Salam Rabiulakhir, pembaca setiaku. Drama Pasal Duit dah berakhir, so adalah drama baharu yang menggantikan slot drama hari selasa jam 9.30 malam. Drama itu bertajuk Farhana. Ia mengisahkan seorang lelaki yang bernama Farhan. Akibat penyakit nanahnya yang tak henti, dia terpaksa melalui pembedahan. Apabila setelah habis pembedahan, Farhan sedar bahawa alat kemaluannya sudah tiada. Ini kerana doktor yang membedahnya tadi telah ke bilik pembedahan yang salah! Farhan pun terpaksa menukar nama menjadi Farhana(nah)!!
Wow, that would make a hit drama mengalahkan MM2 dan Menantu International combined. Hahahaha. Dibintangi Izyan Mellyna dan Norman Ishak, drama ini sebenarnya tentang seorang gadis bernama Farhana yang bercinta dengan Farid. Farid ada kembar bernama Fauzie. Jadi, awak nampak anak arwah Ishak Ahmat ni bermain 2 watak yang amat berbeza dalam sebuah drama. Baru satu episod, saya rasa dia berjaya memainkan 2 watak!
Episod 1
Itulah Farhana dan Farid. Mereka belum nikah tapi dah ambil gambar kahwin. Hais budak zaman sekarang eh. Belum nikah dah berani pegang-pegang abestu buat poster besar-besar masa majlis. Tak takut dosa? Baliklah ke jalan yang benar.
Ini pula Fauzie. Dia kembar Farid la duh. Fauzie merupakan the cool guy manakala Farid pula si nerd. Saya tak pasti mana satu abang/adik.
Si Aaliyah ni pekerja Fauzie. Dia ingin menjadi jurugambar tersohor aku rasa. Dia comel, ikut dia di IG: https://www.instagram.com/hannahdelisha/
Semasa menukar pakaian, sebuah seterika terjatuh kat belakang Farid tu. Ouch.
Adik Farhana, Siti, merupakan penggiat seni. Dia berlakon teater. Tapi, pengarah tak suka cara dia berlakon kerana dia tak boleh berlakon. Yelah, sama macam MM1! “HELLLOOOO KL”
Siti suka mengadu semua benda kat matairnya, Hakim. Saya tak tau kenapa saya dah mula tak suka watak Siti ni. Macam mengada-ngada?
Itu ibu dan bapa Farid serta Fauzie. Mereka di rumah Farhana untuk lihat foto-foto yang telah pasangan bakal pengantin petik kelmarin. Cik Salmah (ibu Farid) ada penyakit amnesia ke? Ni masalah ni.
Diorang masuk rumah tapi duduk kat meja makan? Rude sak ni Siti!!! Dia cemburu la kakak dia kahwin dulu, dia tak sabar nak main sebenarnya. Dia nak majlis dia lain daripada yang lain. Ala-ala Gushcloud.
Mak dia, Noor, mula beremosi pulak sebab anak dia akan jadi isteri orang. Tapi Farhana janji akan tetap tinggal bersama.
Noor mimpi ngeri. Abeh frame gambar pecah. Lepastu “alamat ape ni?” HUH. Alamat? Astagha. Kau islam ke bukan? Syirik percaya alamat ni semua. Mimpi sekadar permainan tidur!!
Si Farhana seorang cikgu memasak? Dia dah start jemput kawan-kawan/murid-murid dia lah.
Hahahaha. Fi tu adik dia yang tak boleh harap.
Fauzie seorang yang artistik manakala Farid seorang jurutera. Walaupun kembar, mereka berbeza dalam pelbagai aspek. Farid pun tanya jika Fauzie ada matair. Fauzie kata dia LGBT.
Farid pun bertanya jika ada peragawati yang HOT pernah memikat hati Fauzie. Namun, mereka tu semua bukan wife material kata Fauzie.
Setelah solat, mereka tak sabar nak buat. Entah la kenapa mak dia asyik sakit?
Farhana memberi baju seksi kepada Siti sebab bila jadi isteri orang kenek tutup aurat. Mereka bahagia kerana dah jumpa imam masing-masing. Kau tengok muka Siti tu!! Annoying sak. Kau kenapa, gila.
Sikit gitu pun nak mengadu?? Kalau tak suka jual kat Carousel lah. Habis cerita. Kau dapat duit kan. Tapi ini #youngersiblingsprobs ah aku pun mangsa hahaha.
Si dekni ni main phone sambil jalan, ada kereta hampir langgar dia. Nasib baik si Hakim dapat elakkan! Abeh dia tak sedap hati? Memang hati kau tak sedap sebab kau kejam.
Oh no! Farhana dan Farid kemalangan jalan raya!!!
Farid tidak boleh diselamatkan… Hais, aku paling benci drama kalau episod pertama ada watak mati. Macam terlalu cepat?? Rileck ah kasi mati episod kedua ke apa.
Farhana pula dalam koma. Kasihan. Diorang baru nak kahwin…
Si mak dia dah mula bersedih la. Memori dia pun semakin hari semakin teruk!
Si Fauzie lepaskan stres kat kerja?? Campak barang la. Nasib baik ada adik comel siapkan Milo. Si Aaliyah ni macam syiok kat bos dia aja.
Hahaha rude sak pakcik dia.
Ni la orang yang jumpa sedara je mintak duit. Orang macam gini patut dihantarkan ke N.Korea. Dia penagih judi.
Kasihan…
OMG Suria objectifying women??? Produk air kelapa tapi kau tengok perempuan ni semua hahaha. Macam Mak Nyah sak yang kiri tu.
Farhana tersedar dari komanya! Alhamdulillah.
Dia ingatkan si Fauzie ni Farid. Dia tak tahu Farid dah ke Jannah…
Si Noor cadangkan agar Fauzie menjadi Farid buat sementara waktu untuk sedapkan hati Farhana. Oh no!
(Ni macam typical twin punya cerita aje)
Kalau Fauzie boleh multiply macam Beyoncé kan best?
Dia nak kahwin dengan jenazah ke?
Ni saya terpaksa setuju dengan si Siti.
Si dektu doktor ke jururawat ke??
LOL. Dia nak keluar pergi mana sak??? Nak lari? Gila ke.
Noor ke rumah Salmah dan Hashim untuk merayu kepada mereka. Noor ingin Fauzie menjadi Farid buat sementara. Stres.
So… Mungkinkah Fauzie akan menjadi Farid untuk Farhana? Mungkin Fauzie akan jatuh cinta dengan Farhana? Hingga ke episod terakhir! Dan pada hari pernikahan, bila Tok Kadi sebut nama sebenar, baru Farhana sedar bahawa Farid adalah Fauzie. Farhana mula stres dan salahkan semua anggota keluarganya? Aaliyah pula menjadi musuh ketat Farhana kerana mencuri bakal boyfriendnya. Salmah pula yakin bahawa Fauzie adalah Farid kerana ingatannya yang semakin teruk.
Did I just type out the ending? I won’t be surprised if that’s the ending cos Suria is so predictable.
Ikuti hashtag #FarhanaSuria di Twitter dan Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)
[…] Kepada anda yang belum membaca Farhana Episod 1, klik di sini. […]
LikeLike
[…] terlepas baca episod lepas, klik: Episod 1, […]
LikeLike
[…] anda yang belum membaca entri saya mengenai Farhana, sila klik di sini: episod 1, 2&3, 4&5, […]
LikeLike