Anugerah Skrin: Pas Ekspres Exposé

Salam feeling-feeling blogger meletop, wahai pembaca yang taat kepadaku. Wow wow wow, baca tajuk je dah macam keliru kan? Apakah inti blog saya kali ini? Kenapa nak feeling-feeling Xiaxue eh exposé ni semua? Sebenarnya, bukannya nak dedahkan apa-apa sangat pun cuma nak biarkan korang sedar hahaha. Blog post ini akan ditulis ala-ala Xiaxue dalam blog postnya yang penuh kontroversi aka GushCloud exposé!

Baru-baru ini, Suria menganjurkan satu pencarian di mana para selebriti akan turun padang dan memilih ataupun mencari mereka-mereka yang berpotensi untuk menjadi wajah baru Suria. Mereka akan diberikan Pas Ekspres ke ujibakat Anugerah Skrin! Wow, bestnya. Macam kat USS Express Pass eh!

(DISKLAIMER: Blog post kali ini penuh kontroversi yang merepek meraban taik apek dalam jamban so jangan terguris hati pulak ye kalau hati awak senang disakiti, GET OUT! Yang buruk datang daripada saya, yang mulia datang daripada Allah)

anugerahskrincariaskrin

Syirah Jusni ditugaskan untuk ke Jcube untuk mencari dan memberi Pas Ekspres kepada individu yang layak. Junaidi Sali pula ke Tampines Mall.

askrin2askrin3

Imam Shah pula berada di Bugis Junction/Orchard Road dan Nurul Akhmar telah ke Causeway Point. Mereka berempat berjaya memilih bakal muka baru untuk Suria. Mereka yang dipilih diberikan Pas Ekspres. Mereka harus menjalani ujibakat yang bakal diadakan pada hujung bulan November ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang dimuatnaikkan di Facebook/Instagram Suria bersama kapsyennya. (Kapsyen Suria berwarna hijo)

pasekpress12

Abang hensem, tahniah kerana anda telah diberi Pas Ekpres ke ujibakat Anugerah Skrin November ini. Tahniah Muhammad Yamin!

Erm… Hensem? Ni mesti intern yang taip. Ataupun, saudara dia yang taip. Tapi, bakat apa dia ada? Takkan setakat hensem je?

pasekppress11

Dan kami mengakhiri pencarian bakat-bakat baru di JCube bersama abang comel, Hafiz! Tahniah! Anda diberi Pas Ekspres ke ujibakat Anugerah Skrin November ini!

Comel je? Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tak?

pasekspress10

Senyuman yang manis, confirm adik-adik manis kita semua terpikat. Tahniah Faisal! Anda diberi Pas Ekspres ke ujibakat Anugerah Skrin November ini!

Adik-adik terpikat? Ok. Tapi adik-adik ada duit untuk undi untuk dia ke? Entah apa yang manis??

pasekspress9

Bukan satu, tapi sekaligus dua kami terjah! Mestilah bukan sahaja rupa, bakat mesti pun ada sebab itulah kami adakan ujibakat rasmi Anugerah Skrin November ini.

Wow, kali ini kapsyennya berkata “bukan sahaja rupa” namun selama ini mereka asyik berkata betapa “comel” ataupun “segak” seseorang itu??? Bercanggah or nah?

pasekspress8

Eh abang, hensem dah macam bintang terkenal! Meh sini!

Suria berkontradik????? Bintang terkenal ke binatang siol.

pasekspress7

Eh @syarif.ig ada kembar rupanya?

Kalau ada kembar pun apa salahnya?

pasekpress6

Bukan main dahsyat lagi abang kita cuba mengacara! Berpotensi betul!

Ni kan mamat yang berlakon drama Rempuh? Dah berlakon kat TV masih nak cuba Anugerah Skrin pula? “abang kita”?? Abang kau la.

pasekpress5

Wow! Ramai yang berpotensi telah kami temui di Causeway Point. Tahniah! Anda berdua telah diberi Pas Ekpres ke ujibakat Anugerah Skrin November ini!

Ramai yang berpotensi namun kenapa mereka berdua dipilih? Sebab rupa?

pasekpress4

Manis betul adik ini, boleh mengacara juga! Jumpa anda November ini!

Boleh mengacara dan juga memikat pakcik-pakcik gian sebab pegang mikrofon macam dildo.

pasekspress3

Sambil jalan, sambil cari. Terserempak pula jejaka tampan di hadapan kami. Apa lagi, *NGAP! Jumpa anda di ujibakat Anugerah Skrin hujung bulan ini!

NGAP???? Nampak jejaka tampan lepastu ngap??? Huh??? Sekali dia tak boleh cakap?? Sesungguhnya ini merupakan “last straw” saya. Oleh itu, saya pun komen di Instagram mereka. (komen saya berwarna jingga)

So kirakan korang menilai mereka atas rupa mereka????

seperti apa kami katakan diatas, mereka harus menjalani sesi ujibakat.

jadi mereka diberikan pas ekspres atas rupa mereka?

Abeh lepastu tak jawab?? Hmm… Musykil ni! Anyway it’s “di atas” bukan “diatas” lol. Konsperm intern.

pasekspress2

Abang hensem, sorang ke tu? Rupa ada, sekali berbual foohhh macam Khairudin Saharom.

Jadi mereka menghampiri mereka-mereka yang ada rupa? Baru mereka bertanya jika boleh mengacara ataupun tidak?

pasekpress1Tampan dan segak, Tahniah! Anda diberi Pas Ekpres ke ujibakat Anugerah Skrin hujung bulan ini!

