Salam sejahtera, wahai pembaca beta yang setia lagi taat. Chey chey chey nak stepping bahasa istana konon. Maklumlah, baru habis tonton Bangsawan Raden Mas katekan (15/01/16).
Kau ade? Kau mampu? Tiket $100 sak. Tu pun diskaun. Sri Mamanda kali ini mempersembahkan Bangsawan Raden Mas. Sebuah kisah seorang puteri (or nah?) yang telah berjasa kepada sejarah wanita-wanita Melayu. Saya sebenarnya ternampak iklan Raden Mas ni kat Majalah Manja. Terus ajak Momsie pergi la. Walaupun harga tiket mahal.
Saya beli tiket akhir tahun lepas. Saya agak terkejut kerana masih ada banyak tiket belum dibeli! Walaupun halaman Fesbuk mereka telah ditubuhkan awal tahun lepas? Saya rasa kekurangan publisiti menyebabkan kekurangan jualan tiket.
Tengok tu, masih ada banyak tempat duduk belum dibeli! Ini malam ini punya. Hahaha flopz ke?
Ok, plot dia korang pergi Google sendiri la eh. Sebab ni sejarah so tak boleh tukar sangat. Akhirnya, Raden Mas meninggal mangkat. Makam dia masih ada kat sini. Kau tengok cast dia. Saya cuma kenal Marina Yusoff dan Margaret Chan. Hahaha. Nak tahu lebih pasal cast tapi booklet dia kenek beli sak. Dah lah harga tiket melambung, nak kita beli booklet??? GURL.
So semalam, saya ni macam dah book satu row ah sebab takde orang tengok?? Hahaha.
Pemandangan panorama.
Takde orang pun?? ~5 minutes into show. sak. Yang kat bawah $250 pun tak penuh. Momsie sampai bukak kasut bila tonton. Aku pulak letak kaki atas kerusi depan. Ingatkan tu bila tengok wayang je boleh buat macam tu. Kat ESPLANADE pun boleh.
Saya dan momsie berbincang kenapa tak ramai orang.
A) Panggung terlalu besar. Mereka sepatutnya buat di tempat yang lebih sederhana.
B) Ketiadaan publisiti. Kita hanya nampak iklan Raden Mas di Manja, suratkhabar, ekspo dan Fb. Tiada di TV ataupun Billboard.
C) Mereka kenalkan pelakon baru yang takde orang kenal??
D) Tiket tidak dijual menerusi Sistic. Sistic merupakan satu jenama, diorang ada app. Kalau korang jual menerusi sistic pasti orang akan terserempak.
E) Tiket terlalu mahal. Harga melambung tinggi mencecah $250+!! Takde harga istimewa buat pelajar dan juga NSFs.
Abeh boleh riaaaaak? Kata lebih bagus daripada Puteri Gunung Ledang The Musical. Wow. Belum apa-apa dah boleh banding eh? Lihat di bawah kalau tak percaya.
I like how their website is not a trusted website.
Tak bagus riak. Padahal belum apa-apa pun.
Ataupun masyarakat Melayu sudah tidak minat akan bangsawan ni semua? Waduh. Kok begitu sih!!
Walaubagaimanapun, saya enjoice the show la eh. Skrip yang menarik. Dengan bahasa yang amat mengagumkan. Sedap didengar. Pantun-memantun la. Sebagai pencinta bahasa, I was having orgazma throughout the show. Muzik yang dimainkan juga amat autentik dan membawa anda ke zaman Melayu dulu-dulu ah konon. Lagu juga boleh tahan tapi takde yang melekat kat kepala saya, so… Gagal ah. Set wise, saya rasa boleh up sikit? Macam amat minimal? Aku bayar beratus sak, set macam ok-ok. Kostum pula wowerz ah. Walaupun saya di tingkat 3, saya boleh lihat ketelitian kostum yang dipakai oleh para watak. Walaupun si Mas Ayu asyik terjatuh benda kepala apa entah hahaha. Koreografi pula buat mata saya kero? Terlalu banyak pergerakan yang berlainan pada satu masa! Tak tau nak lihat mana. And it’s messy for a theatre better than PGL hahahha.
Penghayatan watak juga amat bagus sekali!! Terutama sekali watak Tengku Cik!! Comey. Abeh si narrator tu macam buat aku konfius? Dia nak berbual bahasa baku or nah? Ataupun mereka sengaja agar ia elok didengar? Suara dia pun lunak ah so best hahaha.
Saya amat suka watak Ratu dan Puteri. Satu Evil Queen tak cukup. Kenek ada dua! Hahaha.

