Salam sejahtera, wahai pembacaku yang senantiasa awet muda sebab awak gunakan susuk. Kau ingat aku tak tau ke?
Bukan macam pelakon veteran kita yang terpaksa bergantung kepada kad CHAS/PG untuk menerima rawatan kecantikan. Tanpa disedari, dah episod terakhir pun! Jom kita lihat sama ada konflik yang berlaku pada episod lepas dapat dileraikan ataupun ia bertambah rumit.
Untuk baca episod lepas, klik di sini: 1, 2-4, 5-7.
Episod 8
Jururawat Sapiah ternampak Abang Rahmannya di hospital. Dia bertanya rakan kerjanya ke mana arah tujuan Rahman.
Sapiah diberitahu bahawa Rahman ada kencing manis. Sapiah kata kenapa tak beritahu dia. Dia risau.
Rahman kata dia taknak bebankan hidup Sapiah. Tak adil. Sapiah kata jaga orang sakit no hal. Ni forté Sapiah. Tambahan, ada berkat jaga orang tua sakit. Ataupun Sapiah ada fetish orang tua sakit?
Kan dah kenek marah. Bodoh sak pompan ni. Dia tak reti ke bapak Rizal sakit? Bila kau ada anak, anak kau abaikan kau, baru kau tau. Abeh dia kata Rizal takde pendirian?? HUH?? Terus Rizal angkat kaki sak. Dah kirakan bagus dia tak lafazkan talak!
Si Jefri ni nak amek buku dengan kaki tempang dia. Abeh terjatuh. Nasib baik jatuh kat katil!! Macam trust fall.
Isteri dia terdengar hempap dan segera tolong. Tapi Jef tidak mahu ditolong, dia boleh buat sendiri. Isteri dia terus mengamuk la. Dia kata si Jef semua eksyen boleh buat sendiri konon. Pasal kafe pun nak uruskan sendiri. Semua pentingkan diri sendiri, tak hiraukan perasaan orang sekeliling. Sampai isteri sendiri pun rasa terpinggir. Aku rasa dia menjalani menopause sak. Takde iklan pasal menopause? Takde, biar saye yang iklankan.
Klik gambar di atas untuk ketahui lebih lanjut!
Isterinya menambah bahawa dia tidak rasa kasih sayang daripada Jefri lagi. Semua yang dilakukan Jefri semata-mata rutin seharian. Tiada cinta yang membakar di hati mereka. Sebenarnya dia gian. Tapi taknak terus terang. Maklumlah, anak satu. Diorang buat sekali je lepastu dah. Moral of the story, kalau nak semarakkan perhubungan antara suami isteri, buat setiap minggu. Nescaya mahligai bahagia.
Rizal terdengar luahan hati ibunya. Oleh kerana ibunya tidak mendapat kasih sayang daripada bapanya, ibunya menagih kasih terhadap Rizal. Tu pasal sayang sangat!
Ibunya menasihatinya tentang alam rumahtangga. Rizal pun dengar dan berkata dia akan tetap jadi anak mereka walau apapun yang terjadi.
Rahman cuba meyakinkan ibunya untuk menerima Jururawat Sapiah. Ibunya tidak merestui perhubungan mereka. Ibunya rasa seolah-olah Rahman tidak perlukan ibunya lagi. Kenapa ibu dia cemburu macam dia bini Rahman sak? Rahman tu jantan, perlukan sentuhan seorang wanita!
Sham ingin menarik diri dari kafe. Atas nasihat Rahman dan Halim. Memang patut. Kau tinggalkan si bodoh sombong ni dan terokai bisnes lain. Kau masih muda, oi.
Wow mereka tidak sabar untuk rasa makanan kafe itu. Ni macam homoerotic going on. Abeh diorang baca skrip seperti budak menengah berlakon sketsa siviks dan moral?
Aku tak faham si Jefri ni. Dia taknak Sham tarik diri tapi dia punya ego masih tersemat dalam hati dia. Nak reverse pyschologykan budak Sham tu. Sham apa lagi, ok je lah sebab dia memang nak kafe ni. Abeh Jef suruh dia pujuk Rahman dan Halim. PADAHAL KAU YANG MENGGURIS HATI DIORANG KAU SURUH SHAM PUJUK? Pantat la.
Ibu Rahman terjatuh. Jururawat Sapiah merawat ibu Rahman. Dia kata dia sanggup jaga ikhlas la apa la. Ibu Rahman terdengar kata-kata Sapiah. Dia mula sedar akan niat murni Sapiah.
