Kupasan 93m2

Salam bulan Safar, wahai pembacaku yang mungkin sedang beronani.

Akhirnya, drama 93m² sudah pun tamat. Tetapi… Saya tak dapat menonton kesemua episod kerana ia tiada di Toggle lagi??? Terus hilang??? Kenapa eh? Jadi, kupasan ini berdasarkan episod-episod yang telah saya tonton. Adegan-adegan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku namun saya tidak lihat tidak akan dibincangkan! Tapi takpe. Saya akan kupas watak dan perwatakan watak-watak dalam drama bersiri ini.

IMG_3313

Namun sebelum itu, saya akan tuliskan sedikit ringkasan mengenai drama ini ya.

93m² mengisahkan sepasang suami isteri muda yang baru sahaja bernikah. (2/3 tahun?) Mereka membeli sebuah rumah BTO. (hence the 93m²) Namun, bukan semua perkahwinan itu manis dan bahagia, kan? Pasangan muda ini sering berselisihan faham kerana perbezaan pendapat dan pemikiran. Akhirnya, Aliyah ingin menuntut cerai. Tetapi malangnya, jika mereka cerai pada masa itu, mereka akan rugi besar kerana baru sahaja membeli rumah BTO tersebut. Oleh kerana itu, mereka terpaksa menunggu beberapa tahun agar boleh menjual rumah itu dan bercerai. Dan disebabkan itu juga, mereka harus duduk sebumbung walaupun tidak tidur sekatil. Kededua mereka akan buat apa sahaja untuk mencemburukan satu sama lain. Aliyah akan mengadu kepada rakan baiknya, begitu juga Zaidy. Rakan baik mereka amat menyokong keputusan mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa Aliyah mendapat tahu bahawa mereka ingin becerai. Secara kebetulan, mereka juga tinggal sebumbung namun tidak tidur sebilik. Mereka seolah-olah sedang melalui satu program di mana mereka mengharapkan cinta mereka akan berputik semula. Akhirnya, dua-dua pasangan ini berbaik semula! Hahaha, ingat lagi apa saya kata dalam post ini?

93m2co

Kan aku dah kata!


IMG_3344

Zaidy: suami Aliyah/penulis skrip

  • kebudak-budakan
  • beliau yang beriya-iya sangat ingin “membalas dendam” terhadap Elly dengan prank
  • meminati games/comic teramat sangat
  • asyik mengadu pada rakannya, Wan
  • mempunyai koleksi mainan yang banyak
  • sebenarnya masih menyayangi Elly
  • bercita-cita untuk ke Amerika
  • menjual koleksi mainannya untuk membeli sebentuk cincin untuk Elly
  • tahu perihal rumahtangga ibubapa Elly sebelum Elly
  • beliau yang menyatukan ibubapa Elly semula
  • berubah kepada seorang yang lebih matang dan tidak mementingkan diri sendiri
  • terdengar perbualan antara Collin dan Elly
  • itu menyebabkan hatinya robekkkkkk
  • akhirnya memberi cincin kepada Elly dan berbaik semula

IMG_3315

Aliyah/Elly: isteri Zaidy/pemilik kafe

  • budak JC
  • beliau yang telah merancang penceraian ini
  • namun tidak mahu cerai secara mendadak kerana rumah dan $$
  • mudah terpengaruh dengan rakan baiknya, Jun
  • cuba buat Zaidy cemburu dengan datesnya yang tak menjadi
  • setelah Zaidy pranknya, dia pun ikut serta
  • ada hati dengan Collin namun cinta bertepuk sebelah tangan
  • masih ambil kisah Zaidy
  • masih memerlukan Zaidy
  • membelikan hadiah untuk Zaidy
  • tidak tahu akan perpisahan ibubapanya
  • tukar fikiran di akhir episod

IMG_3314

Jun: rakan baik Elly/rakan kerja Elly

  • selalu mempengaruh Elly untuk buat yang bukan-bukan
  • tempat mengadu Elly
  • pemberi “nasihat” kepada Elly
  • asyik mencari orang/pekerja untuk kafe (promosi/review/chef)
  • amat membenci Zaidy
  • tidak mahu melihat Elly sensara
  • beliau yang menyatukan Elly dan Zaidy di jalan raya seperti dahulu
  • mahu Zaidy dan Elly berbaik semula walaupun beliau tidak suka Zaidy kerana ia terbaik untuk mereka berdua
  • perasan bahawa Zaidy sudah berubah