Oh yes, dan juga watak Syaitonne yang berwarna merah di Kediri. Tapi kat Temasek Syaitonne berwarna hitam.
Selain bahasa indah yang digunakan, saya perasan bahawa sarikata yang diterjemahkan amat tepat dan juga terperinci. Namun, timing dia ada slow sikit ah. Dan banyak masalah teknikal pasal sarikata ni. Saya tahu la baru show pertama. But still.
Ekcili pada separuh pertama saya macam menantikan kemunculan Raden Mas? Asyik cerita pasal Pengeran Agong dengan permaisurinya; Mas Ayu? Bila Raden Mas nak keluar? Cerita ni kan Raden Mas. Bukan kisah cinta antara ibu dan bapa Raden Mas.
Pada separuh kedua barulah saya dapat menikmati dan memahami bangsawan ini dengan penuh khusyuk. Sebab Raden Mas dah ~15 tahun. Baru nampak dia in action. Sampai saya tak sedar dah jam 11 malam! Mak saya dah rasa takut sebab nanti balik lambat hahaha.
Padahal ia mula jam 8 malam, intermission 915 selama 15 minit. Abeh habis 1115? Wow. Saya betul-betul tak sedar dah hampir 2 jam saya duduk tonton separuh kedua!
Tapi dia punya penghabisan, di mana Raden Mas ditikam, macam terlalu terburu-buru? Isn’t that like the main dish? Slow-mo la abeh pekik. I need more ah hahaha.
But whatever it is, saya berpendapat bahawa ia pementasan yang amat bagus sekali. Syabas kerana mengekalkan budaya seni Melayu! Saya tak boleh bandingkan dengan PGL The Musical sebab saya tak tonton PGL hahaha. Kalau tak, aku rasa aku dah kritik pedas.
Saya juga berharap akan ada lebih banyak Bangsawan! Walaupun ini sememangnya tidak berjaya sebab tiket tak habis, tolong jangan hentikan perjuangan anda! Saya akan terus sokong Bangsawan ya. Belajar dari kesilapan dan buat kat tempat yang padat la.
Jangan nak bedek. Tickets selling fast wak lu. Dia punya sentence pun macam lol? “Book Now …” Seolah-olah tidak mahu orang beli? Siapa yang tulis eh?
Amat sedih bahawa sejarah Singapura hanya diketahui masyarakat Melayu (mostly) sahaja.
Kasihan eh diorang konsperm rugi besar punya! Kalau youalls nak pergi, tiket masih berlambak! Klik di sini. Tapi saya rasa beli kat esplanade sudah.
Saya pasti banyak anak muda akan tertanya-tanya. Bangsawan tu apa? It literally translates to Malay Opera. Like how some people do not know that sastera is literature.
Bintang keflopopan: 3/5
Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!
BANGSAT!
– Pengkritik Sandiwara
UPDATE
Saya difahamkan bahawa produksi ini menelan belanja sehingga berjuta dolar!! Amek kau.
$1.3 juta! Agak-agak diorang dapat hasil ke tak eh? Bukan itu sahaja, kau baca yang kat bawah ni.
Wow, bercita-cita tinggi eh Encik Nadiputra kita. Secara terus terang, saya rasa ia tidak akan menjadi satu realiti. Mungkin saya salah, buktikan. Sejauh ini, saya rasa lebih banyak yang harus dilakukan untuk ia menjadi satu kenyataan. Kalau nak pentaskan kat negara bukan Melayu, isu teknikal sarikata betulkan dahulu.
Abeh ada drama ni pulak. Boleh gitu, Norish Karman? Beliau yang sepatutnya memainkan watak Tengku Halijah menarik diri/dibuang hahaha. Takde komitmen langsung! Itu sahaja ye.
Kemunculan Raden Mas dalam Berita: klik
UPDATE 2.0
Pada hari terakhir persembahan bangsawan ini, harga tiket bagi semua kategori diturunkan kepada $50. Boleh gitu?
Ada yang meluahkan hati mereka di halaman fb Raden Mas dan berkata ini tidak adil. Walaupun mereka tahu wang mereka tidak boleh dikembalikan. Bukan hanya ia tidak adil, ia juga bercanggah dengan hukum-hukum ekonomi! Orang duduk kat tingkat atas bayar $50, orang kat bawah pun bayar $50? Hais. Kalau nak turunkan harga, turunkan ikut kategori lah! Kesian orang yang bayar $250. Kalau orang sebelah dia bayar $50? Tak ke remuk hati dia?
