah otak besar ke tidak, yang penting kau jangan buat komen merepek. Korang siapa in the first place? Gender experts?  Pakar psikologi? Majistret? AHLI MUZIK?

Saya masih boleh tonton episod pertama, tapi dalam episod kedua, saya skip. Because they are arguing based on stereotypes. Memanglah ada fakta yang menunjukkan majoriti kaum adam/hawa bersifat sedemikian namun, apakah tujuan anda? So, bila orang stres dan tak boleh fikir secara rasional je kau nak “sebab kau pompan, cerita AH tu bilang aku macam tu!”

Is that your objective, Suria? 

IMG_8299

Ini pakar tetap. Ironically, suara dia macam jantan. Jadi dia kononnya tak bias ah HAHAHAH.

IMG_8290

Segmen kedua pula S&S. Seiring & Sejalan.

IMG_8289IMG_8300

Kalau tadi bujang/dara, ni dah kahwin la kan.

Sedap telinga saya dengar Aura Shai hos rancangan ni. Maklumlah, ada suara radio. Si Didi… Dia macam keterlaluan? Sorry ah bro. Lu melekat pat nyanyian suah. Tak nampak natural langsung! Macam tengok budak sekolah menengah kendalikan konsert CNY. Dengan pergerakan tangan yang melampau serta ekspresi muka yang over the top. Tiada connection antara Didi dan penonton saya rasa.

IMG_8291

Dalam segmen ini, mereka menjemput dua pasangan suami isteri untuk kupaskan lagi belen soalan-soalan. Syarif bersama isterinya, Malaque dan entah siapa kat sebelah kiri tu. Episod lepas ada DJ Fiza O serta KC dengan pasangan kutipan Suria. Sesungguhnya, saya skip segmen ini. Sebab perbualan mereka tidak menfaatkan saya? Sebab SAYA TAHU APA YANG MEREKA AKAN BINCANGKAN? Contoh, “saya suka melawa untuk anda, siapakah saya?” Huh? Tu pun patut dikupas ke? Ni soalan kalau ditanyakan kepada budak 4 tahun pun dia boleh jawab. Kita tak perlu sebuah talk show untuk anda berbual kosong. Serta seorang pakar untuk mengukuhkan ataupun menghapuskan stereotaip. Mengapa kita masih menilai seseorang kerana alat kemaluannya? Tidak patut.

IMG_8292

Ini segmen terakhir. Segmen in mencabar mereka-mereka untuk mengalami hidup seharian sebagai jantina lain. Pada episod 1, para suami disuruh memakai suit hamil. (sekali lagi suria kutip dari mana entah)

anigif_enhanced-1257-1431018575-14

Seperti gif di atas. Mereka juga menghabiskan hari mereka memakai suit tersebut. Pada episod kedua pula kaum lelaki pergi ke spa.

Hais, dua-dua episod lelaki aja? Seksis ke?

Kesimpulannya, Suria stop. Rancangan seperti ini tak perlu. Tak intelektual. Seolah-olah memecahbelahkan lelaki dan wanita. Ia juga bersifat homofobik. Memang benar kaum adam dan kaum hawa itu berbeza. Namun, setiap individu itu sememangnya berbeza. Tengok sahaja sepasang kembar, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Tahukah anda, ini bukan pertama kali Mediacorp mengadakan sebuah talk show berdasarkan jantina? Vasantham pun pernah ada rancangan serupa!

Screenshot (12).png

Klik gambar di atas untuk membaca blog post tersebut.

Rancangan Astro, Primadona, juga berbaur seksis.

primadona.jpg

Rancangan ini, yang dihoskan seramai 4 wanita, berbual tentang isu lelaki dan wanita juga. Kesian ustaz jemputan yang terpaksa melayan karenah 4 wanita yang sememangnya berat sebelah.

Itu sahaja daripada saya. Kalau terguris hati, bye. Tontonlah rancangan tak seberapa Adam & Hawa untuk menimba ilmu.

Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!

2014-03-13-tumblr_mlkdmmkrce1qj4315o1_500-thumb

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s