Salam murah rezeki, wahai pembaca setiaku yang bakal ke Jannah, insyaAllah. Kali ini, saya akan mengupas drama bersiri P.I. Z bagi episod 2 dan juga 3. Bagi anda yang terlepas membaca episod satu, sila klik di sini.
Episod 2
Nemo ke sebuah AgroFarm untuk mencari Zack. Dia ternampak lori menuju ke arahnya dengan begitu laju sekali tetapi tidak lari. Sebaliknya, dia menggunakan kededua tangannya untuk menahan impak jika dilanggar. Dia ingat dia Shadow Cat dari X-men?
Rupa-rupanya, pemandu lori tadi adalah Zack. Zack cuma nak bergurau senda dengan nyawa Nemo. Zack terpaksa bekerja di ladang ini untuk merahsiakan kerjayanya yang sebenar iaitu seorang penyiasat peribadi. Saya lupa untuk menyatakan bahawa nama sebenar Nemo adalah Milla. Nama Milla digunakan untuk benda-benda rasmi. Nemo pula digunakan untuk underground missions.
Zack tanya jika dia sudah membuat laporan polis mengenai insiden culik hari itu. Nemo kata jangan kepo.
Mereka berbincang tentang kod yang telah mereka pecahkan. Iaitu “It’s Your Lucky Day”.
Zack memberitahu Olio tentang “It’s Your Lucky Day”. Olio terus muka macam cuak dan berkata dia tidak mahu berurusan dengan orang disebalik “It’s Your Lucky Day”. Ini kerana ia merupakan tagline penggodam bernama Lucky Lee. Lucky Lee adalah seorang penggodam MasterClass yang amat disegani di alam maya.
Eh eh budak ni haritu kenek culik abeh macam takde apa-apa eh bila lelaki dia tak kenal datang kat dia. Nasib baik mak dia ada.
Lelaki itu memberi Nemo sekeping kad yang agak menggerunkan. Nemo pun dengan segera menelefon Zack kerana dia rasa takut.
Di rumah Nemo, Zack bertanya jika Nemo mengenali penculik Zam. Zack kata penculik tersebut pasti seorang yang rapat dengan Nemo. Mungkin bekas suami ataupun saudara rapat. Oleh kerana itu, Nemo tidak mahu melaporkan insiden ini kepada polis. Betul tu, kata-kata Zack. Ada logik.
Wah wah wah. Dah diberi betis mintak peha. Nemo mahu mengambil Zack sebagai pengawal peribadi pula!!! Ni kalau dah diberi peha nanti mintak dada pula. Dah diberi dada… SELURU BADAN DIA NAK™.
Kes dan klien terbaru untuk Milla. Saya agak keliru juga dengan kes ini.
Isteri Nazri, Hanni, merupakan bos Teach A Lot tetapi sekarang dia terlantar di hospital. Nazri pula didakwa “mencuri” $2juta daripada akaun Teach A Lot. Dah macam kes City Harvest Church sak. Nazri mahu dibebaskan dari dakwaan tersebut.
Zack ke sebuah kafe kerana Lucky Lee dapat dikesan di situ. Namun, semua orang di situ muka cina jadi dia tidak tahu mana satu Lucky Lee.
Olio menyuruh Zack memekik nama Lucky Lee. Lucky Lee dengan segera lari keluar untuk menyelamatkan diri.
Lucky Lee berjaya larikan diri namun begnya dirampas Zack. LOL.
Lucky Lee sebenarnya Ramli hahaha. Anak Encik Razali sendiri. Jadi ini kes dalam la zzzzzz.
Hahaha kesian Encik Razali eh macam terperanjat beruk apabila mendengar berita itu! Dia pun tidak jadi nak saman anak dia sendiri la eh. #kecewa
Si dekni selalu meluangkan masa dengan anak orang abeh abaikan anak sendiri?? Gila. Zack menerima habuan kes RazmaTouch.
Seseorang datang dan membuka pelitup oksigen pesakit ini dan pesakit ini mati????? Takkan takde jururawat yang jaga seh. Dia kan on life support! Sungguh drama. Eh ni drama A&E ke? Nazri diberitahu bahawa isterinya mati secara mendadak.
