Salam Jumaat Hitam aka Black Friday, wahai pembaca setiaku!
Kali ini saya bakal mengupas drama yang tak masuk akal lagi merepek kerepek. Tetapi, apakan daya, saya telah pun ketagih dengan rancangan ini kerana saya juga ingin tahu akan kesudahan cerita ini! Tambahan pula, saya memang suka genre drama polis-polis walaupun ia tidak mempunyai unsur-unsur realisme dan mungkin tidak serelevan drama-drama lain. Ayuh kita lihat apa yang berlaku pada episod 6 dan 7.
Episod 6
Imbas kembali. Melody merupakan peguam Zack bagi kes anaknya. Namun, “pembunuh” anaknya dibebaskan atas sebab-sebab penyakit mental.
Zack tidak puas hati kerana inginkan pembunuh sebenar itu ditangkap. Melody pun bertanya siapakah suspek Zack.
Melody pun mengulang kata-kata hakim di mahkamah dan berkata bukti-bukti menunjukkan bahawa Ah Sing yang membunuh Sarah.
Namun, Zack yakin bahawa Ah Sing bukan pembunuh Sarah. Ah Sing merupakan orang suruhan seseorang yang merancang pembunuhan Sarah.
Shahid terjumpa Zack di agrofarm dan bertanya dengan Zack jika dia berada di kelab malam kelmarin kerana ternampak van tersebut di kelab malam. Zack cuma kata dia seorang pemandu van yang menghantar sayur. Dan van seperti itu banyak di merata tempat.
Ini pula klien terbaru Nemo, Sally. Beliau merupakan rakan sekolah Nemo. Beliau juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih sekali. Mungkin orang Peranakan.
Beliau ingin Nemo menyelidik kelakuan suaminya kerana beliau ingin meminta cerai daripada suaminya yang kaki minum. Beliau inginkan bukti kukuh bahawa suaminya bermain kayu tiga.
Nemo pun memberi tugas kepada ni dua ekor. Namun, Nemo tidak memberitahu siapa yang memberi tugas ini.
Sepantas kilat, mereka berdua dapat maklumat hal target mereka, Harry. Tapi diorang panggil “Hans”??? Zack pula bercadang untuk menjadi bayang malam manakala Lucky bayang hari.
Aku rasa mereka tersalah skrip apabila mengatakan “Hans” sebab mereka berkata Harry setelah dua kali mengatakan “Hans”.
Zack terlanggar Harry dan mengutip sehelai kertas. Entah kertas tu maklumat penting ke drawing setakat doodling ke. Zack gemok macam esbok.
Wow. Zack di sebelah Harry dan aweknya semasa menunggu lif. Namun, Zack tidak menaiki lif. Harry tidak mengesyaki apa-apa langsung!
Linda menelefon suaminya kerana Jeff jatuh sakit. Zack menyuruh Linda menelefon Uncle Bad untuk ke klinik. Huh?? Linda ada suami untuk apa sia wtheck.
Jeff mahukan bapanya. Dia tidak akan makan apa yang ibunya suapkan. Ini kerana Linda menyuap nasi kosong?? Aku pun taknak sak. Abeh nak sponging tapi tak basah?
Uncle Bad ternampak Zack di sebuah hotel. Hmm… Suspesi!
Harry dan aweknya di sebelah. Zack menggunakan kuasa luar biasanya untuk menembus ke bilik sebelah mendengar perbualan antara mereka berdua.
Harry cuma mahu ambil gambar bersama tetapi tidak mahu yoohoo? Mustahil!
Linda pun menaiki teksi Uncle Bad untuk ke klinik. Uncle Bad tersembur pasal Zack kerja kat hotel. Si Linda pun macam terkejut ah dan mula ragu-ragu.
Linda tanya tentang tambang teksi abeh si dekni kata “anggap macam yuran sekolah bulanan” HUH??? Apa sia tak faham. Peribahasa baru ke?
Lucky nampak Harry dengan wanita-wanita sambil berfoya-foya.
Lucky meletakkan alat James Bond di ofis Nemo kerana Zack ingin tahu siapakah klien Nemo.
Hmm… Takkan diorang tak boleh selidik sendiri? Siapa lagi yang nak tahu hal kelakuan Harry kalau bukan isteri dia eh? Takkan mak dia? Bos dia? Bodoh sak.