Walauapapun, memang sudah menjadi lumrah biasa untuk turunkan harga sesebuah produk kalau ia kurang laku, bukan? Lihat sahaja Bazaar Ramadan. Kalau malam raya, ada lelong!
Namun, walaupun harga tiket terjunam, jumlah penonton yang hadir tidak begitu ramai.
Menurut @g0rjez di Twitter, tak full house pun. Hais, harga tiket diturunkan tetap tidak penuh? Haha.
Menurut Berita Harian pada 19/1/2016, lebih 1000 keping tiket dijual.
Ketua pegawai eksekutif syarikat Sri Mamanda, Cik Masmunah Abdullah yang berkata begitu. Oleh kerana beliau kata “lebih 1000” saya rasa ia tidak mencecah 2000 pun. Ini kerana jika ia mencecah 2000, beliau akan kata hampir 2000 atau melebihi 2000 bukan? Sememangnya, mereka tidak berjaya membawa hasil.
Menurut lelaman Esplanade, panggung Esplanade Theatre mampu menampung 1,950 orang penonton. Oleh itu, jika Bangsawan Raden Mas diadakan pada satu hari dan bukan tiga hari, ia tetap tidak akan full house!
Tu pun Cik Masmunah “terharu dengan sambutan”? Terharu ke termalu?
Bukan itu sahaja, 10% penjualan tiket akan didermakan! Oh no. Mana nak cekau hasil? Saya juga difahamkan bahawa bajet bangsawan ini rupa-rupanya setengah juta dolar. Bukan $1.3juta! Hmm.. Nak percaya mana eh?
Korang rasa kalau Istana Budaya tahu tentang keflopopan bangsawan ini, mereka nak ke jemput Raden Mas buat persembahan kat sana?
Apa pula kata pihak penganjur dan juga pemerintah yang telah memberi sumbangan kepada bangsawan ini? Akankah pihak pemerintah terus menyokong seni Melayu Singapura?
Apa yang kita boleh belajar daripada peristiwa ini adalah, jangan nak berlagak macam Encik Nadiputra. Memang dia orang yang amat saya hormati tapi… Nak berlagak depan typewriter dan berkata ia lebih bagus dari PGL is no.
Tidak boleh dinafikan bahawa Bangsawan Raden Mas amat menarik sekali. Saya salahkan pihak marketing mereka atas kekurangan jualan tiket.
Itu sahaja update saya.
[…] TADI KAU KATA SERAHKAN ABEH SEKARANG NAK MEMBEBEL. Perangai betul-betul macam Tengku Halijah dalam Bangsawan Raden Mas yang tak mendatangkan hasil tu […]
LikeLike
[…] tahu apa yang menelan belanja setengah dolar? BANGSAWAN RADEN MAS flopz […]
LikeLike
[…] lakonan babak singkat, Shida Lestaluhu dan Nurul Nadia. Nadia memainkan watak Raden Mas (hahaha Bangsawan Raden Mas) manakala Shida pula menghidupkan watak Tengku Halijah. Baru mula, si Shida dah wasted ah sebab dia […]
LikeLike
[…] lagi yang menelan belanja setengah juta eh? OH BANGSAWAN RADEN MAS HAHAHAHAHAH. Mungkinkah Bunga Tanjong yang diarah oleh Azroy Sultan ini juga […]
LikeLike
[…] tajuk projek terbarunya Are You Raden Mas Ayu. Kelakar! Jangan makan belanja setengah juta dolar […]
LikeLike
[…] Entah kenapa dia model/pelakon untuk AYRMA. Melainkan filem tersebut bakal flopz seperti Bangsawan Raden Mas then saya rasa ok la […]
LikeLike
[…] Bangsawan Raden Mas […]
LikeLike
Merujuk komen pengkritik sandiwara, saya berterima kasih kerana prihatin terhadap pementasan Bangsawan Radin Mas, tulisan dan arahan saya. Saya amat hargai segala ketulusan dan budi bicara tuan terhadap Bangsawan Radin Mas. Cuma satu pembetulan yang ingin saya sampaikan (maaf, walaupun dah 2 tahun berlalu) “perbandingan dengan PGL” sebenarnya bukanlah datang dari saya di FB. Dan saya sudah tegur pihak yang mengeluarkan kata-kata itu supaya membetulkan kembali statement itu yang tidak datang dari saya. Sebenarnya saya cuba gunakan PGL sebagai contoh satu persembahan yang baik. Itu sebenarnya yang ingin saya sampaikan, bukan buat perbandingan. Akhir kalam, Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Teruskan usaha pengkritikan anda yang telus dan jujur. Syabas
-Nadiputra
LikeLiked by 1 person