Zoom New Zealand: Episod Akhir!

Salam deepavali, wahai pembacaku. Semoga cahaya nur dapat menyinar kegelapan dalam diri anda.

Dengan begitu pantas, Zoom New Zealand telah pun tamat. Syukur alhamdulillah sebab siri Zoom kali ini amatlah membosankan dan tidak ada oomph! Ayuh kita lihat apa yang terjadi pada episod akhir. Mungkinkah mereka mati akibat helikopter yang terjunam ke dalam laut penuh dengan ikan paus?


IMG_4818

Pada episod lepas mereka menerima mesej mengatakan bahawa mereka harus mendapat 4000 likes dalam masa 24 jam di Instagram mereka untuk mendapatkan habuan mereka. Iaitu menaiki helikopter ke puncak gunung dan memacakkan bendera Zoom. Kededua mereka ingin sangat menaiki helikopter.

IMG_4819

Beberapa jam kemudian, mereka hanya ada 928 likes. Kasihan.

IMG_4820

Malangnya, terdapat sebuah kecelakaan jalan raya dan mereka terpaksa putar balik dan berjalan mengikut arah yang lain.

IMG_4821Untuk mendapatkan lebih likes, mereka memanggil Zoomers lain untuk mempromosikan gambar mereka di Instagram. Mereka meminta tolong daripada Nurul Aini, Syirah Jusni dan lain-lain. Wow bagus eh boleh panggil orang lain. Setahu saya, Zoomers sebelumnya jarang diberi peluang untuk berhubungan dengan keluarga dengan senang-wenang, apatah lagi rakan-rakan.IMG_4823

Mereka pun menyuruh kawan-kawan serta keluarga mereka untuk like gambar mereka.

IMG_4824

Mereka sempat ke gedung batu jade sebelum menaiki helikopter. Saya tak tahu ada batu jade di NZ. Ingatkan kat China je. Maklumlah si China semua nak conquer.

IMG_4825

Mereka hanya tinggal 2 jam sebelum masa mereka tamat dan mereka berjaya mendapatkan 4000 likes! Mereka pun gembira la. Macam la misi ni susah sangat????

IMG_4826

Wowowwowowow ghairah la tu.

IMG_4827

Bestnye!!!!

IMG_4829IMG_4830

Fadhlur berkata beliau rasakan bahawa beliau macam kanak-kanak tergamam melihat pemandangan yang tersergam indah. Syarif pula kata ada 1000 perkataan yang tidak dapat dia katakan ketika ada di atas. Sekarang, aku nak kau tuliskan 1000 perkataan itu.

IMG_4831

Sebenarnya mereka tidak ada di puncak ah tapi nampak macam best jugak. Dapat letak bendera Zoom yang kecik??? Hahaha. Abeh diorang main salji la abeh renungkan perjuangan zoom mereka.

IMG_4833IMG_4834

Mereka pun meluahkan perasaan mereka tentang satu sama lain lah yada yada yang biasa ah eh. Tapi kali ini tak tunjuk mereka pulang ke Singapura abeh anak bini peluk-pelak???? Saya masih ingat Zoom Thailand diorang nangis-nangis seh!


Secara jujurnya, Zoom New Zealand merupakan siri Zoom yang paling mendak. Apabila melihat tajuknya, Zoom New Zealand, saya fikir bahawa kali ini ia akan menjadi lebih boomz kerana 1) Zoomers jantan dan 2) mereka berzoom di luar benua Asia buat pertama kalinya. Namun, saya amat kecewa. Di bawah merupakan faktor-faktor mengapa Zoom kali ini tidak sehebat Zoom-zoom lepas.

  • Pengangkutan Awam

Mereka selalu menaiki kereta sewa dan tidak sesekali pun menaiki pengangkutan awam (kecuali feri) untuk ke destinasi mereka. Penonton ingin lihat kekeliruan yang dihadapi para Zoomers apabila di negara orang lain ketika menaiki khidmat keretapi ataupun bas negara lain. Mana seronok kalau naik kereta di negara orang??? Penonton juga ingin tahu tentang pengangkutan awam di negara itu! Bukankah ini sebuah travelogue?

  • Interaksi

Tidak ada banyak interaksi antara para zoomers dengan orang awam. Dalam musim-musim Zoom yang sebelumnya, para Zoomers kerap bertanya soalan dengan orang awam. Dengan cara begitu, kita dapat melihat kespontanan kededua Zoomers dan juga orang awam. Dalam musim kali ini amat kurang sekali. Kalau tak silap saya, ia hanya apabila Zoomers ingin orang awam merakamkan video buat misi mereka.

Bukan itu sahaja, telefon bijak mereka yang dirampas merupakan sandiwara semata-mata. Ini kerana saya telah menangkap Syarif dengan telefon bijak peribadinya.

  • Logo Zoom

Hanya ada satu misi di mana Zoomers disuruh mencari logo Zoom. Hmm… Saya inginkan lebih kerana ia merupakan trademark Zoom! Bukan itu sahaja, Tube Zoom/Kotak Zoom pun hilang. Selalunya, Zoomers diberikan tube/kotak yang akan memberitahu mereka tentang misi mereka yang selanjutnya.

  • Konflik

Tiada pergaduhan besar yang mehangatkan lagi drama Zoom kali ini. Mungkin kerana mereka lelaki dan oleh itu lebih ego? Perselisihan faham mereka juga dapat diselesaikan dengan cepat. Merupakan satu perkara yang positif di dunia realiti namun bukan positif di dunia drama ya…

  • Makan

Mengapa tidak ada banyak rakaman yang menunjukkan mereka mencari makan ya? Saya cuma ingat satu sahaja. Mereka ke kedai kebab ke apa entah. Tu je. Zoomers yang sebelum ini selalu merungut tentang makanan halal. Musim kali ini macam takde hal je? Penonton pun nak tahu apa diorang makan oi…

  • Misi

Misi-misi mereka agak biasa-biasa? Seperti menjawab soalan dan melakukan aktiviti “lasak” yang boleh dikategorikan sebagai santai! Selain itu, mereka asyik gagal cabaran mereka! Betul punya weak la Zoomers kali ini!

Kepada anda yang belum membaca blog saya mengenai episod-episod Zoom yang lepas, klik di sini.

Saya berharap musim Zoom akan datang merangkumi Zoomers yang lebih menarik dan mempunyai jiwa yang berkobar-kobar. Selain itu, mereka juga akan ke negara yang penuh dengan budaya dan menaiki pengangkutan awam. Misi-misi yang mencabar dan juga konflik yang bakal menyemarakkan lagi suasana Zoom!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s