Nazri amat sedih dan wanita sebelahnya itu merupakan isteri keduanya.
Peguam Hanni masih inginkan kes $2juta itu dilanjutkan walaupun Hanni baru sahaja meninggal. Dia panggil Hani “mendiang Hanni”?? Huh? Kau Islam ke bukan sak? Panggil arwah sudah.
Zack ke ofis peguam Hanni untuk meletakkan sebuah alat yang dapat merakam segala perbualan di ofis peguam Hanni. Macam cerita James Bond la konon.
Tapi si Zack ni telinga dia ada masalah.
Dia sanggup ke ofis peguam tersebut untuk pasang telinga sak walaupun telinganya sedang berdesing!
Doktor yang sedang menahan berak memberitahu bahawa kondisi telinga Zack itu memang biasa untuk mereka yang berumur 40an.
Zack mengajak isteri dan anaknya bermakan malam bersama.Wow, Linda mula musykil. Mana Zack dapat banyak hasil tu eh? KAYO.
Linda meminta penjelasan yang sebenar dan bertanya jika dia berkerja dengan seorang wanita. Zack tidak mahu menjawab kerana ingin merahsiakan pekerjaannya. Mereka pun pulang rumah namun, Zack terpaksa ke tempat lain atas sebab kerja.
Zack dengan senangnya memasuki rumah Nazri. ??? Dia tak pecah masuk or what so aku tak tau la eh macam magik aku rasa. ?????
Si isteri kedua Nazri curang kepada Nazri. Zack pun serbunya dari belakang. Pada masa yang sama, Nazri pulang. Nazri macam terkejut. Zack pun menjelaskan bahawa mereka berdua berkomplot untuk mengambil alih Teach A Lot dan mereka yang mencuri $2juta.
Lucky Lee mencari Olio untuk membalas dendam.
Episod 3
Tiba-tiba ada dua orang dibunuh atas katil dan cincin mereka dicuri.
Lucky Lee berjaya meletakkan sebuah alat yang boleh merakam segala perbualan di dalam lori Zack. James Bond pt 2.
Rakan peguam Nemo dari Malaysia yang sudah bersara datang kepada Nemo untuk “membelanja” Nemo sebuah kes. Kes tersebut (yang berlaku di Singapura) seolah-olah mempunyai kaitan dengan kes yang diambil oleh rakan Nemo dahulu. Cara pembunuhannya hampir sama dengan kes-kes yang berlaku di Malaysia. Pembunuh di Malaysia, Radzif, sudah ditangkap dan berada di dalam penjara. (ataupun mati eh tak ingat)
Tanpa membuang masa, Nemo menelefon Zack untuk menyiasat kes ini. Eh si Nemo kan peguam dan bukan CID. Biarkan kes ini kepada CID ataupun pihak yang lebih mahir????
Mereka berdua berpendapat bahawa pembunuh kes-kes ini merupakan seorang peminat kes-kes Radzif dan mahu meniru gaya pembunuhan Radzif.
Zack meminta tolong daripada Olio untuk mengesan rakaman CCTV di tempat kejadian. Olio ditangkap polis kerana menceroboh database pihak polis. HAHAHA?? James Bond tak menjadi.
Ini kerana Lucky Lee sabotaj Olio!
Zam dibuli di sekolah. Budak-budak sekolah kata “mana mak kau lawyer tu”??? HUH. Korang jealous ke mak korang bukan lawyer???
Mereka berbincang pasal kes. Eh si Milla tak jaga anak dia ke? Dah lewat malam! Nanti kenek culik menyesal pulak.
Linda dapat menghidu minyak wangi wanita. Dia mula rasa cemburu dan bertanya banyak soalan. Zack hanya kata dia mencari rezeki halal.
Walaupun mereka bergaduh sebelum ini, mereka sempat bersetubuh untuk menyemarakkan dan mehangatkan lagi perhubungan mereka. Kalau dah halal, bolehlah buat bila-bila masa. Tengok tu, Linda sampai terpekik-terlolong nama Zack! Muka Linda tu dah tahap puncak khalwat maksima tu… Zack pula dah pejamkan matanya kerana amat khusyuk dan ingin melepaskannya ke dalam Linda. Oooooo…
ASTAGHFIRULLAH!!!!! Bukan hahahahaha. Sebenarnya, Zack mimpi tentang anak perempuannya dan ingin mencekik seseorang. Dia tercekik Linda. HAHAHAHA.