IMG_3319

Wan: rakan baik Zaidy/suami Yana

  • house husband
  • mempunyai anak bernama Laith yang amat comel
  • tempat mengadu Zaidy
  • cemburu buta/curiga terhadap isterinya
  • amat menyayangi keluarganya sehingga sanggup berkorban kerjayanya untuk menjaga anak
  • bersemuka dengan bos isterinya dan menumbuk bos isterinya
  • berterus terang dengan Collin
  • suami mithali, insyaallah

IMG_3351

Yana: isteri Wan, ibu Laith

  • isteri berkerjaya
  • bos beliau cuba menodai/sabotaj beliau (tak begitu pasti)
  • berhenti berkerja kerana bosnya tidak jujur
  • tabah, kuat, berdisiplin untuk mencari kerja baharu
  • tidak kisah berkerja di mana walaupun tempat kerja barunya bayarnya sikit dan tidak setaraf tempat kerjanya sebelum ini
  • sassy
  • amat sokong suaminya
  • gertak bekas bosnya
collin
best photo of Colllin I can get??? Annoying suria.

Collin: cef kafe Elly

  • comel
  • merupakan cef terkenal dahulu
  • mungkin ada perasaan terhadap Elly namun tidak menunjukkan perasaan tersebut secara eksplisit kerana Elly isteri orang
  • meninggalkan kerjayanya sebagai cef terkenal di restoran berprestij kerana seorang wanita
  • meyakinkan Jun agar Elly dan Zaidy berbaik semula
  • jujur/terus terang/gentleman
  • beliau yang selalu knock some sense kepada Elly dan Jun

IMG_3323

Ibu Elly: teman lady

  • hidup sebumbung suaminya namun tidak bersama lagi
  • ?? keliru ah eh
  • inginkan masa sendiri
  • jelak dengan suami
  • ingin teman baharu (cari teman di internet)
  • berbaik semula dengan suaminya kerana Zaidy
  • merahsiakan perpisahan mereka kerana terkejut Elly pun ingin bercerai

Bapa Elly: wingman ke goldwing apa entah

  • hidup sebumbung isterinya namun tidak bersama lagi
  • masih inginkan isterinya
  • asyik bersama isterinya sehinggakan isterinya rasa gelisah
  • ingin teman baharu (cari teman di internet)
  • berbaik semula dengan isterinya kerana Zaidy
  • merahsiakan perpisahan mereka kerana terkejut Elly pun ingin bercerai

IMG_3320

Laith: anak kepada Wan dan Yana

  • comel sekali
  • tidak mempunyai skrip namun berjaya memainkan wataknya
  • LAITHHHHHHHHHHHHH

Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa drama ini merupakan drama yang fresh walaupun ia agak klisye. Ia juga terlalu ideal dan unsur realismenya agak kurang. Unsur kebetulan juga amat ketara. Sebagai contoh, di mana Elly dan Zaidy serta ibu bapa Elly yang sedang berpisah walaupun duduk sebumbung. Adakah perbuatan ini Islamic? Bolehkah masyarakat Melayu kita terima hakikatnya sekiranya kita tahu ada pasangan yang ingin bercerai namun masih duduk sebumbung dan membawa temanita/teman lelaki baru masuk rumah? Apa pula kata ibu bapa mereka sekiranya ibu bapa mereka tidak berfikiran seperti ibubapa Elly? Di manakah ibu dan bapa Zaidy? Zaidy anak yatim ke? Oh ya, dalam satu episod, mereka sering kata “kolej”. Seriously tak faham. Kolej tu maktab rendah ke uni eh? Namun, saya dapat teka bahawa mereka bermaksud JC kerana satu jantan ni pergi NS setelah kolej. Sebagai bekas pelajar di sebuah maktab rendah, I just wanna say that nobody says “kolej/college”. We term it as JC. Unless you’re from MI which is… LOL.

Pada masa yang sama, drama ini juga dapat mengajar pasangan muda hal-hal rumahtangga, kerjaya dan perihal perumahan. Ia juga menimbulkan isu househusband dan wanita berkerjaya yang mencari nafkah yang masih dianggap taboo di dalam masyarakat Melayu. Saya juga suka akan unsur imbas kembali pada setiap permulaan episod! Ia seolah-olah memberitahu penonton apa yang bakal berlaku dalam episod tersebut.

Saya harap ada musim kedua di mana mereka ada anak dan 93m² tidak cukup untuk menempatkan anak kembar mungkin???

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle/Facebook)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s