Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!
Kali ini saya akan kupas drama Bingit. Dah musim ketiga youalls. Memang tidak boleh dinafikan bahawa drama ini amat berfaedah kerana ia mengetengahkan masalah sosial yang mungkin anda hadapi. Episod ini mengisahkan seorang wanita yang sukaaaa sangat simpan barang antik atau barang yang telah dipakai. Aka garang guni la eh.
Ni cerita bedek.
Episod 1
Dah puas tengok trailer? Jom kita baca pulak.
Ni macam imbas kembali ah konon. Akhirnya dia pergi jumpa kaunselor. Jadi… Apa yang berlaku?
Ini Aida dan ibunya. Mereka berdua suka borong barang. Ye la, takkan kuah nak jatuh kat sup kan? Mestilah nasi, bukan? Dia beli banyak sak, berguni.
Aida beli barang yang sudah ada. Suami dia, Said, marah lah sebab rumah dah semak macam kandang babz.
Takde tempat nak simpan baju abeh dia simpan dalam kabinet dapur???? Gila pe.
Dia terlambat nak ke kerja dan cari baju yang nak pakai. Kan rumah kau berselerak macam apa entah.
Oleh sebab dia lambat, dia terlupa membawa thumbdrive. Dia dimarahi bos. Padan muka. Honestly, can’t deal w Era Farida’s botox/surgery/susuk ah!!
Look at her pre-botox/surgery/susuk hahahahaha.
Bukan tua. Rumah dia tu macam tongkang pecah.

Kawan dia kemas-kemas, nak buang barang. Dia kata kesian? Boleh buat langsir? Langsir ke langsuir? Dia tak sedar ke rumah dia kecik? Dia fikir dia apa? Jabatan Arkib Nasional?
Eh eh mak dia. Dia nak tidur luar sebab kat dalam semak, dol.
Eh, mak dia order apa pulak ni???
Si Said pun layan dia aje?? Omg. Kalau aku, terus drive balik sak.
Aida membeli sebuah lampu meja buat ibunya. Tu barang ang posmen hantar tadi. Ia mirip lampu meja yang dibeli arwah ayahnya apabila arwah balik dari London dulu. So… ni dua beranak memang ada tabiat simpan barang dari zaman kampung ah kirakan!
Hahaha Said alahan kepada habuk! Kesian. Aida setakat cakap sorry??
Hahahaha. Kawan Shira nak belajar kat rumah Shira. Shira kata no way jose tapi diorang tetap nak pergi? Degil sak. Menyesal baru tau.
Huh? Muzium pun lebih lapang la.
Hahaha tu la nak sangat kan.
Amek kau. Boleh belajar tempat lain taknak. Rumah Shira jugak.
??? Said jatuh abeh dia kata barang dia ada banyak faedah? Kalau faedah banyak sangat kau sembah la benda tu. Buang sudah! Kalau nak baca lagi pergi perpustakaan.
Alamak, Said. Bukan sebelah kanan la. Sebelah kiri benjol.
Aida telefon rakannya untuk pesan agar jangan biarkan cleaner buang beg plastik kat bawah meja dia. Apa dia nak bawak??
Rude sak. Padahal dia yang alihkan benda!!
Hmm… Kesian Shira kenek marah dengan cikgu tadi!!
Anak dia baru balik outstation ke apa abeh nampak semak masih sama 4 bulan yang lalu. Bahkan, semak bertambah hahaha.
Wow, gaduh besar ni. Ni semua sampah sak. Hari raya macam mana korang jemput orang masuk??
Hahaha kes mnl.
Eh eh.. Dia mengadu pat kawan dia pulak. Bagus dia putar belitkan cerita eh. Kononnya dia yang mangsa?? Dia perlukan rawatan ASAP.
Sorry pakcik. Tempat koridor bukan untuk main basikal. Koridor pun bukan untuk letak barang. Kalau ada api macam mana?
Harap maklum ye, pembacaku. Jadilah warga yang mementingkan keperluan awam. Kenapa poster ni dalam bahasa Cino? Padahal SCDF kampong Melayu sak. Klik gambar untuk ketahui lebih lanjut!
Said tidak mahu buang barang-barang Aida kerana dia tahu Aida akan mengamuk. Oleh itu, dia cuba memberitahu ibu Aida untuk slow talk dengan Aida.
Tapi si nenek bengap ni angkat barang sendiri?? Abeh dia punya pernafasan + batuk dah semakin teruk!
Banyaknya!!
Eh eh dia ni. Pungut sampah pulak… Eh dia memang suka pungut sampah.
Said? Mak kau yang buang! Hahaha.
Eh, pekik untuk mintak tolong? Sorry lah Aida. Gelombang suara daripada mulut kau takkan sampai kepada telinga sesiapa sebab disekat oleh barang semak kau!!
Awak rasa Aida akan telefon ambulans? Dia dapat cari handphone dia ke? Hahaha. Kalau ye pun, awak rasa pihak ambulans boleh masuk rumah dia ke?? Agak-agak… Aida belajar dari kesilapannya ke tidak? Kalau dia betul-betul nak simpan barang tu, asal tak sewa tempat? Tak mampu ke? Hmm… Tapi eh dia nak simpan buat apa sak banyak gitu. Dia tak sedar ke rumah dia buruk???
Kita lihat apa yang bakal berlaku pada episod akan datang ye! Ikuti hashtag #BingitSuria di Twitter dan Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] pembaca setiaku yang malas nak kemas rumah. Tanpa membuang masa, jom kita lihat kesinambungan drama Bingit 3: Episod 1 […]
LikeLike