Tengok tu, diberikan Pas Ekspres atas rupa. Suria langsung tidak mengatakan jika si polan ni ada bakat berlakon ataupun tidak!

pasekspresscollage

Kami akhiri sesi pencarian kami untuk mencari wajah-wajah baru Suria petang tadi di Causeway Point. Terima kasih kepada mereka yang datang ke JCube, Tampines Mall, Bugis Junction, Orchard Road dan Causeway Point.

Oleh kerana Suria tidak menjawab komen saya yang tadi, saya pun berkomen.

Salam Suria. Apakah ciri-ciri ataupun faktor-faktor yang diambil berat sebelum memberi mereka Pas Ekspres?

Senyap siot si Suria ni. Aku rasa sebab dah malam sinaran Suria dah terbenam kot.

Abeh keesokan harinya Suria memuatnaikkan gambar makanan?

yuckmakan

Hari ni, tekak terasa nak makan Kway Teow Goreng. Uolls makan apa? Kongsi sikit…mana tahu balik kerja nanti boleh masak.

Tak jawab soalan saya abeh nak upload gambar makanan. Tak nampak menyelerakan langsung! Letakkan filter kalau ye pon.


Jadi, apakah isunya sehinggakan saya ingin menulis pasal benda ni di blog saya?

Mengapa Suria tidak menjawab soalan saya apabila saya bertanya apakah faktor-faktor ataupun ciri-ciri yang dititikberatkan sebelum memberi mereka Pas Ekspres? Pihak Suria menjawab saya apabila saya bertanya jika mereka dinilai atas rupa. Namun, jawapannya tidak menjawab soalan saya. Ini kerana Suria berkata mereka harus menjalani sesi ujibakat. DUH I KNOW. Pihak Suria terus terdiam macam budak kenek marah. Hmm… Adakah benar mereka memberi Pas Ekspres kepada mereka-mereka yang ada wajah yang boleh dikategorikan sebagai “cantik, hensem” kepada umum secara amnya?

Memang tidak boleh dinafikan bahawa rupa merupakan faktor yang agak penting dalam industri TV. Namun, mana satu yang lebih  ketara? Wajah ataupun bakat? Bakat bukan? Kalau rupa ada tapi berbual merangkak, aku cadangkan kau pergi jadi peragawan/peragawati sudah.

Bukan itu sahaja, ia amat obvious yang para selebriti hanya menghampiri mereka-mereka yang mempunyai penampilan luaran yang diklasifikasikan sebagai “sedap mata memandang”. Ini kerana mereka mencari di pusat membeli-belah. Takkan la orang-orang nak berlakon kat tengah-tengah dunia abeh Akhmar kata “walaupun muka buruk dia boleh berlakon! Syabas!”

Melalui pencarian ini, kita boleh lihat realiti industri TV di mana yang cantik dan kacak diberikan kesenangan ataupun privilege walaupun kita tidak tahu apa bakat mereka. Suria juga berkata mereka bukan sahaja mencari rupa namun dalam hampir kesemua kapsyennya, ada saja pasal rupa yang disebutkan. Bakat tu kadang-kadang sahaja. Jadi, jangan kontradik diri anda ya, wahai Suria.

Sekarang ni dah tahun 2015. Jadi, janganlah kita tengok pada wajah sahaja. Sesungguhnya orang buruk pun ada bakat! Lihat sahaja di Korea. Hampir semuanya buruk namun mereka boleh lakukan pembedahan plastik! Di Singapura tak boleh lah sebab nanti makcik-pakcik warak buat bising. Jadi, guna susuk sahaja. Cara Melayu walaupun unislamic. Tetap direstui nenek moyang kita HAHA. Selain itu, ada juga rancangan realiti seperti The Voice di mana juri mendengar nyanyian peserta dan mereka membelakangkan peserta tersebut. Oleh itu, faktor rupa tidak penting! Bakat lebih penting! Saya menangis untuk mereka-mereka yang buruk namun ada bakat. Mari kita sama-sama hapuskan prajudis ini HAHAHAHA.

Tambahan pula, apa motif Suria adakan sesi mencari dan memberi Pas Ekspres? Ia hanya untuk meningkatkan kesedaran bahawa ujibakat Anugerah Skrin akan menjelang bukan? Jadi korang nak jimat duit korang kata “Hmm.., Kalau roadshow mahal sangat. Apa kata kita guna-guna bakal bakat baru kononnya kita tengah cari diorang tapi kita sebenarnya mempromosikan Anugerah Skrin!”

Sampai sekarang saya masih ingin tahu apakah yang para selebriti fikirkan sebelum memberi mereka-mereka Pas Ekspres! Soalan misteri yang belum dijawab. Mungkin kerana saya tidak boleh menerima hakikatnya jika Suria menjawab soalan saya? Hmm…

Kepada anda yang berpotensi dan berbakat, pergilah ke ujibakat Anugerah Skrin 2015/2016 dan menyerikan lagi industri TV Melayu Singapura! Namun ingat! Susuk maintain.

Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!

https://twitter.com/Pengkritique

https://www.facebook.com/pengkritiksandiwara/

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook)

4 comments

  1. Omg! Aku sungguh mengerti blog kau! Menarik! Saudara mara aku cadangkan aku memasuki ujibakat anugerah skrin esok hari, tapi, aku berfikir 200 kali nak masuk ke tidak… Aku lihat SURIA pilih rupa jer…. Upset jugak…. Anyway, yes, i also need the answer from suria…

    Liked by 1 person

    • Saya tahu kan! (I know right) Memang tidak boleh dinafikan bahawa industri seni ini pentingkan rupa. Sebab, siapa Nak tengok TV Kalau muka Macam siamang? NAMUN, bakat merupakan faktor yang lebih penting. Tambahan, Kalau rupa takde, boleh pergi makeover dan sebagainya. Lihat sahaja penyangi Black di Malaysia. Berjaya juga, bukan? Tanggapan sebegini harus hapus! 🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s