Saya rasa Linda kemurungan ah. Stres aku tengok.
Zack di dalam biliknya dan tampal-tampal post it notes. Kononnya nak selidik kes anaknya ah tapi realitinya dia cuma tampal benda merepek. Konon macam cerita omputeh.
Si Lucky Lee memasuki rumah Zack??? Huh dengan senangnya??? Tak faham.
Lucky pun berkata bahawa dia mempunyai maklumat pasal kes pembunuhan yang seakan kes pembunuhan Radzif. Radzif mempunyai seorang anak bernama Rohan, seorang blogger (seperti saya) la apa la yada yada. Namun, Zack tidak mahu pertolongan daripada Lucky. Lucky menunjukkan beberapa dokumen kad kredit Rohan kepada Zack namun Zack buat bodoh.
Tapi korang tahu apa tak. Zack ada eidetic memory sak. Dia ke lelaman American Express dan menekan nombor kad kredit Rohan dan dari situ dia dapat alamat Rohan. WOW????? Apa punya security si American Express ni ada?
Zack pun ke rumah Rohan dan bertanya tentang Radzif dan Rohan la. Si isteri Radzif dengan senangnya bagi Zack masuk??? OMG. ????
LOL. Zack berkata dia meminati blog Rohan dan ingin mengambil gambar bilik Rohan. Rohan merupakan seorang jurutera elektrik.
Zack menghantar gambar-gambar itu kepada Nemo.
Eh dia ajar budak ni tapi dia ajar anak dia tak?? Dia sedar tak yang dia ada anak?????
Dia fikir Karate Kid ke satu hari boleh belajar banyak perkara.
Zack dapat mendengar perbualan mereka berdua sedangkan Zack di kolong blok?? Zack ada super hearing????
Oh, mak dia sakit rupanya. Memang tak betul. Si Rohan ni dah cuak siol. Jadi dia lah yang bunuh orang-orang dan mencuri cincin. Patutlah caranya seakan bapanya. Nak sambungkan legasi la.
Zack pun mengejar Rohan.
Tapi si Lucky nak step hero ah dia tiba-tiba muncul dan tumbuk si Rohan.
Kes selesai. Duit masuk.
Hahahaha. Si Zam pun bukak langkah kuda-kuda dan melawan para pembuli. Nemo nak saman budak kecik hahaha.
Zack menyediakan makan malam tapi isterinya mogok. Kasihan deh loe.
Saya rasa saya dah mula tak suka drama ni?? Ia tidak sehaluan dengan dunia realiti. Si Zack sebenarnya apa? Superman? Ada photographic memory dan super hearing?? Abeh ada banyak sangat adegan James Bond gitu? Macam alat yang boleh dengar perbualan lah, penggodam lah, maklumat kad kredit yang boleh memberi alamat lah, pecah masuk rumah orang dengan senang lah. APA NI. Tambahan pula, kenapa seorang peguam nak kepo-kepo selesaikan kes jenayah?? Itu bukan kerja seorang peguam. Itu kerja penyiasat CID ke apa. So, jangan nak tokok-tambah kerja kau eh peguam. Kau dah gaji berkepuk masih nak duit lagi?? Saya cadangkan si Nemo tukar kerja sudah.
Kita lihat sahaja kalau episod akan datang lebih menarik ataupun lebih belit dan futuristik.
Jangan lupa untuk mengikuti saya di Twitter dan juga WordPress!
– Pengkritk Sandiwara
(Photos/gifs from Mediacorp Suria’s Toggle & Google)
HAHAHA see you in Jannah
LikeLike
[…] anda yang mahu membaca episod-episod lepas, sila klik di sini: 1, 2/3, 4/5, 6/7, 8/9 dan […]
LikeLike
[…] yang memainkan watak doktor semua tak boleh harap eh. Sebagai contoh: Menantu International, P.I.Z dan Danny. Semuanya kaku, kurang ilmu kedoktoran dan tidak boleh mengatakan istilah-istilah medikal […]
LikeLike