Sanggup eh datang sebelum dan selepas kerja.
Chey. Dia kata jaga orang tua dah jadi perkara biasa. Lagi pun, jaga makcik teringatkan arwah maknya. Ni sebenarnya dia tak sabar mak Rahman untuk mati. Jadi dia boleh jadi Queen Control! Harta semua dia kaup.
Jef tanya kenapa dulu dia tak luahkan hatinya yang kesunyian. Isteri dia kata takpe la. Dah 30 tahun dia pendamkan perasaan ni.
Dia kata la time umur senja la diorang harus bersama menjalani segala onak duri. Kekalkan hubungan semua. Kembali bersinar katakan. Akhirnya saya tau kenapa tajuk drama ni sedemikian. Ingatkan diorang dulu pawang, nenek kebayan, dukun dan lain2 sewaktu dengannya. So dah berubah daripada alam ghaib dan kembali bersinar. Kembali ke cahaya nur dari zaman Jahiliyah katakan.
Jef setuju dan berniat untuk lupakan bisnes kafe. Agar dapat meluangkan masa bersama isterinya. Tapi isterinya kata no sebab itu impian Jefri. Malah, isterinya menawarkan diri untuk tolong di kafe.
Sham berjumpa Halim dan Rahman untuk mengajak mereka kembali ke bisnes kafe tu.
Suhana masuk campur dan menolong Sham untuk memujuk bapanya dan Rahman. Dia kesiankan Sham. Wah wah wah, ada makna di. Tengok tu dia segan silu. Menyampah.
Jefri tiba-tiba muncul dah meminta maaf. Semua selesai.
Wow semakin bersinar muka Halim setelah buka kafe! Dia kata tak lama lagi boleh pergi umrah. Alhamdulillah!
Bila nak berhijab? Kau je in the gang tak tutup aurat.

Hmm… Suka lattew.
Akhirnya! Dah selesai jugak cerita ni. Pelik eh, last episode takde pasal kad Generasi Perintis ataupun CHAS. Ingatkan Yam akan mati pada episod terakhir akibat penyakitnya yang merebak tu. Dah lah asyik taknak ke doktor. Syukur la impian dia untuk jejak tanah suci bakal terkabul. Bagus eh dapat bukak kafe dengan rakan yang tidak kita jumpa bertahun. Kesian si isteri Jef eh. Dalam diam, dia rupanya gian. Tu la aku dah suruh dia amek fuckboi dia taknak. Si Suhana dengan Sham ada sparks fly going on ke? Dan akhirnya Jururawat Sapiah dapat cari kebahagiaan rumahtangga! Dengan Abang Rahman. Wow, andartu akhirnya bernikah. Jodoh di tangan tuhan ye! Tapi, hubungan antara Rizal dan isterinya tetap atas batu. Moga-moga mereka dapat bersepakat dan bermuafakat la eh.
Secara terus terang, saya berpendapat bahawa drama ini berjaya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Iaitu mengenai kad CHAS/PG la. Sampai tak nampak natural pun. Selain itu, dapat diselitkan isu persahabatan, perhubungan dan kesihatan yang dilalui warga emas. Selalunya kita lihat drama di mana anak muda melalui pelbagai cabaran. Kita lupa bahawa nenek atok kita juga mempunyai masalah dan impian. Dan oleh kerana mereka sudah berumur, mereka tidak mahu kongsi masalah mereka kerana tidak mahu mebebankan anak/cucu mereka. Drama ini menonjolkan apa yang kita tidak dapat lihat pada orang tua kita. Syabas, Suria!
Bintang kerelevanan: 3.5/5
Soalan Bonus
Antara Halim, Jefri dan Rahman? Siapakah yang akan mati dulu? Dan sebab apa?
Saya teka si Jefri sebab dia cepat marah. Dia akan meninggal akibat serangan jantung.
Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Semenjak ni kita asyik nampak Suzairhe Sumari kat TV eh? Dan perempuan Bara, Suraya Taib tu pun. Tapi dia asyik main cerita pendek je (Dimensi Ke […]
LikeLike
[…] HDB atau badan-badan pemerintah yang bertanggungjawab untuk jual/beli hartanah. Alah, ala-ala drama Kembali Bersinar! Di mana ia disokong oleh Generasi Perintis yadayada. So ni disokong Lembaga Pembangunan dan […]
LikeLike
[…] Kembali Bersinar […]
LikeLike