Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang kini semakin pintar dan pandai. Kali ini saya akan mengupas drama merepek ala-ala James Bond yang tak masuk akal. Iaitu P.I.Z: Episod 4 dan juga 5.
Sudahkah anda bersedia?
Episod 4
Wow si Encik Razali berbual Melayu dengan pekerja-pekerja Cinanya… Reverse #ChinesePrivilege eh!
LOL pecah tembelang, kasihan deh loe. Anyway, aku tau la kau anak bos tapi kalau pergi mesyuarat pakai lah elok sikit???
Wow, dipecat abeh makan besar eh?
Wow, sungguh drama eh ni? Hahaha.
Hhahahahaha. Pekerja-pekerja bapanya telah mengambil alih kesemua “kepunyaan” Lucky. Sampai baju dan bagasi telah dicampakkan ke luar rumah.
Hahaha kasihan banget eh? Padan muka. Dia pun menaiki teksi dan ke hotel murah.
Klien terbaru Nemo. Bapanya tinggalkan syarikat filming untuk dia. Suaminya menggunakan syarikat itu sebagai cover-up untuk bisnes pengedaran dadah. Tambahan, si klien Nemo ni pun penagih dadah!!!
Wow sangat kebetulan ya si Lucky ada pat situ. Wow. Si Zack memang kat situ ah sebab Nemo suruh dia dengar perbualan mereka.
Astagha. Bertaubat sebelum terlambat!
Kenapa si Nemo ni buat kerja merepek eh? Dia peguam sia. Apa lagi dia nak? Menyamar sebagai pelakon la apa la.
LOL.
Fuhlemak. Berkepuk duitnya.
Yuck.
Si Zack nak buat akaun apa entah. Jadi kalau dia mati dalam misi, duit dia akan ke keluarganya. Dia suruh Nemo buatkan. So jadi sekarang si Nemo financial planner?????
Lucky memecah masuk rumah Zack sekali lagi dan memasuki bilik larangan… Dia terjumpa pelbagai maklumat tentang kes pembunuhan anak Zack.
Aku tak faham ah ni Lucky. Dia boleh pecah masuk rumah orang, tapi tak pecah masuk rumah sendiri??? Dia tadi kenek lock out of his house kan? Abeh dia sanggup pergi hotel untuk tidur??? Pergi je la pecah masuk rumah sendiri? URGH.

Doa la banyak-banyak ye.
Pengedar dadah tidak sedar bahawa mereka diekori. Wow. Pengedar dadah jenis apa ni??
Sampai ke bawah blok sak mereka berbisnes.
Zack ke ofis yang mamat filem tu untuk mencari bukti di dalam laptopnya.
Tapi dia macam terperangkap???
Dia kenek pukul bantai teruk.
Eww… Lydia Izzati sebagai missy dan tidak ada skrip. Hahaha. Kan saya dah kata dalam blog post ini bahawa dia ni pelakon pemalas!
Zack ada tumour dalam kepala. Tapi dia degil dan terus balik??
Si Zack ni sesuka hati balik rumah abeh nak anak bini dia ok je as if nothing happened? Isteri dia pun halau dia. Bagus!
Si Lucky tolong Zack sebab dia nak kerjasama dengan Zack untuk cari $$$. Saya ada soalan, mereka di rumah siapa?
LOL padan muka
Lucky pun memberi segala bukti yang Zack cari. Zack puas hati ah tapi dia macam step macho.
Zack memberi bukti-bukti kepada Nemo. Namun, Zack mahu melanjutkan kes ini kerana ada yang musykil. Kalau Zack lanjutkan kes ini, klien Nemo sendiri mungkin akan ditangkap!
Hais. Baru dalam blog post sebelumnya aku kata si Zack ni Superman. Dia memang superman pe. Ada super hearing, super vision, super tumour?
YAAAAS ARIATI. Saya harap-harap ini bukan kali terakhir dia akan berlakon dalam drama ni eh!!! Dia bertanya dengan Nemo mengapa dia tidak melanjutkan kes pengedaran dadah ini. KOREKKK.
Nama dia Melody? Hahaha. URGH. Melody will slay Nemo so much if she’s a permanent character in this drama kan!!!
Alhamdulillah, dia ke rehab.
(PENJELASAN: apabila saya ingin memuatnaikkan gambar-gambar untuk episod 5, wordpress telah menukar layoutnya. Saya agak keliru dan tak kisah nak ambil tahu pembaharuan ataupun perbezaan antara yang lama dan baharu, jadi kalau gambar macam pelik ataupun apa-apa yang ganjil, harap maafkan saya ye!)
Episod 5
Flashback.
Zack masih yakin bahawa si gemuk tu bukan pembunuh anaknya. Walaupun bukti-bukti sudah terjumpa di rumah si gemuk tu.
