Pa$al Duit: Episod 1

Salam minggu November yang terakhir, wahai pembaca setiaku.

IMG_5357

Pasal Duit merupakan drama terbaru Suria yang menggantikan drama 93m². Apabila melihat gezek drama ini buat kali pertama, saya fikir drama ni macam lame gila nak mampos? Tambahan, dia punya tajuk macam tak begitu menonjol? Ni konsperm tuan pengarah nak bincang abeh “cerita ni pasal duit kan? Pasal Duit lah tajuknye!”

IMG_5356

Dibintangi Khairudin Samsudin dan Haryani Othman, drama ini mengisahkan individu-individu yang terperangkap dalam masalah kewangan. Sungguh relevan buat masyarakat umum! (terutama sekali masyarakat Melayu)

Tapi eh… Kenapa opening credits dia macam zaman 90an? Adakah saya sedang menonton Under One Roof? Ataupun Gelora? Ataupun mungkin ia disengajakan kerana isu bajet?

IMG_5358

Amy Kecik should just stop using this “stage name” because nobody cares and nobody knows you? You’re not even popular. And you’re not kecik, you’re GANYUT.


 

Episod 1

IMG_5359

Ini Ahmad Cermat (saya amat suka dengan nama ini?? Haha) Dia merupakan seorang security guard yang mempunyai sebuah saluran di YouTube (seperti saya).

IMG_5360

Ini pula anaknya yang merakam dan memuatnaikkan segala video-videonya. Dia juga mendorong bapanya untuk membuat video dan sebagainya.

IMG_5361

Dalam video-videonya, Ahmad Cermat berbual tentang duit. Bagaimana untuk simpan duit la, bayar hutang, elak hutang dan sebagainya. Videonya hampir viral.

IMG_5362

Dahulunya, Ahmad Cermat merupakan seorang usahawan dan mempunyai bisnes sendiri. Namun, oleh kerana satu insiden, dia kini muflis. Dia terpaksa mencari kerja lain dan bercerai. Anaknya memberitahunya bahawa dia ada lagi $102,000 lagi untuk dibayar.

IMG_5363

Ini pula bekas isteri Ahmad Cermat. Dia asyik meminta duit daripada anak perempuannya kerana dia tahu bekas suaminya pasti bagi duit kepada anak perempuan mereka.

IMG_5364

Dia bagi duit tu pat anak lelaki dia??? Tadi dia kata “bapak kau fikir duit gini cukup nak kasi makan 3 orang?” HUH?? Abeh dia bagi $150 pada anak lelaki ni yang tak berguna?? Erm, kalau duit tu tak cukup… Jual rumah kau yang besaq ni ah.

IMG_5365

Ini pula Maria, Sulaiman dan ibu mereka. Sulaiman merupakan adik Maria. Sulaiman mempunyai masalah hutang yang harus diselesaikan. $70,000 dok. Mana nak cari? Sulaiman membeli segala “keperluan” seperti beg tangan, TV baru dan sebagainya. Dia menggunakan alasan keluarga supaya kakaknya menolongnya. Namun, kakaknya tidak mahu kerana dahulunya, kakaknya sudah langsaikan hutang Sulaiman yang bergunung.

IMG_5366

Ibunya cuba menggunakan cara “ibu menangis” agar Maria membayar hutang-hutang adiknya itu. Ibunya juga berkata dia akan menjual rumah ini supaya Sulaiman dapat selesaikan hutangnya. Gila eh mak dia, dia sanggup merempat?

IMG_5367

Tu lah! Anak bongsu dimanjakan. Abeh si Maria ni? Kau fikir dia cap duit ke???

Maria pun melungsuri Internet untuk mencari jalan masalah adiknya. Dia ternampak saluran YouTube Ahmad Cermat.

IMG_5368IMG_5369

Dengan segera, mereka pun berchatting. Ahmad Cermat bersetuju untuk berjumpa Sulaiman untuk berbincang hal kewangan Sulaiman.

IMG_5370

Sulaiman berjumpa Ahmad Cermat. Ahmad Cermat pun memberitahu kisah silamnya sebagai seorang yang sering boros dan sebagainya.

IMG_5371

Mereka bersama-sama menghadiri sesi forum kewangan la apa la.

IMG_5372

Ahmad Cermat juga berjumpa isteri Sulaiman untuk berbincang. Ini untuk membuat mereka sedar bahawa masalah kewangan ini merupakan masalah keluarga dan bukan masalah Sulaiman sahaja. Namun, isteri Sulaiman menggunakan alasan bahawa Sulaiman merupakan ketua keluarga dan sepatutnya menyelesaikan masalah ini.

Ahmad Cermat dengan segera memberitahu bahawa Sulaiman dikelilingi hutang kerana barang-barang berjenama di dalam rumah mereka. Ini membuat isteri Sulaiman sedar diri.

IMG_5373

Maria berjumpa dengan Ahmad Cermat untuk mengucap terima kasih. Maria pun menjemput Sulaiman ke studionya di mana dia boleh melihat rakaman talkshow yadayada.

IMG_5374

Ahmad Cermat amat disukai oleh pekerja-pekerja di situ kerana hampir kesemua mereka mengenali Ahmad Cermat melalui YouTube.

IMG_5375

Tanpa disedari, Ahmad Cermat melayan bos besar.

IMG_5376

Bos besar amat suka akan video-video Ahmad Cermat dan mahukan Ahmad Cermat untuk mengacara sebuah rancangan.

IMG_5377

Maria berjumpa Ahmad Cermat untuk memberitahunya tentang rancangan itu. Malangnya, Ahmad Cermat menolak tawaran itu kerana dia berpendapat bahawa dia tidak sepatutnya mengacarakan sebuah rancangan kewangan kerana dia sendiri mempunyai masalah duit.

IMG_5378

Tetapi, Bos besar masih inginkan Ahmad Cermat kerana ini dapat menunjukkan para penonton bahawa orang-orang muflis juga boleh bangkit semula. Bos sanggup menawarkan Ahmad Cermat $5000 bagi setiap episod. WOW.

IMG_5379

Apabila mendapat tahu bahawa bekas suaminya bakal mengacarakan rancangan kewangan, dia gelak besar.

IMG_5380IMG_5382

Ahmad Cermat berlatih siang malam untuk menyempurnakan pengacaraannya. Si Maria macam dah fall in love???

IMG_5383

Hari yang ditunggu-tunggukan…

IMG_5384IMG_5386

CAKAPLAH ORANG DAH KATA ACTION!!


 

Jengjengjeng! Apa yang akan berlaku? Ahmad Cermat mind block ke? Apa pula reaksi penonton? Jika Ahmad Cermat terdiam je, mungkinkah rancangan ini akan dibatalkan? Mana nak letak muka tu? Dah malu seh!!

Secara keseluruhan, saya rasa episod satu amat bagus sekali. Hanya dalam satu episod, banyak isu yang dapat dikemukakan. Drama ini merupakan drama yang amat relevan dan mempunyai banyak pengajaran yang para penonton boleh raih. Pada masa yang sama, ia agak lucu juga!

Saya dapat bayangkan dalam episod-episod akan datang, timbul lagi banyak isu yang amat dekat dengan hati penonton dan ini akan mengajak penonton untuk menonton drama ini! Ia sebuah drama yang bukan sahaja menghiburkan namun dapat memberi manfaat kepada mereka yang menonton. Syabas, Suria!

– Pengkritik Sandiwara 

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s