Sally tidak mahu identitinya terbongkar kerana beliau merupakan VIP.
Mereka berdua pun mendengar perbualan Nemo dan Sally. Zack terpaksa pulang rumah apabila mendapat panggilan daripada anaknya.
Lucky terdengar perbualan antara Nemo dan Shahid.
Nemo pun berjumpa Shahid dan Shahid meminta maaf atas kejadian hari itu. Shahid pun berkata beliau ingin melabur dalam bisnes agrofarm rakan Nemo. Nemo bodoh sak laki ni pun dia nak? Cari lah doktor ke peguam!!
Zack ternampak Sally bertemu dengan awek Harry. Part ni la aku mula keliru.
Zack bersemuka dengan Nemo dan bertanya perkara sebenar. Ini kerana something fishy is going on. Nemo pun berkata dia akan selesaikan hal rumahtangga rakannya dengan sendiri.
Zack ternampak Lucky dan Shahid berborak di kelab malam. Musykil…
Eh Sally, Harry… Bukan ke baju tu baju yang Zack tunjukkan kepada Nemo? Korang recycle baju ke Zack time travel eh? Hmm… Kat dalam hotel sama lagi. Bajet punya Suria.
Harry sudah dapat tahu bahawa wanita-wanita itu merupakan orang suruhan Sally. Harry cuma ikutkan permainan Sally. Ini kerana Sally ingin tuntut cerai atas sebab curang. Sally tidak mahu cerai tanpa sebab yang tidak kukuh kerana malu.
Sally inginkan cerai kerana Harry mula minum dan mabuk. Tetapi, Sally merupakan sebab mengapa Harry kaki minum. Sally kerja teramat keras apabila beliau hamil. Walaupun doktor sudah menasihati beliau untuk berehat, beliau masih bekerja untuk mendapatkan jawatan presiden. Ini menyebabkan keguguran kandungannya. Ini menyebabkan amarah dalam diri Harry dan Harry sedar bahawa Sally lebih pentingkan kerjaya daripada keluarga.
Zack, di bilik sebelah terdengar perbualan Harry. Dia pun macam tersentak sebab dia pun pentingkan kerja.
Nemo menasihati mereka untuk berbaik semula kerana masih ada perasaan cinta antara mereka berdua.
Sebenarnya, Zack bukan di bilik sebelah. Namun di bilik yang bertentangan. Tu pun dia dapat dengar?????
OH OH.
Akhirnya, Zack memberitahu Linda perkara yang sebenar. Zack memberitahu Linda bahawa dia merupakan seorang PI dan oleh kerana itu, beliau terpaksa bekerja round the clock. Tapi dia tak bilang yang dia pengawal peribadi Nemo dan Zam???
ASTAGHA MANA MUIS?
LOL.
Jengjengjeng. Lucky kata dia tahu pasal Shahid dan ada rancangan lain. Namun, Zack macam mnl so dia halau Lucky.
Tapi keesokan harinya dia maafkan.
Episod 7
Si mamat yang berikan kad jari kodong kat Nemo berjumpa dengan si dekni. Bekas suami Nemo, Zailani. Mamat tu mengugut Zailani untuk bayar hutang.
Si mamat tu pun keluarkan sebuah alat pemotong jari dan ingin memotong jari Zailani. Tetapi Zailani berjaya memotong jari mamat tu hahhaa.
Zailani berjumpa Shahid untuk menunjukkan jari yang telah dipotong. Mamat tu merupakan orang upahan Shahid. Eh cerita ni semakin belit eh semua orang macam ada kaitan??? Zack seperti biasa dengar dari jauh la eh. Dia macam boleh pilih apa yang dia nak dengar? Semut-semut dan burung-burung berkicauan dia tak dengar.
Mereka sebenarnya sedang main belakang. Mereka ada outdoor fetish. Tu la yang dimaksudkan dengan “cannot fit inside your inbox“.
Dahulunya mereka berdua pernah bekerjasama untuk skim penipuan. Tambahan, Zailani ingin Shahid rapat dengan Nemo agar dapat menculik Zam.
Dengan segara, Zack menyuruh Nemo untuk keluar dari rumahnya.