Lucky cuba meyakinkan Zack untuk bekerjasama agar mereka dapat menyelesaikan kes dengan lebih senang dan cepat.
Zack pun bilang si Lucky untuk diam je pasal hal peribadinya. Diorang kat rumah siapa???? Macam rumah Zack tapi… Linda kan dah halau Zack?
Hmm… Watak baru dijemput hadir ke birthday party.
Nemo agak kurang selesa kerana Zack bekerjasama dengan Lucky. Namun Zack kata biar dia buat benda cara dia dan diam sua.
Baju apa tu ada kelopak bunga tersesat kat bahu dia. Wow Zack babysit anak orang tapi anak sendiri dia abaikan?
Laki ni (Shahid) amat sexist? Dia punya sexist remarks merata-rata.
Kalau nama Nemo mesti la sensasi. Finding Dory coming soon pe.
Lol. Lucky di belakang sedang petik gambar.
Lucky memasang tracking device di kereta Shahid dan tertidur. Shahid pun pulang. Sebenarnya, saya tak faham. Kalau dia dah letak itu device, kenapa dia tunggu sampai Shahid habis makan? Terus bla lah let the device do the work??? Dan, dia dalam kereta siapa ni?
Kereta Shahid kemek siak. Ini kereta sewa Nick Mikhail ke? HAHAH
Zack tidak puas hati dengan kerja Lucky kerana amat amateur.
Apabila Lucky melihat devicenya, Shahid masih ada di rumah Nemo. Kemungkinan besar mereka sedang berzina.
Oleh kerana risau, Zack ke rumah Nemo. Dia mendengar perbualan antara Nemo dan anaknya apabila di luar rumah Nemo dengan kuasa super hearingnya.
Zam tak suka Shahid.
Zack suruh Lucky periksa devicenya kerana macam ada tak kena.
Devicenya tertanggal. Hahaha kasihan.
Sexist remark 2: Shahid bertanya bagaimana Nemo, seorang wanita, dapat menyelesaikan kes-kesnya yang mencabar. ??? Apakah kaitannya dengan jantina seseorang?? Abeh si Nemo ni tak kecik hati ke? Dia bukan feminist ke? Lawyer bukan feminist?? Lawyer apa ni tak menegakkan kebenaran dan juga kesaksamaan jantina!
Sesi gangbang bakal bermula namun Nemo tidak mengesyaki apa-apa. Dia lawyer graduate dari mana??? Patutlah dia buat kerja tambahan eh sebab takde orang nak khidmat guamannya.
Si Nemo sedar ke tak… Si Shahid ni budak jahat!
Lucky cuba memasuki kelab untuk mengekori Nemo namun tidak berjaya.
Wow. Ni apa? Gangster ala-ala Shanghai ah ada perempuan pakai cheongsam segala. Merepek.
?? Zack menyuruhnya untuk periksa barang dalam van siapa entah.
Shahid berjudi dengan ni Robin untuk selesaikan hutangnya.
Shahid kalah. Jadi sesi gangbang bbakal bermula.
LOL muka Nemo takut sak.
Cabutan bertuah Golden Chance pun tak sampai $100,000 seh.
Kan, adik Rudy Marican dah sampai.
Lucky cuba berjudi dengan Robin untuk selamatkan Nemo.
Perempuan buruk ni seriously buruk! MDA should censor her.
Siak ah mata terbeliak.
Hahaha Mary betul-betul macam seorang bapoque.
Hahaha. Geli.
Typical lawyer punya statement.
?? Game apa entah si Zack suruh dia main.
Pecah masuk sebuah kelab dari pintu belakang dengan senangnya macam James Bond.
Lucky jatuhkan sebuah alat yang melepaskan kepulan asap dan membawa Nemo keluar. Mereka berjumpa dengan Zack dan lari.
Wah best buat kat dewan serba guna.
Zack tidak sedar bahawa Linda seorang independent woman.
Akhirnya, Zack setuju untuk bekerjasama dengan Lucky. Macam Batman dan Robin.
Shahid menumbuk salah satu daripada mereka. Habis cerita.
Drama ini, seperti saya jangkakan, semakin merepek. Saya tak tahu kenapa si Nemo sanggup buat kerja-kerja ni padahal dia peguam. Kenapa si Zack nak mati cepat tanak pergi doktor? Kenapa dalam episod 5 terlalu banyak kata-kata yang berbaurkan seksisme? Dan juga pecah masuk rumah orang boleh, rumah sendiri tak boleh? Zack dan Lucky menginap di rumah siapa?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] anda yang mahu membaca episod-episod lepas, sila klik di sini: 1, 2/3, 4/5, 6/7, 8/9 dan […]
LikeLike