POP!

Salam November, wahai pembacaku yang senantiasa membaca walaupun anda sudah penat bekerja. (????)

Kali ini, saya akan mengupas tentang sebuah rancangan dan bukan sebuah drama. Ini kerana, saya berpendapat bahawa visi dan juga objektif rancangan ini seakan dengan mengapa saya mewujudkan blog ini. Rancangan tersebut bertajuk “POP”! POP merupakan satu-satunya rancangan majalah Melayu di Singapura yang mengajak penonton melihat perkembangan artis-artis tempatan.

IMG_4465

Kononnya, rancangan ni macam Melodi/MeleTOP lah. Saya rasa Suria mampu mencapai tahap Melodi jika rancangan ini berterusan tanpa henti! Orang Melayu ni semua memang suka dengar gosip pasal artis! Dan untuk menyemarakkan lagi suasana rancangan ini, hos rancangan ini adalah… Tak lain, tak bukan… Najip Ali!

Kita semua tahu bahawa Najip Ali merupakan seorang yang ingin sangat melihat industri seni Singapura serta penggiat seni Singapura berkembang dan juga berjaya hingga ke tahap Nusantara dan antarabangsa. Mungkin, rancangan POP ini diterbit sebagai pemangkin untuk artis-artis tempatan menjelajah ke luar Singapura.

IMG_4466

Mutu pengacaraan Najip Ali tetap mantap. Santai namun berobjektif. Tetapi, tidak boleh dinafikan bahawa energy Najip Ali semakin kurangz. Kita semua mengenalinya sebagai seorang hos yang gila-gila dan tak betul. Mungkin dia sudah insaf dan agak veteran HAHAH ataupun “kegilaan”nya tidak diperlukan buat rancangan seperti ini.

Catchphrase bagi rancangan ini adalah “Yang panas kita kupas, Yang sengat kita siasat, Yang terserlah kita dedah”. Agak panjang untuk sebaris tagline, bukan? Bukan itu sahaja, kadang kala Najip Ali cuma kata “Yang panas kita kupas, Yang sengat kita siasat”. Terlalu mouthful, la. Lihat sahaja Melodi TV3, tagline mereka, “kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi”. Pendek, bermakna dan yang penting, ia melekat di fikiran penonton mereka.

popmingguini

Rancangan POP dibahagikan kepada beberapa bahagian. Tetapi, bahagian-bahagian yang kecil-kecil itu ada kaitan dengan Topik Mingguan. Sebagai contoh; Topik Bukak-Bukak ataupun APM.

IMG_4467#SiapaApaDimanaKenapa merupakan segmen di mana POP mengambil screenshot buruk para artis daripada Instagram/Facebook mereka dan menceritakan perkembangan mereka yang berkaitan dengan Topik Mingguan.

IMG_4481

Situ Sana Sini pula bercakap tentang acara-acara yang sedang berlaku pada ketika itu.

IMG_44695Paling merupakan Top 5 la eh. Top 5 Jejaka Bujang la, Persembahan APM dll. Namun, suara latar belakang pengacara (yang inign dikenali sebagai POP) yang mengendalikan segmen ini berbual terlalu pantas macam dia nak pergi ke tandas.

IMG_4471

Artis Minggu Ini pula mengajak penonton untuk mengenali dengan lebih rapat artis kegemaran mereka. Artis-artis disoal soalan-soalan panas tetapi tetap bernas oleh Najip Ali.

IMG_4479

Di sini, Syarif ditanya tentang pemisahan kumpulan duonya, iaitu SleeQ.

IMG_4472

Dalam segmen Tanya Jer, artis-artis bakal menjawab soalan “cepumas” yang ditanya oleh POP.

IMG_4473Di sini, Hafeez Glamour menjawab segala soalan-soalan POP. Banyak soalan merupakan soalan peribadi dan bukan hal kerja/industri seni Singapura. Segmen ini sudah terang meniru mengambil idea daripada “73 Questions” oleh Vogue.

Tapi Suria tak menjadi la eh sebab kurang Voguenya dan artis-artis agak tidak natural?

IMG_4475

Amacam? pula segmen di mana Najip Ali akan ke luar Singapura untuk mewawancara penggiat seni yang berasal dari Singapura yang telah berhijrah ke negara lain. Beliau akan bertanya perkembangan mereka, rahsia mereka, keperitan dan lain-lain. Ini boleh menjadi satu inspirasi serta semangat untuk para artis-artis Singapura yang ingin menebus pasaran seni di seberang Tambak.

IMG_4476IMG_4477

Di sini Najip Ali berborak dengan Hisyam Hamid yang amat segak, tampan, hensem, sasa, sado, hot, comel, ganteng dll yang sewaktu dengannya. Beliau juga sempat mewawancara isteri Hisyam Hamid yang juga pengurusnya.

IMG_4480

Alif Aziz. K.

IMG_4478Dalam segmen Betuk Ke Bedek?, POP akan bertanya beberapa soalan kepada para artis. Soalan-soalan merupakan gosip-gosip yang sedang berkeliaran dan artis tersebut hanya harus kata “betul” ataupun “bedek” untuk menghapuskan gosip yang sedang berleluasa. 


Secara peribadi, saya amat suka menonton rancangan ini kerana ia memberitahu kita akan perkembangan artis Melayu Singapura dan dapat melihat mereka berjaya satu hari nanti. Tetapi, mengapa ia tidak ditayangkan pada Masa Perdana (PrimeTime)? Saya pasti ratings rancangan ini akan melonjak naik jika ia ditayangkan pada masa yang lebih strategik. Ataupun mungkin MDA tidak mahu penonton menonton rancangan gosip, oleh itu ia ditolak kepada slot 10.30 malam? Hmm, memang merepek. Rancangat seperti Bicara dan lain-lain juga diberikan slot yang lewat. Suria 5eva. Saya berharap ada lebih banyak wadah di mana kita boleh mengkritik ataupun menegur artis-artis kita supaya industri seni Singapura akan menjadi lebih menarik dan happening.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s