Tetapi, Shahid berjaya pecah masuk rumah Nemo??? EH APA NI OMG.
Zack berjaya menewaskan Shahid la. Shahid terus pengsan. Zack seolah-olah mengeluarkan jin daripada badan Shahid?? Zack terus menyuruh Nemo membuat laporan polis.
Zack membawa Nemo dan Zam ke rumahnya lagi satu. Sampai sekarang saya tak tahu tu rumah siapa. Nemo pun memberitahu Zack hal bekas suaminya.
Erm… Nemo mampu sebab dia lawyer. Jangan nak sexist. Episod-episod sebelum dah banyak sangat kekata sexist. My feminist side is kicking.
Zack menyuruh Lucky tidur dalam hotel/van kerana Nemo bermalam di rumah itu. ???? Boleh tidur dalam ruang tamu kan? Aku tengok rumah tu macam besaq. Aku rasa lebih afdol jika Lucky tidur di rumah itu sebab kau dengan Nemo nak beryoohoo ke??????
Tiba-tiba, Zack menerima panggilan daripada “Mastermind”.
Dengan segera, Zack menyuruh Lucky untuk menjenguk Linda dan Jeff.
Err… Kenapa kau sendiri tak boleh tengok anak isteri kau? Kenapa kau masih nak jaga Nemo dan Zam? Kan Lucky boleh tengok-tengokkan Nemo dan Zam? URGH MEREPEK.
Zack mula stres kerana Mastermind memberitahunya bahawa dia selalu berada di sisi Zack.
Zack memberitahu mengapa dia terpaksa membawa Nemo dan Zam ke rumahnya. Ini kerana Zailani menyuruh Shahid culik Zam!
Tiba sahaja di rumah Zack, Lucky bersyukur kerana Linda dan Jeff selamat.
Linda pun menjemput Lucky ke dalam. Wow, boleh panggil sis. Ni la I suka.
JENGJENGJENG. Abeh Zack kata dua-dua sama ja. Keselamatan mereka berdua sama penting. ??????? Isteri kau sama penting dengan Nemo??? Gila.
Linda menelefon Zack untuk memberitahunya bahawa dia terharu. Kalau dia tahu Zack dengan Nemo sebumbung, saya rasa dia dah pontianak mode.
Macam lain je… Berpegang segala.
Jeff mengamuk kerana bapanya melarangnya untuk bermain di luar.
You can never make time.
Lucky menggodam telefon Zailani dan menghantar mesej kepada kenalan Zailani untuk mengutip segala hutang Zailani.
Zailani ditumbuk para pengutip hutang.
Zailani membunuh Shahid. Hmm… Haritu Shahid pengsan kat dalam rumah Nemo, Nemo tak buat laporan polis ke? Hais.
Akhirnya, mereka dapat meluangkan masa bersama sebagai keluarga bahagia.
Zack menerima panggilan daripada mastermind. Dia menutup pintu agar isterinya tidak mendengar perbualannya. NAMUN TINGKAP LUAS TERBUKA HAHAHAHA. Aku rasa si Zack pun ada kuasa forcefield ataupun boleh kawal dia punya gelombang suara.
Korang dah agak siapa Mastermind??
UNCLE BAD!!! Oklah saya agak terkejut sebab Uncle Bad ni merupakan watak baru dan muka dia agak selengeh? Kita lihat saja je la eh drama ni eh.
Abeh sebelum diorang reveal identiti Mastermind, camera zoom kat peha lah, tangan la, kaki la semua anggota badan Uncle Bad? Padahal bila zoom kat mulut je dah tahu seh sebab misai + janggut bersepai.
Sejauh ini, drama ini semakin belit dan mengelirukan. Ini kerana semua watak ada kaitan dengan semua watak? Mereka saling kenal mengenali. Tambahan, Zack mempunyai kuasa baru setiap episod. Dan, Zack semakin rapat dengan Nemo dan pada masa yang sama ingin meluangkan masa dengan keluarga! Bukan itu sahaja, Zack menganggap keselamatan Nemo dan Linda sama? WHUT. Gila. Urgh. Stres aku tengok!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] anda yang mahu membaca episod-episod lepas, sila klik di sini: 1, 2/3, 4/5, 6/7, 8/9 dan […]
LikeLike